Oct 28, 2014

Handphone Termahal Di Dunia-RM25 Juta

handphone-termahal-dunia
Anda merupakan dalam golongon 1% yang bertuah mempunyai terlampau banyak wang lebih daricommon sense

Anda bermandikan wang setiap hari seperti Scrooge McDuck? Mungkin handphone ini sesuai untuk anda.

Dengan berharga kira-kira RM25 juta (5 juta pound sterling), iPhone 4S Diamond Rose boleh dikira sebagai handphone termahal di dunia setakat ini, sebelum mungkin datang seorang billionaire gila yang inginkan sebuah handphone yang disaluti dengan batu-batu dari bulan.

Handphone ini direka oleh Stuart Hughes, seorang pereka British yang sebelum ini telah mereka iPhone 3GS Supreme (RM9.5 juta) dan iPad Supreme Gold (RM650,000). Lebih daripada 500 butir berlian boleh didapati pada bahagian luar handphone ini dengan melebihi 100 karat. 

Ciri-ciri lain antaranya pada butang 'home' yang ditatahkan dengan dua jenis berlian - 7.4 karat berlian merah jambu single cut dan 8 karat berliansingle cut

Bahagian belakangnya pula disalut dengan emas'rose gold' dan logo Apple yang dihiasi dengan 53 butir berlian, dan handphone ini hanya dikeluarkan sebanyak dua unit sahaja di seluruh dunia.

Secara perbandingannya, dengan handphone ini anda mampu membeli kira-kira tiga buah keretaBugatti Veyron supersport dan harga handphone ini mampu menampung pendapatan seorang rakyat Liberia (yang 90 peratus penduduknya hidup di bawah 1.25$ sehari) selama 20,821 tahun. Gila.
handphone-termahal-dunia
berlian-iphone
iphone-4s-diamond-rose
Artikel Berkaitan: