May 22, 2013

13 tahun dlm kuburl: Hasman diakui siksaan kubur



Makam Hasman, di Pekuburan Muslim Kampung Baru, Kecamatan Nunukan Selatan, Selasa (21/5/2013).

NUNUKAN,- Sebelum dijemput Lariu, ayahnya dari Lahad Datu, Sabah, Malaysia, pria yang mengaku bernama Hasman ini menyadari, orang tak mungkin percaya jika ia bangkit kembali setelah 13 tahun di kubur. Bahkan karena hal itu ia telah meminta agar orang tuanya di Pulau Sebatik tidak diberitahukan perihal kejadian aneh itu.

Lariu dan Hasman akhirnya bertemu. Hasman kini tinggal di rumah orang tuanya di RT 05, Desa Manurung, Kecamatan Sebatik.  Kepada Lariu ayahnya, Hasman menceritakan yang dialaminya selama berada di kubur.

“Memang sejak meninggal tahun 2000, dia cerita di alam kubur sudah merasakan penyiksaan seperti apa yang dibuat sebelum waktu meninggal. Jadi dia bilang siksaan-siksaan yang dia rasakan dalam kubur itu memang cukup parah,” ujarnya.

Sebelum meninggal, Hasman diakui sebagai anak yang nakal. Bahkan seringkali ia membuat orang tuanya menangis.

“Jadi setelah itu diperiksa oleh  yang pemeriksa di alam kubur, memang cukup disiksa dia. Jadi selesainya disiksa, ada jembatan disuruh menyeberang di situ. Pertama sampai ketiga jatuh, nanti keempat kalinya langsung ada yang memberitahukan kembali kau ke dunia. Belum sampai waktunya mau meninggal,” ujarnya.

Tiba-tiba Hasman sudah berada di atas makam.  “Waktu di atas kubur dia lama berfikir.  Kenapa aku bisa begini? Duduk seperti begini? Dilihat kain kafan yang dipakainya, rupanya aku sudah meninggal. Setelah duduk begitu, ada suatu wahyu seperti datang mengambilnya. Tiba-tiba dia sudah di Lahad Datu,” ujarnya.

Isteri orang dilari lelaki Lombok


ABDUL RAHMAN bersama anak-anaknya menunjukkan gambar Robedah yang hilang kerana mengikut                          pemuda Lombok ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuantan-Gambang semalam.



KUANTAN – Empat adikberadik terpaksa melalui kehidupan tanpa kasih seorang ibu selama lima tahun apabila wanita itu tergamak menghilangkan diri ke Lombok, Indonesia bersama kekasih hatinya.
Bapa kepada empat beradik malang itu, Abdul Rahman Bakar, 55, berkata, Robedah Yusof, 38, hilang ketika dia yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana dalam perjalanan untuk menghantar barang dari bandar ini ke Kuala Lumpur pada Disember 2008.
“Saya mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan Robedah yang ketika itu masih isteri saya sanggup lari dari rumah demi mengikut seorang lelaki Indonesia.
“Sebelum kehilangan isteri, kami tidak pernah bergaduh besar dan hasil perkahwinan kami dikurniakan empat orang anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang semalam.
Empat anak pasangan itu ialah Roslina, 15, Rozaidi, 14, Muhammad Ridwan, 12, dan Muhammad Rusmadi, 9.
Beberapa bulan sebelum Robedah hilang, Abdul Rahman ada dengar khabar angin bahawa wanita itu menjalin hubungan dengan jejaka lain tetapi dia tidak percaya.
“Saya hanya percaya selepas Robedah menghubungi saya dan memberitahu dia sudah berada di Kampung Lembah Sureh, Lombok Barat kerana mengikut pemuda Lombok,” katanya.
Pada bulan pertama kehilangan Robedah, Abdul Rahman berkata, dia tidak berputus asa memujuk Robedah pulang semula ke pangkuan keluarga tetapi tidak berhasil.

Ibu Afiq Muiz bakal disaman - Eina


Eina Azman

KUALA LUMPUR -"SAYA akan tetap saman ibu Afiq. Bukan kerana mahukan wangnya, tapi kerana membela maruah saya dan keluarga," begitulah kenyataan aktres, Eina Azman kepada wartawan berhubung hasratnya untuk menyaman ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohd.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, berkata, setelah tempoh tujuh hari buat ibu Afiq membuat permohonan maaf secara terbuka tamat hari ini, dia nekad untuk meneruskan tindakan undang-undang.

"Keluarga meminta saya meneruskan tindakan undang-undang dan ayah saya akan uruskan segala hal berkaitan peguam dan sebagainya.

"Saya bukan mahu menyaman secara semberono, tetapi ini melibatkan maruah, dia telah memanggil saya dengan panggilan perempuan murahan, sundal, menuduh saya yang bukan-bukan tapi semuanya tanpa bukti.

"Secara tak langsung, cerita karutnya itu membuatkan saya turut terlibat sama dalam masalah keluarganya dan ia memburukkan nama saya," katanya.

Di tebak dengan pandangan pihak lain yang menganggapnya sebagai punca pertelingkahan dua beranak ini, Eina berkata, dia amat kesal dengan tuduhan melulu pihak lain tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Bukan saya yang mencipta kontroversi murahan ini, tetapi ibunya yang bermula dulu. Saya datang pada sidang media yang dilakukan Afiq pun kerana Afiq yang menjemput dan dia minta saya bersihkan nama saya.

"Apa untungnya saya menjadi batu api. Orang hanya tahu menuding jari saja. Tapi saya percaya pada takdir, lambat laun orang akan tahu perkara sebenar," ujarnya.

'Malaysia bukan bapa Anwar punya'



PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya.

Dalam nada marah, Ahmad Zahid menegaskan bahawa negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang membidas artikel beliau dalam akhbar Utusan Malaysia pada 16 Mei lalu yang bertajuk Perhimpunan Haram Sebab Tak Terima Hakikat Gagal Kuasai Putrajaya.(kosmo)

May 17, 2013

Ugut bunuh: Ustaz Kazim Elias berhenti berceramah


KUALA LUMPUR - “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang  ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.(metro)

May 15, 2013

Kejutan Najib


Foto
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak membuat kejutan apabila menyenaraikan beberapa nama yang tidak mendapat perhatian sebelum ini dalam barisan Kabinet yang diumumkan semalam.
Antara mereka ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Presiden Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis selama 13 tahun pertama kali dilantik ke peringkat Persekutuan selepas menang di kerusi Parlimen Arau dengan majoriti 1,371 undi menewaskan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau juga adalah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

NAJIB mengumumkan senarai Kabinet di Putrajaya, semalam.

Mengulas pelantikan Shahidan, pakar ekonomi dan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin berkata, Ketua UMNO Bahagian Arau itu berperanan besar memajukan Perlis selama mengetuai pentadbiran Perlis sejak 1995 sehingga 2008.

260 staf bank lari

Foto
Kuala Lumpur: Seramai 260 kakitangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad di Jalan Kasturi, di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas sebuah bilik di bahagian bawah tanah bank itu musnah dalam kebakaran, semalam.
Dalam kejadian 8.15 pagi itu, seorang kakitangan bank berkenaan mengesan asap dari sebuah bilik di bahagian bawah tanah yang digunakan untuk penyimpanan dokumen sebelum asap mula memenuhi ruang lobi bank itu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.24 pagi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Hang Tuah, Pudu dan Chow Kit dengan kekuatan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dipercayai bermula dari bilik penyimpanan berkenaan mengakibatkan 10 peratus dokumen pelanggan hangus terbakar.

ANGGOTA bomba menjalakan kerja di bangunan bank terbabit.

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal dalam masa 45 minit sebelum ia merebak ke aras lain tanpa sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kabinet tambah masalah - Mahfuz


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet tambah masalah.

"Tidak akan bermakna lantik Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika anggota kabinet yang lain terdiri dari mereka yang bermasalah," katanya.

Beliau mempersoalkan, apa yang boleh dilakukan oleh Paul jika dikelilingi oleh orang-orang yang bermasalah.

"Apa makna lantik Presiden TI-M kalau hanya untuk ditenggelami oleh orang-orang yang bermasalah.

"Dia bukan sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah tetapi hampir serta merta akan tenggelam dan perkara itu akhirnya menambahkan lagi masalah.

"Sebab itu kita melihat kabinet yang Najib umum itu hanya kabinet tambah masalah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, antara perlantikan yang paling dipandang sinis oleh banyak pihak serta banyak mengundang kritikan ialah perlantikan perlantikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara lain, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menulis dalam laman Twitter "Six million dollar man Umno mendapat jawatan timbalan menteri".

Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dilaporkan telah dipecat dari Umno pada tahun 1995 kerana dituduh membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.

Tajuddin juga baru-baru ini menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan tidak mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembinaan.

Selain Tajuddin, kata Mahfuz, seorang lagi yang disebut terbabit dalam amalan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri ialah Khairy Jamaluddin.

Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Dalam tulisannya "Kenapa saya masuk balik Umno," antara lain Dr Mahathir menulis, "Saya percaya dia (Najib) tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai menteri atau anggota kerajaan".

Mahfuz melihat tindakan Najib itu seolah-olah mencabar Dr Mahathir dan beliau ternanti-nanti untuk melihat apakah reaksi Dr Mahathir terhadap kabinet baru Najib itu.

"Bukan itu sahaja, tindakan mengekalkan orang seperti (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) membuktikan Najib enggan melakukan perubahan ke arah lebih baik sedangkan Kementerian Dalam Negeri di mana beliau menjadi menterinya sebelum ini adalah antara yang paling banyak dilaporkan mengalami ketirisan dalam laporan Ketua Audit Negara.

"Itu belum lagi diambil kira orang seperti (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) yang ditolak dan tidak diterima oleh istana," katanya.

Selepas pilihan raya 2008 lalu, istana Perlis menolak cadangan supaya Shahidan dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu.

Najib melantik Shahidan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Imfo Harakahdaily16 Mei 2013

Kabinet: Pertahanan lawan Mahathir, Muhyidin dan Anwar


KUALA LUMPUR: “Ini adalah barisan kabinet untuk (Datuk Seri) Najib menyediakan pertahanan terhadap serangan (Tun) Dr Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin dan (Datuk Seri) Anwar.”

Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam.

Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini  bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat.

“Ia untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno.

“Najib tahu dan ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya dikekalkan Menteri Pelajaran,” kata sumber Umno itu lagi.

Kata sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib.

“Perkasa India dengan Perkasa Melayu – sudah tentu akan berbalah – tunggulah ledakannya,” kata beliau.

Bagaimana pula Najib cuba menghalang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“Untuk mengambilalih Malaysia daripada BN, Pakatan Rakyat perlukan Sabah dan Sarawak. Dalam Kabinet terbaru ini Najib melantik 13 menteri dan lapan timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika dibandingkan dulu.

"Ini untuk menyekat Anwar untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen di Sabah dan Sarawak dan mengekalkan dua negeri tersebut sebagai fixed deposit BN,” jawab sumber Umno itu.

Harakahdaily juga sempat bertanya apakah muslihat di sebalik tindakan MCA dan Gerakan yang enggan memasuki kabinet.

“Ego tak bertempat dan macam budak-budak kononnya ingin mengajar kaum Tionghua mengenai pilihan mereka. Kaum Tionghua sanggup undi parti PAS yang perjuangkan Islam dan tak mahu MCA dan Gerakan, apa lagi nilai yang ada pada mereka?

"Yang pasti kabinet Najib kali ini melambangkan kematian BN secara tidak rasminya. BN sekarang secara rasminya hanya Umno dan PBB. Yang lain dah berkubur. Umno menjadi PAS 30 tahun yang lalu – yang tidak boleh menang di kawasan bandar tanpa sokongan bukan Islam,” terang sumber Umno itu.

Harakahdaily sempat bertanya, “Apakah ini bermaksud persempadanan semula kali ini akan banyakkan kerusi di kawasan pendalaman?”

“Ya. Tapi saya rasa akan makan tuan. 5 tahun ini lama. Masa itu semua dah berinternet. Melainkan Umno nak kekal masyarakat tanpa internet.

"Dalam PRU13, Umno kena sedar, ia adalah pilihan raya masyarakat berinternet menolak mereka secara total bukannya tsunami orang Cina. Anak muda berinternet tolak BN secara total.

"Lukislah sempadan macam mana pun, tiada siapa yang boleh ramal, tsunami anak-muda berinternet ini akan tiba dan meresap di kampung-kampung dan kawasan Felda – 5 tahun ini lama, susah BN dan SPR nak kawal tsunami ini walaupun dengan persempadanan semula,” tegas beliau sebelum telefon terputus.
Imfo dari Harakahdaily,
16 Mei 2013

Sejarah Orang Bawean Di Melaka

Masyarakat Melayu Melaka dan Malaysia lebih mengenali Boyan dari Bawean dan pada pandangan mereka 
orang-orang Boyan merupakan mereka yang rajin bekerja dan sanggup membuat kerja kasar seperti pemandu kereta 
atau tukang kebun 
(kephun dalam bahasa Bawean).
Orang-orang Bawean merupakan satu kelompok kecil sebahagian dari masyarakat Melayu yang berasal dari 
Pulau Bawean yang terletak di Laut Jawa antara dua pulau yang besar iaitu Pulau Borneo di utara dan 
Pulau Jawa di selatan. Orang Bawean dan orang Melayu adalah berasal dari satu rumpun yang sama iaitu 
rumpun Melayu dan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara orang Melayu dengan orang Bawean 
kerana tidak ada perbezaan warna kulit, mempunyai persamaan agama iaitu agama Islam dan kerana asimilasi 
mereka dengan masyarakat Melayu.
Sukar bagi menentukan tarikh yang tepat kedatangan orang-orang Bawean ke Melaka kerana tidak ada bukti 
dan dokumentasi sejarah mengenai kedatangan mereka. Kedatangan mereka tidak dicatatkan oleh mereka sendiri 
dan oleh tokoh-tokoh sejarah. Bermacam-macam pendapat telah diberikan namun untuk mencari tarikh yang tepat 
tidak dapat dibuktikan. Pendapat pertama mengatakan bahawa ada orang yang bernama Tok Ayar telah datang 
ke Melaka pada tahun 1819 dan pendapat yang kedua pula mengatakan bahawa tahun 1824 dapat dikira sebagai 
satu tarikh sudah adanya orang Bawean di Melaka iaitu sewaktu penjajahan Inggeris di Melaka. Pendapat yang 
ketiga pula mengatakan sudah ada orang Bawean di Melaka sebelum tahun 1900 dan pada tahun itu sudah ramai 
orang Bawean di Melaka. Tarikh ini dirasakan lebih selamat dari tarikh yang disebutkan di atas.
Pertempatan masyarakat Bawean adalah di kawasan bandar dan kawasan yang berhampiran dengan bandar 
seperti di Kampung Mata KuchingKlebang BesarLimbonganTengkera dan kawasan sekitar 
Hospital Besar Melaka. Jarang terdapat orang Bawean yang tinggal di kawasan-kawasan yang terlalu 
jauh dari bandar dan jumlah orang Bawean yang terdapat di Melaka dianggarkan tidak melebihi seribu orang.
Terdapat persamaan perlakuan antara orang Bawean dengan orang Melayu terutama dari aspek agama 
dan pengalaman magis sebagai salah satu daripada unsur kebudayaan mereka. Orang Melayu mengamalkan 
ilmu-ilmu magis yang dimanifestasikan oleh pawang, bomoh dan dukun. Begitu juga penggunaan 
ubat guna-guna. Persamaan latarbelakang budaya menyebabkan mereka mudah menyesuaikan diri 
dengan cara hidup orang-orang Melayu apabila mereka merantau ke Semenanjung Malaysia.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Orang Bawean di Era 2000

