May 22, 2013

Isteri orang dilari lelaki Lombok


ABDUL RAHMAN bersama anak-anaknya menunjukkan gambar Robedah yang hilang kerana mengikut                          pemuda Lombok ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuantan-Gambang semalam.



KUANTAN – Empat adikberadik terpaksa melalui kehidupan tanpa kasih seorang ibu selama lima tahun apabila wanita itu tergamak menghilangkan diri ke Lombok, Indonesia bersama kekasih hatinya.
Bapa kepada empat beradik malang itu, Abdul Rahman Bakar, 55, berkata, Robedah Yusof, 38, hilang ketika dia yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana dalam perjalanan untuk menghantar barang dari bandar ini ke Kuala Lumpur pada Disember 2008.
“Saya mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan Robedah yang ketika itu masih isteri saya sanggup lari dari rumah demi mengikut seorang lelaki Indonesia.
“Sebelum kehilangan isteri, kami tidak pernah bergaduh besar dan hasil perkahwinan kami dikurniakan empat orang anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang semalam.
Empat anak pasangan itu ialah Roslina, 15, Rozaidi, 14, Muhammad Ridwan, 12, dan Muhammad Rusmadi, 9.
Beberapa bulan sebelum Robedah hilang, Abdul Rahman ada dengar khabar angin bahawa wanita itu menjalin hubungan dengan jejaka lain tetapi dia tidak percaya.
“Saya hanya percaya selepas Robedah menghubungi saya dan memberitahu dia sudah berada di Kampung Lembah Sureh, Lombok Barat kerana mengikut pemuda Lombok,” katanya.
Pada bulan pertama kehilangan Robedah, Abdul Rahman berkata, dia tidak berputus asa memujuk Robedah pulang semula ke pangkuan keluarga tetapi tidak berhasil.

No comments:

Post a Comment