Jul 25, 2012

Gadis 25, diperkosa bapa kandung

gambar hiasa
REMBAU – Haruan makan anak. Itu yang mampu disimpulkan apabila seorang bapa kandung tergamak merogol anaknya sendiri yang ketika itu sedang menanggung sakit kaki bengkak susulan kemalangan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 12  tengah malam itu, 22 Julai lalu, mangsa yang berusia 25 tahun berhadapan dengan detik hitam dalam hidupnya apabila bapanya berusia 57 tahun tergamak merogolnya.

Menurut sumber, suspek sebenarnya jarang pulang ke rumahnya di daerah ini, berikutan sudah berkahwin lain dan menetap di Teluk Intan, Perak.

Bagaimanapun, kira-kira seminggu sebelum kejadian iaitu sejak Isnin, suspek menetap bersama-sama mangsa.

“Ketika kejadian ibu dan adik lelaki mangsa turut berada di dalam rumah. Bagaimanapun, berikutan hari sudah lewat malam, kesemuanya dipercayai sudah tidur dan tidak menyedari apa yang berlaku kepada mangsa.

“Dipercayai, mangsa ketika itu berada di dalam biliknya dan sedang mengurut kaki yang bengkak susulan terbabit dalam kemalangan. Secara tiba-tiba, ayahnya datang dari arah belakang dan merogolnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang juga pekerja kilang tidak memberitahu ibunya mengenai kejadian itu dan membuat laporan terlebih dahulu bersama ibu saudaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau kira-kira  7 petang.

Menurutnya, selepas laporan dibuat, ibu mangsa baru dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan, sementara ayah mangsa pula bertindak pulang ke Perak sekitar jam 7 pagi hari sama laporan polis dibuat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan, suspek berjaya ditangkap sekitar jam 1 pagi tadi (semalam) di kediamannya di Teluk Intan, Perak dan direman selama enam hari.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun serta dikenakan sebatan.

Tiga wanita Islam antara dicekup tawar seks


KUALA LUMPUR - Lima wanita warga asing, termasuk tiga warga Indonesia beragama Islam yang disyaki terlibat tawar khidmat seks, dicekup dalam serbuan di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan BM 1/2, Taman Bukit Mayang, di sini, kelmarin.

Premis haram yang berselindung di sebalik kafe siber itu dikesan beroperasi setahun lalu.

Ketika diserbu kira-kira jam 9.30 malam, lima wanita terbabit didapati sedang berkumpul di hadapan kaunter premis untuk menanti pelanggan mereka.

Pegawai Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Inspektor Mohamad Mohd Jais berkata, semua wanita itu yang terkejut kehadiran empat anggota dan tiga pegawai polis, tidak sempat melarikan diri.

Beliau berkata, semua wanita yang ditahan adalah tiga warga Indonesia, seorang warga China dan seorang warga Vietnam berusia antara 20 hingga 27 tahun.

Menurutnya, turut ditahan penjaga premis terbabit seorang lelaki warga Myanmar berusia 23 tahun.

"Siasatan mendapati kesemua wanita itu tidak memiliki pasport.

"Pemeriksaan menunjukkan premis itu diubah suai untuk dijadikan premis pelacuran terdapat 20 bilik kecil dilengkapi tilam serta alat seks seperti kondom dan minyak pelincir turut disediakan," katanya, semalam.

Mohamad berkata, premis terbabit menyasarkan pelanggan tertentu dan kadar bayaran bagi setiap khidmat seks RM150.

Beliau berkata, pemilik premis begitu licik apabila pasang kamera litar tertutup (CCTV) serta pintu besi sebagai langkah mengelak kegiatan haram dikesan pihak berkuasa.

Guru wanita dirogol rakan sekerja


SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada wartawan ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Noor Mushar,  disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah  sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.

"Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya,

Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.

Makan katak di dapur kopitiam


Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan

JELUTONG - "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.

Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.

"Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.

“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi  sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.

Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.

“Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur  kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing,” katanya.

Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.

“Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak,” kata pelayan restoran itu kepada Alia.

Mendengar maklumat yang diberikan, Alia dan rakan-rakannya hilang selera dan terus ke kedai lain untuk berbuka puasa memandangkan hari sudah hampir Maghrib.

