May 31, 2012

Mufti Perak tegur konsert K-Pop


RABU, 30 MEI 2012

 K-Pop dikatakan kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian semasa membuat
persembahan.




KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu.

Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.

“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.

“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya di sini kelmarin.

Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.

“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.

“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,” katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata.

Ini Dia Seleb Indonesia Paling Ngetop di Twitter


RABU, 30 MEI 2012





JAKARTA -  Twitter sepertinya semakin berpengaruh di jagad hiburan Indonesia. Tak heran artis-artis bisa makin ngetop jika eksis di Twitter.

Baru-baru ini, pakar telematika Abi Manyu Wachjoewidajat memantau aktivitas Twitter sejak awal Mei lalu. Ia pun mendaftar artis dengan jumlah follower terbanyak.

Sherina Munaf yang sempat diberi gelar 'Ratu Twitter' ternyata mempunyai follower lebih sedikit dari Agnes Monica. Sedangkan, pelawak Sule menjadi selebritis pria yang mempunyai follower terbanyak.

Berikut statistik dari selebritis-selebriti paling ngetop di Twitter:

Artis Jumlah Follower

    Agnes Monica 4.537.733
    Sherina Munaf 3.960.590
    Sule 3.266.689
    Vidi Aldiano 3.038.655
    Raditya Dika 2.797.514
    Afgan 2.794.938
    Luna Maya 2.599.435
    Shireen Sungkar 2.416.862
    Olla Ramlan 2.024.467
    Arif 'Pocong' 2.013.707

Bepe: Sepakbola Indonesia Sudah Rusak


RABU, 30 MEI 2012


Bambang Pamungkas



JAKARTA - Bambang Pamungkas, ikon Persija Jakarta mengatakan, tragedi Senayan yang mengakibatkan tiga korban meregang nyawa seusai laga Persija vs Persib, merupakan yang terburuk selama ia berkarier di dunia sepakbola.

"Ini adalah yang terburuk sejak 13 tahun saya bermain sepakbola," ujar pria yang disapa Bepe, di Senayan, Jakarta, Rabu (30/5/2012).

Parahnya, tragedi itu terjadi saat Indonesia tengah menunggu kepastian keputusan dari FIFA pada 15 Juni mendatang, terkait dualisme kompetisi di Indonesia.

"Ini pukulan berat bagi kita. Sepakbola adalah alat pemersatu bangsa, tapi nyatanya itu hanya di level tertinggi yang merasakan itu. Saya menyesal dan prihatin, semoga ini dipahami," imbuhnya.

"Ini keadaan yang harus kita hadapi. Sepakbola Indonesia sudah rusak, jadi jangan ditambah lagi. Semua elemen harus bersatu membangun sepakbola. Semoga ini jadi yang terakhir," kata Bepe penuh harap.

May 28, 2012

Remaja dituduh perkosa gadis 17 tahun


ISNIN, 28 MEI 2012





GOMBAK - Dua beradik lelaki menuduh seorang remaja lelaki merogol adik mereka sebelum mengumpan untuk berjumpa bagi berbincang sebelum disamun dan ditinggalkan di tepi jalan membabitkan kerugian hampir RM8,000, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, remaja terbabit berusia 17 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Caves dengan menunggang motosikal terkejut apabila didatangi dua lelaki bermotosikal memintas dan mengarahkannya berhenti.

Menurut sumber, mangsa yang ketakutan pada mulanya enggan berhenti namun selepas diacu pistol dan diarahkan berhenti menyebabkan dia yang ketakutan akur arahan mereka.

“Kedua-dua lelaki terbabit menyerang mangsa dan mendakwa kononnya merogol adik mereka menyebabkan mangsa terkejut dan menafikan kejadian itu.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan mempercayainya sebelum seorang daripada mereka merampas beg duitnya dan menyuruh mangsa bersemuka dengan gadis yang didakwa dirogolnya,” katanya.

Sumber berkata, pada mulanya mangsa enggan namun beralah kerana diacukan pisau ke pinggang dan mendesak mengikut mereka jika tidak mahu dicederakan.

“Lelaki itu menunggang motosikal sambil dibonceng mangsa kononnya untuk berjumpa adik mereka yang didakwa dirogolnya.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di Jalan Damai, Kepong, mangsa terkejut apabila lelaki itu memberhentikan motosikal dan menyuruhnya turun. Lelaki terbabit memecut motosikal mangsa dan meninggalkannya keseorangan,” katanya.

Mangsa menyedari terpedaya dan diumpan mengekori mereka sebelum disamun kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang.

3 Anjing liar baham kaki Mahadi hingga maut


SNIN, 28 MEI 2012



Amanshah (tiga dari kanan) menunjukkan tempat abangnya, Mahadi ditemui mati.






KLUANG - “Saya hanya meraung apabila melihat abang Mahadi terbujur dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham kakinya hingga isi paha kanan habis dimakan,” kata adik mangsa, Amanshah Sadri, 25, menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amanshah dimaklumkan seorang jiran bahawa abangnya, Mahadi Sadri, 30, yang hilang sejak pagi kelmarin, mungkin berada dalam parit kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru, di sini.

