orang-orang Boyan merupakan mereka yang rajin bekerja dan sanggup membuat kerja kasar seperti pemandu kereta
atau tukang kebun
(kephun dalam bahasa Bawean).
Orang-orang Bawean merupakan satu kelompok kecil sebahagian dari masyarakat Melayu yang berasal dari
Pulau Jawa di selatan. Orang Bawean dan orang Melayu adalah berasal dari satu rumpun yang sama iaitu
rumpun Melayu dan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara orang Melayu dengan orang Bawean
kerana tidak ada perbezaan warna kulit, mempunyai persamaan agama iaitu agama Islam dan kerana asimilasi
mereka dengan masyarakat Melayu.
Sukar bagi menentukan tarikh yang tepat kedatangan orang-orang Bawean ke Melaka kerana tidak ada bukti
dan dokumentasi sejarah mengenai kedatangan mereka. Kedatangan mereka tidak dicatatkan oleh mereka sendiri
dan oleh tokoh-tokoh sejarah. Bermacam-macam pendapat telah diberikan namun untuk mencari tarikh yang tepat
tidak dapat dibuktikan. Pendapat pertama mengatakan bahawa ada orang yang bernama Tok Ayar telah datang
ke Melaka pada tahun 1819 dan pendapat yang kedua pula mengatakan bahawa tahun 1824 dapat dikira sebagai
satu tarikh sudah adanya orang Bawean di Melaka iaitu sewaktu penjajahan Inggeris di Melaka. Pendapat yang
ketiga pula mengatakan sudah ada orang Bawean di Melaka sebelum tahun 1900 dan pada tahun itu sudah ramai
orang Bawean di Melaka. Tarikh ini dirasakan lebih selamat dari tarikh yang disebutkan di atas.
Pertempatan masyarakat Bawean adalah di kawasan bandar dan kawasan yang berhampiran dengan bandar
Hospital Besar Melaka. Jarang terdapat orang Bawean yang tinggal di kawasan-kawasan yang terlalu
jauh dari bandar dan jumlah orang Bawean yang terdapat di Melaka dianggarkan tidak melebihi seribu orang.
Terdapat persamaan perlakuan antara orang Bawean dengan orang Melayu terutama dari aspek agama
dan pengalaman magis sebagai salah satu daripada unsur kebudayaan mereka. Orang Melayu mengamalkan
ilmu-ilmu magis yang dimanifestasikan oleh pawang, bomoh dan dukun. Begitu juga penggunaan
ubat guna-guna. Persamaan latarbelakang budaya menyebabkan mereka mudah menyesuaikan diri
dengan cara hidup orang-orang Melayu apabila mereka merantau ke Semenanjung Malaysia.
Isi kandungan[sorokkan] |
[sunting]Orang Bawean di Era 2000
Di Lembah Klang, ramai orang Bawean membina penempatan di kawasan Ampang, Gombak, Balakong dan juga
Shah Alam. Mereka membeli tanah dengan cara berkongsi dan membina rumah seperti rumah-rumah teres.
Di Gelugor, Pulau Pinang terdapat sekurang-kurangnya 2 keluarga besar orang Bawean. Mereka menggunakan
bahasa Melayu dialek Pulau Pinang untuk bertutur dengan orang bukan Bawean.
Menurut www.ethnologue.com di Singapura terdapat kira-kira 14,292 orang Bawean (anggaran tahun 1985).
Tetapi hanya 900 sahaja yang boleh berbahasa Bawean.
Anak-anak mereka yang lahir di Malaysia telah menjadi warga Malaysia. Ada yang berjaya memasuki universiti
tempatan.
Perantau-perantau yang datang dari tahun 90-an ada yang telah menerima status penduduk tetap, namun masih
ramai yang memohon untuk menjadi warga Malaysia yang penuh kemakmuran ini.
Orang Bawean terkenal dengan kemahiran membuat bangunan dan rumah. Ada juga yang menjadi usahawan
kecil seperti sub-kontraktor pembersih bangunan dan peniaga runcit.
[sunting]Orang Bawean dan Orang Madura
Walaupun Bahasa Bawean dan Bahasa Madura mirip serta Bawean merupakan salah satu daripada suku Madura,
berdasarkan pengalaman penulis bersama Orang Bawean, budaya dan adat mereka berbeza dengan Orang Madura.
Orang Bawean juga kurang gemar dikenali sebagai Orang Madura kerana perbezaan tersebut.
[sunting]Budaya-Budaya Orang Bawean
- Kercengan
Kercengan biasanya dipersembahkan sewaktu Majlis Perkahwinan masyarakat Bawean. Masyarakat Madura
menggunakan nama kercengan sebagai Hadrah.
Penari akan diletakkan sebaris atau dua barisan. Pemain kompang dan penyanyi duduk di barisan belakang.
Lagu-lagu yang diperdengarkan adalah lagu-lagu selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Pemain kercengan
terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kercengan dipersembahkan pada waktu malam sebelum majlis
persandingan berlangsung keesokan harinya.
- Zamrah
Seperti juga kercengan, zamrah juga dipersembahkan pada Majlis Perkahwinan di hadapan pengantin yang
sedang bersanding serta tetamu yang sedang makan. Penari zamrah terdiri daripada gadis-gadis muda yang
memegang alat muzik tamborin atau kerceng ditangan. Lagu-lagu zamrah dinyanyikan oleh penyanyi lelaki
atau wanita dengan lagu-lagu berunsur keagamaan dan nasihat. Alat muzik yang digunakan pula adalah
kompang dan kongga, ada juga yang telah menggunakan alat muzik moden seperti 'keyboard'.
- Cukur Jambul
Bayi yang telah genap usianya 40 hari akan disambut dengan Majlis Kesyukuran bercukur jambul. Adat ini
sama seperti adat orang Melayu dan Jawa. Bacaan berzanji bersama paluan kompang meraikan bayi yang
akan dicukur kepalanya.

No comments:
Post a Comment