Apr 29, 2012

Gadis 15, dibogel sebelum diperkosa 3 lelaki


AHAD, 29 APRIL 2012


GOMBAK - : Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya apabila dia diperkosa lelaki itu, malah turut dijadikan habuan kepada dua lagi rakan suspek.

Difahamkan, remaja perempuan itu bukan saja diperkosa bergilir-gilir oleh tiga lelaki terbabit di sebuah pondok usang di sini, malah perlakuan keji mereka itu turut dipertontonkan kepada rakan lain.

Lebih keji lagi, sumber berkata, mangsa turut dipaksa melakukan perbuatan sumbang bersama beberapa rakan lelaki yang datang. Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu, mangsa pada mulanya diajak teman lelaki yang baru dikenalinya itu untuk keluar minum bersama di sebuah restoran di Sentul, dekat sini.

“Mangsa dijemput lelaki itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 9 malam Khamis lalu sebelum ke sebuah restoran dan diperkenalkan kepada beberapa rakan lain.

“Selesai minum, mangsa diajak ke rumah seorang rakan lelaki berkenaan yang terletak di lokasi berhampiran,” katanya.

Menurut sumber, selepas beberapa jam melepak lelaki terbabit memberitahu mahu menghantar mangsa pulang ke rumah sambil ditemani dua rakannya kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu.

“Dalam perjalanan pulang, mangsa dibawa ke dalam kawasan hutan menyebabkan dia berasa hairan. Apabila tiba di sebuah pondok usang dia dipaksa pula masuk ke dalam pondok berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, disebabkan keadaan yang gelap dan sunyi mangsa menuruti arahan ketiga-tiga lelaki itu sebelum dia dipaksa berbogel.

Mangsa dipercayai dirogol teman lelakinya sebelum memanggil dua lagi rakannya yang berada di luar pondok dan turut memperkosa mangsa bergilir-gilir.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek terbabit menghubungi rakan mereka yang lain untuk datang ke pondok berkenaan dan memaksa mangsa melakukan perbuatan keji itu.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga dan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini sebelum kes dirujuk ke IPD Gombak.

Polis didakwa langgar peserta pengsan selepas diserang


AHAD, 29 APRIL 2012

Najib melawat Kamil yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat diserang penyokong Bersih 3.0.





KUALA LUMPUR -Seorang anggota polis, Konstabel Mohamed Kamil Paimin, 24, yang didakwa melanggar orang ramai semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin, tampil memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Menurut Kamil, dia berada dalam keadaan separa sedar dan hilang kawalan ke atas kereta Proton Waja yang dipandunya selepas mengalami pendarahan di kepala akibat dibaling objek keras.

Rakaman video menunjukkan kereta itu kemudian terbabas ke kaki lima tetapi tidak dapat dipastikan sama ada orang ramai yang berada di kawasan itu cedera dalam kemalangan tersebut kerana tiada laporan dibuat setakat ini.

Dakwaan sesetengah pihak bahawa kereta itu diterbalikkan penyokong Bersih untuk mencederakan Kamil juga tidak dapat dipastikan kerana ada sumber mengatakan kenderaan itu disengetkan bagi mencari sama ada terdapat mangsa tersepit di bawah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Kamil berkata, dia diarah membawa kereta tersebut untuk mengambil anggota polis lain, apabila diserang di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

“Ketika saya mula masuk ke dalam kelompok penyokong itu, keadaan masih terkawal, tetapi mereka tiba-tiba menyerang.

“Mereka membaling batu, botol, kon polis dan objek lain ke arah tingkap kereta, dan satu benda keras terkena kepala saya.

“Saya tak sempat minta bantuan rakan dan terus pengsan. Saya tak ingat apa yang berlaku selepas itu,” katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Kamil, yang baru dua tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, juga bersyukur selepas mengetahui jurugambar stesen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, membantunya ketika diserang.

Namun, Azri juga cedera di kepala kerana dipukul sekumpulan kecil individu dipercayai peserta perhimpunan semasa cuba membantu Kamil dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu.

