Sep 24, 2012

Vanidah Imran: Isu jatuh talak hanya salah faham


Vanidah Imran dan Rashidi
KUALA LUMPUR - Aktres, Vanidah Imram menganggap lafaz cerai yang berlaku di dalam filem Untuk Tiga Hari, hanyalah salah faham dan mohon tidak memanjangkan isu tersebut.

Vanidah yang mesra di sapa Vee turut meminta masyarakat menonton filem tersebut terlebih dahulu sebelum meletakan apa-apa spekulasi terhadap rumah tangganya.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi komen panjang mengenai perkara ini. Bagi mereka yang kurang jelas mengenai isu lafaz talak ini, seeloknya menonton filem ini terlebih dahulu," katanya yang mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam yang menggesa dia dan Rashidi hadir ke Jabatan Agama Islam berikutan lafaz
cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Menerusi filem Untuk Tiga Hari, Vanidah dan Rashidi masing-masing menjayakan watak Ujie dan Affin yang terpaksa membuat keputusan berkahwin untuk tiga hari dengan pasangan masing-masing kerana tidak mahu menghampakan keluarga, walaupun saling mencintai.

Affin (Rashidi) berkahwin dengan Juwita (Ayu Raudhah) manakala Ujie (Vanidah) berkahwin dengan Armi (Afdlin Shauki yang juga sutradara filem ini).

Bagaimanapun, pada hari ketiga Ujie mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinannya dengan Armi dan menganggap soal jodoh bukan soal yang boleh di buat main-main manakala Affin tetap menceraikan Juwita dengan talak tiga pada hari ketiga perkahwinan mereka.

Bagi yang mahu mengetahui keseluruhan filem yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Ahdiat Akasya masih sempat menonton filem ini yang masih ditayangkan di pawagam.
 
AMPANG JAYA - “Saya ingat bunyi bising di luar rumah adalah pergaduhan keluarga jiran, namun terkejut selepas mendapati jiran saya terbaring berlumuran darah selepas cedera parah di perut dan tangan kiri,” kata Azim Shaharbudin, 24, jiran Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, yang parah ditikam dua lelaki, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi di Taman Dagang, di sini, mangsa dikatakan baru pulang dari menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran berhampiran rumahnya dan ketika meletak kereta di luar pagar rumah tiba-tiba mangsa diserang dua lelaki terbabit.

Mangsa dikatakan bergelut dengan suspek sebelum ditikam dengan senjata tajam, tetapi sempat berlari sejauh 30 meter untuk meminta bantuan keluarganya dengan mengetuk pintu pagar.

Azim berkata, ketika kejadian dia menonton perlawanan bola sepak sebelum dikejutkan dengan bunyi bising disusuli bunyi ketukan pintu pagar rumah beberapa kali.

Katanya, dia menyangka bunyi itu adalah pergaduhan, namun tidak sedap hati apabila mendengar suara lelaki meminta tolong sambil menahan kesakitan.

Puteri Sarah tinggalkan dunia lakonan


Puteri Sarah
KUALA LUMPUR - Pelakon Puteri Sarah yang dikenali menerusi drama bersiri Asmaradana dan bakal muncul menerusi Evolusi KL Drift The Series pada 4 Oktober ini nekad mahu meninggalkan dunia lakonan untuk bekerja dalam bidang perhotelan.

Dia yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Kolej Olympia, Kuala Lumpur dan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dari Kolej Taylor, Kuala Lumpur kini sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang jawatan dalam bidang berkaitan.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 27, atau lebih dikenali Puteri Sarah berkata, dia sudah menghantar resume kepada beberapa buah hotel bertaraf lima bintang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan ijazah yang diraihnya.

Bukan disebabkan merajuk atau kurang menerima tawaran berlakon, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie ini menganggap keputusannya untuk bersara daripada bidang lakonan adalah bagi memenuhi impian kedua-dua ibu bapanya.

