Jun 26, 2013

Isteri jurutera dilari buruh Indonesia


FOTO HIASAN

KUANTAN -
 Seorang jurutera buntu apabila isteri yang dikahwininya 11 tahun lalu tiba-tiba hilang disyaki dibawa lari oleh empat buruh Indonesia termasuk seorang wanita sejak Jumaat lalu.

Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, dia percaya isterinya, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, dilarikan warga asing yang diupah melakukan kerja pengubahsuaian rumah ibu mertuanya di Felda Bukit Sagu di sini.

"Sejak Jumaat lalu, Idayu tidak pulang malah keempat-empat pekerja Indonesia itu termasuk seorang wanita juga tidak lagi datang bekerja," kata bapa kepada tiga anak itu semasa ditemui pemberita di sini semalam.

Idayu menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kain tudung dan jubah wanita selain menjadi suri rumah menjaga tiga anak mereka berumur enam, tujuh dan 10 tahun.

Mohd. Riduan memberitahu, kehilangan isterinya dimaklumkan oleh ibu mertuanya, Rosnah Latif, 50, dan ketika itu dia berada di Qatar kerana bekerja di sebuah syarikat petroleum di negara itu (kosmo)

No comments:

Post a Comment