Jun 26, 2013

Isteri jurutera dilari buruh Indonesia


FOTO HIASAN

KUANTAN -
 Seorang jurutera buntu apabila isteri yang dikahwininya 11 tahun lalu tiba-tiba hilang disyaki dibawa lari oleh empat buruh Indonesia termasuk seorang wanita sejak Jumaat lalu.

Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, dia percaya isterinya, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, dilarikan warga asing yang diupah melakukan kerja pengubahsuaian rumah ibu mertuanya di Felda Bukit Sagu di sini.

"Sejak Jumaat lalu, Idayu tidak pulang malah keempat-empat pekerja Indonesia itu termasuk seorang wanita juga tidak lagi datang bekerja," kata bapa kepada tiga anak itu semasa ditemui pemberita di sini semalam.

Idayu menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kain tudung dan jubah wanita selain menjadi suri rumah menjaga tiga anak mereka berumur enam, tujuh dan 10 tahun.

Mohd. Riduan memberitahu, kehilangan isterinya dimaklumkan oleh ibu mertuanya, Rosnah Latif, 50, dan ketika itu dia berada di Qatar kerana bekerja di sebuah syarikat petroleum di negara itu (kosmo)

14 Perusahaan Diduga Dalangi Kebakaran Hutan di Riau


PEKANBARU - Menteri Lingkungan Hidup Balthasar Kambuaya mengatakan, ada 14 perusahaan yang diduga terlibat dalam pembakaran lahan dan hutan di Riau.

"Menurut data dari staf kami yang melakukan penyidikan, delapan perusahaan diidentifikasi karena terlibat dalam kebakaran lahan dan hutan. Tapi, jumlahnya kini telah meningkat menjadi 14 perusahaan," kata Balthasar di Pekanbaru,Senin (24/6/2013).

Delapan dari 14 perusahaan, menurut Balthasar, merupakan perusahaan asal Malaysia.

"Ada indikasi bahwa delapan perusahaan yang diidentifikasi sebelumnya adalah perusahaan asing dari Malaysia, tidak ada perusahaan asing lainnya, kecuali yang dari Malaysia telah diidentifikasi," tuturnya.

Deputi Menteri Lingkungan Hidup Pengendalian Kerusakan Lingkungan dan Perubahan Iklim Arif Yuwono mengatakan, kementerian telah mengirimkan tim investigasi ke beberapa lokasi kebakaran lahan dan hutan pada Jumat lalu.

Dari sana diketahui, bahwa ada unsur kesengajaan dalam kebakaran hutan di Riau, untuk keperluan industri.

Ia mengatakan, penyidik pegawai negeri sipil (PPNS) dari Kementerin Kehutanan akan melakukan pemeriksaan pendahuluan pada kasus ini, dan meningkatkan penyelidikan jika mereka memeroleh bukti yang cukup dari lapangan.

"Sementara melakukan penyelidikan, kami akan terus menjunjung tinggi asas praduga tak bersalah," kata Arif.

Jun 23, 2013

Hari ini Beberapa Sekelah di Negeri Semenanjung Malaysia diarah tutup.


Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup bermula esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya.

Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk aktiviti luar.

"Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila diberitahu kelak," katanya dalam sidang akhbar di Melaka hari ini.

Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456. 

Idris berkata kerajaan negeri juga menyerahkan tambahan 25,000 topeng muka kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang sebelum ini menerima jumlah sama.

Katanya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menerima 1,000 topeng muka untuk kegunaan orang ramai yang terpaksa keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian.

Idris berkata seramai 1,500 orang dilaporkan mendapat rawatan berkaitan masalah pernafasan dan sakit mata semalam.

Beliau turut meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya melakukan teknik pembenihan awan di negeri itu bagi menyelesaikan keadaan jerebu yang semakin kritikal.

Di KUANTAN, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.

"Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baharu 149 dan Indera Mahkota 107.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini.

"Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru besar dan pengetua mengikuti garis panduan dikeluarkan sebelum ini, bagi menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara.

Punca Jerebu : Kebakaran Hutan Kian Parah, Indonesia Alu-Alukan Bantuan Malaysia Dan Singapura

Menteri Kehutanan Indonesia akhirnya mengalu-alukan mana-mana pihak dari Malaysia atau Singapura yang  berhasrat untuk membantu mereka memadamkan kebakaran hutan di Riau. Ini membatalkan ungkapan seorang pegawai kerajaan Indonesia sebelum ini yang menyelar campurtangan Singapura dalam soal bantuan memadamkan kebakaran yang terjadi di Riau.