Di Lembah Klang, ramai orang Bawean membina penempatan di kawasan Ampang, Gombak, Balakong dan juga 
Shah Alam. Mereka membeli tanah dengan cara berkongsi dan membina rumah seperti rumah-rumah teres.
Di GelugorPulau Pinang terdapat sekurang-kurangnya 2 keluarga besar orang Bawean. Mereka menggunakan 
bahasa Melayu dialek Pulau Pinang untuk bertutur dengan orang bukan Bawean.
Menurut www.ethnologue.com di Singapura terdapat kira-kira 14,292 orang Bawean (anggaran tahun 1985). 
Tetapi hanya 900 sahaja yang boleh berbahasa Bawean.
Anak-anak mereka yang lahir di Malaysia telah menjadi warga Malaysia. Ada yang berjaya memasuki universiti 
tempatan.
Perantau-perantau yang datang dari tahun 90-an ada yang telah menerima status penduduk tetap, namun masih 
ramai yang memohon untuk menjadi warga Malaysia yang penuh kemakmuran ini.
Orang Bawean terkenal dengan kemahiran membuat bangunan dan rumah. Ada juga yang menjadi usahawan 
kecil seperti sub-kontraktor pembersih bangunan dan peniaga runcit.

[sunting]Orang Bawean dan Orang Madura

Walaupun Bahasa Bawean dan Bahasa Madura mirip serta Bawean merupakan salah satu daripada suku Madura, 
berdasarkan pengalaman penulis bersama Orang Bawean, budaya dan adat mereka berbeza dengan Orang Madura. 
Orang Bawean juga kurang gemar dikenali sebagai Orang Madura kerana perbezaan tersebut.

[sunting]Budaya-Budaya Orang Bawean

  • Kercengan
Kercengan biasanya dipersembahkan sewaktu Majlis Perkahwinan masyarakat Bawean. Masyarakat Madura 
menggunakan nama kercengan sebagai Hadrah.
Penari akan diletakkan sebaris atau dua barisan. Pemain kompang dan penyanyi duduk di barisan belakang. 
Lagu-lagu yang diperdengarkan adalah lagu-lagu selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Pemain kercengan 
terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kercengan dipersembahkan pada waktu malam sebelum majlis 
persandingan berlangsung keesokan harinya.
  • Zamrah
Seperti juga kercengan, zamrah juga dipersembahkan pada Majlis Perkahwinan di hadapan pengantin yang 
sedang bersanding serta tetamu yang sedang makan. Penari zamrah terdiri daripada gadis-gadis muda yang 
memegang alat muzik tamborin atau kerceng ditangan. Lagu-lagu zamrah dinyanyikan oleh penyanyi lelaki 
atau wanita dengan lagu-lagu berunsur keagamaan dan nasihat. Alat muzik yang digunakan pula adalah 
kompang dan kongga, ada juga yang telah menggunakan alat muzik moden seperti 'keyboard'.
  • Cukur Jambul
Bayi yang telah genap usianya 40 hari akan disambut dengan Majlis Kesyukuran bercukur jambul. Adat ini 
sama seperti adat orang Melayu dan Jawa. Bacaan berzanji bersama paluan kompang meraikan bayi yang 
akan dicukur kepalanya.
Picture 087

[sunting]

May 13, 2013

Senarai Sosej Yang Haram Dimakan



Roti-Gulung-Sosej-Berkeju

Sosej ialah produk makanan yang disedia biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramaun lain seperti herba, dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.
Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti disalut dalam usus babi adalah
Gourmessa
• Muller’s Haus
• Dew Fresh
• Puteri
• Miami Butcher House
• Maspac
Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;
• Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
• German Delicatessen – Subang (Muller’s Haus dan Dew Fresh)
• Puteri Pan Pacific (Puteri)
• MiamiButcher House – Batu Feringgi (MiamiButcher House)
• Omcorp Sdn Bhd – Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
• Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)


Gadis Cantik Ini Yang Terpaksa Menjadi Pemungut Sampah Di China


Sebagai negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia, maka persaingan untuk mendapatkan tenaga kerja di China amat sangat kuat dan sukar. Rupa yang cantik dan menawan belum tentu menjamin seseorang mendapat pekerjaan yang layak di China.
Seperti yang terjadi pada gadis cantik yang tidak mahu disebutkan namanya ketika ditemui oleh seorang kawan di Nanjing. Dia terpaksa menjadi pengutip sisa kerana tidak mendapatkan pekerjaan walaupun dia lulusan sekolah menengah atas

Menggali Potensi Wisata Ziarah Di Pulau Bawean


Bawean pulau kecil-mungil yang mempesona, itulah pernyataan yang sering kita dengar dari setiap pendatang tatkala dimintai untuk berkomentar tentang potensi pulau Bawean. Jika dikaji statemen tersebut, memang beralasan untuk berkomentar seperti itu, harus diakui jika Pulau Bawean memiliki multi potensi, dan sangat layak untuk ditawarkan sebagai objek wisata. Ada anggapan jika Pulau Bawean ini adalah miniatur dari kawasan nusantara, dengan panorama yang indah berjejer pulau-pulau (ada 7 pulau tak berpenghuni dan 3 pulau berpenghuni), membentang tampak hijau canopy dari 99 gunung, khazanah berbagai kelebihan dari potensi permukaan alamnya, biodiversitas keanekaragaman hayati yang kompleks, dan potensi alamiah baharinya yang membentang luas sekelilingnya. Belum lagi homonitas peradaban manusia yang penuh ketentraman dan kedamaian, yang patut untuk ditiru sebagai bentuk kepribadian jati diri bangsa. Tatanan masyarakat yang masih menjunjung tinggi ikatan tali persaudaraan, tenggang rasa dan sikap toleransi masih kental kelihatan dalam pergaulan kemasyarakatan, yang merupakan roh dalam penegakkan tiang persatuan bangsa.