“Saya suruh mereka berhenti serang saya tetapi rayuan itu tidak diendahkan. Nasib saya baik kerana orang lain di kawasan itu membantu saya, dan kamera saya juga selamat,” katanya yang turut menerima rawatan di HKL.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam turut melawat Kamil, Azri serta anggota trafik, Mohd Nasir Abu dan wartawan The Sun Mohd Radzi Abdul Razak yang turut cedera ketika perhimpunan kelmarin.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Najib 'tak ragu-ragu' panggil PRU13


AHAD, 29 APRIL 2012




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin, yang dikatakan menarik lebih ramai peserta berbanding Bersih 2.0 Julai lalu, tidak akan menimbulkan keraguan untuk beliau memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, biar tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

Selaku Perdana Menteri, Najib ada keistimewaan untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen dengan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasiona (BN) ditanya mengenai kesan perhimpunan Bersih 3.0 , yang diadakan atas alasan mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketika penganalisis dan pemerhati mengatakan bahawa PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini.

Bagaimanapun ekoran perhimpunan itu, kini ada yang membuat andaian kemungkinan PRU13 akan dianjakkan sehingga September atau November. Perdana Menteri ada mandat sehingga April 2013.

Dipetik dari laporan Bernama, Najib turut ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini.

Najib berkata, tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.

Najib telah mewujudkan PSC Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.

Peserta demonstrasi boleh didenda RM20,000


AHAD, 29 APRIL 2012

 MEREKA yang membawa kanak-kanak dalam perhimpunan haram juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.



KUALA LUMPUR - Peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 boleh didenda antara RM10,000 hingga RM20,000 jika didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Jumlah denda tersebut adalah lima hingga 10 kali ganda daripada jumlah denda yang dkenakan sebelum ini iaitu RM2,000.

Kesalahan yang ditakrifkan dalam akta baharu itu termasuk merempuh sekatan polis, membawa anak kecil dan melakukan keganasan di tempat perhimpunan.

Akta baharu itu turut menyatakan seseorang penganjur didapati bersalah jika menganjurkan perhimpunan dalam jarak 50 meter dari tempat larangan.

Bersih 3.0 jadi huru-hara


SABTU, 28 APRIL 2012





KUALA LUMPUR -Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 yang kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil bertukar ganas apabila penyokongnya bertindak mencederakan 11 anggota polis serta merosakkan harta benda awam ketika menyertai perarakan haram menuju ke Dataran Merdeka semalam.

Kesemua anggota tersebut termasuk seorang anggota wanita dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan pesakit luar akibat kecederaan di kepala, tangan serta patah gigi.

Dua daripada anggota itu ditumbuk dan dipukul dengan kon dalam insiden sebuah kereta peronda Proton Waja diterbalikkan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih berjaya mengawal keadaan, malah berjaya menyekat para penyokong Bersih 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka.

Polis kelmarin mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam kelmarin hingga 1 Mei.

Katanya, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh bertindak ganas.

Sementara itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikritik Umno Kelantan atas alasan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 3.0, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berhimpun di ibu negara, semalam.
Menteri Besar Kelantan ini berkata, rakyat hadir di ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan ketika Bersih kerajaan diam dan membisu manakala  apabila Bersih 2.0 diadakan, kerajaan buat ‘pekak badak’.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Sydney, Melbourne, Makkah, Madinah dan Mesir turut menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0.

PDRM nafi anggotanya terbunuh


SABTU, 28 APRIL 2012

 Aksi ganas penyokong perhimpunan Bersih 3.0 merosakkan sebuah kereta peronda di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur semalam. Ada tompokan darah di atas kaki lima jalan.




KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi menafikan ada anggotanya yang terkorban ketika ditugaskan mengawal demonstrasi Bersih 3.0 yang bertukar ganas semalam.

Penafian itu dibuat PDRM melalui akaun Twitter rasmi pasukan itu.

