Jul 6, 2012

Gadis ini akui diperkosa kumpulan mat rempit


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -Tertekan kerana tidak dapat menerima kehadiran lelaki lain sebagai bapa menjadi titik hitam dalam hidup seorang remaja perempuan apabila dia terjebak sebagai bohsia dan ditiduri ramai Mat Rempit.

Lina, 15, berkata, ibunya berkahwin lain manakala bapa tiri tidak pernah memberi kasih sayang kepadanya menyebabkannya mencari teman lelaki bagi menghilangkan kebosanan.

“Sejak ibu bercerai dengan bapa ketika saya berusia 12 tahun, hubungan kami renggang dan sering bergaduh sehingga beberapa kali saya dipukul.

“Saya rapat dengan kakak yang dua tahun lebih tua daripada saya dan sering menemaninya setiap malam mencari teman lelaki di Taman Tasik Titiwangsa bagi menghilangkan kebosanan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan perangai itu, dia mendakwa pernah dirogol bergilir-gilir beberapa Mat Rempit di sebuah kawasan rekreasi di Rawang selepas cuba menghalang kakaknya daripada menjadi mangsa nafsu kumpulan lelaki itu.

“Namun kejadian itu tidak menjadi pengajaran kepada saya sebaliknya saya semakin ligat bertukar pasangan asalkan saya suka pada dia,” katanya.

Lina juga mendakwa, seorang rakan perempuannya pernah ‘menjual’ dia kepada sekumpulan Mat Rempit di Cheras untuk mendapatkan bekalan dadah hujung tahun lalu.

“Selepas kejadian itu, saya cuba mengasingkan diri daripada rakan namun disebabkan hanya berpendidikan setakat darjah enam dan masih di bawah umur, saya sukar mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, dia kini menumpang di rumah datuk dan nenek selepas tidak lagi dipedulikan ibu atau bapa tirinya.

No comments:

Post a Comment