Amanshah berkata, Mahadi yang mengembala lembu sejak lima tahun lalu, seperti biasa keluar rumah pada jam 9 pagi kelmarin untuk mengawasi 10 lembu miliknya di ladang kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.

Matahari tegak di atas Kaabah petang ini


ISNIN, 28 MEI 2012




KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.

Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai.

Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai.

Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.

"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu.

Peninju negara dibelasah 6 lelaki


ISNIN, 28 MEI 2012






JOHOR BAHRU - “Saya tidak pernah berdepan situasi cemas sebegitu. Memang saya peninju, namun tidak pernah terbabit pergaduhan berkumpulan.

“Mereka menyerang saya menggunakan pelbagai senjata dan melanggar saya menggunakan kereta ketika saya melarikan diri,” kata peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24, menceritakan detik mencemaskan dipukul enam lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di Taman Molek di sini, 6 Mei lalu.

Muhamad Farkhan ditemani bapa saudara, Mohd Kamaruzaman Ismail dan sepupunya, Ashraf Jamaluddin, 24, mengadakan sidang media di bangunan Majlis Sukan Negara (MSN) Johor di sini, semalam, bagi menerangkan kejadian sebenar selepas mendapati beberapa laporan mengenai kejadian menimpanya itu kurang tepat.

Selain itu, peninju negara berkenaan terpaksa melupakan hasrat beraksi di Olimpik London selepas diarahkan berehat selama enam bulan akibat tulang pipi kanannya hancur dalam serangan itu.

Muhamad Farkhan berkata, ketika kejadian dia baru selesai menonton perlawanan akhir Piala FA Inggeris antara Chelsea dan Liverpool sebelum menerima panggilan telefon daripada suspek yang menjemputnya ke rumah di Taman Molek bagi membincangkan masalah.

“Saya tiba di rumahnya jam 4 pagi dan sejurus memasuki rumah, saya diserang enam lelaki dan seorang wanita berusia lewat 20-an masing-masing bersenjatakan kayu, tongkat rotan, besi dan pedang samurai.

“Pada mulanya saya berjaya melarikan diri, namun ada penyerang melanggar saya menggunakan kereta sebelum kaki dan tangan diikat serta dihumban dalam bonet kereta sambil saya terus dipukul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan pihaknya menunggu arahan lanjut bagi mendakwa dua suspek yang ditahan.

Wardina diganggu lelaki misteri


ISNIN, 28 MEI 2012



WARDINA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor semalam.









KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.

Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.

Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.

“Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.

“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.

“Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Pasangan warga emas bercinta..... berakhir



ISNIN, 28 MEI 2012





BATU PAHAT - “Kami menggunakan panggilan ‘abang’ dan ‘sayang’ dan kehadirannya dalam hidup saya membuka buku baru dalam hidup ini.

“Saya berdoa perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan menemaninya hingga hujung nyawa,” kata Salmah Saimon, 53, yang melangsungkan perkahwinan dengan warga emas, Mohd Hassim Ahsan, 76, semalam.

Pasangan yang menjalin hubungan cinta selama lima bulan sebelum dinikahkan, sebelum ini hanya melepaskan rindu melalui telefon bimbit berikutan Mohd Hassim berada di Beroleh di sini, manakala Salmah bekerja di Kuala Lumpur.

Cinta jarak jauh itu mendapat restu keluarga sebelum melangsungkan perkahwinan di Kampung Lubuk, Jalan Batu Putih di sini, semalam.

Mohd Hassim berkata, dia beruntung apabila disatukan dengan Salmah menerusi majlis pernikahan dan persandingan yang dihadiri lebih 1,000 ahli keluarga.

“Ini adalah ketentuan Allah dan siapa sangka pada usia begini, jodoh saya masih ada dan dikurniakan pasangan yang cukup memahami.

“Sepanjang tempoh perkenalan mulai awal tahun ini, kami hanya berhubung menerusi telefon dan mengenali hati budi,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan mereka, semalam.

Katanya, dia mempunyai enam anak dan 16 cucu, manakala Salmah, tiga anak dan tiga cucu.

Mengimbau detik perkenalan mereka awal Januari lalu, Hassim yang juga pesara guru berkata, dia diperkenalkan dengan Salmah menerusi saudaranya.

“Hasil perbualan menerusi telefon, saya dapati Salmah penyayang dan memahami diri saya.

“Sebaik mengetahui kami serasi bersama, kami mengambil keputusan bertunang tiga bulan lalu. “Alhamdulillah, tiga bulan kemudian (hari ini) kami sah menjadi suami isteri dan lebih bermakna semua ahli keluarga bersetuju dengan keputusan kami,” katanya. Pada majlis berkenaan, pasangan pengantin warga emas yang lengkap persalinan serba ungu jelas tersipu malu apabila diusik ahli keluarga.

“Saya berdoa perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan menemaninya hingga hujung nyawa.

