Mar 24, 2014

PKR menang PRK Kajang tapi majoriti merosot.. sebab...

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil DUN itu yang diumumkan hari ini.

Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan di sini hari ini, calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat 16,741 undi dengan majoriti 5,379 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.

Kemenangan Dr. Wan Azizah bagaimanapun menyaksikan kemerosotan majoriti sebanyak 1,445 undi berbanding yang diperolehi calon PKR, Lee Chin Cheh yang memperoleh majoriti sebanyak 6,824 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, PRK hari ini hanya menyaksikan sejumlah 28,314 atau 72 peratus daripada 39,278 pengundi di DUN Kajang keluar mengundi sebaik sahaja 16 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Jumlah tersebut, katanya, menurun sebanyak 16 peratus berbanding sewaktu PRU-13 iaitu 87.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 39,728 pengundi.

Kat atas tu laporan dari Utusan... kat bawah ni video pengumumannya..

Sebab utama majoriti merosot ialah peratusan keluar mengundi yang hanya 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

Menurun sebanyak 16% berbanding 88.4% pada Pilihan Raya Umum ke-13 menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Lagipun ini adalah PRK bukannya PRU, jadi macam biasalah.. pengundi luarpun tak ramai yang balik dan penyokong PR pun ramai juga rasanya yang tak keluar mengundi sebab yakin akan menang...

Dan paling menarik kali ini ialah PKR secara tidak rasmi berjaya menang atau mengurangkan majoriti empat kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.

Menurut Fahmi Fadzil, PKR merampas daerah mengundi Sg Sekamat dengan 45 undi (sebelum ini tewas dengan 239 undi) dan juga daerah mengundi Taman Delima dengan 3 undi (sebelum ini tewas dengan 123 undi).

"Di Sg Kantan dulu kita kalah 420 undi tetapi sekarang berkurang kepada 225 manakala di Daerah Mengundi Batu 10 Cheras (157) sekarang berkurang kepada 151," kata beliau.

No comments:

Post a Comment