Jun 23, 2012

Pelakon Aaron kini penduduk tetap Malaysia




AARON dan isterinya, Diyana Halik kini berstatus Pemastautin Tetap Malaysia.


KUALA LUMPUR - Pelakon Aaron Aziz, 36,mengesahkan telah mendapat status Taraf Penduduk Tetap (PR) negara ini.

Bercakap kepada sebuah media hiburan tanah air, Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.

Sebelum ini, Zed Zaidi ( sekarang Presiden SENIMAN) mempertikaikan  status PR Aaron.

Persoalan ini diluahkan oleh Zed Zaidi apabila Aaron diumumkan  bergelar Artis Paling Popular 2011.

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum.

" Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.

"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron.

No comments:

Post a Comment