Alia kecewa kerana kopitiam berkenaan menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelanggan beragama Islam.  Rata-rata yang berkunjung selalunya memesan minuman dan makanan yang berasaskan mi dan pencuci mulutnya.

Ini Dia Jilbab Ashanty yang Menggusur Trend ala Syahrini


Jilbab Ashanty VS Kerudung Syahrini

JAKARTA - Penyanyi Ashanty memperkenalkan trend baru busana jilbab yang dinamai gaya kaftan.

Gaya busana jilbab terbaru istri baru Anang Hermansyah itu disebut-sebut bakal menggusur trend busana jilbab yang diperkenalkan Syahrini pada Ramadhan tahun 2011 lalu dan sempat booming serta ditiru banyak wanita.

Terbukti, baru diluncurkan busana Ashanty ini sudah banyak ditemui di pasaran. Bahkan label 'Jilbab Ashanty' pun tertera. Tentu Ashanty senang meski ia tidak bermaksud main gusur trend yang dipopulerkan Syahrini.

Meski demikian, Ashanty ternyata nggak dibayar oleh mereka yang sering pakai label nama dirinya untuk busana jualan mereka.

"Aku sih nggak merasa dirugikan kalau memang bisa membuat meraka untung. Kenapa dilarang? Silahkan saja. Aku justru malah senang berarti ada yang menghargai karya aku, " ujarnya saat ditemui di Butik Amy Atmanto, Jalan Tebet Timur Raya No 46, Jakarta Selatan, Rabu (25/07/2012).

Pada kesempatan kali ini, pelantun lagu 'Jodohku' itu diberikan sebuah baju kaftan oleh desainer ternama Amy Atmanto. Baju tersebut serupa dengan busana muslim yang biasa dipakainya. Ia pun berharap, Baju tersebut menjadi trendstter pula.

"Alhamdulillah, bunda Amy membuatkan aku busana muslim kaftan royal sulam karya Amy Atmanto. Warnanya hijau seperti warna kesukaan Mas Anang, " tuturnya.

Meski busana ala Ashanty mulai digemari kaum Hawa, sayangnya, menurut pengamatan Tribunnews, jilbab yang dikenakan biduan berhidung mancung itu kurang memenuhi prinsip syariah. Itu karena busana ala Ashanty tak sepenuhnya menutup aurat, terutama leher dan bagian rambut yang masih tampak jelas dan menonjol.

Panti Pijat Paling Bandel


JAKARTA -  Dari berbagai jenis industri hiburan yang ada di Jakarta, pelanggar Peraturan Daerah tentang jam operasional tempat hiburan selama Ramadhan dan Idul Fitri paling sering dilakukan oleh panti pijat.

"Dari banyaknya tempat hiburan, ada beberapa yang melanggar ketentuan yang sudah dibuatnya, contohnya seperti pelanggaran jam operasional. Itu sering dilakukan oleh panti pijat, paling bandel," ujar Kepala Dinas Pariwisata dan Budaya DKI Jakarta, Arie Budhiman, Rabu (25/7/2012).

Arie menjelaskan, pihaknya mengaku kerepotan untuk menertibkan panti pijat lantaran panti pijat yang melanggar itu ada bermacam-macam. Dan sanksi yang diberikan juga bermacam-macam seperti teguran lisan, tertulis, disegel dan dicabut izin usahanya.

Arie juga mencatat ada sekitar 8.853 industri pariwisata yang ada di wilayah DKI Jakarta. Dari 8.853 industri tersebut ada 1300 yang berhubungan dengan dengan hiburan malam.

"Dari 1300 tempat hiburan, dan 560 tempat hiburan yang diatur sesuai peraturan yang boleh buka atau tutup. Dan penghasilan yang didapat dari pariwisata di tahun 2011 mencapai angka 2,5 Triliun," ujar Arie.

Jul 24, 2012

Bayi Telinga Berlafal Allah Didoakan Warga Jadi Ustadz


SURABAYA - Bayi istimewa anak kedua pasangan Fandi (24) dan Widiastuti (34) mendapat doa spesial dari para tetangga. Bayi yang memiliki sepasang telinga berlafal Allah ini didoakan menjadi ustadz di Kedinding.