“Malah jika fikir balik, baik juga saya bekerja macam orang biasa (bukan artis), ada jaminan masa depan dan kewangan. Sampai bila saya hendak berlakon dengan meraih pendapatan yang tidak tetap,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran Evolusi KL Drift The Series di Kuala Lumpur baru-baru ini

Patung penerbit ‘Innocence of Muslims’ dibakar



KUALA LUMPUR - Umat Islam di sini terus menyuarakan kemarahan mereka terhadap penerbitan filem ‘Innocence Of Muslims’ yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan Islam, dengan membakar patung penerbit filem itu, Nakoula Besseley, dibakar malam tadi.

Patung itu yang memakai cermin mata hitam dengan hidung dan mulutnya ditutupi kain, dibakar di hadapan kira-kira 200 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini pada majlis ‘Himpunan Rakyat Sempena Sambutan Hari Malaysia’.

Ia dibakar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali. Turut hadir Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip.

Pada sidang media kemudian, Ibrahim berkata, pembakaran patung itu adalah sebagai simbolik kemarahan umat Islam.

"Pembakaran patung ini oleh Perkasa adalah sebagai menyatakan bantahan kita terhadap perbuatan biadap Nakoula Besseley. Kita mahu menyampaikan mesej bahawa kita marah,” katanya.

Memalukan, Kepala Sekolah Hamili Istri Orang



LARANTUKA - ABK yang menghamili MYK, istri dari AK yang adalah Kepala SDK Lamawalang.  Atas perbuatannta, ABK dicopot dari jabatannya.

ABK diberi pembinaan di Kantor Dinas PPO Flores Timur tepatnya di UPT SKB. Jabatan Kepsek SDK Lamawalang diserahkan kepada Wihelmus Pehan Kromen, guru SD Inpres Waibalun.

Kepala Dinas PPO Flores Timur, Drs. Bernard Beda Keda yang dikonfirmasi, Jumat (21/9/2012), membenarkan sudah mencopot ABK dari jabatan. ABK ditempatkan sementara di UPT SKB untuk pembinaan. Bernard berharap ABK menjadikan peristiwa itu sebagai bahan refleksi dan tidak akan mengulangi lagi hal itu.

Penggantinya, Wihelmus Pehan Kromen telah dilantik oleh Sekda, Anton Tonce Matutina, S.H, pekan lalu.

Saat ini Kromen sudah menjalani tugasnya sebagai Kepsek. ABK menghamili MYK, pegawai sebuah koperasi di Larantuka.

Kasus itu terungkap pada  29 Juli 2012. Saat itu juga keduanya hilang dari Waibalun. ABK diam-diam menghadap Kadis PPO dan mengakui perbuatannya. ABK meminta mundur dari PNS tapi tidak diterima. Dia diberi pembinaan, dicopot jabatan dan hukuman displin PNS.

ABG Ini Dicambuk Gara-gara Curi Kotak Amal


Foto hiasan.
PALEMBANG - Wajah Pt (15) babak belur dipukuli petugas keamanan dan kebersihan Masjid Agung Palembang, Rabu sekitar pukul 13.30 WIB lalu. Ia diamuk massa karena tertangkap tangan mencoba mencuri uang yang ada di dalam kotak amal Masjid Agung Palembang.

Oleh petugas keamanan Masjid Agung, Pt yang sudah babak belur digiring ke Mapolresta Palembang dengan wajah lebam. Tidak hanya itu, bagian belakang tubuhnya dipenuhi luka setelah dicambuk dengan menggunakan tali pinggang oleh para petugas Masjid Agung.

"Saya nyuri kotak amal itu atas suruhan dari seorang teman saya. Kalau saya tidak menurut, saya akan ditusuknya dengan pisau," ujar warga Desa Penumbangan Lama, Kecamatan Tulang Bawang, Lampung Selatan, saat dijumpai di Mapolresta Palembang, Kamis (20/9/2012) kemarin.

Pt mengaku tidak punya kerabat di kota Palembang. Sejak dua tahun berkelana di kota pempek ini, dia tidur di jalanan dan mengais rejeki dengan menjadi pengamen. Uang hasil mengamennya pun hanya cukup untuk membeli nasi. Belum lagi, ia masih harus berbagi dengan teman-teman ngamen lainnya..

"Saya diajak ke Palembang oleh teman satu daerah saya. Namun, begitu sampai di sini, saya tidak pernah bertemu dengan dia. Untuk cari makan, saya ngamen," ujar bocah yang enggan pulang kampung karena tidak ingin dipaksa orangtua untuk melanjutkan sekolah.

