Mar 24, 2014

MH370: Perangkap pusaran ?

KUALA LUMPUR - “Pasukan mencari sekarang bekerja di kawasan laut yang ada pusaran amat besar serta mampu memerangkap apa saja objek yang jatuh di dalamnya.”

Itu kata Pensyarah Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah mengenai keadaan di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia yang menjadi tumpuan dunia sekarang.

Kawasan dianggap antara lokasi terpencil dunia itu menjadi perhatian selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott kelmarin mengumumkan satelit mengesan dua objek besar yang berkemungkinan ada kaitan dengan MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.

Dr Azizan berkata, saiz pusaran besar dinamakan gyre di Lautan Hindi itu amat luas dan merangkumi Sumatera, Indonesia hingga ke perairan Madagascar.

“Gyre adalah pusaran besar di permukaan laut. Semua serpihan yang terperangkap dalam gyre ini akan berpusing dan diapung oleh arus.http://mediapajinggahan.blogspot.com/

Patutlah PKR menang.. depa guna 'Bomoh 1Malaysia' rupanya.. tengok video nih!

Antara tempat mengundi yang dilaporkan paling meriah dalam PRK Kajang semalam ialah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Sekamat.

Aku kata paling meriah sebab ini bukanlah satu kekecohan sepertimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Ketua Polis Selangor menafikan berlakunya kekecohan seperti mana yang digambarkan sesetengah pihak, sebaliknya suasana mengundi pada PRK N25 Kajang kali ini dilihat agak meriah.

Beliau menegaskan kekecohan 'palsu' itu hanyalah berpunca daripada kehadiran ramai penyokong parti yang hadir untuk merayu undi calon masing-masing.

"Faktor jalan depan sekolah agak sempit dan ramai pengundi membawa kenderaan dan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya menyebabkan kesesakan.

"Walapun keadaan itu dilihat sebagai agak kecoh tetapi sesungguhnya bukan satu kekecohan, saya lihat ia lebih satu keadaan yang meriah," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sekamat.. sepenuhnya sila baca di SINI

Di Pusat Daerah Mengundi tersebut sebelum itu telah berlaku 'kemeriahan' atau 'kekecohan palsu'.

Ini berikutan dari penyokong PKR yang melakonkan 'Bomoh VIP', bagi meraikan ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di kawasan tersebut.

Disebabkan aksi tersebut penyokong-penyokong BN yang kebanyakkannya jelas penyokong atau ahli UMNO panas hati dengan adengan tersebut.

Pasal apa depa terasa tak tahulah pulak aku...


Kah.. Kah... Kah...

Apalah macai-macai ni.. tengok kangkung panas hati.. tengok 'Bomoh' pun panas hati jugak... kah..kah..kah...

Kata bomoh tu tak ada kena mengena dengan UMNO.. tapi kenapa terasa?

Video macai naik angin sebab tengok 'Kangkung' sila lihat di SINI

PKR menang PRK Kajang tapi majoriti merosot.. sebab...

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil DUN itu yang diumumkan hari ini.

Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan di sini hari ini, calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat 16,741 undi dengan majoriti 5,379 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.

Kemenangan Dr. Wan Azizah bagaimanapun menyaksikan kemerosotan majoriti sebanyak 1,445 undi berbanding yang diperolehi calon PKR, Lee Chin Cheh yang memperoleh majoriti sebanyak 6,824 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, PRK hari ini hanya menyaksikan sejumlah 28,314 atau 72 peratus daripada 39,278 pengundi di DUN Kajang keluar mengundi sebaik sahaja 16 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Jumlah tersebut, katanya, menurun sebanyak 16 peratus berbanding sewaktu PRU-13 iaitu 87.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 39,728 pengundi.

Kat atas tu laporan dari Utusan... kat bawah ni video pengumumannya..

Sebab utama majoriti merosot ialah peratusan keluar mengundi yang hanya 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

Menurun sebanyak 16% berbanding 88.4% pada Pilihan Raya Umum ke-13 menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Lagipun ini adalah PRK bukannya PRU, jadi macam biasalah.. pengundi luarpun tak ramai yang balik dan penyokong PR pun ramai juga rasanya yang tak keluar mengundi sebab yakin akan menang...