Doa ini disematkan salah satu tetangga di rumah orang tua bayi, Srijati (45). Perempuan berperawakan pendek ini berseloroh agar bayi kelahiran 16 Juli 2012 ini kelak akan menjadi ustadz yang memimpin warga Kedinding.

"Arek iki engkok dadi ustadz Kedinding, pinter ngaji, dadi keturunan sing nggowo jeneng apik nduk keluarga (Bayi ini nanti jadi ustadz Kedinding, pandai mengaji membaca Al-Quran dan menjadi keturunan yang membawa nama baik keluarga)," kata Srijati di rumah orang tua Fajar Bayu Pamungkas, kampung Kedinding Tengah Baru gang 7 nomer 8, Selasa (24/7/2012).

Sontak, doa ini pun diamini oleh keluarga besar Fajar. Terutama sang ibu, Widiastuti yang tak pernah membayangkan anak keduanya memiliki keistimewaan, mempunyai sepasang telinga berlafal Allah.

"Amin, semoga Fajar menjadi manusia yang bermanfaat seperti yang diharapkan orang-orang sekitarnya," tutur Widiastuti (34).

Apalagi, keluarga Widiastuti mengaku telah lama mengidolakan sosok Sunan Kalijaga. Yakni, salah satu sunan yang ikut menyebarkan ajaran Islam di Pulau Jawa.

Sementara Kakek Fajar, Suprat (59) mengaku bersyukur mendapat cucu laki-laki yang sehat walafiat. Ditambah keistimewaan telinga kanan dan kiri Fajar yang memiliki tulang lunak membentuk lafal Allah.

"Kami sangat bersyukur dan selalu berpikir positif tentang masa depan cucu dan anak kami," pungkas Suprat.

Wanita ini tertidur dirumah kekasih selepas berbuka


Wanita yang hanya berkemban cuba menyorok dalam almari bagi mengelakkan diri daripada dicekup.

AMPANG - Seorang wanita sanggup menyorok di dalam almari bagi mengelakkan diri dicekup dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sebuah apartmen, di sini awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban itu ditahan bersama pasangannya pada jam 1.40 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang lelaki hanya berseluar pendek membuka pintu.

“Lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berusia 23 tahun menyorok di dalam almari pakaian,” katanya.

Beliau berkata, ketika ditahan wanita itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik teman lelakinya selepas berbuka puasa.

“Wanita berkenaan bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota, manakala lelaki terbabit bekerja di sebuah syarikat pembasmi serangga,” katanya.

Apex penjaga gol termahal di Malaysia


KOTA BHARU – Dengan pendapatan selaku duta dan pemain bola sepak mencecah ratusan ribu ringgit, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui  pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit malah lebih banyak daripada gaji yang terima beliau bermain dengan Kelantan.

“Kafa menaikkan sejumlah gaji yang cukup lumayan sebaik sahaja Apex menandatangani kontrak baru-baru ini. Saya percaya, beliau merupakan penjaga gol termahal ketika ini.,” katanya  semalam.

“Kita menawarkan kontrak selama tiga tahun dan Apex bersetuju untuk terus bermain dengan Kelantan. Memang banyak negeri sebelum ini ada menawarkan peluang bermain kepada beliau. Tetapi beliau mengambil pendekatan duduk berbincang dengan saya mengenai masa depannya bersama Kelantan.

“Saya bangga dengan sikap beliau, tidak tergopoh-gapah di dalam membuat sesuatu keputusan. Apex merupakan produk Kelantan dan sudah pasti kita mahu bentuk personaliti beliau bukan setakat di dalam tetapi juga di luar padang,” katanya.

Tiga hari lalu, penjaga gol utama kebangsaan yang dikenali panggilan Apex memeterai perjanjian untuk kekal beraksi bersama Kelantan bagi tempoh tiga tahun sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penghijrahan beliau sebelum ini.

Mengulas mengenai desas-desus penghijrahan beberapa pemain Kelantan yang bertiup kencang ketika ini, Annuar memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemain The Red Warriors dalam menentukan hala tuju mereka bersama pasukan tersebut pada musim depan.

Kecoh ikan gergasi masuk kampung


Nizam (kanan) bersama penduduk lain menaikkan bangkai ikan arapaima yang dijumpai di sungai itu.