Sebelum ini khabar angin tersebar kononnya seorang anggota polis dipercayai dari unit trafik terbunuh akibat dibelasah peserta Bersih 3.0 di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Air 'sirap' telaga Pasir Puteh berbahaya


SABTU, 28 APRIL 2012

IMBAS: ORANG ramai mengambil air berwarna merah dari sebuah telaga di Pasir Puteh, Kelantan kemarin.



KOTA BHARU - Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan semalam mengingatkan orang ramai supaya jangan meminum air daripada sebuah telaga di Kampung Pintu Gerbang, Pasir Puteh kerana dipercayai mengandungi kandungan besi yang berlebihan dan boleh mendatangkan komplikasi buah pinggang.

Timbalan Pengarahnya, Abd. Rashid Ahmad berkata, fenomena air bertukar merah itu bukan peristiwa aneh khususnya di negeri ini memandangkan bentuk buminya mempunyai banyak kandungan mineral termasuk besi.

Menurutnya, mengikut Standard Kualiti Air Minuman 2009 Kementerian Kesihatan, kadar kandungan besi dalam air yang selamat diminum hanya 0.3 miligram seliter.

Nenek diserang 30 monyet liar


JUMAAT, 27 APRIL 2012



ALOR GAJAH - Demi menyelamatkan seorang cucunya, seorang nenek cedera diserang sekumpulan 30 ekor monyet liar yang sedang menceroboh kediaman mereka di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Zaiton Comel, 83, menerima 14 jahitan di muka, selain kesan calar dan lebam di badan selepas diserang monyet berkenaan.

Selain jahitan di mata kiri dan atas bibir, bawah dagu mangsa juga terkoyak sepanjang kira-kira enam sentimeter.

Zaiton berkata, ketika kejadian, dia sedang duduk di pangkin tidak jauh dari rumahnya, sebelum terdengar cucunya, Umi Amira Syikin Azman, 5, menangis ketakutan apabila sekumpulan monyet masuk ke dalam rumah.

“Pada mulanya saya sangkakan cucu saya menangis kerana kehabi-san susu kerana ibu dan bapanya keluar bekerja, manakala abangnya pula bersekolah. Kemudian dari jauh saya nampak beberapa ekor monyet berkeliaran di halaman rumah.

“Tanpa fikir panjang, saya ambil penyapu dan pergi ke arah cucu saya. Namun, saya terkejut setibanya di halaman rumah, tengkuk terasa berat seperti ada benda berbulu bertenggek,” katanya.

Menurutnya, tiba-tiba seekor monyet menerkam belakang tengkuknya lalu kedua tangan monyet itu mencakar mukanya, sebelum mangsa tersembam atas tanah.

“Saya pukul monyet-monyet itu dengan penyapu tetapi kumpulan monyet liar itu semakin mengganas dan menyerang saya yang terbaring atas tanah. Saya nampak puluhan ekor monyet lagi datang dari setiap arah dan berdiri atas badan saya,” katanya.

Dalam keadaan kelam-kabut, katanya, beberapa ekor monyet terus memijak badannya, selain salah seekor monyet itu menggigit lengan kirinya, bagaimanapun dapat ditepis.

“Selepas itu saya dia tidak ingat apa yang berlaku. Selepas tersedar, saya dia dapati anak saudaranya sudah berada di sisi, manakala cucu saya pula selamat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Wanita tikam suami dengan gunting


JUMAAT, 27 APRIL 2012

Foto hiasan.




JOHOR BAHRU –Pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri di Taman Sentosa, di sini, semalam berakhir dengan tragedi apabila si isteri bertindak menikam perut suaminya dengan gunting sehingga menyebabkan mangsa cedera parah.

Dalam kejadian yang berlaku jam 7 pagi itu, mangsa dikatakan ditikam isterinya selepas berlaku salah faham antara mereka.

Menurut teman serumah mangsa yang mahu dikenali sebagai Mahmud, 27, pada mulanya dia terdengar pasangan itu bertengkar ketika berada di dalam bilik air.

“Keluar sahaja daripada bilik air, saya terkejut mendapati mangsa terbaring di lantai dengan berlumuran darah.

“Ketika itu dia hanya berkata 'isteri menikam saya' sambil mengerang kesakitan,” katanya.

Menurut Mahmud, pasangan suami isteri itu memang kerap bertengkar sejak mula pindah ke situ empat bulan lalu.

Sementara itu, mangsa yang mengalami luka di perut sepanjang 15 sentimeter dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Terkejut air telaga bertukar merah


JUMAAT, 27 APRIL 2012

ORANG ramai mengambil air berwarna merah dari sebuah telaga di Pasir Puteh, Kelantan semalam.


PASIR PUTEH –Sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap.

Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu.

Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa.

“Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah.

“Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah,” katanya kepada wartawan semalam.

Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku.

Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan sejak tiga hari lepas dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan semalam kerana tiada perubahan.

Afriyani 'si Xenia maut ' diancam 15 tahun penjara


UMAAT, 27 APRIL 2012






JAKARTA -: Terdakwa Afriyani Susanti " si pencabut nyawa massal " di kawasan Tugu Tani menjalani sidang perdana di pengadilan negeri jakarta pusat,khamis (27/04) 2012 pagi tadi. Sidang tersebut dipimpin oleh ketua majelis hakim,Antonius bersama dua orang hakim anggota.

Sidang yang dihadiri ratusan pengunjung,dikawal ketat oleh oleh petugas kepolisian dari daerah resort jakarta pusat.Tampak dipersidangan para keluarga korban membawa foto yang telah meninggal dunia akibat insiden kecelakan lalu lintas tersebut.

Dalam dakwaan jaksa penuntut umum, Emilwan (Kejati) mengatakan bahwa perbuatan terdakwa telah menghilangkan nyawa,berjumlah 9 orang,diantaranya 7 orang masih ber-usia belasan tahun.Atas perbuatan terdakwa sebagaimana diatur dalam dakwaan primer melanggar pasal 338 KUHP,dengan ancaman pidana penjara maxsimal 15 tahun,ke-dua primer melanggal pasal 311 ayat 5 UU No.22 tahun 2009 tentang lalu lintas dan angkutan jalan,dan subsidair melanggar pasal 310 ayat 4 UU No.22 tahun 2009 tentang lalu lintas dan angkuta jalan,serta ke-tiga primer melanggar pasal 310 ayat 3 UU No.22 tahun 2009 tentang lalu linta dan angkutan jalan.

Lebih jelasnya,perbuatan terdakwa berawal ketika dirinya bersama teman-temanya yakni Ary Sendy Trisdiarto,Deny Mulyana,Adisitina Putri Gani, Angela Halim dan Prita Audya Ramadhane sekitar jam 03.00 wib, ingin melanjutkan acara joget (tripping red) di diskotik Stadium sembari mengkomsumsi narkoba jenis ekstasi.
Karena hari sudah mulai pagi,terdakwa dan para saksi ingin pulang kerumah masing-masing. Saat ingin pulang,saksi Ary Sendy memperingatkan terdakwa agar pulang naik taksi,namun terdakwa menolak karena sudah terbiasa mengendarai mobil walaupun sudah begadang semalaman.

Alhasil,setelah terdakwa mengendari mobil Daihatsu Xenia No.Pol B 2479 XI,tepatnya didekat halte tugu tani,mobil terdakwa berguling-guling hingga menabrak 9 orang tewas.

Sarjan polis dijel lima tahun kerana rompak


JUMAAT, 27 APRIL 2012





SINGAPURA - SEORANG bekas staf sarjan polis dihukum penjara lima tahun semalam - kerana merompak dengan memecah masuk rumah mangsanya.

Mohamed Faisal Mohamed Yusoff, 33 tahun, mengaku salah bagi lima tuduhan pecah masuk dan merompak antara Ogos dengan Februari lalu.

Dia bertugas di Cawangan Risikan Divisyen di Divisyen Polis Central ketika itu.

Sebanyak 10 lagi tuduhan ke atasnya diambil kira semasa hakim menjatuhkan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Allison Phua berkata secara keseluruhannya Mohamed Faisal merompak barang-barang berjumlah $30,300 dan hanya $4,100 ditemui semula.

Mahkamah diberitahu dia menggunakan pemutar skru untuk membuka tingkap dan pintu sorong rumah-rumah untuk mencuri wang tunai, barang kemas dan barang lain, seperti jam tangan, kamera, komputer riba dan alat pengukur degup jantung.

Hakim memutuskan hukuman penjara itu bermula pada 26 Februari lalu, iaitu hari pertama Mohamed Faisal ditahan reman.

Dia telah digantung daripada tugas sejak ditangkap dan sekarang akan dipecat.

Dataran: Mahkamah larang orang ramai kumpul


KHAMIS, 26 APRIL 2012



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) difahamkan telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai 6 pagi tadi.

Difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.

Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.

Dalam pada itu tinjauan, sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini berlaku.

Polis mati depan Istana Anak Bukit


KHAMIS, 26 APRIL 2012



ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.

Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.

“Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.

“Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Yulia Rachman Telah Resmi Cerai?


KHAMIS, 26 APRIL 2012



JAKARTA - Kabar mengejutkan datang dari pasangan artis Yulia Rahman dan Demian Aditya. Keduanya dikabarkan telah resmi bercerai sejak Kamis (26/4/2012) lalu. Waduh!

Menurut sebuah sumber yang dihubungi,
Yulia telah resmi bercerai kemarin setelah masa jatuh talak dua bulan.

"Antara kemarin atau hari ini, teteh sudah putusan cerai. Pokoknya udah masuk dua bulan dari masa talak," ujar sebuah sumber yang dihubungi wartawan, Kamis (26/4/2012).

Pasangan yang menikah pada 2008 lalu itu memang kerap diterpa isu tak sedap. Salah satunya adalah tentang kabar perselingkuhan Demian dengan seorang model.

Namun ketika dikonfirmasi perihal perceraiannya, Yulia enggan berkomentar banyak. "Untuk saat ini bukan saatnya saya bicara," tepis Yulia pendek saat dihubungi via telepon.

Apr 26, 2012

Rampas patung seks

KHAMIS, 26 APRIL 2012


KLANG - Sebuah patung getah yang menyerupai tubuh perempuan yang dijual pada harga RM50 dan menjadi kegemaran lelaki untuk melepaskan nafsu antara pelbagai produk berahi yang dirampas penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tujuh siri serbuan di sini, 18 April lalu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, pihaknya merampas pelbagai peralatan dan ubat seks yang dianggarkan bernilai RM10,000 kerana dijual secara terbuka.

“Antara kawasan yang terbabit dalam operasi ini ialah Taman Klang Jaya, Taman Bayu Perdana, Persiaran Raja Muda Muda, Jalan Kapar, Lorong Cungah, Taman Klang Utama dan Taman Sentosa.

“Serbuan dijalankan pada jam 4 petang di tujuh kawasan secara serentak selepas kami melakukan risikan dan hasil aduan awam,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Andry Arman berkata, peniaga terbabit menjadikan pelanggan di premis nombor ekor berhampiran sebagai sasaran utama berikutan premis berkenaan tumpuan orang ramai.

Katanya, rungutan orang awam yang melalui kawasan itu terutama ibu bapa disalurkan kepada MPK yang kemudian membuat serbuan dan merampas hampir 300 produk berahi termasuk barang perhiasan wanita selain menyita peralatan berniaga.

Saya bukan isteri menteri – Zahida


KHAMIS, 26 APRIL 2012





KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.

Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.

Apr 25, 2012

Remaja diekori harimau meninggal kerana trauma


26 April 2012
Rohani (tengah) kelihatan sedih ketika mengiringi upacara pengebumian anaknya.
Remaja diekori harimau meninggal kerana trauma
KENANGAN...Mastura di samping ibunya selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Remaja diekori harimau meninggal kerana trauma
Pak belang yang ditembak mati selepas mengekori arwah dan ibunya 3 bulan lalu.
Remaja diekori harimau meninggal kerana trauma
KUALA KANGSAR - Peristiwa diekori harimau hampir tiga jam di kawasan Padang Ragut Changkat Jambu, di sini, mengakibatkan kehidupan Mastura Kamaruddin, 16, diselubungi trauma sehingga dia menghembus nafas terakhir pada jam 5 petang kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Kisah Mastura bersama ibunya, Rohani Osman, 50, diekori harimau ketika menoreh getah pada 15 Januari lalu pernah menggemparkan negara apabila tersiar di dada akhbar.
 
Menurut Rohani, selepas peristiwa itu, kesihatan Mastura sering terganggu termasuk mengalami demam panas dan pernah dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.
 
Katanya, kesihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati itu semakin teruk dari sehari ke sehari sehingga hilang kemampuan berjalan pada 7 April lalu.
 
“Keadaannya sangat lemah ketika itu sehingga perlu didukung oleh bapanya untuk ke bilik air dan memerlukan jagaan sepanjang masa.
 
“Mastura dipindahkan ke HRPB pada 13 April lalu kerana keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Chuar Hilir, di sini, semalam.
 
Laporan hospital mengatakan kematian Mastura berpunca daripada jangkitan kuman dalam darah dan Sinar Harian difahamkan selepas peristiwa diekori harimau, kehidupan remaja itu sering dihantui insiden berkenaan.

 
Sentiasa ketakutan
 
ROHANI mengakui Mastura mengalami trauma dan sentiasa berada dalam ketakutan selepas peristiwa itu, sehingga tidurnya sering terganggu.
 
Katanya, selain mendapatkan rawatan di hospital, keluarganya turut mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan tradisional dan pernah dibekalkan limau nipis untuk mandi.
 
“Hanya saya sahaja mandi menggunakan limau nipis itu sedangkan Mastura tidak mahu melalui proses berkenaan,” jelas Rohani.
 
Rohani juga memaklumkan anaknya itu mengalami luka di bahagian kaki dan pinggang serta sedikit kecederaan semasa melarikan diri daripada harimau berkenaan.
 
Menurutnya, luka berkenaan semakin teruk sehingga kaki Mastura menjadi lemah menyebabkan remaja itu tidak mampu berjalan dan kini mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya walaupun di selubungi kesedihan.

 
Hilang mata pencarian
 
DALAM pada itu, Rohani menceritakan, Mastura sempat berpesan agar dia tidak lagi menoreh di kawasan kejadian beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
 
Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memberi pesanan sama kepada ayahnya kerana bimbang mereka akan jatuh sakit sepertinya.
 
“Kerana menghormati pesanan akhir Mastura, saya dan suami tidak lagi menoreh di kawasan padang ragut itu demi mengelak kejadian sama berulang.
 
“Sekarang kami tidak tahu di mana mahu mencari rezeki kerana selama ini pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung kepada kerja menoreh getah,” katanya.
 
Dalam keadaan sedih serta muram, Rohani mengakui dia sendiri tidak dapat melupakan kejadian tersebut dan akan berpegang kepada pesanan Mastura sungguhpun tertekan memikirkan cara mencari sumber pendapatan keluarga.
 
*Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi sendiri keluarga ini di talian 012-5825300.

Mayat ditemui dalam longgokan sampah


26 April 2012
Mayat lelaki warga Indonesia yang ditemui di tempat pembuangan sampah Jalan Masjid, Subang, semalam.
Mayat ditemui dalam longgokan sampah
SUBANG - Seorang pengawal keselamatan loji kumbahan yang baru selesai tugas, terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki warga Indonesia dengan tangan berikat di tempat pembuangan sampah di Jalan Masjid di sini, semalam.

Mayat lengkap berpakaian itu ditemui jam 8 pagi, ketika pengawal terbabit ingin pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, pemeriksaan­ awal mendapati lelaki memakai t-shirt dan berseluar jeans itu dipercayai baru sahaja dibunuh, beberapa jam sebelum mayatnya dijumpai.
“Siasatan menunjukkan kedua-dua tangan mangsa diikat ke belakang dan terdapat kesan cedera di leher, perut, depan dan belakang badannya.
 
“Kita bagaimanapun masih belum dapat pastikan sama ada kesan luka itu akibat ditikam atau dikelar,” katanya.
 
Arjunaidi berkata, polis tidak menolak kemungkinan­ mangsa dibunuh di tempat lain, sebelum mayatnya dibuang di kawasan terbabit.
 
Menurutnya, tiada senjata atau dokumen pengenalan diri ditemui berhampiran mangsa atau kawasan sekitar.
 
“Kita masih belum dapat kenal pasti motif kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
 
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Video Mesum Terbaru Beredar di Surabaya


RABU, 25 APRIL 2012



SURABAYA - Satu lagi rekaman adegan mesum beredar di Surabaya, Jawa Timur. Setelah kawasan Suramadu dan Pucang digegerkan video porno, kali ini giliran Lakarsantri. Adegan asusila itu sudah beberapa hari terakhir beredar.

Rekaman tersebut berisi adegan mesra antara laki-laki dan seorang perempuan di sebuah ruangan. Sang laki-laki terlihat lebih tua ketimbang perempuannya. Dari pakaiannya, sepertinya keduanya mengenakan seragam.

"Mungkin karena tempatnya terbuka, keduanya tidak menanggalkan pakaiannya," ujar Heru, warga Lakarsantri, Rabu (25/4/2012).

Durasi rekaman video itu cukup lama, yakni enam menit. Belum diketahui siapa yang merekam. Kabarnya, rekaman ini sudah ada di tangan anggota Polsek Lakarsantri.

Skandal Seks Sampai Buka Situs Porno Anggota DPR


RABU, 25 APRIL 2012


Anggota DPR tepergok nonton film porno melalui smartphone saat Sidang Paripurna DPR RI sedang berlangsung Jumat (8/4/2011), tahun lalu



JAKARTA-- Pasca reformasi, wakil rakyat yang duduk di DPR, kerap mendapat sorotan. Sikap dan prilakunya, terus menjadi perhatian. Bahkan, dalam perjalanannya, beberapa anggota DPR harus bernasib sial lantaran tepergok, atau terungkap skandal seksnya melalui vidoe yang tersebar di masyarakat.

Yang paling terkini adalah terungkapnya foto perempuan dan laki-laki mirip anggota DPR RI dari Fraksi PDIP, beradegan syur. Perempuan yang dimaksud diduga merupakan anggota DPR dari Kalimantan Barat. Hingga kini, politisi perempuan yang dimaksud itu belum memberikan komentar terkait beredarnya foto-foto pribadinya.

Sebelumnya, politisi PKS Arifinto kena sial. Salah seorang fotografer dari media nasional memergokinya sedang melihat gambar porno yang muncul di gadget miliknya saat sidang paripurna. Tak berapa lama, sore harinya, Arifinto mengakuinya. Ia mengaku, tak sengaja melihat gambar itu lantaran mendapat kirimian melalui email yang ternyata berisi gambar tak senonoh. Tak beberapa lama kemudian, Arifinto secara kesatria mengundurkan diri sebagai anggota DPR.

Yang lain, terungkapnya asmara terlarang seorang anggota DPR, Max Moein dengan sekretarisnya Desi Vidyawati. Kasus ini terjadi pada periode DPR lalu, 2004-2009. Ketika itu, Desi harus bolak balik ke Badan Kehormatan (BK) DPR untuk menjelaskan pelecehan seksual yang dialaminya.

Sebelumnya juga tak kalah heboh. Terungkap, skandal asmara terlarang antara politisi Golkar, Yahya Zaini dengan artis Maria Eva. Maria Eva mengaku kebenaran video yang beredar ketika itu.