Dan paling menarik kali ini ialah PKR secara tidak rasmi berjaya menang atau mengurangkan majoriti empat kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.

Menurut Fahmi Fadzil, PKR merampas daerah mengundi Sg Sekamat dengan 45 undi (sebelum ini tewas dengan 239 undi) dan juga daerah mengundi Taman Delima dengan 3 undi (sebelum ini tewas dengan 123 undi).

"Di Sg Kantan dulu kita kalah 420 undi tetapi sekarang berkurang kepada 225 manakala di Daerah Mengundi Batu 10 Cheras (157) sekarang berkurang kepada 151," kata beliau.

Mar 12, 2014

RAJA BOMOH BINGUNG

bomoh kelapa
Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah.
“Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada,” kata Ibrahim dalam nada bingung.
“Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi,”
“Saya ikhlas dalam hal ini,” tambah beliau.
Semasa upacara tersebut Ibrahim dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang.
“Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib,”
“Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam,” ujar beliau.
bomoh kelapa1
Pesawat MH370 hilang dari radar Sabtu lepas sewaktu terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Seramai 239 penumpang termasuk anak kapal berada didalam pesawat tersebut sebelum dilaporkan hilang setelah tidak tiba dilapangan terbang di Beijing.
Spekulasi dari pelbagai pihak telah muncul ekoran misteri kehilangan pesawat tersebut. Ramai yang mendakwa pesawat boeing itu terhempas dan ada juga yang meramal bahawa pesawat itu telah dirampas penjenayah.
Sementara itu, pihak berkuasa masih lagi tidak dapat memberi jawapan tepat berkenaan status pesawat tersebut. Kenyataan pihak berkuasa didapati bercanggah antara satu sama lain.

