Jan 29, 2012

Kesian: Perut Suryati Sebesar Tempayan

AHAD, 29 JANUARI 2012

Lima tahun Suryati menderita.




SINTANG - Suryati (32) pasien penderita kista ovarium yang saat ini sedang dirawat di ruang bersalin kelas IIIa RSUD Ade M Djoen Sintang membutuhkan uluran tangan masyarakat yang peduli. Bantuan tersebut nantinya dipergunakan untuk memenuhi kebutuhan biaya operasi dan obat-obatan.

"Saya pasrah kepada Allah SWT, mudah-mudahan ada masyarakat yang peduli dengan kondisi istri dan keluarga saya ini. Sehari-hari saya hanya bekerja sebagai petani karet dengan penghasilan rata-rata kurang dari Rp 100 ribu," ungkap Ari Isnandar (38) suami Suryati, Minggu (29/1/2012).

Selama lima tahun menderita penyakit Cista Ovarium tersebut, Ari mengaku sudah berupaya maksimal agar sakit istrinya bisa segera disembuhkan termasuk merujuknya ke RSUD Soedarso Pontianak. Hanya saja informasi biaya yang diperlukan untuk operasi mencapai Rp 50 juta, sehingga dirinya mengaku tidak sanggup. Saat ini karena penyakit itu, perut Suryati telah membengkak seperti tempayan.

Untuk masyarakat yang terketuk hatinya untuk membantu keluarga Suryati bisa menghungi suaminya dengan nomor Hp 082159972748. Atau datang langsung ke ruang bersalin kelas IIIa RSUD Ade M Djoen Sintang.

Lagi kejadian buang al-Quran bersama sampah ditemui

AHAD, 29 JANUARI 2012

Sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.





JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

Gara-gara berkasih dengan isteri orang, Lelaki ditetak

AHAD, 29 JANUARI 2012

Foto hiasan.






SUNGAI PETANI - Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.

Jan 26, 2012

Polisi Tembak Polisi di Priok

KHAMIS, 26 JANUARI 2012



JAKARTA - Insiden polisi menembak polisi di Tanjung Priok, Jakarta Utara ternyata motif awalnya hanya bercanda. Jadi, secara tidak sengaja Bripda HB yang bermain-main dengan pistol malah menembak rekannya Bripda F.

"Kemudian dengan maksud bercanda, senjata tersebut diarahkan kepada korban yaitu Bripda F dan meletus kena dahi dan korban meninggal," kata Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Pol Rikwanto di Mapolda Metro Jaya, Jl Sudirman, Jakarta, Kamis (26/1/2012).

Peristiwa penembakan ini terjadi pada Rabu (25/1) pukul 19.30 WIB di rumah kontrakan mereka di Jl Enim No 132, Tanjung Priok, Jakarta Utara. Pistol itu milik Briptu G. Pistol diambil kedua karib itu Bripda HB dan Bripda F dari lemari milik G, yang saat itu tengah di kamar mandi.

"Bripda H mengambil senpi milik Briptu G dari lemari. Dan waktu itu Briptu G sedang mandi. Kemudian, Bripda H mengeluarkan pelurunya dan menembakkan ke bawah, tidak meletus," jelas Rikwanto.

Karena ditembak ke bawah tidak meletus itu, kemudian Bripda HB mencoba bermain-main dengan senjata jenis revolver itu. Tapi ternyata pistol masih berisi peluru, hingga saat diarahkan ke Bripda F, pistol di tangan Bripda HB meletus.

"Mereka dari kesatuan Ditpolair Baharkam Polri. Senjata sudah diamankan. Senjata dinas jenis revolver," jelas Rikwanto.

Bripda F meninggal dunia terkena peluru di dahinya. Sedang Bripada HB menjalani penahanan di Polri. Sedang pemilik pistol Briptu G juga ikut diperiksa.

"Anggota itu kan disiplin dulu, kemudian kode etik, kemudian dicari latar belakangnya main-main, apa lalainya," tutur Rikwanto.

Kiamat: Persiapkan diri untuk menghadapi detik itu.

KHAMIS, 26 JANUARI 2012




KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.

Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.

"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.

"Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.

10 mak nyah (waria) tunai umrah


Dua mak nyah Malaysia - Foto hiasan.





IPOH - Keazaman tinggi berubah ditunjukkan lebih 10 mak nyah yang terbuka hati ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.

Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.