Saat beraksi, Pt mulanya tidur di lantai tiga Masjid Agung. Saat ia bangun pada pukul 13.00, ia melihat kotak amal di lantai tiga. Merasa tidak ada orang saat itu, Pt tanpa ragu membuka tutup kotak amal dan mengambil uang yang jumlahnya Rp 54.000.

Namun, belum tuntas aksinya, seorang petugas kebersihan mengetahui aksi Pt. Ia berteriak sehingga memancing banyak orang ke lantai tiga Masjid Agung. Tanpa mempertimbangkan Pt yang masih di bawah umur, petugas Masjid Agung 'mengeksekusi' Pt tanpa ampun hingga nekat mencambuk bagian belakang Pt.

Kepala Polresta Palembang, Kombes Pol Sabarudin Ginting, melalui Kasat Reskrim, Kompol Djoko Julianto, membenarkan korban telah ditangkap. Saat ini, korban sudah diamankan untuk dimintai keterangan.

Sep 19, 2012

Bermadu: Cetus Perang Madu



KANGAR - “Salahkah tindakan saya jika bertemu suami kerana mahu meminta wang bagi membeli susu untuk anak lelaki berusia 15 bulan yang sudah seminggu kelaparan susu, tetapi dipukul dengan penyapu selain turut ditumbuk dan diterajang.”

Begitu kata Wita Baharom, 42, dari Kampung Sena, dekat sini, apabila mendakwa trauma menjadi mangsa belasahan suaminya berusia 41 tahun dan isteri pertama lelaki itu berusia 34 tahun selepas meminta wang untuk membeli susu buat bayi lelaki mereka.

Kejadian berlaku jam 5 petang kelmarin ketika mangsa yang juga isteri kedua kepada lelaki terbabit muncul di rumah suaminya di sebuah kampung, di sini, tetapi kedatangannya menimbulkan kemarahan suaminya sebelum ditinju kerana tidak berpuas hati dengan permintaannya.

Wita yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia kemudian dipukul dengan kayu oleh madunya yang masuk campur dan turut diterajang, ditumbuk dan ditampar suaminya ketika menyuarakan masalah mengenai perbelanjaan dapur.

Menurutnya, dia datang ke rumah suami dan madunya bagi membincangkan isu nafkah sebelum diserang isteri pertama suspek yang juga madunya yang ketika itu berada di situ.

Kerana wang: Kawan tembak kawan


ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam.

TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.

Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.

Kes saman: Rayuan pelakon Nadia Mustafa ditolak


Nadia Mustafa

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan pelakon Nadia Mustafa berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pelakon Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 dalam kes saman fitnahnya terhadap Nadia.

Dalam keputusannya, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menegaskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah betul selepas mendengar keterangan saksi semasa perbicaraan.

"Beliau menggunakan undang-undang yang betul kepada fakta yang dibentang di hadapannya. Tiada sebab bagi mahkamah ini campur tangan dalam keputusan (Mahkamah Sesyen) itu," kata hakim.

Beliau memerintahkan Nadia, atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kos perundangan RM3,000 kepada Lisdawati.

Lisdawati, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir di mahkamah hari ini.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Lisdawati, manakala Nadia diwakili Siti Julaini Mohd Shahar.

Pada 31 Okt tahun lepas, Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia.

Dalam saman yang difailkan pada 21 April, 2010, Lisdawati mendakwa Nadia dengan niat jahat memberi wawancara yang mengandungi perkataan berbaur fitnah kepada wartawan Hanif Abdul Ghani dari majalah 'Media Hiburan'.

Lisdawati mendakwa wawancara itu dibuat pada Januari 2005 dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah itu dalam edisi 8 - 14 Jan, 2005.

Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu bertujuan membawa maksud bahawa beliau meminjam wang daripada Nadia dan gagal membayar balik hutang itu.

Nadia, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 18 Mei, 2010, mendakwa artikel itu tidak berbaur fitnah, sebaliknya bertujuan meminta orang yang berhutang supaya menjelaskan hutangnya.