ABG hilang perawan disetubuhi pejabat PNS


ISNIN, 28 MEI 2012



KEFAMENANU , NTT -  Seorang perawan desa yang masih ABG berusia 14 sebut saja namanya Melati, siswi SMP,  asal Desa Haulasi, Kecamatan Miomafo Barat, NTT, Jumat pagi (25/5/2012), ditemani kedua orangtuanya, melaporkan aib yang menimpa dirinya ke kantor Polres Timor Tengah Utara. Saking nafsunya, pria itu mengunting celana dalamnya agar bisa segera menyetubuhnya.

Kedua orangtua melaporkan aib yang menimpa anaknya,  setelah mendengar berita dari mulut ke mulut kalau calon menantunya ditangkap polisi tanggal 14 Mei lalu karena ketahuan menipu warga berkekok PNS gadungan.

Saat datang melapor, Melati membawa serta barang bukti berupa, seragam dinas PNS warna cokelat, bersama celana dalam korban yang digunting  tersangka ketika memaksa korban melakukan hubungan badan.

Kisah, Melati, awal pertama bertemu, pelaku mengaku seorang pejabat, lalu ingin menginap sebentar di rumah orangtuanya, sejak awal maret hingga pelaku berkenalan dan berlanjut 'ukur badan', isilah masyarakat setempat untuk hubungan badan.

Saat berada di Kantor Polisi, Kedua orang tua Melati menuturkan, tak bisa berbuat banyak saat itu, sebab warga sekampung bersama ketua RT takluk karena terancam dihabisi nyawa mereka bila melapor ke Polisi.

Apalagi, Agustina Kenjam,  ibu kandung korban merasa takut melaporkan perbuatan oknum PNS Gadungan, Yosep Talelu (55) kepada pihak kepolisian karena takut yang bersangkutan seorang pejabat besar.

"Dia larang anak saya ikut kegiatan di sekolah. Dia juga suruh anak saya berhenti sekolah. Kasihan anak saya. Dia terpaksa harus kawin padahal anak saya baru kelas satu SMP, saya mau lapor polisi takut karena diancam" Tutur Agustina, ibu kandung korban, di kantor Polisi.

Kepada Polisi, Melati yang masih ingusan itu, mengaku telah berulang kali berhubungan badan dengan pelaku setiap malam sejak awal maret hingga sehari sebelum tertangkap polisi.

"Kami sudah berulang kali berhubungan badan. Mulai dari sebelum Paskah sampai sehari sebelum dia ditangkap. Kami melakukannya di rumah orangtua saya setiap malam karena dia tinggal di rumah orangtua saya.” ungkap Melati.

Sementara ini Melati, karena malu, tepaksa putus sekolah, diduga telah hamil, sebab menurut pengakuan ibu kandungnya, sejak berkenalan dengan PNS gadungan itu, anaknya tidak lagi datang bulan lagi.

Kafe Tempat Maksiat Dibongkar Petugas


AHAD, 27 MEI 2012


Kafe yang berada di kawasan Wisata Ulhee Lheue, Banda Aceh, Jumat (25/5/2012). Saat kedatangan petugas sebagian para pedagang sudah berinisiatif membongkar sendiri cafe mereka.




BANDA ACEH - Tim penertiban Pemerintah Kota (Pemko) Banda Aceh, Jumat (25/5/2012) sore, membongkar dua bangunan kafe di kawasan pantai wisata Ulee Lheue, Kecamatan Meuraxa, Banda Aceh. Pembongkaran itu dilakukan karena tempat itu dinilai rentan dijadikan tempat berbuat maksiat.

Sebelumnya, tim gabungan yang terdiri atas Satpol PP dan WH, Muspika Meuraxa, Pomdam IM dan Kodim 0101/BS, sudah membongkar sebanyak 11 bangunan kafe di kawasan yang sama.

Sabtu (26/5/2012), petugas kembali membongkar dua bangunan kafe sekira pukul 15.30 WIB. Kedua bangunan itu yang berada di sisi kanan Mapolsek Ulee Lheue, berjalan lancar.

“Kami sudah minta pemiliknya membongkar sendiri. Tapi, sampai pemiliknya enggan melakukannya. Sehingga terpaksa diambil tindakan pembongkaran paksa,” kata Kasatpol PP dan WH Kota Banda Aceh, Fadhil SSos.

Dia menyebutkan, hingga kemarin, masih ada tiga bangunan lagi yang belum dibongkar. Pihaknya kembali memberikan waktu kepada pemilik bangunan tersebut. Jika tidak, petugas akan membongkarnya.

"Penertiban seharusnya sudah selesai dilaksanakan pada 13 Mei 2012. Tapi, karena berbagai pertimbangan, pembongkaran diundur. Seharusnya dalam pertimbangan itu, pemiliknya mau membongkarnya sendiri,” kata Fadhil.

Menurut Fadhil, dari dua bekas kafe yang dibongkar kemarin, banyak ditemukan botol-botol minuman keras (miras) yang sudah kosong. “Ini kan menunjukkan selama ini ada pelanggaran syariat yang dilakukan,” katanya.

