Jun 30, 2012

Suami jaja tubuh istrinya berusia 18 tahun


BELITUNG - Benar-benar bejat. Entah apa yang ada di benak Ang (23) hingga dia diduga tega menjual istri, Ss (18) kepada para lelaki hidung belang di Tanjungpandan, Belitung.

Informasi yang berhasil dihimpun  menyebutkan, Ang, warga Desa Air Merbau Kecamatan Tanjungpandan memaksa istrinya yang masih tergolong muda itu melayani sejumlah lelaki untuk menutupi utangnya.

Kasus tersebut terungkap setelah Ss tak sanggup lagi mendapat perlakuan yang tidak wajar dari sang suaminya tersebut.

Alhasil, Anggi pun terpaksa berurusan dengan pihak berwajib dan mendekam di sel tahanan Mapolres Belitung guna mempertanggungjawabkan perbuatannya.

Bahkan rencananya Kamis (28/6/2012) tersebut bakal disidangkan di Pengadilan Negeri Tanjungpandan Belitung.

"Berkas perkaranya sudah lama masuk ke kita (Pengadilan Negeri-red) dan rencananya kasus tersebut besok Kamis disidangkan di Pengadilan Negeri ini," ungkap Ketua Pengadilan Negeri Tanjungpandan, Sweftson melalui Humas, Andri N Partogi.

Surat Cerai Palsu Ganjal Pernikahan Nunung-Iyan Sambiran



Nunung OVJ dan Iyan Sambiran

JAKARTA - Dewi Vistiatin alias Wendy bakal memperkarakan Iyan Sambiran ke ranah hukum.

Keluarganya tidak terima menyusul surat cerai palsu yang diberikan Iyan, tiga tahun lalu. Meskipun, Iyan beralasan tidak mengetahui perihal surat cerai itu karena dibuat oleh saudara-saudaranya.

"Mau dibawa ke ranah hukum. Ini kan menipu saya dan keluarga saya. Jangan bilang, 'saya enggak tahu, itu saudara saya yang buat. Terus saudaranya bilang temannya dan lain-lain'," serunya, Jumat, (29/6/2012), dalam jumpa pers di gedung MNC, kawasan Kebon Sirih, Jakarta Pusat. ia mengetahui surat itu palsu setelah mengecek ke Pengadilan Agama (PA) Surabaya, Jawa Timur.

Dalam kesempatan itu, Wendy juga membantah jika Iyan menikahinya secara siri. Menurutnya, Iyan menikahinya secara resmi di rumah. Namun, pihak Kantor Urusan Agama (KUA) datang ke rumahnya dan mengesahkan pernikahan tersebut.

"Pokoknya, dia menikahi saya secara resmi. Yah, tanggungjawab dong," serunya lagi. Apalagi, dengan surat cerai itu, Iyan sudah merencanakan untuk menikah dengan Nunung, komedian tayangan "Opera Van Java" itu. Makanya, Iyan sempat meminta surat cerai yang belakangan diduga palsu itu, kepada keluarganya beberapa waktu lalu.

"Mama juga kalau tahu begini enggak ngasih suratnya," ucapnya.

Ariel Bebas dari Penjara 23 Juli Mendatang



JAKARTA - Vokalis Peterpan, Nazriel Irham atau yang biasa disapa Ariel, akan segera menghirup udara bebas. Ariel yang dihukum penjara lantaran terlibat kasus video seks akan keluar bui pada 23 Juli mendatang. Hal itu diungkapkan Kepala Divisi Pemasyarakatan Kementerian Hukum dan HAM Jawa Barat, Dedi Sutardi, kepada wartawan.

"Ariel bebas tanggal 23 Juli nanti," kata Dedi.

Ditambahkannya, mantan kekasih Luna Maya ini bukan bebas murni, melainkan masih dalam status bebas bersyarat. Ariel sendiri telah menjalani 2/3 masa hukumannya. Musisi ini kini tengah menjalani asimilasi di sebuah perusahaan arsitektur.

"Itu sudah dihitung 2/3 lama hukuman setelah vonis, lalu dikurangi kapan Ariel masuk tahanan sebelum vonis," Dedi menjelaskan.

Dengan pembebasan bersyarat ini, Ariel dapat menjalani aktivitas musiknya kembali. Meski untuk sementara waktu, dia akan berada di bawah pengawasan.

"Jika dalam satu tahun ke depan, sejak dibebaskan Ariel tidak berbuat baik, maka pembebasan bersyaratnya akan dicabut kembali," kata Dedi.

Pada 31 Januari 2011 lalu, Pengadilan Negeri Bandung menghukum Ariel dengan 3,5 hukuman penjara plus denda Rp250 juta. Ariel menjalani masa hukumannya di LP Kebonwaru, Bandung, Jawa Barat.

Kuli Bangunan Perkosa siswi 13 tahun

MALANG – Nahas benar nasib Mawar, 
ABG 13 tahun asal Desa Ngijo, Kecamatan Karangploso, Kabupaten Malang.  

