Oct 30, 2012

Geram: Gadis dicucuk garpu panas


gambar hiasa
JEMPOL - Marah terhadap adik iparnya berusia 16 tahun yang dikatakan nakal dan gemar bersosial, seorang lelaki ‘mengajar’ gadis itu dengan cara kejam apabila menyimbah remaja berkenaan dengan air panas, mencucuk dengan garpu panas serta melibas dengan rantai anjing di rumah mereka di Pekan Jelai, di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah tinggal dengan kakaknya dan suspek berusia 40-an selepas kematian bapa manakala ibu mereka yang dikatakan pemabuk, sudah lama menghilangkan diri.

Menurutnya, akibat berang dengan sikap mangsa yang dikatakan gemar bersosial serta sering pulang lewat ke rumah, suspek mencurah air panas ke paha mangsa sehingga melecur teruk, Sabtu lalu.

“Mangsa yang kini masih dirawat di Hospital Jempol mendakwa dia juga dicucuk dengan garpu yang dipanaskan dan sebelum ini abang iparnya itu juga pernah memukulnya dengan rantai anjing.

“Bagaimanapun, pihak hospital belum memberi laporan penuh kecederaan mangsa yang belum dapat memberi keterangan terperinci berikutan masih trauma,” katanya.

Hamzah berkata, polis menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 10 malam kelmarin, iaitu kira-kira setengah jam selepas polis menerima laporan kes berkenaan daripada Ketua Kampung Pekan Jelai yang prihatin nasib mangsa.

Objek misteri ganggu penduduk


Objek misteri yang sempat dirakam Ilhami.

KOTA BHARU - Kemunculan objek misteri yang dipercayai datang dari udara meresahkan sebuah keluarga di Kampung Kemumin, di sini.

Ilhami Amir Ismail, 32, berkata, objek mengeluarkan api kemerahan berbentuk payung terjun mini itu jatuh menimpa bumbung rumahnya dan hampir memusnahkan rumah yang didiami sejak beberapa tahun lalu.

“Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya di tempat kerja sebelum dimaklumkan isteri tentang kejadian aneh itu.

“Saya yang terkejut dan kebingungan bergegas pulang sebelum mendapati bahagian bumbung hangus,” katanya di sini, kelmarin.

Ilhami berkata, objek dipercayai terdiri daripada besi dan gentian kaca kabel tahan panas yang memungkinkan rumahnya hangus jika lambat bertindak.

“Nasib baik juga isteri dan anak-anak berada di rumah, jika tidak, mungkin kami kehilangan harta paling bernilai, sedangkan ia kesilapan dan kecuaian orang lain,” katanya.

Menurutnya, dia berharap akan ada pihak-pihak tertentu tampil bertanggungjawab kerana jika diperhatikan objek tersebut dibuat dengan ciri-ciri berteknologi.

“Apa yang diharapkan pihak terlibat tampil dan memberi penjelasan serta bertanggungjawab di atas kejadian di luar jangkaan itu, selain menanggung kerugian yang terpaksa dialami kesan daripadanya,” katanya.

Lagi...Gadis Malaysia dilarikan ke Indonesia



Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman
KAMPUNG GAJAH - Misteri kehilangan seorang remaja perempuan, Norshahirah Zaman Huri, 17, sejak 10 hari lalu terjawab apabila mangsa dikesan hampir berkahwin dengan seorang pemuda dari Pulau Batam, Indonesia, tetapi dihalang jurunikah di negara itu.

Difahamkan, jurunikah yang juga ketua masyarakat pulau berkenaan menghalang pernikahan itu selepas mendapati mangsa rakyat Malaysia dan di bawah umur untuk berkahwin.

Susulan itu, jurunikah terbabit menahan Norshahirah dan menyerahkan teman lelakinya dikenali sebagai Patah kepada pihak berkuasa republik itu kerana disyaki menculik mangsa.

Mangsa dijaga rapi jurunikah terbabit sebelum ibu bapa mangsa yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, dihubungi memaklumkan penemuan anak gadis mereka, Rabu lalu.

Susulan itu, Norshahirah dihantar pulang ke Jeti Larkin, Johor jam 8 pagi semalam sebelum disambut bapanya, Zaman Huri Tan, 51, ibu, Maria Mohd Noh, 49, dan Ketua Kampung Jawa, Zara’ai Nekmat, 64.

Mangsa yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibawa pulang ke rumahnya di sini, jam 6 petang semalam sebelum diambil keterangan oleh polis.

Sementara itu, Norshahirah yang ditemui masih trauma dan terpinga-pinga ketika disambut ahli keluarga yang merindui kepulangannya.

Remaja itu masih sugul dan keberatan menjawab soalan mengenai kisahnya apabila ditanya media selain hanya mengangguk lesu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, kejayaan membawa pulang remaja terbabit hasil kerjasama jurunikah dikenali sebagai ‘Pak Lurah’ yang enggan menikahkan pasangan itu.

Katanya, jurunikah berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa negara berkenaan dan menjaga remaja itu sehingga dihantar ke Malaysia.

“Kami menganggap kejayaan membawa pulang remaja ini sebagai satu keajaiban kerana dilakukan menerusi budi bicara. Sebelum ini, kami cuba menjejakinya termasuk menerusi bantuan Interpol, tetapi gagal mengesannya,” katanya di sini, semalam.

Remaja itu tidak pulang ke rumah selepas dibawa lelaki dikenali sebagai Patah sebaik keluar ke bandar Teluk Intan untuk bertemu seorang rakan pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, Zaman Huri berkata, anaknya membayangkan kemungkinan tidak mengambil peperiksaan SPM yang kurang seminggu.

“Alhamdulillah, dia berada dalam keadaan baik dan kesihatannya pun tiada masalah, hanya kelihatan letih mungkin kerana terpaksa mengharungi perjalanan panjang,” katanya.

Pemerkosa Ayam dan Sapi Gelar Upacara Adat


DENPASAR - Orang tua KS, pelaku persetubuhan dengan ayam dan sapi, akan menggelar upacara pemelukatan untuk membersihkan anaknya dari kekuatan jahat yang menganggunya. Pihak keluarga berharap setelah menggelar upacara tersebut, KS tidak lagi menyetubuhi ayam dan sapi.

Ibu KS, Ni Komang Rindu yang menemani putranya saat diperiksa polisi menjelaskan pihak keluarga sudah sempat membawa KS ke paranormal setelah mengetahui tingkah aneh KS tersebut.

“Kami sudah sempat membawa anak kami (KS) untuk diperiksakan ke orang pintar, dan kami disuruh mengawasi anak kami setiap pukul 12.00 siang,” ujar Komang Rindu di Mapolsek Karangasem, Senin (29/10/2012).

Namun, KS akhirnya ditangkap warga Galiran Kaler Karangasem, Minggu (28/10/2012) usai bersetubuh dengan ayam. Sementara, Wayan Sekar pemilik sapi yang disetubuhi KS, mengaku senang akhirnya pelaku yang selama ini meresahkan ternaknya telah tertangkap.

