Oct 14, 2010















Website: www.anakpajinggahan.blogspot.com

KAMPUNG PAJINGGAHAN, DESA TANJUNGORI 11, KEC. TAMBAK,

KAB. GRESIK, BAWEAN, JATIM INDONESIA.

PERKARA : MEMINTA BANTUAN SEIKHLAS HATI

TARIKH : 01 OKTOBER 2010

KELAB BOLASEPAK : PMC PAJINGGAHAN MENUNGGAL CLAB

‘KABAR GEMBIRA BUAT ANAK PAJINGGAHAN’

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…..

Tuan,

masyarakat Pajinggahan yang berada di Malaysia.

Mungkin masyarakat Pajinggahan akan merasa terkilan apabila membaca berita ini, karena di kampung Pajinggahan belum pernah mempunyai kelab bolasepak.

Nah sekarang Anak-anak Pajinggahan telahpun menubuhkan satu pasukan bolasepak yang diberi nama,,, PMC dan telah memenangi perlawanan seluruh Bawean serta pemainnya terpilih sebagai pemain terbaik diantara terbaik.

Sehubungan dengan perkara diatas bahwa kelab bolasepak PMC “PAJINGGAHAN MENUNGGAL CLAB” memohon simpati belas kasihan dari anak-anak pajinggahan yang berada di Malaysia untuk sama-sama memberi sokongan moral dan material, agar supaya pasukan bolasepak pajinggahan tetap unggul dan boleh meningkatkan diri untuk layak keperingkat Kabupaten.

Dengan itu sekali lagi Kami atas nama pasukan bolasepak PMC mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga dan mohon maaf sekiranya perkara ini membebankan anak-anak pajinggahan.

Sekian dari

PMC “PAJINGGAHAN MENUNGGAL CLAB”

HUMAS PANITIA SETIA USAHA

Hj. Majnawi En. Syamsuddin En. Zaini Sairi