Hanafi berkata, dia cukup berbesar hati dan berbangga dapat membawa semua mak nyah berkenaan mengerjakan umrah di Tanah Suci menerusi khidmat syarikat Rabbani Travel and Tour Sdn Bhd yang turut memberikan kursus persediaan.

“Mereka teruja menunaikan umrah dan sanggup mengeluarkan kos RM5,000 setiap seorang.

“Saya memastikan mereka menjalani ibadat umrah ini dengan sempurna selain membuat persediaan awal sebelum berangkat ke Makkah tidak lama lagi,” katanya.

Hanafi berkata, keinginan menunaikan umrah ditunjukkan mak nyah itu harus dipuji dan wajar dijadikan contoh setiap manusia berhak berubah dan mendekati Allah.

juruterbang akui berkhalwat dengan isteri orang

KHAMIS, 26 JANUARI 2012



SUBANG - Seorang juruterbang dan seorang suri rumah dihukum denda masing-masing RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Tropicana Golf Resort di sini, Mei lalu.

Juruterbang, Mohd Zafrie Mohd Jasbir Khan, 30, dan pasangannya, Nur Sarah Euzen Petrus, seorang suri rumah yang berstatus isteri orang semasa kejadian turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama dua bulan, sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohamad turut menasihatkan kedua-dua pasangan itu supaya insaf dan tidak mengulangi kesilapan sama.

“Insaf bukan terletak kepada pakaian sahaja. Datang mahkamah pakai tutup aurat, pakai kopiah tapi kalau dalam hati tak insaf tak guna juga.

“Tertuduh kedua (Nur Sarah), kamu masih ada suami yang sepatutnya kamu taati. Tetapi kamu telah menderhaka kepada suami. Sepatutnya kamu wajar dipenjarakan, tetapi atas ehsan mahkamah, kamu dijatuhi hukuman denda,” katanya.

Pasangan itu didakwa berkhalwat di sebuah rumah di Blok K, Kondo Riana Green, Jalan PJU 3/1C, Tropicana Golf Resort di sini, kira-kira jam 4 pagi, 16 Mei lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan Pendakwa Syarie, Shafezan Rosli mengikut Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shafezan ketika mengemukakan fakta kes berkata, pasangan itu ditangkap penguat kuasa yang membuat pemeriksaan ke rumah itu selepas mendapat maklumat awam.

SENIMAN: Harun Salim Bachik Seleweng RM800 ribu wang persatuan?

RABU, 25 JANUARI 2012

Harun Salim Bachik





KUALA LUMPUR - “Saya tidak pernah menyeleweng wang persatuan untuk kegunaan peribadi. Biarpun saya kesal dengan banyak tuduhan dilemparkan, saya belum memikirkan sama ada mahu melepaskan jawatan itu atau sebaliknya,” kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik.

Itu antara penjelasan diberikan Harun berhubung dakwaan beberapa pihak yang menuduhnya menyeleweng wang Seniman yang berbaki RM800,000 selain khabar angin mengatakan dia bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat selepas kecewa dengan prestasinya sebagai presiden termasuk tidak dapat melaksanakan beberapa resolusi yang dirancang sejak menyandang jawatan itu.

Harun dilantik memegang jawatan terbabit pada akhir 2009 apabila menewaskan Datuk Mustapha Maarof dengan majoriti empat undi, namun sehingga awal tahun ini wujud beberapa rungutan daripada pihak tertentu mendakwa kepemimpinan pelakon dan pelawak berkenaan tidak membawa sebarang perubahan.

Menurut Harun, tempoh jawatannya hanya berakhir pertengahan 2013, tapi sudah wujud pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atasnya, termasuk dia mahu meletak jawatan kerana kecewa.

“Saya belum mengeluarkan kenyataan untuk meletak jawatan. Benda macam ini bila kita diam orang mulalah cakap kita nak letak jawatan dan memang orang nak saya letak jawatan,” katanya.

Harun berkata, antara usul yang dibangkitkan adalah pada 2010 dia merancang membeli sebuah bangunan daripada ahli Seniman bagi kegunaan persatuan, namun wujud salah faham di kalangan artis menyebabkan perkara itu tidak dapat dilaksanakan.

“Ada pihak menuduh saya menggunakan wang itu untuk kegunaan sendiri sedangkan saya tidak mengambil sesen pun. Saya terpaksa mengalah, malah hasrat membeli bangunan tidak tercapai dan wang terbabit dimasukkan semua ke akaun persatuan,” katanya.