Bugis Waterpark Kini Terbuka untuk Umum


AHAD, 27 MEI 2012




MAKASSAR - Wahana bermain air yang merupakan salah satu yang terbesar di Indonesia Bugis Waterpark kini bisa dinikmati oleh masyarakat Makassar dan sekitarnya.

Pada Minggu (27 /5/2012) Bugis Waterpark resmi melakukan soft launcing. Ribuan masyarakat tampak memadati kawasan ini.

Bugis Waterpark menjadi sebuah taman bermain air berskala Internasional dengan luas empat hektare.

Mengusung sebuah tempat yang tidak hanya untuk sekedar rekreasi, tapi juga tempat untuk belajar tentang budaya dan bahasa Bugis.

 Bugis Waterpark terdiri atas 3 Zona, yaitu Zona Allabuang (Pelabuhan), Kampong Rilau (Desa Nelayan), dan Goa Batu Kalibampa (Goa Batu dan Kupu-kupu).

Zona Allabuang ditandai dengan adanya Kapal Pinisi berukuran sekitar 4x10 m.  Kapal ini terletak tepat di depan pintu masuk Bugis Waterpark.

Di Kampoeng Rilau terdapat 32 Lego-Lego (Gazebo) sebagai tempat bersantai para pengunjung. Sementara itu di Goa Batu Kalibampa pengunjung akan mendapatkan dua jembatan yang  menyerupai Kupu-Kupu.

Bugis Waterpark resmi dibuka setiap hari mulai dari pukul 09.00 wita hingga 18.00 wita kecuali hari Senin.

Artis Malaysia tipu anak tempatan


SABTU, 26 MEI 2012





IPOH: -“Pekerja dijanjikan habuan lumayan seperti sebuah banglo atau kereta bernilai bawah RM100,000 jika berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ketika bekerja,” kata Ahmad, 35, yang mendakwa ditipu seorang artis tanah air apabila tidak dibayar gaji dan imbuhan lebih RM10,000.

Berpengalaman lebih lima tahun dalam pengurusan acara, Ahmad berkata, dia antara 10 mangsa pelakon lelaki berkenaan yang membintangi sebuah siri drama komedi popular di stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, sejak bekerja dengan artis itu Disember tahun lalu, dia kerap ditipu dengan pelbagai janji palsu, namun sikap profesional terhadap kerja membuatkan dia masih bersabar walaupun gaji dijanjikan belum dibayar sehingga kini.

“Kalau diikutkan, saya bekerja dengan syarikat milik artis itu untuk menjayakan satu festival di Taiping, awal Mac lalu. Namun, beberapa hari sebelum program bermula, saya diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah.

“Sepatutnya artis itu atau wakil syarikat berbincang dengan saya terlebih dulu dan menyelesaikan beberapa perkara dijanjikan seperti keuntungan yang hendak diagihkan, termasuk gaji melebihi RM10,000,” katanya ketika ditemui di sini.

“Selain tidak membayar gaji pekerja, beberapa program dijanjikan seperti konsert membabitkan artis terkemuka tanah air juga tidak ditunaikan,” katanya.

Dia mendakwa, beberapa program lain yang diadakan sempena festival itu seperti pertandingan memancing turut berdepan masalah apabila penganjur langsung tidak menyerahkan hadiah kepada pemenang.

Lebih memburukkan keadaan, seorang rakannya yang membekalkan makanan secara katering untuk program itu turut menjadi mangsa apabila terpaksa melunaskan sendiri kos keseluruhan bernilai RM56,000.

Menurut Ahmad, dia membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak dan agensi itu akan membuat susulan dengan artis berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, sebelum ini Pejabat Tenaga Kerja Perak memanggil artis terbabit untuk memberi keterangan, namun difahamkan dia gagal hadir.

“Saya harap kes ini mendapat pertimbangan sewajarnya kerana saya tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain. Ada antara mereka baru merasai suasana bekerja dan sudah tentu mereka mahu merasa wang gaji daripada hasil titik peluh sendiri.

Wanita Malaysia dipercayai jual ovum RM100,000



SABTU, 26 MEI 2012


SPERMA boleh mencecah harga RM900 sebotol kecil manakala ovum kadangkala berharga RM100,000.





KUALA LUMPUR -Fenomena jual beli ovum dan sperma untuk mendapatkan anak dipercayai turut dilakukan rakyat negara ini.

Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada klinik kesuburan dan hospital swasta di negara ini yang menjalankan perniagaan itu untuk meraih keuntungan.

"Harga sebotol kecil air mani lelaki di pasaran antarabangsa boleh mencecah antara RM650 hingga RM900 sebotol, bergantung kepada etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma. Ovum wanita pula pernah dijual sehingga RM100,000," katanya.

Beliau diminta mengulas isu urus niaga sperma dan ovum di dunia yang dilaporkan mencecah nilai berbilion ringgit setahun. Denmark, misalnya, merupakan pembekal sperma terbesar dunia dengan mengeksportnya ke beberapa negara seperti Kanada, Kenya, Paraguay dan Hong Kong.

Sperma dan ovum mendapat permintaan tinggi daripada pasangan gay dan lesbian, wanita yang enggan berkahwin, serta wanita yang sudah menopaus tetapi mahukan anak.

Parti PM Singapura tewas pilihan raya kecil


SABTU, 26 MEI 2012


Png Eng Huat, wakil Parti Pekerja menang pilihan raya kecil.




SINGAPURA - Parti Pekerja, parti pembangkang Singapura, memenangi pilihan raya kecil yang berlangsung semalam - yang dilihat sebagai ujian ke atas keupayaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam mendapatkan semula sokongan rakyat ke atas parti pemerintah, yang hilang dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Png Eng Huat, ahli perniagaan berusai, 50 tahun, memperoleh 62.1 peratus undi untuk memenangi kerusi Hougang.

Kerusi itu disandang oleh parti pembangkang sejaki 1991.

Kerusi itu diisytiharkan kosong selepas Yaw Shin Leong, yang memperoleh 64.8 peratus undi tahun lalu, dipecat oleh partinya Februari lalu atas alasan kehidupan peribadi yang tidak senonoh.

Parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang memerintah sejak 1965, meneruskan mandat pada pilihan raya umum Mei lalu dengan majoriti tipis.

Malaysia terlepas pelaburan RM20 juta kerana Bersih


SABTU, 26 MEI 2012

KEKECOHAN semasa perhimpunan Bersih 3.0 menyebabkan pelabur menangguhkan hasrat melabur di Kuala Lumpur.





PUTRAJAYA - Kuala Lumpur terlepas peluang pelaburan RM20 juta selepas pelabur Korea Selatan menangguhkan hasratnya itu berikutan kekecohan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ahli perniagaan tersebut menemuinya dan menyatakan hasrat untuk melabur di Kuala Lumpur namun menangguhkan niatnya selepas melihat keganasan yang berlaku.

"Selepas Bersih, saya menghubungi beliau bertanyakan keputusannya tetapi jawapan diberi 'tidak sekarang' selepas melihat menerusi televisyen keadaan tidak menentu di ibu negara," katanya selepas merasmikan majlis Segmen Luar Bandar di Himpunan Jutaan Belia di sini semalam.

May 25, 2012

Harus Diakui, Malaysia Lebih Baik dari Indonesia Soal Berantas Narkoba


JUMAAT, 25 MEI 2012





JAKARTA - Anggota Komisi Hukum DPR, Eva Kusuma Sundari, menganggap bahwa Malaysia lebih baik ketimbang Indonesia di bidang pemberantasan narkoba. Hal ini diungkapkan Eva menyikapi pemberian grasi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) kepada Ratu Marijuana asal Australia, Schapelle Corby.

"Lepas dari isu pro kontra hukuman mati, Malaysia lebih tegas dan konsisten soal perang melawan narkoba. Sikap ini berdampak pada melemahnya upaya menjadikan Malaysia target perdagangan (narkoba)," ujarnya saat dihubungi wartawan di DPR, Jakarta, Jumat (25/5/2012).

Dengan pemberian potongan masa tahanan selama lima tahun ini, Eva berpendapat, hal tersebut mampu melemahkan institusi penegak hukum Indonesia, terutama di mata internasional.

"Sikap mencla-mencle RI merupakan indikator buruk karena hingga ke Presiden pun bisa dinegosiasi untuk menawar keputusan hukum, tentu ini demoralisasi bagi penegak hukum dan penggiat anti narkoba RI sekaligus jadi ejekan dunia internasional," jelasnya.

Lebih lanjut politikus PDIP ini mengingatkan bahwa kejadian ini merupakan sebuah ujian atas komitmen pemerintah dalam hal pemberantasan narkoba, baik di kalangan pemakai ataupun pengedar.

"Ini soal konsistensi posisi SBY terhadap peperangan terhadap narkoba, politik penegakkan hukum berkaitan dengan pemberantasan perdagangan narkoba," tandasnya.

Tim Penyelamat Berhasil Evakuasi 16 Korban Longsor di Bogor


JUMAAT, 25 MEI 2012



BOGOR - Tim Penyelamat korban longsor tambang emas di Gunung Gede Bogor, pada hari ini, berhasil mengevakuasi 16 korban dari balik reruntuhan.

Menurut Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Bogor, Udjiwalaprana Sigit, delapan dari 16 korban itu, ditemukan dalam kondisi tewas, sementara sisanya ditemukan dalam kondisi masih hidup.

"Informasi terakhir yang kami dapatkan, delapan orang meninggal dunia, dan delapan orang masih dalam keadaan hidup," ujarnya ketika dihubungi, Jumat (25/5/2012).

Seluruh korban bebernya saat ini tengah dibawa turun oleh tim evakuasi dari atas gunung ke pos terdekat, yang berjarak sekitar dua jam berjalan kaki. "Disana sudah siap sedia tim medis dan ambulan," katanya,

Namun ia tidak mengetahui secara rinci, kondisi para korban selamat, juga para korban tewas.

Operasi pencarian sendiri, menurutnya akan terus dilangsungkan hingga seluruh korban berhasil ditemukan.

Penyatuan Zona Waktu Dimulai 28 Oktober 2012

JUMAAT, 25 MEI 2012

JAKARTA - - Wacana penyatuan zona waktu di Indonesia menjadi GMT+8 atau menjadi hanya Waktu Indonesia Bagian Tengah (WITA) memiliki banyak keuntungan. Dampak penyatuan waktu menguntungkan dari aspek ekonomi, sistem pendidikan dan kesempatan kerja.

Komite Percepatan dan Perluasan Pembangunan Ekonomi Indonesia (KP3EI) bahkan mengusulkan 28 Oktober 2012 menjadi dimulainya penyaturan waktu tersebut.

Demikian disampaikan Kepala Divisi Humas dan Promosi KP3EI, Edib Muslim dalam seminar di Hotel Sari Pan Pacific, Jalan MH Thamrin, Jakarta, Jumat (25/5/2012).

"Zona waktu adalah berdimensi kepada persaingan strategi global. Zona waktu itu harus dimulai 28 Oktober 2012, kalau tidak Indonesia akan kalah," katanya.

Kenapa 28 Oktober menjadi pilihan KP3EI, karena berbarengan dengan hari bersejarah yakni Hari Sumpah Pemuda. Alasan kedua, pada tanggal 28 Oktober 2012 tepat di hari Minggu dan dianggap memiliki beban lebih kecil dibandingkan hari-hari lain.

Penyatuan waktu antara Indonesia barat, tengah, dan timur diyakini akan dapat mengangkat 20% PDB Indonesia. Sebab ada angkatan kerja berjumlah 190 juta orang yang akan melakukan pekerjaannya secara bersama-sama.

Indonesia sering kalah dengan negara lain dalam hal transaksi bisnis. Seperti jadwal terbang Garuda yang satu jam lebih lambat dari maskapai lain, karena perbedaan waktu tersebut. Bursa Efek Indonesia (BEI) juga kalah satu jam dengan bursa efek di Hong Kong, dan Shanghai China.

Sementara transsaksi di Bank Indonesia (BI), para pelaku pasar uang di Papua dan Maluku tidak memiliki waktu yang cukup untuk saling bertransaksi dengan pelaku pasar di daerah Indonesia Barat. Karena pusat bursa efek dan perbankan berada di wilayah Barat, pelaku bisnis Papua dan Maluku harus merelakan waktunya terbuang dua jam secara percuma menunggu lapak transaksi.

Tak Direstui, Uli Auliani Ngotot Nikahi Bule


JUMAAT, 25 MEI 2012

 Uli dan Reid



JAKARTA - Hubungan asmara Uli Auliani dan sang kekasih Reid Spancer Garrett tak direstui oleh orangtunya. Namun, Uli tetap ngotot ingin bisa menikah dengan pria bule itu.

Kini, bintang film 'Skandal' itu sedang mempersiapkan diri untuk mengenalkan sang kekasih ke keluarganya di Bandung. Ia pun mengaku tidak takut jika nantinya sang kekasih mendapat penolakan.

"Persiapan lahir-batin sih ya yang terpenting, belum bagaimana-bagaimana. Ya, bagaimana biar disenangi orangtua itu ya harus bertindak baik," tutur Uli usai mengisi acara musik 'DahSyat' di Studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Jumat (25/5/2012).

"Kalau misalkan pertama gagal enjoy saja dulu, jalanin dulu," tambahnya.

Uli sadar memang banyak sekali penghalang untuk hubungannya. Tapi halangan itu seperti tak berarti ketika melihat cinta mereka.

"Banyak halangan, selain jauh, agama, beda pendapat, kebudayaan beda banget. Semuanya itu masalahnya, tapi kalau kita punya rasa yang kuat semuanya akan mudah," ungkapnya.

"Kita belajar banyak satu sama lain. Kita mengerti satu sama lain, kita mencintai satu sama lain," timpal Reid yang ada di samping Uli.

Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani


JUMAAT, 25 MEI 2012




KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.

Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.

“Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

“Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ular sawa kuning jenis Anaconda lahir 30 anak


JUMAAT, 25 MEI 2012

 Sebahagian daripada 30 ekor anak ular Anaconda Kuning yang lahir pada 3 dan 19 Mei lepas di Taman Ular Sawa di Kuala Pilah.




KUALA PILAH – Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul dekat sini menerima ahli baharu apabila dua ekor ular sawa jenis Anaconda Kuning melahirkan sebanyak 30 ekor anak pada 3 dan 19 Mei lepas.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, ibu pertama ular itu melahirkan tiga ekor anak manakala ibu kedua pula sebanyak 27 ekor.

“Ular spesies ini tidak menetaskan telur tetapi melahirkan anak. Anak-anak ular itu berukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram.

“Kami mengasingkan anak-anak ular ini daripada ibunya dan dikuarantin selama enam bulan. Selepas itu, kami akan lihat perkembangannya sebelum ia dipamerkan,” katanya di sini semalam.

14 jam Ibu dan anak jadi tebusan


KHAMIS, 24 MEI 2012


Pasukan paramedik merawat suspek yang cedera ditembak.




SIBU - Selepas hampir 14 jam bersabar dan cuba berunding dengan seorang lelaki bersenjata pisau menahan anaknya sendiri berusia tiga tahun serta ibunya sebagai tebusan di sebuah rumah di Jalan Sui Ting, Sungai Teku, di sini, polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol renjatan (taser) terhadap lelaki berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak serta wanita berkenaan, semalam.

Drama tebusan bermula jam 7 malam kelmarin dan berakhir 9 pagi semalam, bermula apabila suspek berusia 28 tahun dikatakan baru dua hari dibebaskan dari penjara, bertindak memegang anak lelakinya serta mengarahkan ibunya tidak keluar rumah selepas bertengkar dengan wanita berkenaan.

Difahamkan, suspek bersenjatakan pisau pemotong sayur, sebelum itu turut mengugut ibunya mematuhi arahannya sekiranya tidak mahu dia kehilangan nyawa. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafiee Ismail, berkata ibu suspek cuba mententeramkan keadaan namun gagal sehingga memaksa seorang ahli keluarga menghubungi polis.

Beliau berkata, usaha ahli keluarga memujuk suspek berlarutan sehingga jam 1 pagi namun tiada tanda positif krisis itu boleh diselesaikan dengan baik menyebabkan adik wanita berkenaan menghubungi polis.

“Sepasukan anggota tiba di rumah suspek, cuba memujuk lelaki itu tetapi gagal malah suspek bertindak lebih agresif dengan meletakkan pisau pada leher anaknya sambil menjerit supaya anggota kami meninggalkan rumahnya.

“Proses memujuk berlarutan sehingga jam 9 pagi tadi (semalam) sebelum polis mengambil keputusan melepaskan tembakan selepas suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah beberapa kali diarah menyerah diri dan membebaskan tebusan.

“Suspek kelihatan sesekali menjenguk polis yang memenuhi perkarangan rumah melalui tingkap. Pada masa sama, ibunya hanya dibenar memberi sebotol susu kepada cucu lelakinya itu selepas kanak-kanak berkenaan menangis ketakutan,” katanya.

Menurut Shafiee, selepas rundingan menemui jalan buntu, polis tiada pilihan melainkan terpaksa menembak suspek menggunakan pistol taser yang mengenai tubuhnya membolehkan tebusan diselamatkan.

Beliau berkata, suspek serta anak dan ibunya kemudian diberi rawatan oleh pasukan paramedik yang berada di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek pernah ditahan Februari lalu kerana memiliki kenderaan curi. Dia ditahan selepas kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Kampung Jeriah selepas dikejar kereta peronda polis.

Wanita OKU meraung matanya dikorek remaja


KHAMIS, 24 MEI 2012




Asrama tempat seorang penghuni wanita dikorek mata kanannya oleh seorang penghuni lain.






KUALA KUBU BARU - “Jeritan mangsa disedari kakitangan yang bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah,” kata Pengetua Asrama Wanita Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu, Saiful Nizam Mohd Nor, di sini.

Beliau menceritakan kejadian seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 40-an meraung apabila mata kanannya dikorek seorang remaja berusia 19 tahun yang mempunyai masalah tekanan jiwa, Selasa lalu.

Menurutnya, lima kakitangan meleraikan genggaman remaja itu dan menyelamatkan mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk menerima rawatan segera sebelum dihantar ke Hospital Selayang dan menjalani pembedahan,” katanya.

Insiden ngeri itu menyebabkan mangsa berkemungkinan buta selepas biji mata kanannya hampir terkeluar akibat dikorek remaja terbabit menggunakan jarinya.

Bubu bukan cucu Sultan Selangor


KHAMIS, 24 MEI 2012




SHAH ALAM – Kerabat Diraja Selangor mengesahkan Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid, kekasih artis Indonesia Syahrini bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti didakwa.

Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni.

"Saya mengesahkan bahawa Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Terdahulu, Syahrini melalui portal hiburan Indonesia, detikhot. com mendakwa menjalinkan hubungan dengan seorang Kerabat Diraja Selangor, iaitu Raja  Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.

Beliau berkata, mereka bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010. Manakala Bubu pula mengesahkan dirinya merupakan Kerabat Diraja  Selangor dan bukan berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia sebelum ini.

“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.

“Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu,” kata Bubu.

No Plat Termahal Di Malaysia


Nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan mencipta rekod baharu apabila menerima bidaan tertinggi bernilai RM520,000. Nilai bidaan itu jauh mengatasi rekod tahun 2010 menerusi plat MCA 1 yang dijual pada harga RM300,000.

No Plat Termahal Di Malaysia
Jumlah bidaan keseluruhan yang diterima untuk nombor pendaftaran siri WWW adalah sebanyak RM64,225,838.51. Daripada jumlah itu, sebanyak RM11.3 juta berjaya dikutip iaitu 10 kali ganda daripada kutipan yang biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.  -KOSMO-
No Plat Termahal di Malaysia.
  1. WWW 1    RM520,000.
  2. MCA   1    RM 300,000.
  3. TAY   1     RM220,000.
  4. TAN   1     RM 200,090.
  5. TAX   1     RM165.000
Orang yang banyak sangat duit, tetapi mahukan kepuasan dan kemegahan. Mereka akan cuba mendapatkan keinginan diri walaupon terpaksa berkorban wang hampir setengah juta ringgit !.. Bagi aku, sangat tidak berbaloi dengan membelanjakan wang sebanyak itu untuk no plat kenderaan. Lebih baik bagi kepada orang yang lebih memerlukan.

May 22, 2012

Anuar Ibrahim Didakwa Dimahkamah


ISNIN, 21 MEI 2012



SHAH ALAM - PKR menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa tiga pemimpin parti itu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara pagi ini sebagai satu tindakan terdesak yang bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain Ketua Umum PKR itu, dua lagi akan didakwa di Mahkamah Majistret ialah Timbalan Presidennya, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin.

"Peguam Negara sekali lagi bertindak atas perintah  Barisan Nasional. Selepas gagal dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, mereka cuba sekali lagi," kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga pemimpin itu menerima notis saman agar hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Mereka akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"(Nampaknya) sesuatu ketara apabila pendakwaan pertama di bawah Akta Perhimpunan Aman dituju ke atas Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang.

"Jadi, dakwaan terbaru ini yang bermotifkan politik sangat jelas," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Subang dan seorang peguam.

Malah kata beliau, tindakan terbaru ini juga usaha pihak kerajaan untuk menghalang misi Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putarajaya dalam PRU13.

"PKR memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pendakwaan ini sekali lagi memperlekehkan dakwaan beliau bahawa mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia (dengan mengadakan Akta Perhimpunan Aman).

"Kami akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membantah penyalahgunaan yang ketara dan manipulasi institusi-institusi kita," katanya lagi.

5 polis dari Shah Alam disiasat kes rempuh kediaman Perdana Menteri


AHAD, 20 MEI 2012

 Keadaan kereta Proton Satria yang dinaiki lima anggota polis yang remuk selepas merempuh pintu pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya kelmarin.





KUALA LUMPUR - Polis semalam dalam proses merakam keterangan lima anggota polis yang cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh pagar di laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keterangan daripada kelima-lima anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan diambil secara berperingkat.

"Setakat ini (semalam) masih ada seorang anggota polis yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat patah hidung manakala seorang lagi yang juga dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

May 19, 2012

Khalwat: 5 pelajar didenda RM1,500


SABTU, 19 MEI 2012





BESUT - Lima pelajar termasuk tiga pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di sini, didenda RM1,500 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah selepas mengaku salah melakukan perbuatan tidak bermoral dalam sebuah rumah di Kampung Gong Tengah, 27 Mac lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman tersebut apabila beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah dan rayuan tertuduh.

Mereka ditahan dalam sebuah rumah di kampung tersebut dekat Kuala Besut pada jam 9.15 pagi dan tiada ikatan yang sah ketika kejadian, sehingga menimbulkan syak melakukan khalwat.

Semua tertuduh termasuk dua lelaki berumur 18 tahun itu dibicarakan di bawah Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir), Negeri Terengganu 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa melakukan serbuan berwaran di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah.

Penguat kuasa syariah terpaksa ke bahagian dapur rumah setelah pintu utama tidak dibuka oleh tertuduh ketika pihak berkenaan mengetuk pintu tersebut.

Pemeriksaan di dalam rumah mendapati, pintu sebuah bilik berkunci dari dalam dan selepas beberapa minit diketuk, ia dibuka oleh seorang remaja perempuan dan pemeriksaan mendapati terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu.

Nik Mohd Shahril berkata, remaja tersebut memberitahu penguat kuasa hanya mereka bertiga di dalam rumah itu namun, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki sedang menyorok di atas siling rumah.

Ketiga-tiga pelajar perempuan itu tinggal di sebuah kuarters perumahan di Gong Keda.

Salah seorang lelaki terbabit adalah anak pemilik rumah tersebut manakala rakannya dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan.

Kelantan belasah Kelab Sime Darby malam ini


SABTU, 19 MEI 2012


KUALA LUMPUR - KELANTAN akan membuat perhitungan dengan pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC pada final Piala FA 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Perlawanan yang dijangka dihadiri 80,000 penonton itu diramal memihak kepada Kelantan berdasarkan reputasi mereka dalam saingan Liga Malaysia sejak beberapa musim lalu.

Begitupun, ia bukan jaminan buat The Red Warriors untuk menjinakkan Sime Darby yang telah mencipta kejutan melangkah ke final selepas menyingkirkan juara musim lalu, Terengganu pada peringkat separuh akhir.

Andai Sime Darby tampil dengan aksi terbaik, Kelantan akan terus berputih mata untuk menjulang piala berprestij itu selepas gagal pada musim 2009 dan 2011.