Seperti diberitakan, KS ditangkap warga Lingkungan Galiran Kaler Karangasem, setelah menyetubuhi ayam betina milik warga setempat. Sebelum penangkapan tersebut, warga juga beberapa kali melihat KS bersetubuh dengan sapi.

Merah Putih 10.000 Meter Dibentangkan di Perbatasan Malaysia

Para penjahit menuntaskan penjahitan bendera merah putih sepanjang 10.000 meter yang akan dibentangkan di Pulau Sebatik.
NUNUKAN - Bendera merah putih sepanjang 10.000 meter yang akan dibentangkan di perbatasan RI-Malaysia di Pulau Sebatik, Kabupaten Nunukan akhirnya Selasa (30/10/2012) selesai dijahit.

Bendera merah putih yang bakal dibentangkan pada 10 November itu memiliki bobot seberat 7.516 kilogram, panjang 10 ribu meter dengan lebar 1,15 meter yang terbuat dari kain asahi.

Pembentangan bendera merah putih ini merupakan bagian dari acara Pekan Kebangsaan Hari Pahlawan di Pulau Sebatik.

Humas Panitia Pelaksana Pekan Kebangsaan Hari Pahlawan ke-67 Pulau Sebatik, Mansyur Rincing menjelaskan, bendera merah putih tersebut telah siap diangkut ke Pulau Sebatik. Rencananya pengangkutan bendera merah putih ini akan dilakukan dengan upacara penyerahan secara simbolis bendera merah putih pada Senin (5/10/2012) di Kantor Perpustakaan dan Arsip Dokumentasi Daerah Nunukan.

"Setelah upacara, dilakukan pengangkatan bendera merah putih 10.000 meter beserta personel pembentang dan marching band, dari darat ke KRI TNI AL di Pelabuhan Tunon Taka menuju Sebatik," ujarnya.

Pembentangan bendera merah putih akan dilaksanakan Sabtu (10/11/2012) dengan start di Desa Aji Kuning, Kecamatan Sebatik Tengah dan finish di Desa Tanjung Harapan, Kecamatan Sebatik Timur.

"Pembentangan bendera dilaksanakan setelah upacara Hari Pahlawan di Lapangan Sepak Bola Desa Sungai Nyamuk, Kecamatan Sebatik Timur," ujarnya.

Bayi 'Raksasa' Lahir di RSUD Pekanbaru

Bayi raksasa yang lahir dari pasangan Fazar Muhardi dan Melia Devita
PEKANBARU - Wajah gembira dan suka cita terpancar dari wajah Fazar Muhardi dan Melia Devita, karena sepasang anak adam ini Senin dinihari (29/10/12) pukul 03.15 wib baru saja dikaruniai seorang bayi laki-laki dengan melalui proses operasi Caecar di RSUD Arifin Ahmad. Raihan Dita Anugrah nama yang diberikan oleh orangtuanya terhadap bayi tersebut.

Bayi buah hati dari pasangan ini lain dari bayi pada umumnya, lahir dengan bobot badan langka, saat lahir bayi yang saat ini masih dirawat di ruang Neonatus RSUD ini lahir dengan berat 5,2 Kilogram, dengan ukuran panjang 50 sentimeter.

Jika dilihat secara langsung, seakan tidak percaya jika bayi mungil raksasa ini baru saja terlahir, karena pada umumnya, bayi dengan bobot badan 5,2 kilogram biasanya sudah berusia sebulan atau dua bulan. Idealnya bobot badan bayi saat lahir umumnya hanya dikisaran 3 hingga 4 kilogram.

Menurut sang bapak, fazar Muhardi saat ditemui di ruang rawat inap Istrinya menyebutkan, sebuah anugrah yang didapat dirinya saat mengetahui anaknya lahir dengan bobot yang sangat besar tersebut apalagi kondisi anaknya sehat tanpa ada masalah.

"Bersyukur kepada allah diberikan buah hati dikeluarga kami, dengan selamat, meskipun awalnya sempat gemetaran karena anak pertama, ditambah lagi harus di caecar, makanya saya buat namanya Anugrah,"ujar Fazar Muhardi dengan wajah berseri-seri seakan tidak bisa menutupi rasa kegembiraannya.

Inilah Lelaki kasanova sedang diburu


Marzuki (kiri) bersama isterinya di salah satu lokasi percutian di Malaysia. 

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang menyamar sebagai jurutera dan menggunakan laman web mencari jodoh Myjodoh.net untuk memperdaya wanita bagi mengaut untung mudah kini bagai cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Menurut salah seorang bekas kekasihnya, Salsabila, 20-an, Marzuki kini ketakutan apabila perbuatan buruknya itu sejak tahun 2009 terbongkar dan disiarkan di akhbar.

"Lelaki itu sedang panas, telefon semua orang merayu-rayu minta mereka gugurkan laporan polis yang dibuat.

"Tapi percayalah, kami tak akan mengalah begitu sahaja," katanya ketika memaklumkan hal itu kepada wartawan.

Media semalam melaporkan seorang lelaki yang berasal dari Terengganu didakwa memperdaya wanita-wanita bujang serta janda berumur 20-an hingga 30-an terutamanya yang berbadan besar, montok dan gebu yang dijerat melalui laman web MyJodoh.net untuk mengikis wang.

Lelaki yang mendakwa mempunyai talian persaudaraan dengan seorang Exco kerajaan negeri Terengganu itu terlebih dulu menabur janji untuk berkahwin dengan mangsa sebelum menipu wang mereka.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan 20 orang wanita dan berjaya mengumpul kekayaan mencecah RM1 juta hasil duit sebagai kasanova.

Sementara itu, seorang lagi mangsa berkata, dia turut dihubungi Marzuki yang tiba-tiba bersumpah untuk berkahwin dengannya.

"Saya dah tak peduli kerana saya akan berjumpa dengan polis hari ini (semalam) untuk memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang," katanya.

Dalam pada itu, Salsabila memberitahu, dia sudah pun memanjangkan kes penipuan lelaki bernama Marzuki yang turut menggunakan nama lain iaitu Amir kepada pengendali laman web MyJodoh.net.

Dalam reaksi segera jurucakap laman web berkenaan, pihaknya memandang serius perkara itu.

"Laman web ini sebenarnya telah banyak menyatukan pasangan hingga ke gerbang perkahwinan dan kami kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan menipu orang lain," katanya.

Oct 14, 2012

Ilham Syifa (Kades Tanjungori) Berharap Operasi Lapter Dipercepat


Sukses Desa Tanjungori menjadi desa terbaik Kabupaten Gresik tahun 2012 tak lepas dari kiprah sang kepala desa, Ilham Syifa. Meski baru pada tahun 2008 menjadi Kades, alumni Magister UGM dan isterinya, Faizah Komala, alumni Fakultas Kedokteran Yarsi, Jakarta ini, mampu mengubah Desa Tanjungori, yang berada jauh di kepulauan menjadi desa terbaik, dengan menyisihkan ratusan desa di wilayah Kabupaten Gresik.