BALING - Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdekatan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.

Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.

Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.

“Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada kalangan penduduk yang terkejut,” katanya.

Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan itu sebelum ini, tetapi tidak pasti ikan yang terdampar berkenaan adalah miliknya ataupun tidak.

“Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas  dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun apa pun, ikan seperti itu tidak seharusnya dibuang begitu sahaja ke dalam sungai kerana ia boleh  mengakibatkan pencemaran bau.

Jul 23, 2012

Semua ingin balik ke Malaysia



MUHAMED AMAN (depan) sibuk menguruskan misi membawa pulang pelajar Malaysia di pejabat PPMS di Damsyik, Syria.


KUALA LUMPUR – Sekretariat Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) sedang berusaha untuk menguruskan dokumen perjalanan dan proses pemindahan 128 pelajar di Damsyik sebelum diserah kepada pihak Kedutaan Malaysia untuk urusan dengan pihak imigresen negara bergolak itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa PPMS, Muhamed Aman Akil, 23, semua pelajar terbabit sudah menghantar pasport masing-masing untuk urusan mendapatkan visa keluar (exit visa) daripada kerajaan Syria.

“Terdapat dua atau tiga orang lagi pelajar yang sudah kita kenal pasti belum menghantar pasport mereka tetapi kita tahu mereka sama seperti yang lain ingin sangat pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Syria bergolak dengan perang saudara berikutan keengganan Presiden Bashar Al-Assad untuk meletakkan jawatan sehingga mendorong kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan menentang askar-askar kerajaan sejak Mac tahun lalu.

Ketika ini semua pelajar wanita ditempatkan di satu kawasan dekat Rukmuddin, Damsyik manakala pelajar lelaki pula masih tinggal di rumah masing-masing di sekitar kawasan Mujtahid.

Kawasan tersebut berdekatan antara satu sama lain dan mereka boleh dihubungi dengan mudah.

Muhamed yang juga pelajar tahun dua di Ma’ahad Abu Nour berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tujuh pelajar lagi tidak akan pulang bersama-sama dengan semua 128 pelajar termasuk 10 orang ekspatriat yang berkhidmat di negara tersebut.

“Ada di antara mereka sedang menanti untuk mengambil peperiksaan ulangan dan selebihnya memang tidak mahu pulang kerana mereka sudah lama berhijrah ke sini,” ujar pelajar jurusan syariah dan Bahasa Arab itu.

Dia menjelaskan, kesemua pelajar sudah tidak sabar untuk pulang ke tanah air dan berharap tidak berdepan dengan halangan.

Bebas di Bulan Ramadan Pertanda Baik untuk Ariel


JAKARTA - Ariel, eks vokalis Peterpan itu, hari ini bebas dari masa hukumannya di Rutan Kebon Waru, Bandung, Jawa Barat. Yang spesial, pria bernama lengkap Nazril Irham itu, keluar penjara bertepatan dengan bulan suci Ramadan.

Judika menilainya sebagai sebuah pertanda baik. Bukan hanya kepada Ariel semata. Tetapi juga band yang telah membesarkan namanya di blantika musik Indonesia.

"Harusnya, jadi berkah. Memang kebetulan (Ariel) lepas di bulan suci Ramadan. Ya, sangat bersyukur. Mudah-mudahan ini jadi pertanda baik buat band mereka. Semoga Band ini enggak ada gangguan, lancar-lancar saja," ucapnya, Senin, (23/7/2012), di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat.

Ia juga meyakini bahwa para penggemar fanatiknya tidak meninggalkan Ariel sendirian. Malahan sebaliknya, mereka tetap memberikan dukungan terhadap idolanya tersebut. "Penggemar kembali seperti semula," ucapnya.

Pria berdarah Batak itu tidak segan-segan menyebut dirinya sebagai penggemar Ariel. Ia merindukan karya-karya selanjutnya dari bekas kekasih Luna Maya tersebut. Menurutnya, Ariel merupakan salah satu pencipta lagu yang bagus dan memberi perbedaan terhadap warna musik di Indonesia.

"Selamat buat Ariel, sudah bebas," tandasnya.

Wanita dicabul dua pekerja hotel


Sakari (kiri) dan Mohd. Ridzuan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas tuduhan mencabul.