Gadis manis yang saat ini semestinya sedang sibuk mengurus proses pendaftaran SMP, harus meratapi nasib, setelah diperkosa oleh AG (15), kuli bangunan warga setempat, Selasa (25/6/2012).

Atas kejadian tersebut, kemarin (26/6/2012), keluarganya yang akhirnya mengetahui aib tersebut, melapor ke Polres Malang.

Didampingi neneknya, Ruminah (61), Mawar melapor ke Polres Malang. Kepada petugas, disampaikannya bahwa AG memaksanya bersetubuh saat mereka bertemu salah satu rumah teman AG di Desa Ngijo.

“Saya dijemput dari rumah, dan waktu di rumah temannya, saya diperkosa dan diancam tidak diantar pulang,” kata Mawar kepada petugas, Rabu (27/6/2012).

Setelah kejadian itu, Mawar akhirnya diantar pulang oleh AG. Sementara itu disebutkan Ruminah, keluarga baru mengetahui kejadian tersebut setelah Mawar pulang dengan menangis dan langsung mengurung diri di dalam kamar. Merasa ada yang tidak beres, Ruminah pun mendesak Mawar untuk menceritakan apa yang terjadi.

“Waktu saya tanya pertama dia, diam saja. Lalu setelah dia mandi, akhirnya mengaku kalau sudah diperkosa,” Kata Ruminah.

Kadar kesuburan Melayu S'pura turut merosot


SINGAPURA - KADAR jumlah kesuburan (TFR) kaum Melayu, seperti kaum-kaum lain di sini, telah merosot sejak lebih 10 tahun lalu.

Malah, walaupun TFR kaum Melayu lebih tinggi daripada purata nasional, dari segi peratusan ia merosot paling banyak - lebih 35 peratus.

TFR kaum Melayu ialah 1.64 tahun lalu, berbanding 1.08 bagi kaum Cina dan 1.09 kaum India.

Pada 2000, TFR kaum Melayu ialah 2.54. Ini bermakna ia merosot 35.4 peratus dalam tempoh 2000 hingga 2011.

Bagi kaum India ia merosot 31.8 peratus, daripada 1.6 pada 2000, sementara TFR kaum Cina merosot 24.5 peratus, daripada 1.43 pada 2000.

Demikian menurut Kertas Kajian yang dikeluarkan Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD), Pejabat Perdana Menteri, semalam.

Kertas Kajian itu antara lain membincangkan trend perkahwinan dan keibubapaan di Singapura dan pelbagai usaha bagi menangani kadar kelahiran yang semakin merosot.

Trend TFR yang merosot antaranya disebabkan lebih ramai warga Singapura memilih hidup membujang atau lambat berumah tangga.

Pasangan yang berumah tangga juga memilih mempunyai anak pertama pada usia lebih tua dan memilih tidak mempunyai ramai anak.

Di kalangan warga berusia 30-34 tahun, kadar yang memilih hidup membujang meningkat daripada 33 peratus kepada 44 peratus bagi kaum lelaki dan daripada 22 peratus kepada 31 peratus bagi kaum wanita dalam tempoh 2000 hingga 2011.

Astro Ria boleh ditonton seperti biasa



BANDAR SERI BEGAWAN  - Pelanggan-pelanggan Kristal Astro kini boleh menonton Astro Ria menerusi saluran 109 sehingga Ahad 1 Julai ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurusan Kristal Astro hari ini, Saluran 104 Astro Ria akan diteruskan seperti biasa pada Isnin 2 Julai 2012.

Para pelanggan Kristal Astro dinasihatkan supaya memuat turun perkhidmatan berkenaan sekiranya mereka tidak dapat menonton saluran tersebut.

Kristal Astro memohon maaf atas kesulitan berhubung penutupan saluran tersebut baru-baru ini.

PP Kesihatan Bersama janda berkhalwat



DUNGUN – Seorang kakitangan awam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas satu tuduhan khalwat dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi kelmarin.

Tertuduh lelaki, 36, yang berasal dari Pulau Serai Dungun dituduh mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana didakwa berkhalwat bersama pasangannya, seorang wanita  berstatus ibu tunggal berumur 37 tahun.

Menurut fakta kes, tertuduh lelaki, seorang kakitangan Kementerian Kesihatan itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa syariah di sebuah chalet di Jalan Paka. Dungun kira-kira jam 2.13 pagi, 23 Mac lalu.

Ketika serbuan dilakukan, selepas pintu dibuka oleh tertuduh lelaki, pemeriksaan menemui seorang wanita yang sedang berbaring dalam bilik berkenaan dan soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Selepas kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh perempuan yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan berdekatan pekan lama Kuala Dungun itu, bagaimanapun mengaku bersalah dan dikenakan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Penolong Pegawai Kesihatan berkenaan yang difahamkan bertugas di Pejabat Kesihatan Dungun dan sudah berkahwin itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah  memutuskan kesnya akan disebut semula pada 24 September depan nanti dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 untuk membolehkan dia dibebaskan sebelum menunggu tarikh perbicaraan akan datang.

Ayah Humban anak menangis



SAKIT...kesan luka pada badan dipercayai dicubit dan kesan tumbukan di kepala.