Kata Harun, ketika merancang membeli bangunan berkenaan, dia melalui proses undang-undang dan jujur mengendalikan akaun persatuan.

“Saya berniat baik pada Seniman, bukan mahu merosakkan persatuan, tetapi banyak sangat tuduhan yang dilemparkan. Saya menafikan menggunakan wang milik Seniman dan sehingga kini bakinya masih ada RM800,000 selain dividen akan digunakan membantu artis memerlukan,” katanya.

Menurutnya, dakwaan pihak tertentu dia mahu meletakkan jawatan adalah tidak benar biarpun dia tahu ada yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinannya.

Ada suara aneh di lokasi kecelakaan Xenia

RABU, 25 JANUARI 2012

Shalter bus di depan kantor Kementerian Perdagangan RI, di kawasan Jakarta Pusat, lokasi kecelakaan maut yang menewaskan delapan orang pada Minggu siang, (22/01), kini ramai di kunjungi warga yang penasaran.


JAKARTA - Ada yang mendengar suara-suara aneh saat lewat tengah malam di lokasi tertabraknya 14 orang pejalan kaki (9 di antaranya meninggal dunia) di kawasan Tugu Tani, Jakarta Pusat. Peristiwa itu terjadi pada Minggu pagi (22/1/2012), akibat Afriani, pengemudi Daihatsu Xenia ngebut dalam keadaan mabuk.

"Ada seperti suara orang menjerit-jerit," kata Doko, warga Menteng Atas, Jaksel sesaat setelah melintas berjalan kaki tengah malam di tempat tersebut.

Dia menceritakan, dia berniat memotret lokasi kejadian. Dia meninggalkan sepeda motornya di tempat yang agak jauh, lalu berjalan kaki ke halte tempat peristiwa tabrakan itu. "Ada oroma bunga," katanya.

Aroma bunga itu tentu saja tercium dengan jelas di malam hari saat sepi, karena memang banyak orang yang menabur bunga. "Di antara aroma bunga itu ada suara orang merintih dan menjerit-jerit. Saya pun kabur," ujarnya.

Suara itu diyakininya sebagai suara dari alam lain yang berasal dari salah satu korban yang tewas. Berikut nama-nama 9 korban tewas dalam kejadian itu:
1 M. Akbar, 17, laki-laki,
2 Suyatmi 51, perempuan,
3 Nur Alfi Fitriasi, 18, perempuan,
4 Nani Riyani, 23 perempuan,
5 Yusuf Sigit Prsasetyo, 2,5 th, Laki-laki,
6 Firmansyah, 17, laki-laki
7 Buhari, 17, laki-laki
8 Muhammad Hudzaifah, 16, laki-laki,
9 Wawan Hermawan, 24, laki-laki

Jan 25, 2012

Pengantin maut 5 jam selepas nikah

RABU, 25 JANUARI 2012



BESUT - Hasrat seorang pengantin baru menziarahi datuk saudaranya yang tenat di hospital tidak kesampaian apabila maut akibat kemalangan jalan raya kira-kira lima jam selepas majlis pernikahannya dengan lelaki pilihan.

Roshnida Razali, 28, dari Kampung Seri Medang, yang terlibat dalam nahas jalan raya di satu selekoh tajam berhampiran Kampung Beting Lintang di sini, Ahad lepas, meninggal dunia kira-kira 3.40 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Besut.

Mangsa, seorang ibu tunggal, melangsungkan perkahwinan dengan Azhar Mustafa, 35, dalam satu majlis 11.30 pagi Ahad, berhasrat menziarah datuk saudaranya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bersama suami dan anggota keluarga lain pada sebelah petang hari yang sama.

Azhar ketika ditemui hari ini berkata:
"Ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Perodua Kembara datang dari arah bertentangan memasuki laluan saya ketika mengambil selekoh, yang menyebabkan perlanggaran kuat dengan kenderaan kami," katanya.

Azhar berkata dalam kejadian itu, dia pengsan seketika dan setelah sedar semula mendapati mangsa yang duduk di sebelahnya, mengerang kesakitan.

Turut berada dalam kereta Proton Saga yang dipandu Azhar ialah ibu mertuanya, Mek Nak Hamid, 51, serta anak Roshnida, Nik Norinsyirah Dialina Nik Mohd Shamsul, 9 tahun.