KOTA BHARU - Dua pekerja Hotel Grand Riverview di sini semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan bersama-sama mencabul seorang wanita berusia 46 tahun di tangga hotel berkenaan pada Isnin minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Sakari Mohamad, 54, berasal dari Kuala Terengganu dan Mohd. Ridzuan Mahmood Maidin, 36, dari Pasir Puteh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai penyambut tetamu di hotel bertaraf empat bintang itu didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan jenayah ke atas mangsa berusia 46 tahun yang merupakan pengunjung hotel untuk mencabul mangsa di atas tangga di tingkat 11 hotel pada pukul 11.40 pagi, 16 Julai lalu.

Difahamkan, wanita dari Pasir Mas itu yang merupakan seorang ahli perniagaan mengunjungi hotel tersebut untuk menemui seorang rakan bagi berbincang mengenai perniagaan.

Noor Dayana menawarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 namun Nora merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan kerana kedua-dua tertuduh mempunyai pendapatan yang rendah.

"Sakari mempunyai lima orang anak dan berpendapatan sebanyak RM500 sebulan manakala Mohd. Ridzuan hanya mempunyai pendapatan RM400 sebulan. Masing-masing sudah mempunyai isteri dan anak-anak yang masih kecil.

"Sakari sudah bekerja selama 16 tahun di hotel berkenaan manakala Mohd. Ridzuan telah bekerja selama 12 tahun di situ," katanya.

Mohd. Fazaly Ali bagaimanapun mengekalkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 kepada setiap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 19 September ini untuk sebutan kes. Kedua-dua suspek gagal membayar wang ikat jamin.

Hina Islam dalam Facebook


Sebahagian kata-kata penulis yang didakwa menghina Islam.AMPANG - Ketika umat Islam menyambut Ramadan dengan melakukan ibadah, seorang pesara tentera dikejutkan dengan kata-kata penghinaan terhadap Islam dalam Facebook, semalam.

Halil Rahman berkata, dia terkejut apabila terbaca kata-kata penghinaan terhadap ALLAH SWT, Rasul dan Nabi ketika melayari Facebook.

Menurutnya, kata-kata yang dilemparkan tidak dapat diterima kerana hinaan penulis itu boleh membawa ketegangan.

“Penulis tersebut sepatutnya diambil tindakan dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini,” katanya.






Abe Soh 19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu


Sebahagian ahli keluarga Che Soh.



KOTA BHARU - “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”

Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.

“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.

Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52.

Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini.

“Anak-anak hasil bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya,” katanya.

Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun.

Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka.

“Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit,” katanya.

Apabila ditanya rahsianya yang mampu memiliki isteri dan anak ramai itu, Che Soh berkata, kelebihan itu ketentuan ALLAH SWT.

Katanya, dia banyak menunaikan solat sunat Tahajud dan Istikharah di samping mengamalkan ayat-ayat lazim al-Quran untuk mengendalikan isteri degil.

“Saya juga mendidik isteri berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan meminta mereka mengikut contoh isteri Rasulullah dalam melayan suami,” katanya.

Badan menggigil dengar tembakan



Petugas Persatuan Pelajar Malaysia Syria, Aman Akil dan Syahidan Abu Hanifah (kanan) mengemaskan barang-barang untuk pulang ke Malaysia di pejabat persatuan itu dekat Mujtahid, Damsyik semalam. 



KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang ke Syria setelah bercuti di Istanbul, Turki menceritakan saat cemas untuk kembali ke Damsyik yang merupakan ibu kota Syria apabila helikopter tentera berlegar-legar di udara sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, berkata pada mulanya, dia menaiki bas dari bandar Aleppo menuju ke Damsyik.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di Jisir Baghdad, pihak tentera menahan kumpulannya dan tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

“Saya terpaksa berjalan kaki sejauh 25 kilometer untuk ke Damsyik namun bersyukur dapat menumpang sebuah lori bersama tiga rakan warga Syria,” katanya semalam.

Syria bergolak dengan perang saudara berikutan keengganan Presiden Bashar Al-Assad untuk meletakkan jawatan yang telah menyebabkan kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan menentang askar-askar Syria sejak Mac tahun lalu.

