May 7, 2011

Cerita Tentang Pulau Bawean



Hari ini saya akan sambung berkenaan Pulau Bawean, Indonesia dengan serba sedikit pengalaman yang saya ada ketika berkunjung kesana. Keindahan di Pulau Bawean boleh dikatakan setanding Pulau Bali jika ia dibangunkan dengan penuh tanggungjawab dan teratur. Kesemua penduduk pulau ini adalah beragama Islam dan masih berpegang kuat dengan ajaran suci ini, jadi jika anda seorang muslim tidak susah la untuk mencari makanan yang halal disana.



Di pulau tersebut juga terdapat pantai yang indah dan air lautnya yang jernih serta kebanyakan pantai-pantai disini masih belum terusik dengan pembangunan. Di pulau ini juga terdapat tasik yang masih dijaga dan tidak tercemar. Pengangkutan utama penduduk pulau tersebut pula adalah motosikal(baru advanture..haha) dan boleh dikatakan setiap rumah penduduk di pulau itu mempunyai sekurang-kurangnya 1 motosikal bahkan sehingga 2-3 buah.



Satu-satunya pengangkutan yang menghubungkan Pulau Bawean dengan dunia luar adalah pengangkutan air iaitu kapal(memang advanture beb...) dan terdapat 2 pilihan samada kapal cepat(lebih kurang 3 jam perjalanan dari Gresik,Surabaya) atau kapal lambat(lebih kurang 8 jam tempoh perjalanan dari Gresik,Surabaya).


Saya mencadangkan anda merasa sendiri pengalaman yang memang tiada jika anda ke tempat percutian yang lain dan salah satu perkara lagi yang anda perlu tahu, disana aliran elektrik belum sepenuhnya ke setiap pelusuk pulau begitu juga halnya dengan signal handphone...jadi ia menjadi semakin mencabar, di sini pun boleh jadi tempat memancing yang best tau,tak tipu punye...hehehe...lupakan tentang teknologi,pergilah nikmati alam semula jadi yang tiada tandingannya....


No comments:

Post a Comment