Berbicara tentang potensi wisata Pulau Bawean memang tidak akan pernah habis topik bahasannya, sebelum Bawean betul-betul menjadi Pulau Wisata, banyak destinasi wisata yang dapat diolah dan dikembangkan, terutama keunikan budayanya, apalagi jika mau mengkaji dan meneliti tentang historis-arkeologis peradaban tatanan kehidupan masyarakat Bawean, tentunya akan banyak multi tafsir, karena dibangun dengan kultur yang berbeda, yang mungkin ada korelasinya dengan adat istiadat yang dibiasakan oleh nenek moyang zaman dahulu yang notabenenya pendatang dan berbeda ras kesukuannnya. Dalam artikel ini penulis mencoba ingin menelusuri tradisi nenek moyang Bawean dalam melakukan ziarah ke makam-makam keramat walaupun lambat laun masyarakat sudah banyak yang meninggalkannya, tapi setidaknya pernah eksis dan lestarinya adat istiadat ziarah ini telah menyebabkan terpeliharanya keberadaan makam-makam keramat tertentu di Pulau Bawean. Maksud sumbangsih pemikiran dalam menggali potensi wisata ziarah di Pulau Bawean ini selain dokumentasi catatan singkat mengenai peran para waliullah dalam usaha penyebaran agama Islam di Pulau Bawean juga dapat membantu dalam melengkapi daftar inventarisasi destinasi wisata di Pulau Bawean, terutama dapat menjadi bahan pemikiran bagi warga Bawean dalam menata peninggalan historis-arkeologis dari keberadaan makam-makam yang dikeramatkan tersebut.

Seiring dengan perkembangan zaman, sebagian masyarakat Bawean memandang tradisi ziarah ke makam-makam keramat dengan pemahaman yang tidak utuh, telah terjadi pencampuradukan antara nilai budaya dan agama, padahal keduanya sangatlah berbeda dan harus dipisahkan. Kenyataanya telah terjadi pengikisan tradisi karena anggapan kultus budaya yang salah secara tinjauan agama, dan telah menyebabkan degradasi pemahaman budaya yang berdampak pada pola kehidupan masyarakat itu sendiri. Penyebab utama dari terkikisnya tardisi ziarah ini adalah anggapan bid’ah berwasilah/bertawassul ke tempat makam-makam yang dikeramatkan tersebut.

Esensi tradisi ziarah peninggalan leluhur yang mentradisi tentunya untuk memberikan arahan dan petunjuk tentang bagaimana menjalankan kehidupan di muka bumi ini yang benar secara agama, bukan mempropaganda nilai budaya menjadi agama atau sebaliknya. Hal ini harus dijadikan sebagai suatu amanah yang harus dijalankan bagi anak, cucu, dan semua keturunan. Falsafah Bawean tentang ‘ziarah kubur‘ sebagai bentuk penghormatan dan ketawaddukan’ atas jasa perjuangan, pengorbanan dan kesholehan dari ahli kubur. Bukankah makam-makam di Bawean yang dikeramatkan sudah diduga kuat sebagai waliullah karena kesholehan dan keteguahannya dalam berjihad menyebarkan agama Islam di Pulau Bawean. Berikut sedikit memberikan diskripsi penelusuran makam-makam di Pulau Bawean yang dikeramatkan dan ditradisikan untuk diziarahi :

1. Untuk wilayah Kecamatan Sangkapura

a. Maulana Umar Mas’ud 
Terletak di kompleks Masjid Jamik Sangkapura (sebelah barat Alun-alun Sangkapura), diduga sebagai tokoh penyiar Agama Islam di Pulau Bawean yang merupakan utusan dari kesultanan Sumenep Madura.

b. Pangeran Cokro Kusumo
Terletak di sebelah barat Pemakaman umum Naga Sari (ada di kawasan Desa Sungai Teluk), diduga sebagai penguasa Pulau Bawean semasa penjajahan Belanda dan gigih berjuang menyiarkan ajaran Islam semasa Pulau Bawean masih termasuk wilayah administratif Kadipaten Tuban.

c. Pangeran Purbo Negoro
Terletak di Lereng Selatan Bukit Malokok (Desa Gunungteguh), diduga kuat sebagai penguasa kerajaan Bawean yang konsisten memperjuangkan menyiarkan Agama Islam, beliau adalah utusan dari kesultanan Surakarta Jawa tengah.

d. Nyai Ageng Maloko
Terletak di Bukit Gunung Maloko (Desa Gunungteguh), diduga sebagai sosok saudara seibu dengan Sunan Bonang, yang menyebarkan ajaran Islam pada masyarakat Desa Gunungteguh dan sekitarnya.

e. Emba Asal
Terletak di pojok barat Dusun Sungaitirta (Desa Sungairrujing), seorang alim ulama’ tersohor yang menyiarkan agama Islam di Pulau Bawean, dan diduga sebagai guru kanoragan dari Pangeran Purbo Negoro yang datang dari Surakarta yang kemudian hidup menetap di Pulau Bawean.

f. Pangeran Pangolo
Terletak di Pemakaman Umum Desa Sungairrujing (perbatasan Dusun Sungaitirta dan Dusun Duku), diduga sebagai adik kandung dari Pangeran Purbo Negoro yang datang dari Surakarta untuk berguru kanoragan dan ngaji kepada Emba Asal di Pulau Bawean, yang kemudian menetap dan meninggal di Pulau Bawean.