PENAMPANG-  Seorang bayi lelaki berusia setahun yang menangis akibat kelaparan, bukannya dipujuk atau diberi susu, sebaliknya ditumbuk dan dihumban ke katil sehingga terjatuh ke lantai menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Malah, siasatan turut mendapati bayi malang itu turut didera berdasarkan keadaan telinga dan kemaluannya yang cedera, selain terdapat beberapa kesan luka serta melecur di tapak kaki, dipercayai akibat dicucuh puntung rokok.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Tunoh, di sini, kira-kira jam 4 pagi, 10 Jun lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian ayah bayi itu yang berusia 24 tahun sedang tidur sebelum terjaga apabila terdengar tangisan anaknya yang mungkin kelaparan.

“Ibu mangsa berusia 20 tahun kemudian bangun daripada tidur dan terus ke dapur untuk menyediakan susu manakala bayinya ditinggalkan di sisi suaminya.

Hero filem Leftenan Adnan sertai Pas



SHAH ALAM – Program Himpunan Hijau Pas Johor yang akan diadakan di Kempas, Johor Bahru esok bakal menerima seorang lagi artis - Hairie Othman, yang akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.

Dia akan menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, antara pemimpin parti yang akan hadir adalah Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa; Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfoz Muhammad.

“Pihak jawatankuasa program menjangkakan kehadiran lebih daripada  10,000 peserta himpunan dari seluruh negeri Johor bagi menjayakan himpunan ini.

“Kehadiran Hairie Othman bakal menarik lebih ramai anak muda hadir dalam himpunan ini. Ahli-ahli dan penyokong Pas di luar Johor juga dijemput sama untuk menjayakan himpunan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasangan VIP dan artis nikah di Betong?



BETONG - “Pejabat Kadi Syarie di sini terpaksa beroperasi tujuh hari seminggu kerana pasangan dari Malaysia datang untuk bernikah setiap hari,” kata Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Yala Thailand (MAIWY), Mohamad Osman, 42.

Menurutnya, sekurang-kurangnya dua pasangan dinikahkan di pejabat itu setiap hari dengan bayaran RM450 lengkap dengan surat dan sijil nikah disahkan Yang Dipertua MAIWY, Sama-ae Hari.

“Kebanjiran pasangan dari Malaysia termasuk golongan VIP dan artis, menyebabkan 30 kadi bertauliah bergilir-gilir bertugas setiap hari untuk memenuhi permintaan.

“Proses dilakukan mengikut hukum syarak dan setiap pasangan akan melalui temu duga serta saringan bagi menentukan kesahihan maklumat,” katanya.

Menurutnya, pasangan yang bernikah di sini akan menerima dua dokumen iaitu surat pengesahan nikah ditandatangani Yang Dipertua MAIWY dan sijil keterangan nikah dalam tempoh 10 hari.

Beliau berkata, Pejabat Kadi Syarie Betong menetapkan beberapa syarat, bergantung kepada kes pasangan itu sebelum akad nikah dilakukan.

“Sebagaimana ditetapkan dalam Islam, pasangan yang ingin bernikah di sini perlu memenuhi syarat jarak lebih dua marhalah atau lebih 96 kilometer dari bapa (wali),” katanya.

Mohamad berkata, syarat ditetapkan itu dipersetujui MAIWY selepas melakukan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia membabitkan isu kahwin lari. Dia yang berpengalaman lebih empat tahun menguruskan pasangan bernikah di daerah itu mendakwa turut menjalin kerjasama dengan Mahkamah Syariah dan Majlis Agama Islam negeri di Malaysia.

Jun 27, 2012

Cabul anak majikan: Lelaki Indonesia dipenjara



KUALA LUMPUR — Seorang pembantu rumah lelaki warga Indonesia hari ini dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan anak lelaki majikannya berumur 11 tahun 6 bulan di sebuah kondominum di Sentul di sini.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan tertuduh, Aceng Ahmad Siman menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Jun lepas.

Aceng, 35, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan kanak-kanak itu dengan memegang bahagian sulitnya di sebuah kondominium di Jalan Putramas 1, Sentul antara 12 tengah malam pada 15 Jun dan 8 pagi, 16 Jun lepas.

Menurut fakta kes, bapa mangsa membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh seorang daripada anggota keluarganya yang pernah melihat tertuduh memegang bahagian sulit mangsa beberapa kali ketika mangsa sedang tidur.

MOE semak program pendidikan seks



SINGAPURA - KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) menyemak program Pendidikan Seksualiti (SEd) yang ditawarkan kepada pelajar bagi menangani cabaran baru yang timbul akibat peredaran masa dan perubahan profil mereka.

Program SEd kini diperkaya dengan maklumat mengenai bahaya laman rangkaian sosial dan implikasi media baru selain mendidik pelajar mengenai hubungan sihat antara lelaki dengan wanita.

Mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di bangunan Teachers' Network di Grange Road semalam, Pengarah Agung (Pendidikan), Cik Ho Peng, berkata dalam konteks hari ini, pelajar lebih terdedah kepada keadaan yang membentuk pemahaman, nilai dan sikap mereka terhadap seksualiti.