Azhar berkata isterinya dan dua yang lain dihantar ke Hospital Besut.

Ibu mertua dan anak tirinya kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan kerana kedua-duanya patah kaki kanan.

"Roshnida ditahan di wad Hospital Besut kerana pihak hospital memberitahu isteri saya tidak mengalami patah atau kecederaan serius, sementara saya dibenarkan pulang pada hari sama walaupun masih berasa teramat sakit pada bahagian dada," katanya.

Azhar berkata Roshnida masih mampu bercakap dengannya namun keadaan mangsa benar-benar tidak bermaya sehinggalah isteri yang dikenali tiga bulan lalu
menghembuskan nafas terakhir di depannya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Kamaruddin Zakaria mengesahkan kejadian.

Hina Nabi: ‘Kempen Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’

RABU, 25 JANUARI 2012

Sebahagian risalah kempen diambil untuk siasatan.





IPOH - Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS) disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika mahu melancarkan kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ di sebuah banglo mewah di sini, semalam.

Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad s.a.w.

KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran majlis berkenaan.

“Kami menyoal siasat semua ahli KTS untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang diadakan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Peluk mayat kekasih

RABU, 25 JANUARI 2012




GEORGETOWN -
Hampir sejam diperlukan untuk memujuk seorang lelaki yang tidak mahu melepaskan pelukan terhadap teman wanitanya yang sudah meninggal dunia selepas ditemui di tingkat bawah satu blok flat di Taman Utara, Batu Uban, awal pagi semalam

Wanita Indonesia dicekup berkhalwat dengan Lelaki Bangladesh

RABU, 25 JANUARI 2012



AMPANG -Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.

Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.

Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.

“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.

Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Jan 24, 2012

Gantung coli wanita dipagar Kemendagri aksi protes

SELASA, 24 JANUARI 2012





JAKARTA - Sekitar 100 warga Tanah Merah menggantungkan BH di pagar Kementerian Dalam Negeri (Kemendagri) sebagai aksi protes mereka atas susahnya mengurus Kartu Tanda Penduduk (KTP) di Jakarta. Sungguh disayangkan penggunaan BH menjadi alat demo itu karena melecehkan perempuan.

"LBH Keadilan berpandangan penggunaan BH dan pakaian dalam perempuan lainnya sebagai perangkat aksi merupakan bentuk pelecehan dan merendahkan martabat perempuan," ujar Ketua Badan Pelaksana Keadilan Abdul Hamim Jauzie dalam siaran pers, Selasa (24/1/2012).

LBH Keadilan, imbuhnya, mengajak masyarakat yang melakukan aksi agar menggunakan perangkat yang jauh lebih bermartabat.

"Masih banyak perangkat aksi dan cara-cara lain yang lebih bermartabat! LBH Keadilan mendukung warga Tanah Merah dalam menuntut hak-haknya. Namun tentunya dengan menggunakan perangkat-perangkat aksi dan cara-cara yang tidak merendahkan perempuan," tegas Abdul.

Siang ini, sekitar 100 BH digantungkan di pagar Kemendagri di Jalan Medan Merdeka Utara, Jakarta Pusat oleh 100-an warga Tanah Merah, Jakarta Utara.

Ketua RT 05 Tanah Merah, Muhammad Nur, mengatakan aksi gantung BH ini menyindir ketidakberanian Mendagri Gamawan Fauzi menindak bawahannya yang mempersulit pengurusan KTP.

"Ini sebagai bentuk protes warga Tanah Merah karena Gamawan Fauzi tidak becus mengurus bawahannya. Ini kami anggap Gamawan Fauzi sebagai banci, makanya kami berikan BH ini. Kita sudah pernah ke Balaikota, Walikota, tapi tetap tidak dilayani," ucap Nur geram.

Ancaman 6 Tahun untuk Apriani Terlalu Ringan

SELASA, 24 JANUARI 2012


(Kiri)Maia Estianty - Apriani, (kanan)


JAKARTA - Ancaman hukuman enam tahun penjara kepada Apriani Suasanti (29) terkait tragedi penabrakan yang menewaskan sembilan orang--5 orang tewas di lokasi, 4 orang tewas dalam perawatan pertolongan di RSPAD Gatot Soebroto, dan 3 orang luka berat, masih dirawat di RSPAD--di Jl Ridwan Rais, Gambir, Jakarta Pusat, Minggu (22/1/2012), dinilai sejumlah pihak terlalu ringan.