Kendati tak meraih juara di tingkat Jawa Timur, namun Desa Tanjungori sudah membuktikan bahwa prestasi tak harus dari fasilitas yang berlebih. “Dengan fasilitas yang minimalis namun memiliki kemauan dan mau bekerja kersa dengan penuh semangat, bakal dapat meraih sukses,” kata Kepala Kantor Pemberdayaan Masyarakat Gresik, Indah Sofiana melalui kabag Humas, Jum’at (21/9/12).

Menurut Indah, perkembangan desa Tanjungori sangat pesat pada 3 tahun terakhir. Dalam hal pendidikan misalnya, saat ini banyak tumbuh semacam lembaga bimbingan belajar, semacam kursus bahasa Inggris, informatika, mata pelajaran dan juga kursus ketrampilan. Selain itu, juga berkembang tanaman obat keluarga (toga) yang memanfaatkan pekarangan.

“Toga ini penting, karena desa yang dipisahkan oleh bentangan laut sejauh 80 mil serta memakan perjalanan selama 1 jam dari pelabuhan di Sangkapura ini, keberadaan tanaman obat sangat dibutuhkan. Meski demikian, peran isteri kades yang juga seorang dokter sangat membantu masyarakat dibidang pelayanan kesehatan,” ungkap Indah.

Atas prestasinya meraih desa terbaik tingkat Kabupaten Gresik, Kades Tanjungori, Ilham Syifa mengaku bangga. Namun, dia masih berharap banyak dengan beroperasinya Lapangan Terbang (lapter) Bawean yang diperkirakan bakal semakin memajukan masyarakat desanya.

Saat ini sudah mulai tampak kunjungan masyarakat luar Bawean ke Desa Tanjungori. Desa yang berpanorama indah ini dikelilingi pantai. Kunjungan masyarakat luar Bawean ke Tanjungori tentu saja menambah pendapatan masyarakat yang kebanyakan berprofesi sebagai nelayan.

Badrus Saleh (46), nelayan setempat yang biasanya selalu mengeringkan hasil tangkapannya dan terkadang hanya menjual ikan hasil tangkapannya dengan harga murah. Namun, semenjak ada kunjungan orang luar Bawean, ia mampu mendapat penghasilan Rp. 100 ribu. “Biasanya baling banyak hanya Rp. 40 ribu,” akunya seperti dituturkan oleh Ilham Syifa .

Keberuntungan tak hanya diraih Badrus Saleh, Siti Mahnuchah juga menyatakan hal yang sama. Isteri nelayan yang biasanya hanya menunggu kedatangan suami yang sedang melaut, kini seakan punya pekerjaan.

Dia mengaku bisa menjual minuman ringan dan cendera mata tikar pandan kepada pengunjung pantai. “Kalau Lapter jadi, pasti akan banyak lagi yang datang,” harapnya. 

DPRD Kabupaten Gresik Siapkan Perda BUMD Transportasi


Masalah transportasi Gresik-Bawean, mulai menemukan titik terang. Pemkab dan DPRD akhirnya menyiapkan raperda tentang pembentukan PT Gresik Samudera. Lewat perda ini lah, Badan Usaha Milik Daerah (BUMD) milik Pemkab Gresik bakal diberi wewenang untuk mengatur manajemen pelayaran rute Bawean-Gresik.


Saat ini, draf raperda itu sudah masuk dalam pembahasan Raperda yang berlangsung. "Kita berharap, Perda ini bisa diselesaikan dan sudah mulai diterapkan tahun depan,” kata wakil ketua DPRD Ahmad Nurhamim.

Secara umum, kata Nurhamim, Perda ini mengatur pembentukan PT Gresik Samudera serta teknis operasional badan usaha itu. Hanya saja, sejauh ini yang masih dipikirkan adalah teknis pengadaan kapal.

Ada beberapa opsi yang dijajagi. apakah kapal itu bakal dibeli dengan dana APBD, atau dilakukan melalui sharing antara PT Gresik Samudera dengan investor. “Kita lihat saja nanti. Yang penting perda ini ditetapkan dulu,” katanya,

Sementara itu, Dishub akhirnya menyiapkan armada sementara dari PT Dharma Lautan Utama (DLU). (san/ris)

Tiga Gadis Muda Dijual Jadi Pelacur


BANYUWANGI - Dua gadis muda asal Kecamatan Muncar menjadi korban jaringan perdagangan manusia. Mereka berinisial NNH (18) dan SA (26) dijual menjadi pelacur di warung berfasilitas musik karaoke di Pelabuhan LCM Ketapang

Kapolsek Muncar Kompol Ary Murtini menjelaskan, mulanya korban direkrut para tersangka 1 Oktober. Korban dijanjikan pekerjaan sebagai baby sister. Rupanya itu cuma akal-akalan tersangka. Korban justru dipekerjakan menjadi pelayan di warung milik Supardi (59) di Pelabuhan LCM Ketapan.

"Warung itu juga tempat karaoke, korban dipaksa melayani nafsu bejat tamu," ungkap Ary, Senin (8/10/2012).

Ary menambahkan, sebelum dilacurkan ketiga korban dibawa para tersangka ke bidan. Korban dipaksa menjalani suntik KB. Dengan harapan korban tidak hamil seusai melayani tamu. Agar Bidan tidak curiga, para tersangka mengaku sebagai saudara dan mengatakan suami korban sedang bekerja di luar negeri.

Di warung karaoke itu korban dijual ke pengunjung pria hidung belang. Harganya antara Rp 300 ribu hingga Rp 500 ribu. Gerak gerik korban diawasi oleh para tersangka. Hingga akhirnya salah satu korban berhasil menyelamatkan diri pulang dan melapor ke Polsek Muncar.

"Korban ada yang berhasil pulang dan lapor ke polsek," kata Kapolsek berparas ayu ini.

Polisi akhirnya menangkap 3 orang yang bertanggungjawab atas kasus trafficking tersebut di tempat berbeda. Mereka yakni Sutiah (46) warga Dusun Krajan Desa Ketapang, Kecamatan Kalipuro. Supardi (59) warga Jalan Rinjani Kelurahan Singotrunan, Banyuwangi.

"Satu lagi atas nama Ernawati alias Bu Su alias Erna (35) Dusun Kalimati Desa Kedungrejo, Muncar," tandas Ary.

Ariel Ngaku Nggak Punya Pacar di Depan Ribuan Fans Cewek



JAKARTA - Nazriel Irham alias Ariel memang pintar menghidupkan suasana. Di tengah konser "Noah, Born To Make History" di PSCC, Palembang, Sabtu malam (13/10/2012), tiba-tiba duda satu anak itu berteriak di depan ribuan fans cewek.