Sulaiman Sewa Pembunuh Rp 11 Juta Habisi Istri


Dua tersangka kasus pembunuhan ibu rumah tangga paruh baya yang terjadi di Desa Kedah Penosan Sepakat, Gayo Lues, Sabtu (15/9/2012) lalu, diamankan di Polres Galus, Senin (17/9/2012). Tersangka utama Sulaiman (aman dodo) suami korban dan M Naen (aman ulpa) saat diperiksa intensif oleh tim penyidik di ruangan Reskrim Polres Galus.

BLANGKEJEREN - Aparat Polres Gayo Lues yang bergerak cepat akhirnya hanya butuh waktu 1x24 jam untuk mengungkap kasus kematian wanita paruh baya, Ny Siti Maryam (35), warga Desa Kedah Penosan Sepakat, Kecamatan Blangjerango, Kabupaten Galus, Sabtu (15/9/2012) lalu.

Kematian ibu empat anak itu diotaki oleh suaminya sendiri, Sulaiman alias Aman Dodo (42), yang membayar seorang tetangga M Naen Alis aman Ulpa (29), sebagai eksekutor.

Benar-benar durjana! Sulaiman ternyata telah merencanakan untuk menghabisi istrinya, sejak sembilan bulan silam. Karena lelaki itu terjerat cinta haram dengan wanita lain. Eksekutor Naen sendiri dijanjikan uang Rp 11 juta, untuk menghabisi Siti Maryam. Namun Sulaiman baru memberi panjar sebesar Rp 20 ribu (dua puluh ribu rupiah), yang dibelikan rokok.

Dari pemeriksaan penyidik Polres Galus, Sulaiman menyediakan fasilitas pembantaian kepada Naen, seperti tali nilon serta sarung tangan. Selain itu ia juga memberi tahu kepada Naen, sejenak sang istri yang tak lain ibu dari empat anaknya keluar rumah, untuk dieksekusi oleh Naen.

Seperti diberitakan sebelumnya, Ny Siti Maryam ditemukan tewas tergorok serta luka menganga di dada, oleh anaknya, Sabtu (15/9/2012) sekira pukul 15.00 WIB. Sang anak mencari ibunya, karena tak pulang sejak pagi, sembari membawa nasi untuk sang ibu yang menanam kentang di kebun kopi mereka. Namun sang anak langsung histeris, ketika mendapati ibunya telah menjadi jasad, dengan gelimang darah.

Sebelum polisi memastikan Sulaiman sebagai pelaku, ternyata warga desa juga sudah mencurigai suami korban tersebut. Sementara Naen selaku pembunuh, juga ikut tahlilan di rumah korban. Bahkan ia dicokok polisi saat acara tahlilan, setelah lebih dulu polisi menciduk Sulaiman.

Bomoh gila seks ditangkap


Suspek hanya berseluar dalam ketika ditahan.

SEREMBAN – Taktik seorang bomoh memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada golongan wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan akhirnya memakan diri apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini semalam.

Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki berusia 48 tahun itu turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Husaini Mustafa berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan ketika merawat seorang wanita berusia 23 tahun.

Katanya, ketika ditahan, lelaki berkenaan hanya berseluar dalam manakala wanita terbabit masih berpakaian lengkap.

“Hasil daripada serbuan itu, kita menahan lelaki terbabit kerana disyaki mengamal nikah batin sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya dengan alasan untuk merawat wanita berkenaan,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur itu datang ke rumah terbabit untuk merawat seorang wanita yang menghadapi masalah mendapatkan anak.

“Kita dapati lelaki ini menggunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memperdaya mangsa melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan salah satu cara untuk mengubati penyakit.

“Sebelum melakukan hubungan seks lelaki ini akan mengadakan upacara nikah batin dengan bayaran mas kahwin RM200 dengan alasan untuk menghalalkan hubungan tersebut,” jelasnya.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas beberapa buah kitab perubatan termasuk satu kitab suci al-Quran yang digunakan lelaki berkenaan ketika upacara nikah batin.

“Kita percaya lelaki ini sudah aktif di beberapa negeri sejak beberapa bulan yang lalu namun tiada mangsa yang tampil membuat aduan,” katanya.