Mar 11, 2014

Hari kelima...pencarian MH370 masih meraba dalam gelap

mas-carisar513Pencarian pesawat MH370 yang masuk hari ke lima pada Rabu boleh diibaratkan 'meraba-raba dalam kegelapan' berikutan tidak ada petunjuk baru ke mana dan bagaimana sebuah pesawat canggih B777 boleh hilang begitu sahaja dari radar sehingga membingungkan pakar-pakar penerbangan seluruh dunia.
Selepas lima hari, masih belum ada penjelasan saintifik mengenai kehilangan tersebut, menyebabkan orang ramai kini beralih meminta pertolongan secara spritual mengikut kaedah agama masing-masing.
Ini berikutan tidak ada penjelasan logik kehilangan pesawat itu selain menyebabkan 'tension' sehingga ada yang mula mencari salah di sana sini.
mas-pmhijarah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengulangi komitmen bahawa Malaysia sedang berusaha habis-habisan untuk mencari pesawat hilang MH370.
Dalam masa yang sama, beliau berharap rakyat Malaysia bertenang, bersabar dan berdoa kepada Allah agar pesawat MH370 dapat ditemui segera.
Menurut Perdana Menteri, pencarian pesawat yang hilang itu tidak hanya memerlukan usaha melalui peralatan dan teknologi canggih, tetapi juga pertolongan Allah.
"Tawakal adalah prinsip orang Islam yang beriman, jangan kita tidak berusaha kerana berusaha itu juga adalah perintah Allah.
"Kita telah lakukannya secara besar-besaran, kita telah tambah pesawat dan kapal dengan peralatan canggih. Saya yakin lambat laun kita akan jumpa juga, tetapi persoalannya bila? Sekarang kita kena bersabar, berdoa dan insya-Allah kita akan jumpa," katanya ketika ditemubual dalam rancangan Assalamualaikum Khas di stesen tv AlHijrah Rabu.
Operasi mencari diperluas ke barat daya semenanjung sehingga perairan Selat Melaka.
mas-kawasansar
Setakat ini, jumlah aset yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat meningkat kepada 42 kapal laut dan 35 pesawat dari Angkatan Tentera Malaysia serta angkatan tentera asing dari negara China, Amerika Syarikat, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, New Zealand dan Australia.
Malaysia menggerakkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain sembilan kapal laut iaitu enam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta tiga dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Qatar turut menawarkan bantuan kepada Malaysia bagi mengesan pesawat itu yang hilang sejak awal pagi Sabtu.
Selain itu, Persatuan Nelayan Kuala Kedah menggunakan peralatan teknologi sonar yang terdapat dalam bot mereka bagi membantu mengesan pesawat milik MAS itu atau objek berkaitan dalam laut.
Lebih 30 bot nelayan yang beroperasi di zon C dan C2 Selat Melaka di Kedah dan Perlis diminta membantu mengesan pesawat itu, kata Timbalan Pengurus Besar persatuan itu Mohd Sam Mohd Zuki.
mas-pchisham1xx
Beliau berkata selain Sistem Kedudukan Global (GPS), peralatan sonar yang mampu mengesan objek di dasar laut juga boleh mengesan haba atau tindak balas arus udara panas pesawat berkenaan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapa, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Pesawat itu dilapor hilang pada kira-kira 1.30 pagi ketika terbang merentasi Laut China Selatan di antara pantai timur Malaysia dan pantai bahagian selatan Vietnam.
Perkara ini turut disokong laporan polis beberapa penduduk di kawasan pantai timur yang mendakwa mereka ternampak cahaya daripada lampu besar dan sebuah pesawat terbang dianggar pada ketinggian 1,000 meter dari paras laut di Kota Baharu, Kelantan.
Selasa, lapan penduduk kampung di pesisir pantai Terengganu membuat laporan polis mendakwa mereka terdengar bunyi kuat pada Sabtu lepas dari arah Pulau Kapas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat berkenaan.
Bagaimanapun pihak berkuasa operasi SAR gagal menjumpai sebarang petanda yang menunjukkan pesawat itu berada di perairan Laut China Selatan.
Indikasi bahawa penerbangan MH370 mungkin berpatah balik setakat ini menyebabkan operasi SAR diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.
mas-boardxx
MAS telahpun menolak kemungkinan bahawa isu teknikal adalah punca kehilangan misteri MH370 kerana pesawat berusia 11 itu diselenggara 10 hari sebelum insiden berkenaan. Sementara itu, pihak berkuasa Vietnam berikrar akan terus berusaha mengesan pesawat terbabit dan memperluas lokasi pencarian.
Timbalan Komander Tentera Udara Vietnam Do Minh Tuan juga berkata Singapura akan menyertai pencarian dalam laut esok dari Ca Mau sehingga selatan Pulau Con Son.
"Kami tidak akan berhenti mencari sehingga menemui sesuatu kerana kami mempunyai tanggungjawab di peringkat antarabangsa," katanya.
China pula melahirkan rasa puas hati dengan usaha kerajaan Malaysia mencari pesawat yang membawa penumpang terbanyak dari negara itu setakat ini.
Duta China ke Malaysia Dr Huang Hukiang berkata meskipun terdapat kritikan daripada pihak berkuasa dan anggota keluarga mangsa di negara itu berhubung kelewatan dalam kes ini, namun perkara itu sudah diperjelas kepada mereka.
Sementara itu, MH370 terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.
mas-wartawanxx
Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.
Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.
Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.
Dalam satu kenyataan Selasa, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.
"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau.
Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.
"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
mas-minyakxx
Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.
Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.
"Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU)," katanya.
Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.
Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang.
mas-pasirindia
Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.
"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air," kata beliau.
ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.
"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh tersebut, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," kata beliau.-12/3/2014

Kehilangan MH370 misteri bagi pakar penerbangan

Seorang penumpang meneliti jadual penerbangan di KLIA. Kehilangan pesawat MH370 menimbulkan tanda tanya kepada pakar penerbangan antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2014.