g. Jujuk Tampo
Terletak di perbukitan Dusun Tampo (Desa Pudakitbarat), masyarakat Bawean meyakini sebagai makam Makdum Ibrahim yang tidak lain adalah Sunan Bonang, tapi ada juga yang menduga sebagai makam Laksamana Dampo Awang Chengho alias Muhammad Chengho bersama Istrinya.

h. Jujuk Campa
Terletak di pojok Desa Kumalasa, diduga kuat beliau adalah Putri Raja dari kerajaan Campa (dari Vietnam) yang kemudian mejadi istri dari Sunan Ampel, yang kemudian bernama Putri Condro Wulan, sebagai Ibunya para wali.

i. KH. Abdul Hamid
Terletak di kompleks pemakaman di Pondok Pesantren “Nurul Huda” Dusun Pancor (Desa Sidogedungbatu), beliau dianggap ulama kharismatik di Pulau Bawean yang cukup berperan semasa penjajahan Belanda, Jepang dan masa–masa kemerdekaan, sampai masa pemberontakan PKI, beliau juga pernah menjadi salah satu imam besar di Masjidil Haram Mekkah.

j. Jherat Lanjheng
Terletak di Pinggir Pantai Dusun Tajung Anyar (Desa Lebak), diduga makam Dora dan Sembada pengawal setia Aji Saka.

k. Makam Di Bukit Gunung Tingkih
Terletak di Bukit Gunung Tingkih Dusun Menara (Desa Gunungteguh), makam ini belum terkuak siapakah namanya, tapi dari orang-oarng pintar yang mencoba meneliti, menginformasikan jika makam tersebut adalah oarng yang tergolong ‘alim dan sholeh, yang akhir hidupnya menyepi dan meninggal di situ. Yang jelas tidak sedikit orang dari luar Bawean yang berziarah ke makam ini.

l. Makam Di Pulau Selayar
Terletak di Pebukitan Pulau Selayar Dusun Taubat (Desa Sungairujing), makam ini juga belum terkuak siapakah namanya, tapi dari orang-oarng yang menelusuri keberadaan makam ini, menyimpulkan jika makam tersebut adalah orang yang tergolong ‘alim dan sholeh, yang akhir hidupnya menyepi dan meninggal di situ.

2. Untuk Wilayah Kecamatan Tambak

a. Waliyah Nyai Zainab
Terletak di Kompleks Masjid Jamik Desa Diponggo, diduga putri Syekh Siti Jenar dan sebagai penyiar Agama Islam perempuan yang pertama di Pulau Bawean, Beliau juga yang membawa bahasa Jawa di masyarakat di Desa Diponggo, yang tetap eksis menjadi bahasa sehari-hari sampai sekarang.

b. Syekh Yusuf
Terletak di kawasan perbukitan Dusun Betolintang (Desa Telukjati), diantara warga setempat menyakini bahwa beliau adalah salah satu murid kepercayaan dari Sunan Bonang, dan menyiarkan ajaran Islam di Pulau Bawean.

c. KH. Ahmad Asnawi
Terletak di kompleks Pondok Pesantren Putri “Nurul Ikhlas” Dusun Gelam (Desa Gelam), beliau dikenal sebagai panglima Laskar Hizbullah dalam mempertahankan kemerdekaan di Pulau Bawean, dan beliau juga sebagai Ketua Pengurus Cabang NU di Pulau Bawean yang pertama.

d. Makam Keramat Tambak
Terletak di tepi pantai pemakaman Keramat Dusun Tambak Timur (Desa Tambak), belum diketahui identitasnya, tapi sudah diduga sebagai makam salah satu waliullah yang berjuang menyiarkan Islam di Pulau Bawean.

Para leluhur Bawean terdahulu tidaklah beralasan jika rajin berziarah ke makam-makam keramat tersebut, bahkan sudah mentradisi dan diwariskan turun temurun. Hampir setiap hari kamis ba’dha ashar, menjelang bulan Ramadhan dan hari Raya Idul Fitri ataupun hari raya Idul Adha banyak masyarakat yang melakukan tradisi ziarah. Di antara manfaat ziarah kubur yang disampaikan secara tersirat antara lain :

Pertama, ziarah akan menjadikan seseorang meresapi hakekat kematian, sehingga semasa hidupnya akan selalu ingat kepada Allah dan tidak akan menjalankan maksiat serta berprilaku sombong di muka bumi, karena pada akhirnya manusia itu tidak berdaya setelah menghadapi kematian.

Kedua, sebagai pelajaran sejarah, yaitu meneladani apa yang telah dilakukan ahli kubur dalam menjalankan ibadah kepada Allah selama hidupnya, dan keikhlasannya dalam berjuang menyebarkan ajaran Islam di tengah-tengah masyarakat dengan watak dan perilaku yang beragam, tugas manusia di muka bumi adalah menegakkan kebenaran. 

Ketiga, do’a di sekitar makam orang-orang saleh atau wali itu memiliki nilai mustajabah atau mudah dikabulkan oleh Allah. Praktek do’a di makam para wali ini pernah dilakukan oleh Syekh Abdulqadir Zaelani, Syekh Jalaluddin Rumi, dan para sufi di masa lampau. Ruh para waliullah sesungguhnya diberi keistimewaan oleh Allah sehingga bisa pergi kemana-mana, termasuk berwujud manusia sempurna pada suatu waktu. 