"Justeru, penting bagi pelajar menerima maklumat yang objektif dan boleh dipercayai di sekolah dan sokongan sepanjang setiap tahap pembangunan diri yang mula terdedah kepada pengaruh dan tuntutan sekitaran luar," kata Cik Ho Peng.

SEd disampaikan menerusi kurikulum formal di sekolah seperti modul Sains dan Pendidikan Sivik dan Moral (CME) dan juga menerusi program 'Growing Years' (GY) dan 'Empowered Teens' (eTeens).

Program GY, yang diperkenalkan pada 2000, diajar kepada pelajar daripada peringkat darjah lima ke prauniversiti.

Dengan semakan terbaru itu, program GY kini turut mengetengahkan isu-isu berkaitan pengaruh media, hubungan di alam siber dan hubungan romantik dan hanya boleh diajar guru SEd yang telah dipilih dan dilatih.

Program eTeens pula menggantikan program 'Breaking Down Barriers' (BDB) yang dimulakan pada 2007 dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (MOH), Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dan MOE.

Ia melengkapi program GY dengan memberi pelajar maklumat mengenai penyakit jangkitan kelamin (STI) dan HIV, menerangkan kebaikan menggunakan perlindungan daripada perspektif kesihatan dan melengkapi pelajar dengan kemahiran hidup untuk mengatakan 'tidak' kepada seks di luar nikah.

Ibu bapa boleh memilih untuk mengeluarkan anak-anak mereka daripada mengikuti program SEd di sekolah.

Menurut MOE, bahan baru bagi program-program yang disemak itu telah diagih ke semua sekolah rendah dan ia akan mula melatih guru-guru dalam beberapa bulan mendatang.

Ia dijangka bermula hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Jun 26, 2012

Keluarga Aziz Sattar tolak lawatan Seniman



KUALA LUMPUR - Ahli keluarga seniman Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis,tolak kunjungan anggota Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran,  di Hospital Ampang, tengah hari semalam, .

Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.

Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.

Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.

Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.

Memandang positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan spekulasi lain.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.

“Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik,” katanya.

Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.

Bocah di Lenteng Agung Disunat Jin Saat Nonton Shaun The Sheep


Muhammad Rasya bersama kawannya

JAKARTA -
 Muhammad Rasya (5) sedang asyik menonton kartun Shaun The Sheep pada Minggu sore (24/6) di rumahnya Jl Joe Gang Bunga, Lenteng Agung, Jakarta Selatan. Saat sedang asyik menonton film kesayangannya, tiba-tiba Rasya mengeluh kesakitan dan segera melapor ke ibunya.

Rupanya, pasangan Rahmat dan Ruhiyah ini mengalami sesuatu yang aneh pada tubuhnya. Saat dicek oleh ibunya, kemaluan Rasya seperti disunat, padahal sang ibu tidak pernah membawa anaknya ke dokter untuk sunat.

"Kejadiannya pas minggu, Pukul 18.00 WIB, anak saya mengadu kesakitan katanya kemaluannya sakit. Pas saya cek kok dia seperti disunat, tapi tidak ada darah nya," jelas ibunda Rasya, Ruhiyah saat ditemui wartawan di rumahnya, Jl Joe, Gg Bunga RT 03/ RW 06, Lenteng Agung, Selasa (26/6/2012).

Sang ibu pun terheran-heran, ia mengira anaknya disunat oleh mahluk gaib. Karena anaknya makin mengeluh kesakitan, Rasya pun dibawa ke Bidan terdekat.

Sesampainya di rumah Bidan, Rasya diberi obat penghilang nyeri. Dan esok paginya bisa beraktifitas selayaknya anak kecil yang normal.

"Itu bentuk sunatnya seperti di sunat normal. Bahkan, tidak sampai sehari anak saya sudah tidak kesakitan," jelasnya.

Saat wartawan berkunjung ke rumahnya Rasya sedang asyik bermain dengan teman sebayanya. Rasya pun menjadi tontonan warga sekitar terkait peristiwa aneh itu.

Bidan Nunung, yang merawat Rasya, mengatakan bahwa dirinya sudah mengobati 2 orang terkait fenomena aneh ini. Menurutnya, kejadian tersebut bisa saja hanya sementara.

"Kita tunggu 2 minggu lagi, mungkin saja nanti kuncupnya kembali lagi," ungkap Nunung saat dikonfirmasi ditempat praktiknya.

Nunung juga merasa aneh dengan fenomena ini. Menurutnya, sunatan Rasya seperti buatan manusia, bentuknya pun rapi seperti ditangani oleh ahli medis.

"Kalau yang sebelum ini, kuncup nya tidak balik lagi. Tapi tidak ada keluhan lebih lanjut, nampaknya baik-baik saja," kata Nunung.

Entah apa peristiwa yang menimpa Rasya, namun bocah berumur 5 tahun itu tetap riang. Bahkan ia berlari-lari dengan temannya tanpa mengalami rasa sakit selayaknya anak kecil yang baru disunat.