"Siapa yang datang sendirian malam minggu ini dan nggak punya pacar?" tanya dia. Spontan gemuruh suara ribuan cewek menyahut, "Sayaaaaa!" Mendengar pengakuan spontan ribuan cewek yang ingin jadi pacar sang idola, Ariel pun menyahut singkat, "Samaaaa!"

Kontan saja, ledakan tawa bergemuruh mendengar jawaban mantan pacar Luna Maya itu. Bertambah histeris ketika Ariel mengajak satu penonton untuk naik ke panggung menyanyikan lagu "Semua Tentang Kita" yang sontak disambut histeris cemburu dari penonton lain.

"Aku bae (saya saja) Ariel, jangan budak itu," celetuk penonton yang cemburu melihat Ariel memeluk penonton perempuan tersebut yang diketahui bernama Zhazha itu. Si cewek ini konon seorang penyiar radio di Palembang.

Masih dengan alunan melow, Noah memainkan lagu ke delapan berjudul "Tak Ada yang Abadi." Ariel akhirnya menutup konser dengan lagu hits terbaru "Separuh Aku," dan "Topeng."

Syndrom Noah sebenarnya sudah dimulai sejak sabtu siang (13/10) di Aula STMIK MDP Palembang, saat Meet dan Greet. Para fans dan sahabat Noah sudah memadati gedung tersebut hingga tangga akses ke lantai lima.

'Nik Aziz wajar lepas jawatan Mursyidul Am'- Hasan Ali



SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas susulan kenyataannya mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP.

Beliau yang dipecat oleh parti itu awal tahun ini berkata, Nik Aziz sewajarnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang dilihat lebih berupaya dan berwibawa.

“Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA (Nik Aziz) memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya, yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau,” katanya dalam satu tulisan pada laman sosial beliau semalam.

Hasan berkata, "saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai 'custodian' kepada perjuangan Islam, TGNA (Nik Aziz) perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah."

Oleh itu katanya, sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas mengeluarkan kenyataan menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas, malah beliau menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Penyokong Kelantan meninggal dunia di Stadium Shah Alam


Jenazah Suharto dimasukan dalam van untuk dibawa ke Kota Bharu untuk urusan pengebumian. Gambar kecil: Suharto.

SHAH ALAM – Seorang penyokong Kelantan meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Suharto Abdullah, 45, yang menyaksikan perlawanan tersebut bersama dua rakannya tiba-tiba tidak sedarkan diri, 20 minit sebelum perlawanan berakhir.

Isterinya, Maliza Othman, 43, berkata, dia menerima panggilan rakan suaminya kira-kira jam 10.30 malam memberitahu suaminya rebah ketika menyaksikan perlawanan.

Menurutnya, selang beberapa minit, dia diberitahu suaminya sudah meninggal dunia akibat sesak nafas.

“Arwah tidak pernah mengadu sakit dan terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian ini.

“Kami sempat keluar bersama membeli baju jersi Kelantan warna putih, pagi sebelum dia menaiki kapal terbang ke Shah Alam,” katanya selepas selesai solat jenazah di surau Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang di sini, semalam.

Menurutnya, suaminya yang bekerja sebagai ejen syarikat Insurans Takaful Malaysia berhasrat ke Sydney, Australia bersamanya pada 19 Oktober ini bagi menyertai konvensyen luar negara Takaful Malaysia selama enam hari tidak kesampaian.

Rakannya, Che Mat Yacob Sulaiman, 45 berkata, dia terkejut melihat Suharto seperti mahu jatuh daripada tempat duduk selepas semua penyokong bangun bersorak.

Menurutnya, dengan bantuan orang ramai dan kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Suharto dihantar ke KPJ Shah Alam tetapi meninggal dunia dalam perjalanan dan dibawa ke HTAR untuk bedah siasat.

“Ketika perlawanan berlangsung, dia tidak menunjukkan perubahan atau sakit sehinggalah rebah,” katanya.

Jenazah Suharto dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tanjung Mas dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Lubuk Kawah, Pasir Mas, Kelantan.

Kelantan ke final



GHADDAR (kiri) bersaing dengan pertahanan Selangor, Bunyamin Umar pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.


SHAH ALAM - PENYERANG import dan pemain tengah Kelantan, Mohamad Ghaddar dan Mohd. Badri Mohd. Radzi memastikan The Red Warriors menempah slot ke perlawanan akhir kempen Piala Malaysia 2012 selepas masing-masing menjaringkan satu gol untuk menewaskan Selangor 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Kelantan melangkah bergaya ke final dengan kelebihan agregat 3-0 selepas meraih kemenangan 1-0 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu.

Bagi Selangor, kekalahan tersebut terus membantutkan ‘Misi 33’ mereka musim ini.

Kelantan akan membuat perhitungan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.

Pada perlawanan semalam, Kelantan memang berhak muncul pemenang kerana mereka dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Begitupun, aksi pada babak pertama agak seimbang dan kedua-dua pasukan tampil dengan rentak yang agak berhati-hati.

Selangor pula harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana barisan penyerang mereka kurang bijak mencuri peluang biarpun memperoleh beberapa peluang keemasan untuk merobek gawang lawan.

Kelantan hampir membuka jaringan pada babak pertama menerusi Ghaddar pada minit ke-12 tetapi tandukannya berjaya ditepis penjaga gol Selangor, Norzalan Razali.

Ghaddar kembali mempamerkan persembahan cemerlang pada minit ke-38 dan hampir membuka jaringan menerusi percubaan dari jarak jauh tetapi sepakannya dinafikan kecekapan Norzalan.

Tersentak dengan asakan pasukan pelawat, Selangor kembali bangkit menyusun serangan namun masih gagal untuk menembusi benteng pertahanan The Red Warriors.

Peluang terbaik Selangor hadir menerusi rembatan padu penyerang import, Bosko Balaban pada minit ke-44 namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, Selangor terus menggandakan asakan menerusi gandingan Amri Yahyah, Balaban dan kapten, Safiq Rahim tetapi usaha mereka tetap buntu.

Selangor yang terdesak untuk memburu gol bagi memadam kelebihan jaringan Kelantan, hampir di depan menerusi Balaban namun percubaan itu berjaya di dakap kemas oleh Khairul Fahmi pada minit ke-49.

Ghaddar akhirnya berjaya memecah benteng pertahanan Selangor sebelum mengelecek empat pemain Gergasi Merah sebelum menewaskan Norazlan untuk gol pertama Kelantan.

Badri melengkapkan malam bergaya The Red Warriors menerusi sepakan percuma pada minit ke-85 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Selangor terus dihukum apabila menyaksikan Balaban dilayang kad merah apabila penyerang veteran Gergasi Merah itu menyiku pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri pada minit ke- 87.

