May 7, 2011

Serba Sedikit Tentang Pulau Bawean


Pulau Bawean atau julukannya sebagai Pulau Puteri, adalah sebuah pulau di Indonesia yang terletak sekitar 150 km sebelah utara bandar Surabaya di Laut Jawa, dan pulau ini diuruskan oleh Kabupaten Gresik Propinsi Jawa Timur. Pulau ini berdiameter dengan keluasan 15km dan ia boleh dikelilingi dengan satu jalan yang sempit. Bawean didominasi oleh gunung berapi yang telah pupus pada pusatnya yang meningkat lebih dari 650 m di atas permukaan laut.

Penduduk pulau ini adalah sekitar 100000 orang atau dengan lebih tepat sekitar 65000 orang yang mempunyai identiti pengenalan diri yang dipanggil KTP. Ia terbahagi kepada dua daerah iaitu ibu kota Sangkapura dan Tambak.



Nama pulau ini berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud "ada sinar matahari". Di Indonesia, ia secara amnya dikenali sebagai Pulau Bawean. Di Singapura dan Malaysia, di mana banyak penduduk asal pulau tersebut berhijrah, pulau ini dikenali sebagai Boyan dan pribumi sebagai Boyanese. Bawean juga disebut "Pulau Puteri" kerana sejumlah besar warga lelaki pulau tersebut merantau mencari rezeki di luar negara dan meninggalkan pulau tersebut.

Pulau ini terdapat tarikannya yang tersendiri dimana ia menyimpan banyak khazanah alam yang sangat berharga dan misteri alam semula jadi yang sukar untuk dirungkai.
Contohnya seperti Danau Kastoba, Rusa Bawean(tiada ditempat lain), Buah Merah dan banyak lagi dan semua ini......akan saya sambung dengan posting yang akan datang...
hehehe :)

No comments:

Post a Comment