Pencipta lagu dan penyanyi Maia Estianty, salah satunya yang mengiyakan hal tersebut. Menurutnya, ancaman hukuman masih terlalu ringan, terlebih si pengemudi juga dikabarkan tengah 'nge-fly' saat mengendarai kendaraan miliknya.

"Kalau terbukti, ya lima-enam tahun terlalu sedikit, apalagi kalau terbukti sengaja dia makai (narkoba)," ujar Maia saat ditemui di Jakarta, Senin (23/1/2012) malam.

"Jangan menggunakan narkoba, bisa merusak, orang lain jadi celaka, otak dan badan rusak, akhirnya merugikan masyarakat. Ya orang bisa mendapatkan musibah, maut tidak mengenal tempat, waktu, dan siapa orang itu," ucapnya.
Shalter bus di depan kantor Kementerian Perdagangan RI, di kawasan Jakarta Pusat, lokasi kecelakaan maut yang menewaskan delapan orang pada Minggu siang, (22/01), kini ramai di kunjungi warga yang penasaran.

Marissa Haque Tak Pernah Kirim Bunga untuk Addie MS

SELASA, 24 JANUARI 2012


(Kiri - Marissa dan Kanan - Dee Kartika)

JAKARTA - Artis senior Marissa Haque Fawzi mengklarifikasi mengenai pemberitaan yang mengatakan ia telah mengirimkan bunga kepada komposer Addie MS.

"Saya tidak pernah mengatakan kirim bunga, dan lakukan kirim bunga," kata Marissa Haque Fawzi, Selasa (24/1/2012), melalui telepon seluler.

Peraih gelar doktor dari Institut Pertanian Bogor (IPB) di bidang lingkungan hidup ini menjelaskan, suaminya, Ikang Fawzi pernah menyampaikan kepada dirinya bahwa Addie MS pernah berjanji hendak mengirim bunga terkait polemik dengan Dee Djumadi.

Ia mencoba menceritakan peristiwa sekitar 20 tahun lalu itu. Ketika itu, tutur Marissa, ia dan Adjie Sutama, baru saja lulus dan meraih predikat sarjana hukum.

Entah kenapa, Addie MS membentak keduanya di saat sedang bahagia menyandang gelar sarjana.

"Hingga sekarang Addie sama sekali tidak pernah kirim bunga sebagai bentuk minta maaf, karena membentak saya," cerita ibu dua anak ini.

Perseteruan antar dua keluarga ini berawal dari kemarahan istri Ikang Fawzi itu kepada penyanyi baru bernama Dee Kartika Djumadi. Penyanyi yang tergabung dalam trio vokal bersama Memes dan Rida ini menyebut Icha tak lulus ujian doktoralnya karena diduga desertasinya dibuatkan oleh orang lain.

Dari sini lah perang terjadi. Nama keluarga Addie MS pun terbawa-bawa. Bahkan perang antar dua keluarga ini semakin memanas saat Marissa maupun Addie MS dan juga Kevin Aprilio terlibat perang di dunia maya.

Namun belakangan Marissa Haque sudah meminta maaf kepada Addie MS dan keluarganya. Begitupun Addie MS dan keluarga sudah memaafkan Marissa Haque.

'Pengakuan Seorang Pelacur' Didatangi Keris Pusaka

SELASA, 24 JANUARI 2012

Andi Soraya.

JAKARTA - Artis Andi Soraya mengalami kejadian mistis. Secara ajaib, bintang film 'Pengakuan Seorang Pelacur' itu didatangi benda pusaka berupa keris.

"Jadi memang aneh tapi nyata, ini bukan yang dibuat-buat. Itu pusaka tidak ada yang memiliki, dia datang sendiri ke saya," ujar Andi saat bincang-bincang dengan wartawan lewat telepon, Selasa (24/1/2012).

Andi mengaku menemukan keris tersebut di laci kantornya. Sebelumnya, suami Andi Rudy Sutopo juga sempat mendapat firasat tentang keberadaan benda pusaka itu.

"Awalnya saya nggak percaya, saya kira ada yang menakut-nakuti saya. Lalu, saya pegang, saya lihat ada sentuhan-sentuhan Arabnya, itu terlihat dari tulisannya," jelasnya.