Rossa Bertolak ke Mekkah, Doa Anaknya Bikin Dia Nangis


Rossa tampak anggun berkerudung
JAKARTA - Penyanyi Rossa terharu melihat anaknya, Rizky Langit Ramadhan, buah pernikahannya dengan drumer Padi, Suhendro Prasetyo alias Yoyo, mendoakan keselamatannya, saat berada di tanah suci Mekkah dalam rangka menunaikan ibadah haji.

"Dia semalam berdoa. Dia berdoa supaya semoga aku bisa selamat. Aku terharu banget," ucapnya, Jumat, (12/10/2012), di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta, sesaat sebelum bertolak ke Arab Saudi.

Ia pun mengatakan kepada anaknya supaya tidak cemas saat kepergiannya tersebut. Sebab, ada keluarga yang menjaganya. Wanita kelahiran Sumedang, 9 Oktober 1978 itu juga akan menghubunginya untuk mengatasi kerinduannya selama 21 hari di Mekkah. "Jadi, kakak (Rizky) tidak usah takut," ucapnya.

Yoyo, bekas suaminya itu juga memberikan dukungan terhadap niatnya untuk menunaikan ibadah haji. Saat melangsungkan pengajian beberapa hari lalu, Yoyo menuturkan meluangkan waktunya menjaga Rizky.

Meskipun telah resmi bercerai, Yoyo dan Rossa masih menjalin tali silaturahmi. Bahkan, hubungan mereka sudah seperti kakak-beradik. Karenanya, Yoyo tetap merasa punya tanggung jawab terhadap anaknya tersebut.

Kenyataan itu, membuat Rossa bernapas dengan lega. Ia bisa mecurahkan hati dan pikirannya dalam beribadah di Mekkah.

Pengurus harap masalah Safee selesai segera


KUALA LUMPUR - PENGURUS Safee Sali, Zakaria Rahim yakin masalah yang dihadapi penyerang kebangsaan itu ekoran penggantungan kelabnya, Pelita Jaya dan 31 kelab lain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Saya tak boleh komen, tapi apa yang boleh saya katakan masalah ini akan diselesaikan dengan segera," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan bintang penyerang Pelita Jaya itu tidak boleh lagi membantu skuad negara di pentas antarabangsa ekoran keputusan penggantungan itu.

"Bagi saya kedudukan Safee tetap selamat dan beliau masih boleh beraksi bersama skuad kebangsaan," kata Zakaria hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya nasib Safee yang tidak dibenarkan beraksi bersama skuad Harimau Malaya sehingga PSSI bersidang pada satu Kongres mereka hujung tahun ini.

Dalam pada itu, Zakaria turut menegaskan masalah tersebut hanyalah salah faham yang timbul di peringkat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI).

"Kami sudah merujuk kepada kelab itu dan biarlah mereka yang menguruskannya.

"Lagipun, bagi saya masalah ini tiada isu sebenarnya. Ini hanyalah salah faham. Apa pun, kami akan cuba membantu Safee dan Pelita Jaya sendiri sudah membuat kenyataan kepada media Indonesia mengenai isu ini," jelas beliau lagi.

Menurut laporan berita tempatan hari ini, penyerang prolifik negara itu tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan skuad kebangsaan ekoran kelab disertainya, Pelita Jaya digantung bersama 31 kelab lain oleh Fifa.

Azzuddin mengesahkan beliau telah menerima salinan surat penggantungan daripada PSSI yang turut melibatkan setiap pegawai dan pemain kelab Liga Super Indonesia.

Ini bermakna Safee turut digantung daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.

Minuman dan makanan di Oldtown White Coffee halal



KUALA LUMPUR - Oldtown White Coffee memberi jaminan bahawa makanan dan minuman yang dihidangkan di semua restorannya halal.
  
Makanan dan minuman yang dihidangkan oleh Oldtown White Coffee didakwa oleh beberapa pihak sejak kebelakangan ini sebagai tidak halal dan pekerja beragama Islamnya mahu meletak jawatan.
  
"Oldtown White Coffee tidak menghidangkan produk tidak halal atau alkohol.
  
"Kesemua bekalan kami disediakan oleh pembekal yang mempunyai sijil yang diperakui JAKIM, yang perlu menunjuk sijil halal yang sah ke atas setiap barang yang dibekalkan," kata Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie, Pengerusi Oldtown Bhd, dalam kenyataan hari ini.
 
Oldtown Bhd ialah syarikat senarai awam di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, dan maklumat itu boleh diperoleh secara dalam talian.
  
"Kami mahu memberi penjelasan bahawa Oldtown White Coffee tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, dan syarikat itu juga tidak berminat terhadap politik.
  
"Kami kini bekerja rapat dengan Cyber Security Malaysia dan Biro Aduan (MCMC) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi membuat penjelasan terhadap dakwaan dalam talian itu dan tidak agak-agak mendakwa mana-mana pihak yang terus memfitnah Oldtown White Coffee," kata Ahmed Tasir.
  
Ditubuhkan pada 1999, OldTown mengeluar campuran dan produk minuman segera, selain mengurus operasi lebih daripada 200 kafe di seluruh negara dan rantau ini.
  
Pada 2005, perniagaan diperluas kepada sektor perkhidmatan makanan menerusi pembukaan rangkaian restoran kafe yang berasaskan kedai kopi tradisional Ipoh menggunakan jenama "Oldtown White Coffee".

Oct 3, 2012

Jamaah Haji asal Pulau Bawean Berangkat Menuju Pelabuhan Gresik





Jamaah haji asal Pulau Bawean yang tergabung dalam KBIH Al Jazirah Bawean, telah berangkat menuju Gresik, hari selasa (2/10/2012).

Dari 54 jamaah, diperkirakan sebanyak 40 jamaah berangkat bersama hari selasa, (2/10/2012), sedangkan yang lainnya telah berangkat mendahului ataupun besok harinya menuju Gresik. Selanjutnya, diperkirakan tanggal 7 atau 8 Oktober 2012 akan berangkat menuju Asrama Haji Sukolilo, Surabaya.

Pantauan Media Bawean di Pelabuhan Pulau Bawean, terlihat sangat banyak penghantar yang turut serta menghantar keberangkatan jamaah haji asal kampungnya. 

Sebelum kapal yang mengangkut jamaah haji diberangkatkan menuju Pelabuhan Gresik, telah diadakan pembacaaan do'a bersama dipimpin oleh KH. Abd. Aziz Ismail (Rois Syuriah PCNU Bawean).

Bandara Bawean Gresik Tuntas 2013



Pengembangan bandara perintis di Jatim terus digarap Dinas Perhubungan dan LLAJ (Dishub dan LLAJ) Jatim. Itu terlihat dengan adanya proses pembangunan bandara Bawean (Gresik) dan tuntas 2013 nanti.