Keempat, memberikan ketenangan hati ketika berada di makam para wali saat berzikir. Sudah ribuan orang merasakan ada ketentraman hati saat berzikir di sekitar makam waliullah. Oleh karena itu, banyak orang yang hampir tiap tahun selalu berziarah ke makam waliullah untuk menenteramkan hati.

Kelima, membangkitkan semangat untuk semakin meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Cukup banyak orang yang hidupnya penuh dengan perbuatan maksiat, namun setelah sering berziarah di makam, perilakunya berubah dan menjadi orang yang baik.

Keenam, untuk masa sekarang, manfaat ziarah ke makam waliullah, pertama untuk latihan sebelum keberangkatan ziarah ke tanah suci Makkah dan Madinah, sehingga nantinya ketika menunaikan ibadah haji atau umrah bisa khusuk dan khidmat.

Ketujuh, meningkatkan spiritual, sehingga tidak akan mengalami kekeringan rohani dalam menjalani kehidupan yang semakin kompleks, kemudian memotivasi perjuangan hidup untuk menatap masa depan yang optimisme.

Konsep ziarah hendaknya tidak dijadikan simbol-simbol yang penuh dengan kemistisan, tapi dibutuhkan pemahaman yang lebih utuh bahwa peninggalan sejarah adalah bagian dari budaya, dan nilai falsafahnya dapat dijadikan arahan untuk menjalankan kehidupan di jalan yang benar, agar tidak menimbulkan pemahaman yang masih rancu di kalangan masyarakat yang akan menimbulkan kesalahpahaman berikutnya untuk generasi yang akan datang. Namun pada kenyataannnya, amanah ini hanya diartikan secara harfiah oleh sebagian masyarakat. Misalnya peninggalan sejarah dianggap sebagai benda yang sangat keramat dan dipuja-puji secara berlebihan, sehingga terkesan meninggalkan esensi nilai ilahiah yang seharusnya lebih diagungkan. 

Banyaknya makam keramat di Pulau Bawean yang sudah diabadikan, yang dapat dikembangkan dan sangat potensi untuk digali menjadi objek-objek wisata ziarah, perlu untuk dikelola secara optimal dengan melibatkan partisipasi masyarakat sekitar tempat wisata ziarah, dan ke depan berpotensi dapat membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat. Sudah harus menjadi renungan seluruh masyarakat Bawean bahwa peninggalan leluhur Bawean harus dipelihara dengan baik agar bernilai guna yang dapat dirasakan keberadaannya untuk generasi ke depan. Konsep keberlanjutan harus diperhatikan yakni dengan memperhatikan nilai manfaat yang dirasakan oleh masyarakat dari semua segi, ekonomi, sosial, maupun budaya. Masyarakat setempat hendaknya menjadi titik sentral perhatian dalam proses perkembangan wisata ziarah sehingga mereka dapat memberikan kontribusi yang positif. Selain itu diharapkan keberadaan masyarakat akan memberikan mutualism impact (dampak yang saling menguntungkan) dengan para pengunjung sebagai penikmat wisata ziarah di Pulau Bawean.

Dinas Kebudayaan dan Pariwisata (UPT Budpar) Bawean sudah harus melakukan gerakan pengembangan wisata yang lebih proaktif, misal bekerja sama dengan pengurus organisasai kemasyarakatan-keagamaan, seperti PC NU Bawean tentang ‘Pengembangan dan Pelestarian Wisata Ziarah’. Kegiatan dalam perjanjian kerjasama itu dapat berupa; memberikan pelatihan wisata ziarah dalam rangka meningkatkan pemahaman, pengetahuan, dan keterampilan pengelolaan wisata ziarah di lingkungan masyarakat Bawean di mana tempat wisata ziarah itu berada; menginventarisasi dan menyebarluaskan informasi tentang keunikan, keragaman, keindahan dan sejarah tempat wisata ziarah. Dengan adanya kerjasama tersebut, maka masyarakat Bawean akan dapat menata potensi wisata ziarah yang ada dengan cara mengoptimalkan pengelolaan potensi wisata ziarah, sehingga dapat membantu pengembangan salah satu destinasi pariwisata di Pulau Bawean. 

Kurangnya kesadaran masyarakat tentu saja bisa menjadi hal yang fatal karena kelestarian akan budaya itu lama kelamaan akan hilang tergeser dengan seiringnya waktu, dan sekarang adalah saatnya bagaimana cara masyarakat Bawean mempertahankan, melestarikan, menjaga, serta mewarisi budaya lokal dengan sebaik-baiknya agar dapat memperkokoh budaya bangsa yang akan megharumkan nama Bawean. Peranan masyarakat dalam melsetarikan budaya lokal sangat dibutuhkan dan sangat penting bagi keberadaan budaya khas yang dapat menjadi ciri khas budaya Bawean. Peran masyarakat tak hanya berupa peran pasif atau lebih menunggu adanya himbauan atau perintah dari pemerintah, tetapi juga peran yang aktif seperti selalu melestarikan acara adat istiadat yang baik, ataupun mengembangkan budaya Bawean dalam rangka melestarikan budaya asli yang menjadi ciri khas Bawean dan membedakannya dengan daerah lain.