Katanya, lelaki itu yang bekerja sendiri dan sudah berkeluarga kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Adat Mandailing masih terjaga


Satu daripada  kesenian suku Mandailing Malaysia

PERTANG - Penghijrahan suku Mandailing dari Indonesia sejak 200 tahun lalu ke Tanah Melayu meninggalkan sejarah berharga apabila suku terbabit masih kekal dengan adat dan tradisinya.

Wakil Persatuan Halak Mandailing Malaysia, Datuk Baharom Nasution berkata, penghijrahan suku itu disebabkan peperangan Indonesia dengan Belanda.

Menurutnya, sehingga kini, kawasan tumpuan suku berkenaan adalah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Di Jelebu, terdapat kira-kira 10,000 suku Mandailing yang menetap di tiga kampung iaitu Kampung Tambahtin, Kampung Kerangai dan Kampung Pertang.

“Mereka ini masih kekal dengan adat tradisinya, masih bertutur loghat Mandailing hingga ke anak cucu,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Suku Mandailing di Balairaya Taman Bukit Pertang, di sini, kelmarin.

Baharom berkata, selain bahasa, suku Mandailing di Jelebu turut menyediakan makanan tradisi, bulung gadong naduda.

“Bulung gadong naduda adalah pucuk ubi yang ditumbuk dan dimasak dengan ikan keli salai yang dihidangkan kepada tetamu.

“Selain itu, sambal tuk tuk yang diperbuat daripada ikan bilis, limau dan cili juga adalah makanan tradisi suku ini yang kekal hingga ke hari ini,” katanya.

Selain makanan, Baharom berkata, suku Mandailing akan menari tor-tor untuk menyarungkan ulos di bahu tetamu kehormat yang hadir.

Katanya, aktiviti keramaian dan rumah terbuka adalah salah satu acara wajib persatuan berkenaan bagi mengekalkan tradisi suku minoriti itu.

“Persatuan Halak Mandailing ini ditubuhkan tahun lalu dan setiap tahun akan mengadakan program bersama bagi mengelakkan budaya suku ini dilupakan," katanya.

Menurutnya, generasi muda Mandailing perlu diberikan pendedahan mengenai adat dan tradisi suku kaum berkenaan bagi membolehkan mereka mewarisinya.

Tiada dendam lagi' - Sri Wani


Sri Wani

KUALA LUMPUR - SELEPAS melalui semua dugaan ini, saya mula sedar bahawa dalam hidup; maaf, sedekah dan bermurah hati itu adalah benteng ketenteraman jiwa. Saya percaya selagi saya diuji, ertinya ALLAH SWT sedang memberikan perhatianNYA kepada saya.”

Usahawan butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, 37, yang pernah mencuri tumpuan masyarakat apabila status jantinanya dipersoal suami sedikit masa lalu.

“Syukur Kak Sri ada kawan yang amat memahami. Mereka nasihat Kak Sri untuk berdoa. Menangis dan menangislah di hadapan ALLAH kerana dia Maha Mendengar.

“Biarpun hati dan hidup diulit tragedi, Kak Sri mahu jadi seorang yang pemaaf dan reda hati. Orang yang mulia adalah orang yang berjaya melawan marah dan bersedia menghulurkan kemaafan biarpun dia berpeluang membalasnya.  Kak Sri  maafkan semua orang yang pernah menyakiti Kak Sri,” sambungnya lagi.

Tahun lalu, suami Sri Wani, bekas dekan sebuah universiti awam, Profesor Dr Bahrom Sanugi memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan selepas setahun mengahwini Sri Wani di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, selepas lebih setahun prosiding itu berlarutan, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan permohonan Bahrom, termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan permohonan Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.

Mahkamah turut menolak permohonan komital dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan Bahrom sebelum ini.

Suaminya turut diperintahkan membayar kos kepada Sri Wani sebanyak RM12,000 atas alasan teknikal bahawa Bahrom, 61, bukan seorang permastautin tetap Wilayah Persekutuan dan mahkamah tiada bidang kuasa untuk membicarakan kes itu.

Sep 12, 2012

Jual ubat seks di tapak ceramah


Ahmad Razin (kanan) menunjukkan beberapa ubat dan alat perangsang seks yang berjaya dirampas pegawai penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan.