Kabid Perhubungan Udara Dishub dan LLAJ Jatim, Didik Sudiwinarto menjelaskan, proses pembangunan bandara di Pulau Bawean telah berjalan. Saat ini, penyiapan lahan telah dilakukan Pemkab Gresik.

"Ini dalam proses pembangunan. Kami juga sudah koordinasi tentang kesiapan lahan," tuturnya kepada wartawan, Kamis (19/7/2012).

Dijelaskan, lahan di pulau yang terletak di Laut Jawa itu setahap demi setahap sedang diaspal. Rencananya, panjang runway adalah 900 m dan lebar 30 m. Berdasarkan program yang ada, maka bandara ini hanya mampu mendaratkan pesawat kecil saja.

"Ini memang bandara perintis dan jadi pilihan bagi warga disana selain kapal laut. Yang bisa mendarat di bandara itu adalah pesawat jenis Cassa dengan penumpang 20 orang," paparnya.

Terkait penyelesaian pembangunan bandara, pihaknya berharap selesai secepatnya. Namun melihat proses pembangunan itu, kemungkinan bisa tuntas pada 2013 mendatang.

"Kami berharap sesegera mungkin," tegasnya.

Pembangunan bandara perintis ini terletak di desa Tanjungori, Kecamatan Tambak. Bandara yang dibangun di atas tanah seluas 68 ha ini, rencananya juga dilengkapi dengan gedung workshop, terminal kargo dan lahan parkir (apron) seluas 1500 m yang cukup untuk menampung tiga pesawat jenis Cassa dan Twin Otter.

Bandara ini mempunyai runway sepanjang hampir satu km dengan lebar jalan sebesar 150 m untuk empat ruas yakni airway, runway serta jalan samping kanan dan kiri.

Bantahan awal Rita Rudaini 7 November



PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal dibuat pelakon Rita Rudaini Mokhtar terhadap permohonan kembali taat oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak.

Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita memaklumkan pihaknya sudah memfailkan afidavit balasan terhadap jawapan Aidil mengenai bantahan isterinya itu.

Bantahan dibangkitkan Rita adalah berhubung kesilapan pada isu pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut.

Peguam syarie, Ahmad Nazib Johari juga mewakili Aidil memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir.

Ahmad Nazib kemudian  menyerahkan dokumen pengesahan ketidakhadiran Aidil ke mahkamah kerana anak guamnya menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria.

Tindakan itu mendapat teguran daripada Saharuddin kerana Aidil, selaku plaintif sebelum ini, tidak pernah langsung menghadirkan diri untuk kes itu atas alasan mempunyai jadual perlawanan ketat.

“Pada tarikh lalu anak guam tidak hadir, hari ini (semalam) pun tidak hadir. Peguam tolong nasihatkan anak guam baik-baik.

“Sepatutnya bila tidak hadir terus kemukakan dokumen sebagai bukti kerana perlawanan sudah ditetapkan lebih awal,” katanya.

Saharuddin berkata demikian selepas menerima jadual perlawanan bola yang diserahkan Ahmad Nazib.

Pengakuan: Hutang along demi PFA



KUALA LUMPUR - PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku terpaksa berhutang dengan tiga along bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda persatuan itu.

Biarpun sedar berisiko, beliau mendakwa terpaksa melakukannya kerana perlu menyelesaikan segera masalah kewangan itu dengan apa cara sekalipun.

“Saya tidak ada pilihan dan terpaksa berhutang dengan mereka kerana perlu menstabilkan semula kewangan persatuan,” katanya yang bagaimanapun enggan memberitahu jumlah sebenar dipinjam kecuali mengatakan memerlukan RM2 juta bagi menstabilkan kembali kedudukan kewangan PFA.

Menurutnya, beliau boleh meminjam daripada bank tapi perlu mencagarkan pelbagai benda bagi membolehkannya berhutang dan proses itu dianggapnya merumitkan.

Shahidan berkata, PFA tidak akan berada dalam situasi terdesak itu jika semua pihak menghulurkan bantuan melunaskan janji mereka, namun hingga kini tiada yang mengotakannya.

“Saya sedar ramai tidak mahu membantu PFA kerana saya sudah tidak berkuasa, namun insya-Allah satu hari nanti saya akan kembali berkuasa. Jika hari itu tiba, pada masa itu, saya tidak akan melayan sesiapa yang enggan bekerjasama dan berjuang dengan saya,” katanya.

Menurutnya, kedudukan kewangan PFA pada masa ini di bawah paras negatif dan beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang membimbangkan tapi belum mencapai tahap tenat.

“Kami memang tiada duit untuk membayar gaji tertunggak pemain dan jika masalah ini terus berlaku, kami akan dilanda masalah dan sukar menaikkan kembali imej bola sepak negeri,” katanya yang mengaku ada beberapa pemain ingin menyarung jersi pasukan itu tapi membatalkan hasrat selepas mengetahui masalah kewangan itu. Difahamkan PFA belum membayar setengah bulan gaji kepada pemain.

Geng cilik samseng disekolah



PETALING JAYA - Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.

Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.

Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.

Kanak-kanak Maut tercekik anggur



IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tercekik anggur ketika makan buah itu di kediamannya di Kondominium Raya Ria, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Tahseem Shahriar Mohammad yang berusia dua tahun lima bulan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan makan buah anggur itu bersama ibunya yang juga warga Bangladesh selepas menikmati makan malam.

“Ibunya turut makan buah anggur dan mengupas kulit sebelum menyuap ke mulut mangsa. Namun, ketika ibunya leka mengupas kulit anggur itu, mangsa tiba-tiba mencapai segenggam anggur sebelum memasukkannya dalam mulut sekali gus.

“Tindakan itu menyebabkan dia tercekik dan mengalami kesukaran bernafas,” katanya ketika ditemui di pekarangan HRPB, semalam.

Menurutnya, menyedari kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membawa mangsa ke HRPB, namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Bapa mangsa yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, enggan ditemu bual wartawan berikutan terlalu sedih dengan kejadian menimpa anaknya.

Difahamkan, mayat kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke negara asalnya di Bangladesh untuk dikebumikan.

Pelajar meninggal selepas wuduk


Foto hiasan

PONTIAN - “Afiff baring di pangkuan saya dan kira-kira 15 minit kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir,” kata ibunya, Russiah Ibrahim, 44, ketika ditemui di kediamannya di Taman Nong Chik, Batu 36, Jalan Johor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi kelmarin, anaknya, Muhammad Afiff Faris Ahmad Seri, 15, meninggal dunia di pangkuannya ibunya selepas mengadu pening kepala.

Russiah berkata, Afiff sebelum itu baru saja selesai berwuduk dan mahu menunaikan solat Subuh.

“Afiff mengadu pening kepala dan saya terus meribanya. Saya kemudiannya mengurut dahi Afiff dengan minyak.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati bibir, kuku tangan dan kakinya bertukar kebiruan. Saya terus mengusap dadanya, manakala Afiff seolah-olah tidur berdengkur sebelum nafasnya terhenti,” katanya.