Dewi Perssik Datangi Penjara Wanita



JAKARTA - Setelah dilantik menjadi duta Peduli Korban Narkoba, Gerakan Nasional Anti Narkoba (GANNAS) Dewi Perssik mulai melakukan tugasnya. Penyanyi dangdut yang akrab disapa Depe itu melakukan kunjungan ke Rumah Tahanan (Rutan) Wanita Pondok Bambu, Jakarta Timur.

Ia datang untuk menemui para tahanan kasus narkoba. Kegiatannya tersebut dilakukan tepat dengan peringatan hari Narkoba Internasional, tanggal 26 Juni.

"Ini hari pertama saya sebagai duta Peduli Anti Narkoba. Saya mengunjungi korban narkoba dan berbagi kasih sayang bersama GANNAS. Ternyata di dalam banyak senior dan teman-teman saya (sesama artis). Ada Jeniffer Dunn, Iyut dan beberapa lainnya," ujar Dewi Perssik, Selasa 26 Juni 2012.

Menurut mantan istri Saipul Jamil, seperti yang dituturkan para korban narkoba, rata-rata para penghuni rutan yang terkait penyalahgunaan narkoba dijebak teman mereka sendiri. "Jadi lebih baik saya dibilang kuper (kurang pergaulan) daripada kena narkoba," ujar Dewi.

Depe juga merasakan ada hal yang berbeda saat ia diberi kepercayaan menyandang duta Peduli Anti Narkoba. Menurutnya, itu juga memberikan dampak positif baginya.

"Saya mengunjungi tempat-tempat di mana mereka (para korban narkoba) membutuhkan saya. Itu merupakan sesuatu yang positif buat saya," ujarnya.

Gadis 15 tahun, diperkosa dalam kereta

IPOH - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.

Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.

“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.

Saiful Apek bebas dadah




SAIFUL APEK bersyukur selepas dibebaskan daripada tuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan menggunakan dadah, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Saiful Apek atau nama penuhnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff.

Saiful Apek dan tiga rakannya didakwa menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Ahmad Solihin membebaskan Saiful Apek dengan mengemukakan lima alasan utama penghakiman.

Menurutnya, pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dengan mengemukakan isu berkenaan percanggahan tarikh di label botol sampel air kencing; penyimpanan sampel yang terlalu lama; mempunyai dua borang ujian pengesanan air kencing serta gagal membuktikan elemen kalibrasi dan kawalan kualiti dalam ujian pengesanan.

Mahkamah juga mendapati kegagalan pendakwaan mengemukakan botol sampel air kencing telah melonggarkan kes pendakwaan.

"Pendakwaan dengan ini gagal membuktikan kes (prima facie). Tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya.

Sementara itu, Saiful Apek ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa terharu terhadap keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai bukti bahawa dia di pihak yang benar.

Beliau berterima kasih kepada peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantu serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

"Saya percaya kepada undang-undang dan perlembagaan. syukur rezeki tetap ada," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad ketika ditemui memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

Datuk Aziz Sattar dirawat di CCU


KUALA LUMPUR - SENIMAN Datuk Aziz Sattar dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang sejak Sabtu lalu setelah mengadu masalah sesak nafas.

Anaknya, Fandakiah, 44, berkata, Aziz Sattar atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Ajis terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang setelah mengadu sesak nafas.

"Pada mulanya dia mengadu penat, selepas itu nafasnya mula tidak teratur dan kami menghantar ayah ke hospital. Ayah sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang penyakit.

"Setakat ini, keadaannya masih stabil. Namun masih dalam pengawasan pihak hospital. Buat masa ini, dia tidak mahu menerima sebarang pelawat daripada pihak media dan ingin berehat," katanya lagi.

Berita mengenai keadaan kesihatan beliau diketahui menerusi Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon veteran, Osman Kering, 57, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada organ.

Jun 23, 2012

Janda Indonesia jaja tubuh di kondominium mewah

 gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Tiga berstatus janda, manakala seorang lagi mendakwa belum pernah berumah tangga. Penampilan seksi, manja dan gebu empat sekawan yang menginap di sebuah kondominium mewah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), Hulu Klang, dekat sini, menjadikan mereka kegilaan lelaki hidung belang.

Betapa tidak, empat wanita Indonesia berasal dari pelbagai wilayah republik itu bukan saja manis dan bijak bermain kata-kata, malah bersedia melayan tetamu di ‘kondo berahi’ mereka hingga ke ranjang, asalkan bersetuju membuat bayaran seperti dijanjikan.

Wartawan yang menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan wanita itu mendapati, mereka bergerak sendirian tanpa dikawal orang tengah atau bapa ayam, sekali gus menjadikan aktiviti itu sukar dibawa ke muka pengadilan.

Satu-satunya bukti mengaitkan kondominium mewah disewa wanita itu dengan maksiat ialah longgokan kondom dalam tong sampah di rumah berkenaan.

Yang menyedihkan, kebanyakan tetamu ke kondominium itu berusia pertengahan abad selain beberapa lagi berumur lingkungan 30-an dengan berjanggut dan berkaca mata.