Perempuan berusia 35 tahun itu juga mengungkapkan, adiknya sempat kerasukan saat memegang keris itu. Saat itu, suara adik Andi berubah menjadi besar dan bisa berbahasa Arab.

Aneh: Pokok pisang bertandan empat


ISNIN, 23 JANUARI 2012

MOHD. SAPUAN dan isterinya menunjukkan pokok pisang lemak manis (dalam bulatan) yang mengeluarkan empat tandan pisang di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun, Klang semalam.




KLANG - Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah.

Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu.

Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing.

"Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Rombongan Pelajar Indonesia Terbabit Kemalangan Bas

ISNIN, 23 JANUARI 2012



SERDANG – Seorang pelajar Sekolah Menengah (SM) dari Makassar, Indonesia maut apabila bas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) yang dinaikinya bersama 29 ahli rombongan lain dirempuh sebuah bas persiaran di Kilometer 307.8 Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, lima daripada 11 penumpang bas persiaran turut mengalami kecederaan parah dan masih mendapat rawatan di Hospital Serdang.

Difahamkan, rombongan dua bas membawa 35 pelajar, 18 mahasiswa, dua pensyarah dan lima guru. Masing-masing dari Pasca Sarjana Universitas Halvoleo, Sulawei Tenggara; Sekolah Menengah (SM) Atas Negeri 1 Kendari; SM Atas Negeri3, Makassar; SM Negeri 2 Kendari dan SM Atas Kartika Kendari Indonesia.

Kesemua 60 ahli rombongan mengikuti lawatan sambil belajar ke Malaysia dan Songkhla, Thailand.

Kejadian berlaku ketika semuanya dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian membabitkan dua bas yang meragut nyawa seorang penuntut Indonesia, Uci Luciana Adil Taulo, 17, kira-kira jam 7 pagi.

Menurutnya, mangsa yang cedera dikenali sebagai, Saderi Mat Jedin, 48; Tan Sze Yie, 18; P Sajidaran, 21, warganegara Thailand, Armeeldatumada, 24; dan warga Indonesia Hartimertirasitulius, 30.

Jelasnya, siasatan awal mendapati bas persiaran yang berada di bahagian belakang laluan kiri lebuh raya mengekori bas membawa rombongan pelajar itu dengan jarak terlalu dekat.

“Mengikut keterangan awal, tayar bas depan meletup secara tiba-tiba menyebabkan bas persiaran yang berada di belakangnya tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kanan belakang bas JLKN itu.

“Rempuhan kuat menyebabkan mangsa yang duduk di tempat duduk terakhir mengalami hentakan kuat dan cedera parah. Mangsa dikejarkan ke hospital, bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Jan 23, 2012

Terkendala Pelabuhan dan Penampung

23 Januari 2012



Upaya Pemkab Gresik untuk menyediakan Bahan Bakar Minyak (BBM) khususnya bensin ke Pulau Bawean yang direncanakan menggunakan kapal tanker terkendala pelabuhan Bawean yang kurang dalam dan kapasitas penampungan BBM yang hanya 50 ton.

Kelangkaan bensin di Pulau Bawean sejak terbakarnya Kapal Motor pengangkut BBM terbakar di Pelabuhan Sidayu Lawas, Brondong, Lamongan, Kamis (1/12). Sehingga pemkab Gresik berupaka untuk mengadakan kapal tanker pada 2012.

“Sekarang untuk sementara sudah diatasi dua kapal kayu pengangkut BBM ke Pulau Bawean yaitu GT 50 dan GT 87,” kata Kepala Bidang Perhubungan Laut, Dinas Perhubungan, Gresik, A Effendi, saat dihubungi melalui ponselnya, Minggu (22/1/2012).

Kedua kapal kayu itu sementara ini gunakan untuk mengangkut BBM ke Pulau Bawean, tetapi itu digunakan untuk sementara, sebab Kapal Kayu sebenarnya tidak boleh mengangkut BBM.

“Ini karena terpaksa, kita sedang mengupayakan kapal tanker pada tahun 2012 ini,” imbuhnya.

Dari kendala itu, pihak Dishub Kelautan Gresik akan melakukan peninjauan di lokasi Pelabuhan Bawean dengan transporter (pengusaha kapal), Pertamina, dan APMS (Agen Premium dan Minyak Solar).