Pelestarian adalah upaya pengelolaan perubahan secara selektif melalui kegiatan perlindungan, pemeliharaan, pemanfaatan dan atau pengembangan objek kegiatan untuk menjaga kesinambungan, keserasian dan daya dukungnya dalam menjawab dinamika jaman, kualitas hidup yang lebih baik serta menciptakan kegiatan baru untuk masa datang. Pelestarian peninggalan sejarah sering dipahami secara defensif, yaitu upaya mempertahankan dan mengawetkan, dan tidak membuka peluang bagi perubahan. Seiring dengan perkembangan waktu, konsep konservasi jauh lebih berkembang. Pelestarian bukanlah sikap antikuarianisme yang memandang masa lalu dalam tinjauan romantisme. Pelestarian mencakup pula di dalamnya transformasi dan revitalisasi. Penataan budaya yang pernah ada dan akan dikembangkan harus mengacu kepada konsep “melestarikan tradisi dengan cara yang tradisional”.

Pelibatan peran serta masyarakat dalam program pelestarian warisan sangat penting. Masyarakat harus menjadi pusat pengelolaan perubahan. Prinsip-prinsip proses pelestarian yang harus diperhatikan, yaitu kolaborasi antar disiplin ilmu maupun sektor, mekanisme kelembagaan yang mampu mengakomodasi apresiasi dan aksi masyarakat, dukungan dan penegakan aspek legal serta pasar pelestarian yang menunjang kesinambungan pengelolaan. Sebagai langkah awal pelestarian diperlukan suatu “bank data” yang lengkap. Oleh karena itu, inventarisasi atau pendataan yang bersifat menyeluruh terhadap peninggalan sejarah harus dilakukan. Barulah setelah itu dilakukan penelitian dan studi lainnya. Dari sekain makam keramat yang ada, hanyalah makam Waliullah Nyai Zaenab yang sudah bagus penataannya, lengkap dengan bank data historis-arkeologisnya di dukung letaknya yang berada dalam kompleks Masjid Utama Desa Diponggo. Seharusnya hal serupa dilakukan oleh Pengurus Takmir Masjid Jamik Sangkapura dalam melestarikan makam Syekh Maulana Umar Mas’ud, penataan pusaran makam sudah harus dilengkapi bank data historis-arkeologisnya, karena sudah ada semua, kenapa harus diabadikan di tiga rumah tokoh tertentu, alangkah indahnya jika disentralkan di Kompleks Masjid Jami’ Sangkapura.

Peninggalan sejarah mengajak kita untuk menghindarkan diri dari pemitosan yang tidak produktif. Wahana untuk menimba pengetahuan bagaimana dunia kehidupan (lebenwelt) berkembang dari waktu ke waktu. Oleh karena itu tidak dapat dilihat dari aspek fisiknya saja, melainkan harus dipahami pula simbol-simbolnya. Peninggalan sejarah bukan saja “fakta benda”, tetapi juga di dalamnya terdapat “fakta sosial” dan “fakta mental”. Sebagai produk dari kebudayaan, di dalamnya terekam nilai-nilai yang akan diperjuangkan. Peninggalan sejarah tidak lain adalah ingatan kolektif tentang perjalanan sejarah suatu komunitas. Dalam fase-fase perjalanan bangsa itulah terjadi serangkaian peristiwa yang jejaknya dapat kita lacak hingga generasi kita sekarang. Peninggalan sejarah merupakan warisan yang amat berharga. Namun, warisan tersebut harus diperjuangkan keberadaannya agar tidak tersia-siakan oleh perilaku vandalisme. Dengan membuka hati dan pikiran, siapapun akan mendapat pengalaman estetik ketika memandang keindahan peninggalan sejarah. Pengalaman itu pula yang diharapkan menumbuhkan kesadaran sejarah. Kesadaran untuk mencintai dan melestarikan peninggalan sejarah.

Bawean potensi dengan SDM yang mumpuni untuk melengkapi bank data historis-arkeologis pada makam-makam keramat yang ada di Pulau Bawean, karena tidak sedikit SDM yang jebolan bidang antropologi, arkeologi dan tenaga pendidik bidang studi sejarah. Dinas Budpar Bawean seharusnya merangkul mereka untuk melakukan koordinasi dan kerjasama agar meneliti kemudian menulis dalam rangka melengkapi bank data historis-arkeologis keberadaan makam-makam keramat tersebut. Jika perlu membuat buku panduan yang berisi diskripsi biografi, sejarah perjuangan dan bukti fisik peninggalannya. Harus ada sejarah yang seragam dalam menceritakannya atau setidaknya ada pemetaan sejarah berbagai ragam versi dalam kesatuan informasi, tidak bersebaran informasi berdasarkan ‘katanya’. Jika mampu melakukan dalam melengkapi bank data historis-arkeologis dan penataan tata letak yang bagus, dengan membangun infrasturktur yang arsetiktur asri dan nyaman terhadap keberadaan makam-makam keramat tersebut, maka barulah Bawean pantas dikatakan punya potensi wisata ziarah yang mumpuni. Bawean memang pantas jika disebut miniatur kawasan nusantara, karena ada potensi wisata ziarah yang dapat menggambarkan peradaban penyebaran agama islam yang serius di Pulau Bawean ini. Ayolah para pendidik sejarah, jadilah sejarahwan sejati, mari sisihkan waktunya untuk mengukir prestasi dalam kreasi meneliti dan menulis kebereadaan makam-makam keramat yang ada di Pulau Bawean untuk membantu merealisasikan percepatan pengembangan potensi wisata ziarah di Pulau Bawean khususnya dalam menggali potensi destinasi wisata religi di Pulau Bawean tercinta.