Pelakon Aaron kini penduduk tetap Malaysia




AARON dan isterinya, Diyana Halik kini berstatus Pemastautin Tetap Malaysia.


KUALA LUMPUR - Pelakon Aaron Aziz, 36,mengesahkan telah mendapat status Taraf Penduduk Tetap (PR) negara ini.

Bercakap kepada sebuah media hiburan tanah air, Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.

Sebelum ini, Zed Zaidi ( sekarang Presiden SENIMAN) mempertikaikan  status PR Aaron.

Persoalan ini diluahkan oleh Zed Zaidi apabila Aaron diumumkan  bergelar Artis Paling Popular 2011.

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum.

" Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.

"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron.

Ibu bersama anak hilang....



Mohd Zaidi menunjukkan gambar isteri dan dua anaknya yang hilang sejak Khamis lalu.



SEREMBAN – "Saya tak tahu, sama ada dia melarikan diri atau dilarikan orang," kata Mohd Zaidi Abdul Aziz, 31, berhubung kehilangan isteri dan dua anaknya, sejak Khamis lalu.

Mohd Zaidi berkata, isterinya, Nor Azura Ghazali, 31, disedari tidak pulang ke rumah selepas menghantar dua anak lelakinya itu, Mohd Alif Izuan, 10, dan Mohd Haikal Izuan, 7,
di sebuah sekolah rendah berhampiran rumahnya di Pasir Besar, Gemas.

“Pagi itu, saya minta dia menghantar anak-anak ke sekolah dengan menaiki motosikal kira-kira 7 pagi.

“Biasanya, dia akan pulang ke rumah sebaik saja menghantar anak-anak, tetapi sehingga 30 minit saya tunggu, dia masih tidak pulang,” katanya.

Mohd Zaidi yang bekerja di sebuah kilang getah di Pasir Besar berkata, beberapa jam selepas itu, dia mencari isterinya di pekan Pasir Besar, namun tidak menjumpainya.

“Ada seorang penduduk di situ yang mengenali kami Ahad 24 Jun 2012 memberitahu ada melihat isteri saya bersama dua anak saya itu menaiki sebuah teksi.

“Malah, motosikal yang dinaiki isteri saya turut ditemui berhampiran sebuah kedai makan yang tidak jauh dari rumah. Terdapat sepasang kasut anak saya dalam bakul motosikal
itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mertuanya di Taman Widuri Indah, Senawang, di sini, kelmarin.

Jun 22, 2012

Bersih 3.0: Malaysia tegur Singapura



Perhimpunan Bersih 3.0 

KUALA LUMPUR -Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra semalam berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, beliau telah memanggil Keng Yong ke pejabatnya petang semalam untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomatnya dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata, kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.

"Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini," katanya.

Dalam pertemuannya itu, Anifah berkata, beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

"Langkah yang tidak wajar ini sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik Asean kini kian berkembang," katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua Perwakilan Asean di ibu negara pada 11 Jun lepas, beliau membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perhimpunan Bersih 3.0 di mana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.

Anifah berkata, beliau turut menegaskan kepada Keng Yong bahawa Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas terhadap diplomat yang didapati telah melanggar batasan norma-norma diplomasi yang terpakai mengikut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 dan undang-undang negara.

Anifah berkata, beliau juga telah berhubung dengan rakan sejawatannya K.Shanmugan bagi memaklumkan mengenai pertemuan dengan Keng Yong itu.

"Semasa perbualan telefon yang positif tersebut, Menteri Luar Negeri Singapura dan saya bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempererat lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura," katanya.

Cinta Terhalang: Siswi tinggal bersama kekasih




KULIM - Gara-gara enggan berpisah dengan kekasih, seorang penuntut jurusan perubatan berusia 19 tahun mengambil keputusan untuk tinggal bersama kekasihnya.

Perlakuan ini kemudiannya diketahui keluarga mangsa dan bertindak membawa mangsa ke Balai Polis Kulim bersama teman lelakinya serta keluarganya.

Bagaimanapun apabila perbincangan diadakan antara teman lelaki dan  keluarga mangsa, waris mangsa enggan membenarkan anak perempuan mereka tinggal bersama kekasihnya itu sebaliknya mengarahkan mereka berpisah.

Waris mangsa berkeras untuk membuat laporan polis. Kekasih mangsa yang bekerja sebagai operator kilang berkata, dia menjalinkan hubungan cinta bersama mangsa sejak tujuh tahun lalu.

“Kami berada di balai polis bukanlah kerana  satu kesalahan yang besar. Ia hanya kerana masalah cinta sahaja. Saya menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa sejak dia belajar di tingkatan dua.

"Saya sedar dia masih menuntut tetapi tidak salah kami menjalinkan hubungan ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir meminta kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah  peribadi dihadapi di rumah.

Menurutnya, masalah seperti ini sering berlaku dan ia tidak melibatkan pelajar bawah umur. “Masalah cinta harus diselesaikan secara aman di rumah bukan di balai polis melainkan ia melibatkan perkara yang berunsurkan jenayah.

Artis Erra Fazira, 'bermadu' ?






PETALING JAYA - Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran.