KOTA BHARU - Menggunakan helah bagi mendekati masyarakat di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, peniaga ubat perangsang seks sanggup menjual barangan itu di sekitar kawasan gerai berhampiran tapak Kuliah Pagi di Dataran Ilmu, di sini, bagi meraih keuntungan.

Walaupun pernah ditahan dan dikenakan kompaun akibat tindakan mereka itu, peniaga barangan ini masih tidak serik dan melakukan aktiviti jualan ubat berkenaan di kawasan terbabit, ekoran permintaan di pasaran yang amat menggalakkan.

Atas risikan dan maklumat orang awam, tindakan lelaki berusia 50-an itu, berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), di kawasan tersebut.

Dalam operasi itu, mereka berjaya merampas 11 ubat rangsangan seks pelbagai jenis yang bernilai RM6,330.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, serbuan dilakukan di kaki lima di sekitar kawasan kuliah berkenaan, dan semasa serbuan dilakukan peniaga itu sedang aktif menjalankan aktiviti jual beli.

“Kami bertindak tegas terhadap mana-mana peniaga yang masih degil dan tetap menjalankan perniagaan ini yang mengundang imej buruk kepada negeri Kelantan.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah peraturan 7 (1) (a) Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984 dan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini semalam.

Ahmad Razin berkata, mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki racun berjadual yang mengandungi Sildenafil tanpa memiliki lesen yang sah dikeluarkan oleh Akta Racun 1952 (Disemak 1989) iaitu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama, dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Putus Kasih: Siswi UPM maut


ANAK panah menunjukkan arah Nurul Syafika terjatuh lalu mati di Kondominium PV13, Setapak semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang gadis yang kecewa apabila cintanya tidak dibalas sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan kenalan lelakinya sebelum dia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 di Kondominium PV13, Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam.

Kejadian pukul 4 pagi itu mengakibatkan Nurul Syafika Jamaluddin, 24, maut akibat cedera parah di kepala dan badan. Mangsa dikatakan baru menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang penghuni kondominium yang terdengar bunyi seperti objek terjatuh dan sebaik ditinjau, dia terkejut apabila menemui mangsa yang lengkap berpakaian dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah.

Difahamkan, mangsa menyewa bersama abangnya di Seri Kembangan, Selangor dan datang ke premis itu untuk bertemu dengan teman lelakinya yang menetap di tingkat 23. Mereka berkenalan sejak tiga bulan lalu dan lelaki itu merupakan seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya.

"Ketika kejadian, lelaki berusia 24 tahun tersebut tiada di rumah dan mangsa memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci pendua.

"Siasatan awal percaya mangsa terjatuh kerana mempunyai masalah peribadi selepas cintanya ditolak namun motif sebenar kejadian masih disiasat," kata satu sumber ketika dihubungi di sini semalam.

Sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Muar, Johor dikatakan sempat menghantar SMS kepada abangnya memaklumkan dia akan pulang ke rumah. Mangsa turut menghantar SMS memohon maaf kepada rakan-rakan termasuk kenalan lelakinya itu.

Tawar benih sawit tukar agama


Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz

KUANTAN  -  Masyarakat Orang Asli yang sudah memeluk Islam jadi sasaran gerakan mubaligh Kristian dari luar negara yang dipercayai sudah menyusup masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz berkata, pihaknya mengesan kegiatan kumpulan itu termasuk taktik mereka yang mengumpan kumpulan sasaran dengan kebendaan.

"Setakat ini, tujuh hingga lapan kampung Orang Asli di negeri ini dikesan  sudah dimasuki kumpulan mubaligh dari negara jiran itu yang berusaha mengkristiankan saudara baru Orang Asli," katanya.

Menurutnya, kumpulan dipercayai dari Singapura, Filipina dan Indonesia itu turut menawarkan benih sawit dan getah kepada saudara baru Orang Asli.

Mohd Sahfri berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Yayasan Pahang sentiasa melakukan usaha berterusan bagi menangani kegiatan itu.

Katanya, selain menggiatkan dakwah di kampung Orang Asli, pihaknya juga menyediakan program khusus menjadikan saudara baru remaja sebagai anak angkat Yayasan Pahang melalui program Petama.