Sehingga semalam, bilangan titik panas telah meningkat dengan melampau dari 192 kelmarin kepada 1403 semalam. Singapura dan Muar mencatat IPU berbahaya hari ini dengan masing-masing 371 dan 383.


Kamis, 20/06/2013 16:51
WIB Menhut: Silakan Singapura Bantu Padamkan Api di Riau
Mega Putra Ratya - detikNews
Jakarta - Kebakaran lahan di Riau mengakibatkan asap tebal hingga ke negara tetangga, Singapura dan Malaysia. Menteri Kehutanan Zulkifli Hasan mempersilakan negara tetangga jika ingin membantu memadamkan api di lahan gambut tersebut.

"Kita juga terbuka kalau Malaysia dan Singapura ingin ikut memadamkan lahan gambut, ya silakan," ujar Zulkifli Hasan di Istana Negara, Jl Medan Merdeka Utara, Jakarta Pusat, Kamis (20/6/2013).

Terkait dengan protes dari Singapura akibat kabut asap yang menyelimuti negara singa tersebut, Zulkifli menilai hal itu wajar. Diharapkan protes itu dilakukan dengan cara yang tepat.

"Negara tetangga kita Singapura protes, karena banyak asap yang ganggu di sana yang dikatakan di ambang batas. Protes mereka itu wajar, kita juga akan lakukan hal yang sama, tetapi sebagai negara sahabat, protes itu sampaikanlah dengan cara-cara yang tepat dan pas," jelasnya.

Saat ini terdapat lebih dari 100 titik api di Riau yang menyebabkan asap tebal meluas ke Singapura dan Malaysia. 80 Persennya terdapat di areal perkebunan yang kebanyakan merupakan lahan gambut. Titik api itu disinyalir timbul karena dilakukan secara sengaja untuk membuka lahan. Jika ini benar, Zulkifli meminta pelakunya ditindak tegas.

"Tadi kami pagi rapat di Kemenko Kesra. Di situ ada 100-an lebih titik api, 80% itu di area pertanian dan perkebunan, di area hutan itu kira-kira 20% saja," ujar Zulkifli.

"Kalau ada yang disinyalir kebakaran akibat pembukaan lahan dengan cara membakar atau land clearing, kalau memang ada, kita minta aparat untuk tindak tegas," tambahnya.

Pelajari 'sihir pemikat' di internet mengundang musibah

gambar hiasan

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang kecewa kerana lambat bertemu jodoh tidak menyangka sihir pemikat dipelajarinya hanya melalui Internet mendatangkan kesan, namun kegembiraannya tidak lama apabila dia kemudian dilanda musibah.

“Pada mulanya saya hanya cuba-cuba saja kerana sudah sekian lama saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan teman wanita sedangkan orang tua asyik mendesak supaya mendirikan rumah tangga.

“Tak sangka pula ilmu saya dapat di Internet tanpa perlu berguru itu berkesan kerana selama ini, sudah puas saya cuba pelbagai cara untuk memikat hati wanita namun tetap tidak berjaya,” kata lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Jefri, 28.

Menurutnya, sihir memikat wanita itu ditemuinya di sebuah laman web yang menyediakan pelbagai ilmu mistik lain termasuk kebal, memiliki khadam daripada golongan jin, selain mantera pengasih.

“Saya terdorong untuk mencuba ilmu pengasih daripada laman web itu kerana ia tidak mengenakan sebarang syarat atau ‘pengeras’ dan boleh diamalkan sesiapa saja,” katanya. (metro)

Ulang Tahun, Ayu Ting Ting Dikado Kabar Nikah Siri dan Hamil Muda


JAKARTA - Tidak seperti biasanya, Hendri Hendarso alias Enji 'melupakan' ulang-tahun Ayu Ting Ting, pujaan hatinya, saat usia pedangdut muda itu tepat 21 tahun, Kamis (20/6/2013) ini. Merasa tidak ada perhatian, Ayu sempat sewot pada Enji.

Pelantun lagu 'Alamat Palsu' dan 'Sik Asik' ini juga dibuat 'panas' ketika ditanyakan tentang kabar pernikahan sirinya dengan Enji hingga kehamilan usia muda di hari perayaan ulang-tahunnya. Ayu hanya tersenyum kala mendengar kabar itu.

"Kabar itu nggak benar," kata Ayu disela-sela merayakan ulang-tahunnya di Inul Vizta, D'Mall, Jalan Margonda Raya, Depok, Jawa Barat, Kamis sore.

Jawaban senada juga ditegaskan Enji yang saat itu menemani Ayu.

"Enggak benarlah," tegas Enji menjawab rumor telah menikahi siri Ayu.

Meski belum mau berbagi cerita, belakangan ini, Ayu dan Enji justru tengah mempersiapkan pernikahannya. Belum jelas pasti kapan hari bahagia itu dilaksanakan.

