Jun 19, 2012

Perintah ujian DNA Sri Wani ditangguh 30 Ogos


SELASA, 19 JUN 2012

Sri Wani Choo Abdullah.





KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada perlu atau tidak ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan terhadap pemilik butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah bagi menentukan jantinanya akan diputuskan pada 30 Ogos depan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memberitahu, pihaknya perlu memutuskan terlebih dahulu isu bidang kuasa mahkamah untuk mendengar kes itu sebelum boleh mengeluarkan perintah ujian jantina tersebut.

Abdul Walid berkata demikian sebagai merujuk permohonan bantahan awal oleh Sri Wani, 37, sebelum ini yang mempertikaikan alamat pemastautin suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi, 61, yang didakwa di Taman Dato Senu, Sentul.

Sri Wani melalui peguam syarie, Boestamam Ahmad mendakwa Bahrom menipu alamat dalam dokumen mahkamah dan mahukan perkara itu disiasat bagi menentukan sekiranya mahkamah di sini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu.

No comments:

Post a Comment