Menurut Muhammad Nadir, ketika tiba di pinggir bandar Damsyik pada pukul 7.30 malam, sebuah helikopter berlegar di ruang udara sambil melepaskan tembakan ke arah sebuah bangunan.

“Bunyi letupan meletus dan berselang-seli dengan bunyi tembakan ke udara.

Peristiwa pembunuhan Sosilawati masih terbayang - Rita


Rita..bakal timang cahaya mata.


KUALA LUMPUR - Insan mana tidak marah dan berdendam terhadap pembunuh ibunya, apatah lagi kematiannya dalam suasana sungguh tragik.

Itu yang dialami Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 27, dan lima adiknya yang masih terkenangkan kejadian pembunuhan ibu mereka, jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada Ramadan, dua tahun lalu.

Lebih memilukan, kejadian berlaku ketika umat Islam melakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi.

Walaupun cuba melupakan tragedi berkenaan, namun dendam itu masih terus membara, malah ingatan terhadap ibu mereka semakin kuat apabila tiba 1 Ramadan, semalam.

Menurut Erni yang lebih mesra disapa Rita, sebagai kakak sulung, dia paling terkesan melihat adiknya sedih mengenangkan emak, terutama menjelang Ramadan, apatah lagi lebaran bakal tiba.

Bawa pulang pelajar dari Syria



PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pemindahan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden tidak diingini. 
Pemindahan ini diselaraskan oleh Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik. Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu bapa atau penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk pulang ke Malaysia.

“Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut dipanggil pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan,” kata Anifah dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sehingga kini, semua 138 rakyat Malaysia yang membabitkan 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu berada dalam keadaan selamat. Kementerian sekali lagi menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih. Kementerian sudah membuka Bilik Operasi dan orang awam boleh menghubungi talian 03 - 8887 4570 untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahan ini.

Jul 12, 2012

Sambut Ramadhan, Warga Lampung Mandi Suci


Muli-Mekhanai (muda-mudi) Lampung membakar merang sebagai salah satu proses ritual "belangiran" di Kali Akar Telukbetung Utara, Bandarlampung.




BANDARLAMPUNG -'Belangiran' merupakan tradisi turun temurun warga Lampung, untuk menyucikan diri menjelang Ramadhan yang perlu dilestarikan agar tidak punah.

Gubernur Lampung, Sjachroedin ZP, saat acara 'Belangiran' di Kali Akar, Kelurahan Sumur Putri, Kecamatan Telukbetung Utara, Bandarlampung, Selasa siang, mengatakan bahwa tradisi ini merupakan salah satu cara yang dilakukan umat Islam di daerah itu dalam menyambut bulan suci Ramadhan.

"Berbagai ritual dan tradisi menyambut Ramadhan itu pun dilakukan, salah satunya 'Belangiran' atau mandi untuk menyucikan diri," kata Sjachroedin.

Selain itu, lanjut dia, masih banyak cara lainnya yang dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut bulan suci Ramadhan di antaranya menziarahi makam keluarga dan kerabat yang telah meninggal dunia, tradisi memukul bedug, dan mandi untuk menyucikan diri.

Tradisi itu, bagi masyarakat di Jawa menyebutnya dengan 'padasan" sedangkan orang Minang "mandi balimau", dan orang Lampung menamakannya 'belangiran'.

"Belangiran yang kita laksanakan hari ini merupakan kedua kalinya, mengingat tahun sebelumnya kita melaksanakannya di kolam renang Pahoman Bandarlampung, dan tahun ini kita laksanakan di Kali Akar, Sumur Putri Telukbetung," kata dia lagi.

Hobi simpan koleksi video lucah bawa padah


KUALA TERENGGANU - Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang memiliki tabiat buruk menyimpan pelbagai koleksi rakaman video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun, tabiat tidak bermoral bapa kepada seorang anak ini membawa padah apabila dikenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azam Manap @ Awang, 32, dari Pekan Sari, Tepoh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah.

Mohd Azam mengaku memiliki 13 rakaman video lucah yang disimpan di dalam telefon jenama Nokia model 7610 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi, 31 Julai  2008.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Anak lihat ibunya bersetubuh dengan lelaki Bangladesh


Gambar hiasa
MUAR - Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.

Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.

Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.

“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada wartawan.

Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.

“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.

Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.

Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.