Seorang penumpang meneliti jadual penerbangan di KLIA. Kehilangan pesawat MH370 menimbulkan tanda tanya kepada pakar penerbangan antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2014.Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 awal hari ini menimbulkan tanda tanya kepada pakar penerbangan sehingga menimbulkan spekulasi bencana seperti letupan atau kehilangan pintu fret yang menyebabkan kehilangan pesawat, lapor Sydney Morning Herald.
Pakat penerbangan dan editor airlineratings.com Geoffrey Thomas berkata kepada akhbar milik Fairfax Media itu beliau menjangkakan pesawat tersebut berkemungkinan terlibat dengan "bencana letupan mengejut" kerana tiada sebarang panggilan kecemasan atau amaran dibuat.
Pesawat Boeing 777-200 dengan 239 penumpang putus hubungan dengan pusat kawalan udara Subang dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing. Ia merupakan pesawat perkongsian kod antara MAS dengan China Southern Airlines.
Thomas, yang terlibat dengan industri penerbangan selama 35 tahun menjangkakan letupan mungkin berpunca daripada sama ada bom pengganas mahupun pintu kargo tercabut dari pesawat.
Namun beliau berkata, insiden seperti itu tidak berlaku sejak 1970, dan tidak pernah berlaku masalah teknikal terhadap Boeing 777 sejak ia dilancarkan pada 1995.
Akhbar Australian itu memetik Thomas berkata pesawat jenis itu hanya terlibat dalam nahas sekali disebabkan "kesilapan juruterbang" apabila pesawat berkenaan melanggar tembok ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco tahun lalu. Tiga terkorban dan ratusan penumpang mengalami kecederaan.
"Industri ini terkejut. Malaysia Airlines mempunyai reputasi yang cukup baik dan rekod cemerlang dengan juruterbangnya, dan Boeing 777 adalah tunjang kepada kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia," katanya.
Komentar penerbangan yang lain bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan lanjut perlu dilakukan.
"Ia mempunyai keupayaan yang tinggi, mengagumkan dan kenderaan yang mewah," lapor pakar akademik Central Queensland University, Ron Bishop kepada Fairfax Media.
Dianggarkan sekitar 924 "777" sedang beroperasi dengan jumlah terbesar dimiliki syarikat penerbangan Emirates (87). Pesawat berkenaan turut digunakan Virgin.
"Ia pesawat yang dipercayai dan terbukti mampu terbang untuk tempoh masa melebihi jutaan jam. Kesemuanya direkodkan dengan pesawat ini, jadi amat mengejutkan mendengar berita ini," kata Professor Bishop.
"Perkara seumpama ini sangat, sangat jarang berlaku hari ini – umpama menang loteri."
Thomas turut menolak kemungkinan pembantu juruterbang berusia 27 tahun itu kurang pengalaman terbang mengambilkira beliau mempunyai 2,700 jam rekod penerbangan, berbanding 18,000 jam oleh ketua juruterbangnya.
"Pembantu juruterbang Malaysia Airlines sangat terlatih dan beliau ini mempunyai pengalaman lebih tujuh tahun dengan syarikat itu," kata Thomas.
"Saya tidak percaya ia masalah juruterbang atau pesawat," katanya.
Jika pesawat itu ditemui dalam keadaan terhempas, penyiasat akan mensasarkan rakaman data penerbangan, yang mengukur pergerakan enjin, haidraulik dan petunjuk teknikal dan rakaman suara kokpit Untuk mengenalpasti punca nahas, kata akhbar tersebut.
Professor Bishop berkata insiden berkenaan berlaku ketika jumlah penumpang yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kebiasannya rakyat Australia terbang 2.5 kali setahun, dan peningkatan seperti ini meningkat diseluruh dunia. Jadi prinsipnya sama dengan peningkatan jumlah kereta di jalan raya, secara statistiknya akan berlaku lebih banyak kemalangan," katanya.
Pakat komunikasi krisis dan penerbangan, Hamish McLean berkata, dengan lebih 5,000 unit pesawat di udara pada satu-satu masa, kehilangan pesawat adalah perkara yang pelik dan mengejutkan kerana ia dimiliki syarikat penerbangan terkenal.
"Ada terdapat banyak kemungkinan yang berlaku, dan masalahnya, ia sekadar spekulasi yang memberi tekanan kepada keluarga mangsa penumpang," katanya. – 8 Mac, 2014.

MISTERI HILANGNYA MH370


MH370

Kenapa Kehilangan Pesawat MH370 Dianggap MISTERI Terbesar Sejarah Penerbangan Dunia?