Menurut Russiah, dia memanggil jiran sebelum menghubungi Hospital Pontian serta suaminya, Ahmad Seri Abu Bakar, 48, yang ketika itu bekerja di Tanjung Bin.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba kemudiannya melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan Afiff sudah meninggal dunia.

Ahmad Seri pula berkata, Afiff yang juga pelajar pintar adalah anak ketiga daripada lima beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (SMKDPB).

Afiff bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan.

Menurut Ahmad Seri, dia bergegas pulang ke rumah sejurus menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 6.15 pagi.

“Tiba di rumah, Afiff sudah meninggal dunia. Saya reda di atas pemergian Afiff kerana Allah lebih menyayanginya.

“Afiff seorang yang rajin dan suka menolong ibunya memasak,” katanya.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Oct 2, 2012

INILAH WAJAH KEKASIH FAHMI CHE MAT

KOTA BHARU – “Hubungan kami bukan lagi rahsia." Itu pengakuan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditanya status terkini hubungan beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.

Khairul Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat istimewa sebagai pasangan kekasih.

“Seperti mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, saya akui kebenaran cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih daripada itu,” katanya  semalam.

“Saya kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini.

“Mengenai perancangan untuk berkahwin, saya berserah kepada ALLAH SWT. Yang pasti, saya akan beritahu kepada semua pihak. Saya tak akan sembunyikan perkara yang baik ini. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui perhubungan ini,” katanya.

Sebelum itu, gosip hubungan antara Apex dengan Luniey bertebaran sejak beberapa bulan lalu tetapi dinafikan oleh pasangan tersebut. Namun baru-baru ini, sebuah blog hiburan memaparkan gambar mereka sekali gus mengukuhkan dakwaan kedua-duanya mempunyai hubungan yang istimewa selama ini.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu berkata, sudah tiba masanya beliau membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Luniey bagi mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.

“Sebelum ini orang sering anggap saya sebagai playboy, apabila saya keluar dengan perempuan itu, perempuan ini. Bila saya beritahu perkara ini, saya harap orang akan faham dan tidak akan bercakap perkara yang bukan-bukan mengenai kami,” katanya.

Mengulas sejauh mana perhubungan mereka, Apex berkata, Luniey seorang wanita yang begitu memahami karier bola sepak beliau dan tidak sesekali mengganggu tumpuannya sama ada ketika mempunyai tugasan bersama skuad Kelantan atau pun kebangsaan.

“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya dengan bola sepak, dia pula dengan perniagaan butik pengantinnya. Hanya telefon dan medium internet menjadi penghubung di antara kami ketika ini,” katanya.

Madrasah At-Taqwa tidak sesat

Muhammad Nidzam ketika mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam

KUALA LUMPUR – Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah At-Taqwa yang dulunya dikenali sebagai Madrasah At-Taqwa tiada kaitan sama sekali dengan ajaran sesat Juruzon sebagaimana dakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia (PAYM) yang menaungi rumah anak yatim itu menegaskan, pengasas ajaran sesat Juruzon bukan individu yang sama menubuhkan madrasah berkenaan.

Ketua Pentadbiran dan Kewangan PAYM, Muhammad Nidzam Sulaiman berkata, sejak ditubuhkan pada 2008, anak-anak yatim di rumah tersebut tidak pernah terlibat dengan ajaran sesat itu.

Beliau berkata, mereka sebaliknya berada di bawah pengawasan pengetua terdahulu iaitu guru agama yang ditauliahkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Segala pendidikan agama mahupun pembelajaran harian yang diterima oleh anak-anak yatim itu berdasarkan silibus dan kokurikulum Kelas al-Quran dan Fardu Ain.

“Mereka juga mengikut jadual harian yang ditetapkan oleh pihak pentadbir dan diselia oleh warden-warden yang bertugas,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Juruhebah radio diculik 4 jam

JD menunjukkan keretanya yang kemek selepas dihimpit kenderaan penjenayah semasa diculik

JOHOR BAHRU – Seorang juruhebah radio Johor melalui detik-detik cemas selama empat jam apabila dia diculik dan diugut untuk dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki di sini pada Sabtu lalu.

Sebelum kejadian pada pukul 1 pagi, mangsa berusia 34 tahun yang popular dengan panggilan JD diculik ketika memandu kereta Proton Neo seorang diri. Ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Danga dari tempat kerjanya di stesen radio Best 104 di sini.

“Ketika tiba berhampiran Tune Hotel di Lebuh Raya Pesisir Pantai, kereta saya dihalang sebuah kereta Proton Iswara yang dinaiki beberapa lelaki tetapi ketika itu saya berjaya memandu terus.

“Sejurus selepas itu, datang sebuah kereta Proton Wira pula menghimpit kereta saya menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa sebelum seorang lelaki masuk ke dalam kereta dan mengacukan pisau rambo,” kata JD sambil memberitahu lelaki itu kemudian menutup mukanya manakala tangannya diikat.

Pembaca berita diacu gunting pokok


Foto hiasan.

CHERAS - Seorang pembaca berita sambilan sebuah stesen televisyen berbayar menghadapi saat cemas apabila tiga lelaki bermotosikal mengacukan gunting pokok ke arahnya sebelum melarikan beg tangan miliknya dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Perkasa 5, Taman Maluri, di sini, awal pagi semalam.

Dua daripada tiga suspek itu bagaimanapun ditahan selepas teman lelaki mangsa yang baru menghantarnya terdengar jeritan wanita berusia 31 tahun terbabit sebelum mengejar dua motosikal dinaiki penjenayah itu dengan keretanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, mangsa baru dihantar teman lelakinya, 38, apabila tiga lelaki menaiki dua motosikal menghampirinya dan mengacukan gunting pokok.

“Seorang daripada suspek merampas beg tangan mangsa bagaimanapun, mangsa cuba melawan dan menjerit sehingga didengari teman lelakinya yang masih berada berhampiran tempat kejadian.

“Menyedari mangsa disamun, lelaki terbabit memecutkan kereta mengejar suspek dan dalam masa sama, jeritan wanita itu didengari polis peronda yang membuat rondaan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Karno Nekat Larikan Istri Orang Lain


GUNUNGKIDUL - Diduga melarikan istri orang lain, Karno (49) warga dusun Pudak, Desa Tepus, Gunungkidul harus berhadapan dengan ratusan orang. Karno dan selingkuhannya, Poniyati, langsung diamankan aparat kepolisian lantaran sempat dikeroyok warga Dusun Kajar II, RT 3 RW 9 Desa Karangtengah, Kecamatan Wonosari.

Peristiwa pengeroyokan terjadi Senin (24/9/2012) malam. Warga yang geram dengan ulahnya sudah menunggu kedatangan Karno di rumah Saudi (49) suami Poniyati.