“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Cerai isteri hadir ceramah Hasan Ali


Cik Yah menunjukkan rekod penceraian selepas hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah di sebuah daerah, semalam.




KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah, 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang, dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Jul 9, 2012

Rita, Aidil diarah selesai cara baik


RITA, AIDIL

PETALING JAYA -Mahkamah Rendah Syariah di sini mengarahkan pasangan pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak supaya menyelesaikan kes rumah tangga mereka secara baik sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohammad berkata, sebagai pasangan yang dikenali ramai, mereka seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat supaya menjadi ikutan dan boleh mendapat pahala.

Rita Rudaini yang ditanya akan kesediaan untuk berbincang berkata: "Ya, saya sedia untuk bincang melalui arahan mahkamah."

"Kalau tidak boleh bersama, mahkamah tiada masalah untuk kamu bercerai, tindakan selepas ini perlu dibuat peguam masing-masing," kata Wan Mahyuddin semasa sebutan semula kes permohonan kembali taat yang difailkan plaintif, Aidil Zafuan, 24, terhadap isterinya selaku defendan.

Terdahulu, permohonan itu mendapat bantahan Rita Rudaini, 36, menerusi peguam syarie Datuk Zaidi Zain yang menimbulkan isu bidang kuasa mahkamah untuk mendengar kes berkenaan.

Menurut Zaidi, kes seumpama itu pernah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, namun telah ditarik balik plaintif yang tidak tinggal bersama dengan defendan sejak Januari 2012 tetapi dalam permohonan kembali taat, plaintif menyatakan alamatnya ialah rumah yang defendan duduki sekarang.

"Malah, plaintif ajak defendan tinggal bersama tetapi tidak sebut alamat mana, sekejap Seremban, sekejap Petaling Jaya main-main dengan undang-undang macam main bola," kata Zaidi lagi.

Penerbit Irshad Manji fail semak kehakiman


KUALA LUMPUR - Syarikat penerbitan buku terjemahan Irshad Manji ”Allah, Kebebasan dan Cinta” menfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar serbuan dan penyitaan buku itu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

ZI Publications Sdn Bhd dan pengarahnya, Mohd Ezra Mohd Zaid menfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas melalui Tetuan Bashir & Co.

Mereka menamakan Jais, Ketua Pengarahnya, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Selangor, Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Antara lain, mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan tindakan pegawai Jais yang menggeledah, merampas dan menyita 180 buku pada 29 Mei lepas dari premis perniagaan ZI Publications di B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, Petaling Jaya, Selangor.

Mereka juga memohon agar semua buku setebal 388 muka surat yang disita itu dikembalikan.

Selain itu, mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan tangkapan bertarikh 29 Mei lepas dan pendakwaan oleh Jais terhadap Mohd Ezra.

Mereka turut memohon satu pengisytiharan bahawa Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berhubung penyiasatan terhadap Mohd Ezra adalah terbatal dan tidak sah memandangkan ia tidak konsisten dengan Artikel 10(1)(a) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Lelaki amuk di JPM dakwa dia 'Imam Mahadi'



PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketika berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

BR1M kali kedua dalam pertimbangan kerajaan


Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.



KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua kepada rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

"Mengenai syor pemberian BR1M kali kedua, perkara tersebut dalam pertimbangan pihak kerajaan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Pada 7 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberi BR1M kedua kepada rakyat.

Ahmad Husni berkata pemberian BR1M yang lalu telah dimanfaatkan oleh 4.33 juta isi rumah dengan peruntukan kerajaan berjumlah hampir RM2.16 bilion.

"Kejayaan program itu adalah hasil pengukuhan ekonomi negara dan kemampuan mengurus kewangan negara dengan baik dan cekap serta kerajaan sentiasa memastikan penggunaan hasil dibelanja secara berhemah bagi memberi manfaat dan pulangan kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, katanya penerima BR1M masih boleh menebus baucar apabila tempoh penebusan telah dilanjutkan sehingga 31 Julai ini.

Baucar tunai itu sebelum ini mempunyai tempoh sah laku sehingga 15 April lepas dan boleh ditunaikan di kaunter-kaunter bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Maybank di seluruh negara.