KINI sudah masuk hari ketiga operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi belum terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.
Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing, China pada hari yang sama.
Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat seluruh dunia.
Yang menjadi persoalannya di sini kenapa tiada sebarang distress call atau isyarat kecemasan yang dihantar kapten mahupun juruterbang sekiranya berlaku sebarang kecemasan pada waktu itu?
Sebaliknya, MH370 secara tiba-tiba tidak dapat dikesan oleh radar penerbangan selepas 40 minit berlepas.
Ketika itu, kapal berkenaan sudah pun mencapai terbang pada peringkat ‘steady altitude ‘. Perlepasan dan pendaratan adalah aspek paling merbahaya dalam dunia penerbangan dan kemalangan jarang berlaku bila ia mencapai tahap steady altitude melainkan ada serangan pengganas.
Turut menimbulkan persoalan ialah mengapa sudah masuk hari ketiga, sebuah besi atau objek berkaitan kapal itu gagal ditemui walaupun puluhan kapal laut dan ratusan anggota mencari dan menyelamat mengeledah setiap inci laluan MH370.
Situasi pelik itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sendiri pada sidang media pagi tadi memberitahu apa yang berlaku kini adalah misteri industri penerbangan dunia.
Beliau sehingga terpaksa mengatakan bahawa ada kemungkinan pesawat itu telah dirampas pengganas.
Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu dibantu oleh juruterbang Fariq Abdul Hamid menerbangkan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
0903KruMH370
Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan berbeza antaranya China, Malaysia, Indonesia, India, Amerika Syarikat, Australia, Rusia, Perancis, Ukraine, Itali, Austria, Kanada, Taiwan dan Belanda.
Serentak dengan kehilangan pesawat itu, pasukan gerakan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan radar, iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Menurut kenyataan rasmi MAS, kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud).
Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini.
1003ObjekMH370
Selain itu, sama ada sisa tompokan minyak yang dikesan di kepulauan Vietnam itu adalah milik MH370, pula sedang dikaji oleh APMM di makmalnya yang terletak di Petaling Jaya dan keputusan ujian tersebut khabarnya akan diumumkan selewat-lewatnya pada petang ini.  (BACA – SEGERA: Ia Minyak Tongkang, Bukan Minyak Pesawat – APMM)
MINYAK1
Jika kita melihat kembali insiden malang yang berlaku kepada penerbangan Air France pada 2009, yang terhempas di kepulauan Atlantik, hanya selepas enam hari nahas berlaku, pencarian pihak mencari dan menyelamat berjaya menjumpai dua mayat penumpang lelaki pesawat AF447 itu.
air france
air france1
Kemalangan tragik itu telah mengorbankan 228 nyawa termasuk 12 krew kapal namun hanya 50 mayat sahaja yang berjaya dijejaki pihak penyelamat.
Kes itu sahaja mengambil masa selama dua tahun untuk diselesaikan termasuk membawa keluar bangkai pesawat AF447 itu.
Daripada hasil laporan penuh penyiasatan, nahas itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan kecuaian juruterbangnya sehingga mengorbankan ratusan nyawa penumpang dari Rio De Janeiro ke Paris itu.
Namun, apabila bercakap mengenai pesawat MH370 sehingga ke hari ini kita tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut.
Tidak ada sebarang serpihan pesawat yang ditemui di sepanjang kawasan terakhir pengangkutan udara itu dikesan oleh radar penerbangan.
Kalau mengikut logik, Boeing 777 itu hanya diisi dengan muatan minyak selama tujuh jam perjalanan dan kini sudah hampir 72 jam masa berlalu.
Di manakah kapal terbang itu berada sekarang?
Persoalan itu bukan sahaja bermain di minda 30 juta rakyat Malaysia sebaliknya turut sama dirasakan oleh penduduk seluruh dunia yang mengikuti insident tersebut yang mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa.
Bercakap secara umumnya, kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan juga boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara sehingga menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.
Menurut kata pakar lagi, perkara itu amatlah mustahil bagi juruterbang mahupun krew penerbangan untuk menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.
Apa-apa pun marilah kita terus berdoa agar pesawat MH370 ditemui.
Ya Allah Ya Tuhanku, jika di laut timbulkanlah, jika di langit turunkanlah dan jika di darat tunjukkanlah.