“Karno memang disuruh datang ke rumah Saudi,” ungkap Ketua RT 3 RW 9, Dusun Kajar II, Basuki.

Basuki mengatakan bahwa pihaknya telah mencari Karno yang sudah berputra tiga ini di Dusun Prigi, Tepus, namun tidak bertemu dengannya.  Ia juga mengatakan bahwa Poniyati sempat dilarikan selama enam hari.

“Akhirnya, Karno kemudian datang ke Kajar II bersama sejumlah perangkat RT dan Dukuh Prigi,” jelasnya.

Menurut keterangan, kedatangan Karno ke Dusun Kajar II untuk berbicara kepada Saudi mengenai hubungannya dengan Poniyati, wanita berputra satu. Namun, ternyata warga sekitar sudah menunggunya.

“Ada ratusan warga yang datang. Kami tidak terima warga kami diselingkuhi,” jelasnya.

Basuki menjelaskan Karno merupakan pekerja bangunan, sedangkan Poniyati ibu rumah tangga. Kedekatan keduanya, menurut warga, lantaran proyek bangunan Karno berhadapan dengan rumah milik Poniyati.

Kedua warga tersebut, akhirnya diamankan ke Mapolsek Wonosari. Beberapa warga juga hadir di Mapolsek Wonosari untuk memberikan keterangan kepada pihak Kepolisian.

Kulit Seekor Domba di Bandung Membentuk Lafaz Allah



BANDUNG - Seekor domba jantan di Bandung punya keistimewaan. Alur kulit tubuh bagian kirinya membentuk lafaz Allah, sehingga bulunya pun membentuk serupa. Domba unik bernama Wisnu ini berusia 2,5 tahun.

"Ini bukan rekayasa. Bukan juga dilukis. Jadi, kulitnya sejak lahir berbentuk lafaz Allah. Otomatis bulunya juga mengikuti alur kulit," jelas pemilik domba, Runjana (48), saat ditemui di rumahnya, Jalan Situ Sipatahunan No.352, RT 4 RW 4 Kampung Baleendah, Kelurahan Baleendah, Kecamatan Baleendah, Kabupaten Bandung, Senin (1/10/2012).

Runjana awalnya tidak ngeh kalau domba kesayangannya memiliki keanehan. Wisnu terlahir dari pasangan domba adu bernama Mawar (jantan) dan Denok (betina).

"Waktu itu senang saja ternyata yang lahir domba jantan. Awal keunikan ini diketahui saat Wisnu berusia delapan bulan. Saya potong bulunya, ternyata kulitnya berlafaz Allah," ungkap pria yang berprosesi sebagai guru olahraga di SDN Zipur Dayeuhkolot ini.

Runjana tak percaya begitu saja dengan domba berbulu hitam putih itu. Rasa penasaran pun berkecamuk. Ia berulang kali memangkas bulu domba bertanduk hitam pekat ini.

"Ternyata tetap ada. Malah sekarang kalau digundulin, lafaz Allah itu makin jelas," paparnya.

Bulu putih menempel pada kulit tubuh domba jenis adu inilah seperti terangkai mirip huruf Arab membentuk lafaz Allah. Posisinya tepat di tengah tubuh sebelah kiri domba. Alur lafaz makin terlihat jelas lantaran dikelilingi dominasi bulu hitam.

Runjana enggan berpikir aneh-aneh soal kondisi fisik domba miliknya dan tidak mau menghubung-hubungakan di luar nalar manusia. Dia menyebut, keunikan Wisnu merupakan salah satu bentuk kebesaran Maha Pencipta.

"Ini menambah keyakinan dan mengingatkan kita kepada Allah. Selama ini banyak manusia yang lupa kepada khaliknya," tutur pria berkumis ini.

Pesawat AS Dipaksa Turun di Balikpapan


Aparat TNI AU Balikpapan memeriksa pilot pesawat Cessna 208 dengan nomor registrasi N354RM Michael A Boyd yang masuk ke Indonesia tanpa dokumen lengkap

BALIKPAPAN - Insiden udara terjadi atas langit Indonesia, Minggu (30/9/2012). Sebuah pesawat sipil asing asal Amerika Serikat (AS) tujuan Singapura akhirnya diturunkan paksa (force down) oleh TNI-AU ke Bandara Sepinggan, Balikpapan.

Pesawat Cessna 208 dengan nomor registrasi N354RM tersebut ditindak karena terbang memasuki wilayah udara Indonesia tanpa membawa dokumen izin resmi seperti flight approval (FA) dan flight security (FS), Minggu (30/9/2012).

Untuk menurunkan paksa pesawat dengan pilot Michael A Boyd ini, dua pesawat tempur Sukhoi dari Skuadron 11 Makassar dikerahkan untuk memburu.

Pesawat yang tak membawa penumpang ini terbang dari Wichita, AS, pada tanggal 25 September ini rencananya akan digunakan oleh PT Rajawali Dirgantara Mandiri melalui Global Flyer Inc. "Sebenarnya pesawat ini akan dioperasikan di daerah Papua oleh Hawker Pasific Jet milik PT Rajawali Dirgantara Mandiri," kata Danlanud Balikpapan Kolonel Pnb Djoko Senoputro saat ditemui usai proses Interogasi pilot pesawat Cessna di Base Ops Lanud Bandara Sepinggan Balikpapan, kemarin.

Perlu diketahui bahwa sebelum menuju ke Papua, pesawat satu baling-baling ini terbang dari Wichita dengan singgah di beberapa tempat seperti Santa Maria California, Honolulu, Korsje, Makronesia, Kepulauan Koror Republik Palau Pasific, dan akhirnya Singapura.

Saat terbang menuju Singapura, pesawat yang seharusnya melalui FIR (flight information range) Filipina dan Malaysia malah memotong jalan melalui wilayah udara Indonesia. Padahal menurut keterangan yang disampaikan oleh Danlanud bahwa pilot sudah diberi peringatan oleh perusahaan untuk tidak terbang di wilayah udara Indonesia.

"Si pilot tidak mematuhi aturan-aturan yang ada dan melakukan unschedulle flight.  Padahalah operatornya di Amerika sudah bilang tidak boleh melewati Indonesia karena perusahaannya tidak mengurus izin di Indonesia." terang Djoko

Pesawat ini pertama kali terdeteksi pada pukul 09.01 Wita oleh radar tower Bandara Sam Ratulangi Manado, namun saat dikontak si pilot mengindahkan peringatan dan pertanyaan tentang FA dan FS tower Manado hingga pesawat tersebut melintas di Daerah Gorontalo. Di kawasan pecahan Sulawesi Utara ini, radar kembali menangkap keberadaan pesawat tersebut dan kembali meminta identitas dari pesawat tersebut. Karena pesawat tersebut tidak memberikan respon positif, akhirnya radar Kuandang Gorontalo memberi kabar kepada Panglima Komando.