“Kalau kapasitas kapal tanker 200 Kilo Liter (KL), 300 KL sampai 1000 Kl, tetapi terkendala kapasitas penampungan BBM di Bawean yang tidak mampu menampungnya, dan juga Pelabuhan Bawean hanya kedalaman dua meter, sehinga tidak bisa bersandar kapal tanker,” tegas Effendi.

Jarak Pelabuhan Gresik dengan Pulau Bawean sekitar 80 mil, jika ditempuh dengan kapal penumpang antara 3 sampai 5 jam.

Kepala bidang advokasi masyarakat Bawean, Baharuddin, mengatakan, untuk kebutuhan bensin di Pulau Bawean sudah normal antara Rp 5500 hingga Rp 6000. “Kendalanya adalah kapal yang memuat bensin itu tidak setiap hari, sehinga mengakibatkan kenaikan bensin,” ujarnya, saat dihubungi melalui ponselnya.

Sementara Nanag Afandi, Kepala Seksi Kepelabuhan, Administrator Pelabuhan (Adpel) Gresik, mengaakan kapal yang memuat BBM ke Pulau Bawean harus di atas GT 50, karena berhubungan dengan keselamatan kapal dan laut.

“Kalau di bawah GT 50, kalau cuaca buruk, kapal diterjang ombak kemudian tenggelam sehingga akan terjadi pencemaran laut. Sehingga lebih baik mencegah dari pada terjadi bencana yang tidak diinginkan,” 

Gelombang Dahsyat Di Tambak Nelayan Enggan Melaut

 23 Januari 2012


Gelombang laut kembali tidak bersahabat di perairan Pulau Bawean, kedahsayatannya sangat terasa di wilayah bagian barat, mulai Dekatagung, Dedawang, Gelam sampai Tambak. Tingginya gelombang dilaut menyebabkan banyak nelayan enggan pergi melaut, demi menjaga keselamatannya.

Ali sebagai nelayan asal Tambak dihubungi Media Bawean (minggu, 22/1/2012) mengatakan gelombang laut kembali tidak bersahabat, sehingga banyak nelayan tidak pergi melaut.

"Khawatirnya kondisi gelombang tidak bersahabat berlangsung lama yang berdampak pada mahalnya kebutuhan sehari-hari akibat kelangkaan di pasar,"katanya.

Sementara pelayaran Gresik - Bawean, disebabkan gelombang laut untuk jadwal hari senin (23/1/2012) tidak diberangkatkan.

Reven sebagai Kepala Cabang PT. SIM dihubungi Media Bawean, membenarkan pelayaran kapal express bahari 1C Gresik - Bawean, hari senin (23/1/2012) tidak berangkat disebabkan hasil prakiraan BMKG mencapai 3 meter.

Jan 20, 2012

Dipenjara: Curi $32 wang masjid untuk membeli makanan ibunya

JUMAAT, 20 JANUARI 2012



SINGAPURA - SEORANG penganggur yang mencuri $32 dari sebuah masjid untuk membeli makanan bagi dirinya dan ibunya telah dipenjara setahun semalam.

Noraizam Abdullah, 40 tahun, mengaku bersalah bulan lalu dan mahkamah ketika itu mengarahkan pihak penjara membuat penilaian sama ada dia sesuai menjalani latihan pemulihan dan tahanan pencegahan.

Pihak pendakwa berkata bahawa Noraizam telah melakukan kesalahan mencuri sejak 1997 dan telah menjalani hukuman penjara sebanyak enam kali termasuk lima tahun latihan pemulihan pada 2002.

Walaupn pihak mahkamah mendapati dia sesuai menjalani latihan pemulihan, Hakim Daerah Siva Shanmugam berkata oleh kerana dia hanya mencuri sejumlah wang yang kecil dan ia digunakan untuk membeli makanan, mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara biasa.

Dokumen mahkamah menunjukkan Noraizam telah ke Masjid Darussalam di Commonwealth Avenue West pada 11 Disember lalu.

Kotak derma di depan pintu masjid diletak di atas meja kecil dan dikunci dengan rantai besi.

Pada sekitar 11 pagi, Noraizam dilihat membawa kotak derma dan meja itu ke arah tangga masjid.

Apabila ditanya kakitangan masjid, Noraizam memberitahu bahawa dia telah diarahkan oleh pengurus masjid mengalihkan kotak derma itu ke kawasan lain.

Dia kemudian membawa kotak derma itu ke tingkat dua dan membuka kotak itu secara paksa.

Noraizam mengambil kesemua wang tersebut.

