Oct 2, 2012

Pembaca berita diacu gunting pokok


Foto hiasan.

CHERAS - Seorang pembaca berita sambilan sebuah stesen televisyen berbayar menghadapi saat cemas apabila tiga lelaki bermotosikal mengacukan gunting pokok ke arahnya sebelum melarikan beg tangan miliknya dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Perkasa 5, Taman Maluri, di sini, awal pagi semalam.

Dua daripada tiga suspek itu bagaimanapun ditahan selepas teman lelaki mangsa yang baru menghantarnya terdengar jeritan wanita berusia 31 tahun terbabit sebelum mengejar dua motosikal dinaiki penjenayah itu dengan keretanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, mangsa baru dihantar teman lelakinya, 38, apabila tiga lelaki menaiki dua motosikal menghampirinya dan mengacukan gunting pokok.

“Seorang daripada suspek merampas beg tangan mangsa bagaimanapun, mangsa cuba melawan dan menjerit sehingga didengari teman lelakinya yang masih berada berhampiran tempat kejadian.

“Menyedari mangsa disamun, lelaki terbabit memecutkan kereta mengejar suspek dan dalam masa sama, jeritan wanita itu didengari polis peronda yang membuat rondaan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment