May 28, 2012

Parti PM Singapura tewas pilihan raya kecil


SABTU, 26 MEI 2012


Png Eng Huat, wakil Parti Pekerja menang pilihan raya kecil.




SINGAPURA - Parti Pekerja, parti pembangkang Singapura, memenangi pilihan raya kecil yang berlangsung semalam - yang dilihat sebagai ujian ke atas keupayaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam mendapatkan semula sokongan rakyat ke atas parti pemerintah, yang hilang dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Png Eng Huat, ahli perniagaan berusai, 50 tahun, memperoleh 62.1 peratus undi untuk memenangi kerusi Hougang.

Kerusi itu disandang oleh parti pembangkang sejaki 1991.

Kerusi itu diisytiharkan kosong selepas Yaw Shin Leong, yang memperoleh 64.8 peratus undi tahun lalu, dipecat oleh partinya Februari lalu atas alasan kehidupan peribadi yang tidak senonoh.

Parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang memerintah sejak 1965, meneruskan mandat pada pilihan raya umum Mei lalu dengan majoriti tipis.

No comments:

Post a Comment