Tidak cukup dengan kabar miring tadi, Ayu dan Enji masih saja 'dihajar' kabar kehamilan dara bernama asli Ayu Rosmalina kelahiran Kota Depok, 20 Juni 1992, ini. Lantaran hanya kabar-kabur, Ayu dan Enji santai menanggapinya.

'"Saya ini malah lagi kurusan dong. Terus saya ini harus bagaimana," tutur Ayu yang ingin menikah dengan cara sederhana ini tenang.

Kabar tadi seolah menjadi 'kado' ulang-tahun ke-21 pemilik album dangdut 'Geol Ajep-ajep' tersebut.

Pelatih PLKN lahir bayi lelaki di tandas kem


MUAR - Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.
  
Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
  
Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit yang sedang dirawat tidak membimbangkan.
  
Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.
  
"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Jun 9, 2013

Cris Suzanne Tak Malu Akui Ambil SPM 2 Kali

Heroin filem KIL yang sedang ditayangkan kini, Cristina Suzanne mengakui dirinya pernah mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebanyak dua kali.
Dia yang lebih senang disapa sebagai Cris menyatakan, “zaman sekolah saya buruk, busuk dan tak pernah dapat perhatian sesiapa. Ambil SPM pun dua kali. Kalau kawan lain, lepas SPM terus sambung belajar ke universiti atau kolej, tetapi saya tidak.

“Mereka mungkin mahu kelihatan ‘cool’ dengan ikut saja arus normal (masuk universiti selepas SPM) tapi saya cari ‘cool’ cara lain. Saya buat perkara yang saya rasa terbaik untuk diri,” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Walaupun berstatus selebriti, nyata aktres comel kacukan Melayu-Jerman ini seorang yang sangat jujur serta berterus-terang tentang kehidupannya.

Ternyata walaupun terpaksa mengulang balik SPM namun lihat keadaan diri Cris hari ini, berkat kesabaran dan usahanya, kini namanya dilihat menyerlah dan sebaris dengan pelakon wanita pelapis tanah air yang lain seperti Izara Aishah, Anzalna dan Tasha Shilla.

Jun 6, 2013

Putus Cinta: Pemuda gantung diri di bilik tidur


MAYAT lelaki yang menggantung dirinya dimasukkan ke dalam van jenazah di Hospital Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR - Kecewa kerana ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki dipercayai mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri dalam bilik tidurnya di Batu 26, Kampung Ketior, di sini semalam.

Sumber polis berkata, mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui tergantung oleh ibunya jam 8.30 pagi, sebelum mendapatkan bantuan ahli keluarga dan menghubungi polis.

“Ibu mangsa yang berasa curiga sebaik anaknya tidak keluar dari bilik tidur pada pagi itu tergerak menjenguk mangsa di bilik. “Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik ibunya terkejut apabila mendapati mangsa tergantung di dalam bilik berkenaan.

“Dia kemudian mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga lain sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.(kosmo)

Jun 3, 2013

Pemilihan Umno: Najib sedia dicabar


KUALA LUMPUR - Pemilihan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi Umno akan dibuat pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai parti demokrasi, beliau bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden.

“Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Selain itu, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan untuk turun padang ke negeri-negeri bagi mendapatkan respons ahli parti sebelum pemilihan dibuat.

“Ia akan diketuai Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazali. Pasukan ini akan mendapatkan respons ahli mengenai perlembagaan baru parti yang akan digunakan penggal baru nanti.

“Perlembagaan baru parti sudah dibuat tiga tahun lalu dan akan dilaksanakan pada penggal baru ini.

“Selepas itu, barulah mesyuarat bahagian dibuat seterusnya perhimpunan agung. Semuanya akan dibuat dalam tahun ini dan akan bermula 15 Julai depan,” katanya.

 Menurut beliau, pemilihan pucuk pimpinan akan dibuka tetapi tidak kepada sayap seperti Pemuda, Puteri dan Wanita.

“Untuk pucuk sahaja, sudah ada lebih 150,000 ahli, jika nak disekalikan dengan sayap, pasti sukar.

“Keputusan juga harus dibuat dalam masa sehari itu nanti. Cuma mekanisme pemilihan itu masih belum diputuskan sama ada menggunakan biometrik, angkat tangan atau lain-lain kaedah,” katanya.

Najib turut berharap Umno akan terus kekalkan momentum sekarang memandangkan parti itu sudah mendapat kepercayaan rakyat pada PRU13 lalu.

Najib berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 tahun 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

“Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan Pas),” katanya.

Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaan merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah.

“Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya.

Justeru,  Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.