“Di samping menghantar pedakwah ke kampung Orang Asli, kita juga berusaha membawa mereka keluar dari penempatan di pedalaman. Ini kerana faktor geografi dan kemudahan asas yang masih dalam proses menyukarkan usaha dakwah dilakukan,” katanya.

Gelora nafsu songsang


PASANGAN SONGSANG...dua remaja lelaki yang ditahan, kelmarin.

KUANTAN - Aksi jijik dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin.

Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.

Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit.

Fairuz berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.

Soros berdendam pada Malaysia


KUALA LUMPUR - Spekulator mata wang terkenal berketurunan Yahudi, George Soros dipercayai menyimpan dendam terhadap kerajaan Malaysia dan berhasrat menghancurkan negara ini.

Pesiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan, Soros menganggap negara ini sebagai musuh selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelarnya penyangak mata wang ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998.

Disebabkan itu, Soros didakwa mempunyai agenda jahat dengan menggunakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjatuhkan negara ini.

"Sejak zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi, dia (Soros) menyimpan dendam terhadap negara ini kerana menuduhnya sebagai pencetus krisis ekonomi.

"Bagi Soros, kalau Malaysia jatuh, Tun Mahathir dan kerajaan yang memerintah ketika ini akan turut jatuh," katanya ketika dihubungi semalam.

Sep 1, 2012

Datuk gersang dicekup bersama janda


Nasir (kiri) ketika menahan pasangan yang sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam.

Hasil soal siasat mendapati, lelaki yang sudah mempunyai tiga cucu itu menyewa bilik dengan alasan mahu bertemu dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda.

Manakala sepasang kekasih berusia 22 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu membuka pintu dan mempertikaikan tindakan pegawai masjid namun akur selepas penerangan diberikan.

Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 berasal dari Kedah yang ditahan mengaku sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini merayu minta dilepaskan kerana takut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui.

Kesemua pasangan berusia 20 hingga 50 tahun dibawa ke masjid dengan menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid.

Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi tersebut dilakukan bagi membanteras gejala maksiat di kawasan perumahan itu.

“Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau kariah di sini berikutan ia sering menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan perkara tidak elok,” katanya.

Susulan itu, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Damansara Damai berhubung tangkapan yang dilakukan.

Ayah tega jual tubuh anak gadisnya demi rokok


Gambar hiasan
BATU PAHAT - Bagi memastikan bekalan rokoknya sentiasa cukup serta tidak perlu dibeli, seorang bapa menawarkan empat anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama lelaki hidung belang sebagai tukaran.

Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ sambil merokok.

Kegiatan itu yang berlarutan sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara itu atau terpaksa melakukannya.

Bagaimanapun, kegiatan keji itu berakhir malam kelmarin, selepas rumah lelaki terbabit diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka.

Tarian Candoleng-Doleng Marak Lagi di Makassar



MAKASSAR- Tarian Candoleng-doleng kembali marak memeriahkan acara pernikahan di Makassar, Sulawesi Selatan.

Padahal pertunjukan yang mengumbar aurat perempuan itu sudah sangat jarang ditemukan dalam beberapa bulan terakhir.

Atraksi Candoleng-doleng bisa dilihat secara terbuka di sebuah pesta pernikahan di Jalan Recing Center, Makassar, semalam.

Diiringi organ tunggal, para penari yang masih berusia muda begoyang di atas panggung sembari mempertontonkan lekuk tubuh mereka.

Kemunculan kembali Candoleng-doleng sangat disayangkan, sebab selain digelar di tempat umum, goyang striptease itu juga banyak disaksikan anak-anak.

Dengan berpakaian seksi, mereka leluasa bergoyang di hadapan penonton yang memadati panggung tanpa menghiraukan siapa saja penontonnya.

Sangat disayangkan, pertunjukan itu sangat menyimpang tidak hanya dari norma agama, namun juga budaya Bugis.

Ironisnya, tidak satu pun polisi yang mencegah apalagi membubarkan tarian erotis itu. Padahal pertunjukan ini digelar di pusat kota Makassar hingga larut malam.

Sperma Bisa Muluskan Kulit Wajah Looh! Ini Buktinya


Sperma digunakan untuk bahan pembuatan kosmetika di Norwegia karena diyakini bisa memuluskan wajah dan mengobati jerawat.