Pasangan bertunang ahad ini "berkhalwat" dicekup




AMPANG - Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan pertunangan Ahad ini dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah di sebuah apartment, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 29 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju tidur dan seorang lelaki hanya memakai seluar pendek dalam salah satu bilik di rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Bukit Indah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga atau kenalan masing-masing,” katanya.

Jun 19, 2012

Janda Muda Jadi Hamba Seks Bapa Saudara..



Gambar hiasan
CHEMOR - Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi ‘hamba seks’ bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita itu dengan ilmu hitam.

Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya.

“Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun,” katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan.

Janji kahwin: Gadis 16 tahun sapu RM6,000 dari lelaki 60


SELASA, 19 JUN 2012

 Gambar hiasan


REMBAU – Seorang duda nekad membuat laporan polis bagi menuntut ganti rugi terhadap seorang gadis dikenali Fidah berusia 16 tahun setelah menyedari dirinya ditipu dengan janji-janji manis gadis berkenaan yang mahu mengahwininya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Setelah membujang kira-kira 29 tahun, duda berkenaan, Mohd Adnan Hamid, 60, dari Kampung Rendah, di sini, akhirnya terpaut hati kepada gadis yang dikenali Februari lalu di sebuah kedai makan di pekan berkenaan sebagai pekerja kedai makan.

Menurutnya, dia seolah-olah berasa bertanggungjawab untuk membantu gadis berkenaan dan atas dasar itu, dia menghulurkan bantuan kewangan kepada gadis berkenaan setiap bulan bermula Februari lalu.

“Malah, apa sahaja yang diingini Fidah saya berikan tetapi dari tempoh perkenalan kami, dia memberikan maklum balas baik termasuk berjanji mahu mengahwini saya melalui jawapannya dihantar melalui SMS dan saya sanggup menunggunya menamatkan alam persekolahan.

“Bahkan, sepanjang tempoh perkenalan ini iaitu dari awal Februari hingga ke tarikh saya mengetahui dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu 14 Jun lalu, saya sudah berbelanja kira-kira RM6,000 untuknya termasuk set katil bernilai RM1,700 yang dibeli Mei lalu, belanja buku sekolah, perbelanjaan ke Kedah, dua buah telefon bimbit dan lain-lain lagi,” katanya.

Adnan berkata, dia pada mulanya menyedari perbezaan umur yang terlalu jauh dengan Fidah dan dia dipanggil sebagai ‘atok’ oleh Fidah, namun dia tidak menyangka Fidah memberikan persetujuan berkahwin dengannya.

Menurutnya, dari awal perkenalan, dia melihat Fidah sememangnya memerlukan bantuan kewangan kerana terpaksa bekerja bagi memenuhi keperluan perbelanjaan.

“Namun, pada Mei lalu baru saya yakin 100 peratus perasaan saya terhadap Fidah dan bertanyakan melalui kiriman SMS, Fidah menyatakan persetujuan.

“Oleh itu, saya berasa sangat tertipu dan nekad membuat tuntutan ganti rugi serta janji yang diberikan Fidah. Sekiranya Fidah gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak membuat satu lagi laporan polis berhubung kes penipuan dan membawa kes ini ke mahkamah serta membuat saman malu,” katanya.

Katanya, dia juga kecewa kerana setelah ditipu, dia dihina dengan kata-kata menyakitkan dan tidak munasabah hingga menjatuhkan maruahnya sendiri, menyebabkan dia buat laporan polis di Balai Polis Chembong
.

Disangka mati, tetapi masih hiudp


SELASA, 19 JUN 2012


REMY.




KUALA LUMPUR - “Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.

Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.

Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.

“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya.

Perintah ujian DNA Sri Wani ditangguh 30 Ogos


SELASA, 19 JUN 2012

Sri Wani Choo Abdullah.





KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada perlu atau tidak ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan terhadap pemilik butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah bagi menentukan jantinanya akan diputuskan pada 30 Ogos depan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memberitahu, pihaknya perlu memutuskan terlebih dahulu isu bidang kuasa mahkamah untuk mendengar kes itu sebelum boleh mengeluarkan perintah ujian jantina tersebut.

Abdul Walid berkata demikian sebagai merujuk permohonan bantahan awal oleh Sri Wani, 37, sebelum ini yang mempertikaikan alamat pemastautin suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi, 61, yang didakwa di Taman Dato Senu, Sentul.

Sri Wani melalui peguam syarie, Boestamam Ahmad mendakwa Bahrom menipu alamat dalam dokumen mahkamah dan mahukan perkara itu disiasat bagi menentukan sekiranya mahkamah di sini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu.

Polis rampas komputer riba, telefon bimbit Nizar


SELASA, 19 JUN 2012


Mesej Twitter Nizar





SHAH ALAM - Dua barang peribadi berupa telefon bimbit dan komputer riba bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas oleh polis Johor, semalam.

Dalam mesej Twitternya pagi tadi, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, memaklumkan telefon bimbit dan komputer ribanya diambil polis Johor ketika serbuan dibuat di tiga pejabat operasinya dan kediamannya di Sungai Rokam, Ipoh.