Mar 5, 2014

Rhoma Irama Bekali Warga Bawean Hadapi Pesta Demokrasi Pemilu 2014



Rhoma Irama memberikan bekal kepada penggemarnya di Pulau Bawean, dalam menghadapi Pemilu 2014.

Saran Rhoma Irama disampaikan dalam Tabligh Akbar di Lapangan Tambak dan Lapangan Daun (rabu, 5/3/2014),"Mari laksanakan Pemilihan Umum (Pemilu) legislatif dan pemilihan presiden dengan rasa persaudaraan, jauhkan rasa permusuhan,"katanya.

Capres dari PKB berpesan, jangan karena perbedaan partai atau perbedaan pilihan kita bermusuh-musuhan.

"Tetap jaga ukhwah Islamiyah, jaga persatuan dan kesatuan nasional. Tunjukkan kepada dunia internasional bahwa Indonesia sudah pandai berdemokrasi,"ujar Raja Dangdut.

Lebih lanjut Rhoma Irama berpesan kepada warga Pulau Bawean, jangan golput. Menurutnya, fatwa MUI masih berlaku sampai sekarang, golput hukumnya haram karena menunjukkan ketidakperdulian terhadap kehidupan berbangsa dan bernegara. .

Pesan selanjutnya, hindari money politik atau politik transaksional. Songok menyogok hukumnya haram. "Ini namanya raswah, sebagaimana hadits Nabi : Orang yang menyogok dan orang yang disogok, dua-duanya di neraka,"terangnya.

Rhoma Irama bertanya kepada penggemarnya, kalau ada orang memberi uang apakah diambilnya? spontan pengunjung tabligh akbar menjawab, "uangnya diambil tapi orangnya tidak dipilih,"jawabnya.

"Jangan memilih kepada siapapun yang memberi sesuatu, bila memilih namanya sogok menyogok,"tegas Rhoma Irama.

Lapter Bawean Belum Dioperasikan Helikopter Mendarat Bawa Rhoma



Kedatangan rombongan raja dangdut Rhoma Irama di Pulau Bawean (rabu, 5/3/23014), termasuk mengawali penerbangan yang mendarat di lapangan terbang (Lapter) Bawean di Tanjungori, Tambak, Gresik.

Kedatangan Calon Presiden RI dari Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), didampingi Ketua DPW PKB Jawa Timur (Abdul Halim Iskandar), dan  Fuad Mahsuni (anggota DPRD Propinsi Jawa Timur) mendarat sempurna di kawasan Apron (parkir pesawat).

Disambut Jazilul Fawaid (Ketua DPC PKB Kabupaten Gresik), dan Zulfan Hasyim, SH. (Ketua DPRD Kabupaten Gresik), serta KH. Buang dari Kepuhlegundi, seluruh rombongan langsung memasuki mobil menuju rumah Nyai Hj. Azizah Mahsuni di desa Tambak.

Sepanjang jalan menuju desa Tambak, terlihat antusias warga berdiri dipinggir jalan untuk melihat Rhoma Irama didalam mobil.

Dari rumah Nyai Azizah, Rhoma Irama bersama rombongan menuju Lapangan Tambak untuk berceramah dalam tabligh akbar. Rhoma Irama berceramah selama 30 menit dihadapan ribuan warga Pulau Bawean.

Setelah acara tabligh akbar selasai,  dilanjutkan berkeliling Pulau Bawean menuju lapangan desa Daun di Sangkapura. Kedatangan Rhoma Irama di lapangan Daun, disambut antraksi pencak silat Bawean. Dilanjutkan penandatanganan peresmian Yayasan Bina Bawean Mandiri.

Rhoma Irama berceramah dihadapan puluhan ribu warga Pulau Bawean yang hadir di lapangan desa Daun. Beliau menjelaskan tentang pencalonannya sebagai Presiden RI. 

Selesai memberikan ceramah, Rhoma Irama mengunjungi Rumah Jazilul Fawaid di desa Daun. Akhirnya, setelah bersilaturrahim bersama tokoh Pulau Bawean. Rombongan kembali ke lapangan terbang Bawean untuk naik helikopter kembali ke Surabaya.