JAKARTA - Seperti yang telah Anda ketahui, sperma adalah salah satu komponen tervital dalam tubuh pria. Ketika ingin menghasilkan keturunan, sperma dibutuhkan untuk membuahi sel telur wanita.

Namun, sperma rupanya tidak hanya bermanfaat dalam hal pembuahan saja. Seperti yang dilansir Medical Daily belum lama ini, sperma diyakini memiliki khasiat untuk kesehatan manusia, di luar proses pembuahan.

Tidak heran, banyak penelitian yang berusaha meneliti dan bahkan mengembangkan beberapa sel dan zat yang terkandung dalam sperma menjadi sebuah produk yang layak pakai. Salah satunya adalah kosmestik.

Di dalam sperma terdapat sebuah senyawa crystalline polymine yang disebut Spermine. Senyawa ini dikenal sebagai antioksidan yang bermanfaat untuk menghilangkan kerutan wajah, melembutkan kulit, dan mencegah kulit berjerawat.

Produsen kecantikan asal Norwegia Bioforskning meyintesiskan senyawa tersebut ke dalam bentuk krim wajah. Menurut penelitian Bioforskning, krim "spermine" memiliki khasiat 30 kali lebih efektif dibandingkan vitamin E dan dapat memperlambat proses penuaan sebesar 20 persen.

Saking yakinnya bakal manjur, Bioforskning berani membanderol produk terobosannya itu seharga 250 dolar AS atau setara Rp 2,5 juta.

Selain bermanfaat untuk kesehatan kulit, sperma dipercaya dapat mengurangi tingkat stres seorang wanita.

Sebuah riset yang dilakukan State University of New York menemukan wanita yang berhubungan intim tanpa mengenakan kondom dan "terekspos" langsung oleh sperma pasangannya memiliki tingkat stres yang rendah.

Dikatakan dalam riset tersebut, sperma memiliki zat yang bersifat anti depresan alami yang dapat memerbaiki mood. Zat tersebut antara lain prolactin, oxytocin, dan serotonin.

Mungkin khasiat sperma yang satu ini akan mengejutkan Anda. Menurut "Natural Harvest-A Collection of Semen-Based Recipes", semen dapat bermanfaat juga untuk makanan karena kandungan zatnya yang bernutrisi.

Nenek Uzur "Dibuang" di Kebun Pisang


Di gubuk reot inilah nenek Pawennai asal Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan menghabiskan sisa hidupnya.

WAJO — Menyaksikan kelucuan dan kegirangan cucu dan cicit merupakan dambaan bagi semua nenek. Namun, hal ini tak berlaku bagi Nenek Pawennai yang telah uzur.

Di usianya yang sudah melebihi 100 tahun, Pawennai harus tinggal di gubuk kecil di tengah kebun pisang yang terletak di belakang Kantor Desa Patila, Kecamatan Pammana, Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan.

Nenek Pawennai yang memiliki empat anak dan belasan cucu hingga cicit dan buyut ini hanya tinggal bersama anak bungsunya bernama Naima (65) di sebuah gubuk kecil berukuran 3 x 4 meter. Di gubuk inilah Nenek Pawennai mendapatkan perawatan seadanya lantaran indera penglihatan dan pendengarannya tak lagi berfungsi akibat dimakan usia.

Meski demkian, Nenek Pawennai tetap bisa merawat dirinya dengan mandi air hangat setiap hari. Untuk makan sehari-hari, Nenek Pawennai terkadang harus mengharapkan belas kasihan para penduduk yang tinggal tak jauh dari kebun pisang yang ditempatinya.

"Anaknya saja itu yang bungsu yang rawat karena dia kan perawan tua, jadi tidak ada suaminya. Jadi dia yang rawat mamanya. Biasa kita yang bawakan nasi sama biskuit," ujar Rosmiati, warga setempat. Kamis (30/8/2012).

Saat ditanyakan ke mana semua anak dan cucunya, Naima menyatakan bahwa semuanya ada, dan terkadang mereka datang menengok.

"Ada yang tinggal di sana, dan ada juga yang di Sidrap. Mereka sekali-sekali saja datang membesuk," ungkap Naima.