Dalam mesej yang dipaparkan kira-kira jam 11.46 pagi itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut memaklumkan bahawa dua pejabat khidmatnya masing-masing di Bukit Gantang dan Manjong diserbu.

“Ibu Pejabat Pas Perak dan rumah saya (juga) diserbu polis dari Johor, H/P (telefon bimbit) dan notebook (komputer riba) diambil,” katanya.

Semalam, tiga pejabat operasi Mohammad Nizar masing-masing di Pejabat Pas Negeri di Ipoh, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Manjung digeledah sepasukan polis dari Johor yang menjalankan operasi secara serentak.

Turut menerima situasi sama, kediaman Adun Pasir Panjang itu di Sungai Rokam.

Sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.

Foto-foto Kerusuhan di Planet Holiday Batam


SELASA, 19 JUN 2012


Kaca-kaca berserakan di Lobi Hotel Planet Holiday Batam 2-Candra P Pusponegoro akibat diserang massa tak dikenal.





BATAM - Sejumlah massa menyerbu Hotel Planet Holiday Batam, Senin (18/6/2012), pukul 16.30 WIB. Sekelompok orang membawa parang, panah, dan senjata tajam merangsek di pelataran hotel. Lima orang terkena luka bacokan akibat peristiwa tersebut.

Massa menggunakan senjata tajam seperti parang, panah dan lainnya membabi buta menyerang pos satpam di lokasi Hotel Planet Holiday Batam. Tiba-tiba massa menyerang pos satpam hingga hancur. Kemudian massa juga merusak pintu masuk lobi hotel. Lalu mereka merangsek ke arah samping hotel, sebelah timur.

Masssa merusak pos satpam sambil berteriak-teriak. Tamu hotel pun ketakutan melihat massa beringas tersebut.

Kantor Bank Negara Indonesia (BNI) 1946 yang terletak di belakang pos satpam juga diserang.  Terlihat kaca setebal 2 cm di dekat pintu masuk BNI hancur. Puing-puing kaca masih berserakan di lokasi.

Warga Melayu Singapura maut di Melbourne, Australia


SELASA, 19 JUN 2012


Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang kanak-kanak dan mencederakan lima anggota keluarganya berlaku di Lebuh Raya Hume dekat Northwood di utara Melbourne pada 7 pagi semalam (5 pagi waktu Singapura).




SINGAPURA - SATU lagi kemalangan maut berlaku di luar negara, kali ini membabitkan satu keluarga Melayu yang sedang bercuti di Melbourne, Australia.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terkorban manakala lima anggota keluarganya tercedera setelah van yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok di sebuah lebuhraya di wilayah Victoria, Australia, pagi semalam.

Keluarga enam orang itu dilaporkan sedang bercuti di Australia ketika nahas itu berlaku sekitar 7 pagi (5 pagi waktu Singapura) di Lebuh raya Hume dekat Northwood di utara Melbourne.

Tragedi itu berlaku selang tiga hari selepas satu kemalangan jalan raya berlaku di New Zealand, yang meragut nyawa pasangan pengantin baru warga Singapura, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan media Australia, The Age, mangsa yang terkorban meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi remaja berusia 12 dan 15 tahun cedera parah di kepala. Kedua-dua mangsa telah diterbangkan ke Hospital Diraja Kanak-Kanak.

Seorang wanita berusia 44 tahun dan seorang lagi kanak-kanak berusia 13 tahun turut tercedera dan telah dibawa ke Hospital Northern. Mereka kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Manakala pemandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan serius di kepala dan diterbangkan ke Hospital Royal Melbourne.

Kemalangan menyebabkan beg-beg dan pakaian bertaburan di sepanjang lebuh raya yang sibuk.

Difahamkan, keluarga berkenaan sedang menaiki van berwarna putih dalam perjalanan ke selatan apabila nahas berlaku.

Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan laluan lebuh raya itu ditutup.

Polis Victoria berkata para pegawai dari Unit Siasatan Nahas Serius sedang menyiasat punca kemalangan itu.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.

Menurut MFA, pihaknya tahu tentang kemalangan jalan raya yang melibatkan keluarga enam warga Singapura itu.

"Kami sedang berhubung dengan salah seorang mangsa dan keluarga terdekat mereka di Singapura.

"Seorang pegawai MFA dari Suruhanjaya Tinggi Singapura di Canberra kini di Melbourne bagi menghulurkan bantuan konsular kepada keluarga berkenaan," kata jurucakap MFA menerusi e-mel.

Kementerian itu enggan mendedahkan maklumat lanjut identiti mangsa.

Dimaklumkan, pemandu lelaki itu dikenali sebagai Encik Fauzy Aman, 47 tahun.

Kakaknya, Cik Faridah Aman, 54 tahun, memberitahu, keluarganya dimaklumkan tentang kemalangan itu oleh seorang pegawai kementerian pada sekitar 1 tengah hari semalam.

"Saya hanya tahu salah seorang anak saudara saya telah meninggal dunia, tiga lagi termasuk adik saya masih dirawat di unit jagaan rapi," katanya dengan nada sayu.