Gadis diperkosa 5 pria bergiliran


 Gambar hiasan

JAKARTA - Sehari setelah memperkosa gadis di bawah umur, lima pemuda di Situbondo, Jawa Timur, akhirnya diringkus tim Buser Polres setempat.

Para tersangka mengaku memperkosa korban usai pesta minuman keras di salah satu gubuk di areal perkebunan. Korban sendiri adalah pacar salah satu tersangka.

Tindak asusila itu terjadi saat pacar korban mengajak jalan-jalan di areal perkebunan. Saat tiba di lokasi kejadian, sudah menunggu enam pemuda lain yang sedang pesta minuman keras. Korban pun dipaksa menenggak minum keras. Di saat itulah korban diperkosa secara bergiliran.

Akibat perbuatan para tersangka, korban mengalami depresi. Sementara polisi masih memburu dua tersangka lain yang masih buron.

Okie Agustina Hamil Tiga Bulan


Jakarta: Jelang pernikahannya 13 Juli 2012 mendatang, pasangan Okie Agustina dan Gunawan Dwi Cahyo mengaku telah menikah siri di Malang, Jawa Timur. Bahkan, janda Pasha "Ungu" itu mengaku tengah hamil tiga bulan.

"Pasti kita ada fotonya. Ini poto kita nikah siri. Ini di atas Al Quran, gak mungkin untuk main-main," ujar Okie dalam tayanganinfotainment Halo Selebriti di SCTV, Senin (9/7). "Telat 3 hari, waku cek. Jadi memang ini sudah aku rencanakan."

Janda beranak tiga itu mengatakan, pernikahan sirinya dilakukan bukanlah untuk menutupi dirinya yang tengah hamil. "Karena mungkin ada anggapan dari orang, ini udah hamil, jadi nikah siri. Bukan," tampik Okie.

Sang suami mengiyakan. "Daripada kita difitnah orang, mending kita nikah aja. Kalau ada yang ngomong, ya kita kasih tunjuklah (buktinya)," timpal Gunawan.

Dalam pernikahan yang digelar di kediaman Gunawan tersebut, Okie mengaku ada empat orang saksi dari kalangan dekatnya. "Mudah-mudahan diberi kelancaran sampai tanggal 13 nanti, dan kita dikontrak panjang oleh Allah sebagai suami-istri," harap Okie.(SHA)

TERKINI:Dua mengamuk di JPM, seorang mati


Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis.


PUTRAJAYA - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketikan dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Jul 6, 2012

Gadis ini akui diperkosa kumpulan mat rempit


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -Tertekan kerana tidak dapat menerima kehadiran lelaki lain sebagai bapa menjadi titik hitam dalam hidup seorang remaja perempuan apabila dia terjebak sebagai bohsia dan ditiduri ramai Mat Rempit.

Lina, 15, berkata, ibunya berkahwin lain manakala bapa tiri tidak pernah memberi kasih sayang kepadanya menyebabkannya mencari teman lelaki bagi menghilangkan kebosanan.

“Sejak ibu bercerai dengan bapa ketika saya berusia 12 tahun, hubungan kami renggang dan sering bergaduh sehingga beberapa kali saya dipukul.

“Saya rapat dengan kakak yang dua tahun lebih tua daripada saya dan sering menemaninya setiap malam mencari teman lelaki di Taman Tasik Titiwangsa bagi menghilangkan kebosanan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan perangai itu, dia mendakwa pernah dirogol bergilir-gilir beberapa Mat Rempit di sebuah kawasan rekreasi di Rawang selepas cuba menghalang kakaknya daripada menjadi mangsa nafsu kumpulan lelaki itu.

“Namun kejadian itu tidak menjadi pengajaran kepada saya sebaliknya saya semakin ligat bertukar pasangan asalkan saya suka pada dia,” katanya.

Lina juga mendakwa, seorang rakan perempuannya pernah ‘menjual’ dia kepada sekumpulan Mat Rempit di Cheras untuk mendapatkan bekalan dadah hujung tahun lalu.

“Selepas kejadian itu, saya cuba mengasingkan diri daripada rakan namun disebabkan hanya berpendidikan setakat darjah enam dan masih di bawah umur, saya sukar mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, dia kini menumpang di rumah datuk dan nenek selepas tidak lagi dipedulikan ibu atau bapa tirinya.