Mahkamah diberitahu bahawa dia kemudian meletakkan semula kotak derma itu di tempat asal dan pulang ke rumah.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut merakam perbuatannya itu.

Polis memberkas Noraizam dan dia didakwa pada 15 Disember lalu.

Dia memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia membelanjakan hampir kesemua duit tersebut untuk membeli makanan bagi dirinya dan ibunya.

Ibunya berkerusi roda kerana kakinya telah dipotong.

Noraizam turut mengaku kepada ibunya dia telah mencuri wang itu dari masjid kerana rasa bersalah.

Renang: 20 peserta beragama Islam disingkir

KHAMIS, 19 JANUARI 2012



SHAH ALAM - Seorang ayah kecewa apabila hasrat dua anaknya menyertai pertandingan renang dianjurkan Persatuan Renang Amatur Selangor di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13, di sini, terbantut semata-mata pakaian renang berlandaskan syariat Islam.

Muhammad Abdullah, 36, berkata, kekecewaannya turut dikongsi ibu bapa 20 peserta lain berumur antara 8 dan 12 tahun itu yang didakwa penganjur melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina).

Menurutnya, ketika pertandingan renang Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) berlangsung dari 13 hingga 15 Januari lalu, dia bersama isteri, Anis Harnisah Haron, 33, berada di China atas urusan perniagaan.

“Pada hari ketiga pertandingan itu, isteri yang menghubungi anak perempuan Anis Zakiah yang berusia 9 tahun terkejut mendengar tangisan sebelum dimaklumkan bahawa dia dan abangnya Abdullah Fateh berusia 12 tahun tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

“Anis dan Fateh sudah menghabiskan banyak masa untuk memberi saingan dalam pertandingan itu, tetapi mereka sangat kecewa apabila tak dibenarkan bertanding hanya atas sebab pakaian renang,” katanya.

Beliau lebih terkenal dengan gelaran Ustaz Amin serta Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah berkata, dia menghubungi jurulatih renang anaknya, Mohd Bukhari Ibrahim, 34, yang kemudian memaklumkan 20 peserta beragama Islam turut mengalami nasib sama.

Ustaz Amin yang kesal dengan perkara itu berkata, dia memang menggalakkan sukan renang kepada 80 anak yatim di bawah jagaan Yayasan Al-Ijabah.

“Mereka selama ini sudah diajar supaya berpakaian mengikut syariat Islam walau di mana pun berada, takkanlah tiba-tiba nak suruh buka aurat pula,” katanya.

Ustaz Amin berkata, beliau sudah mengajukan isu terbabit kepada Pengerusi Majlid Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan pihak Mais berjanji menyelesaikannya.

“Saya juga akan bertemu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid untuk berbincang mengenai perkara ini. Mungkin juga saya akan bawa isu ini untuk perhatian menteri belia (Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek),” katanya.

Zulaikha Gadis Hidap HIV Dilamar


KHAMIS, 19 JANUARI 2012

KUALA LUMPUR - Selepas disahkan positif dijangkiti virus maut HIV pada 2004, doktor menjangka dia hanya boleh hidup selama empat tahun, namun selepas tempoh itu berlalu, dia bukan saja masih mampu bernafas, malah mendapat kehidupan baru apabila ada lelaki berhati murni memperisterikannya.

Itu bukti kekuasaan Allah atas kesabaran serta kegigihan seorang penghidap virus HIV yang hanya mahu dikenali sebagai Zulaikha dan kini kehidupannya tambah bermakna apabila dikurniakan cahaya mata lelaki berusia setahun dua bulan yang disahkan bebas HIV.

“Hati siapa yang tidak remuk apabila doktor memberitahu saya hanya boleh hidup empat tahun iaitu sehingga 2008. Ketika itu saya percaya kata-katanya dan menganggap kehidupan ketika itu sudah tidak bermakna,” katanya.

Zulaikha, 33, berkata dalam tempoh tiga tahun, dia kerap berkurung dalam bilik sehingga tidak makan, minum dan mandi sehingga jatuh sakit.

“Mujur keluarga menerima dan menyokong saya. Mereka yang memujuk saya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar serta jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

“Dengan kuasa Allah, tanpa diduga pada 2008 iaitu tahun saya diramalkan meninggal dunia, saya mendapat hidup baru apabila bertemu jodoh, malah kini dikurniakan cahaya mata,” katanya.