Apr 16, 2013

Isu video seks: Hadi solat Hajat


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Beliau turut kesal dengan amalan politik fitnah sebagai kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerana rakyat perlu ditampilkan dengan pilihan politik sihat serta hujah-hujah politik rasional.

Menolak keras budaya buruk itu, Abdul Hadi berkata, perkara seumpama itu bukan sahaja tidak elok dan juga berdosa, malah bukan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam.

“Budaya fitnah ini bukan satu cara ajaran kita. Bukan sahaja mereka yang terlibat dalam pengedaran video cakera padat itu, tetapi termasuklah semua pihak.

“Dua-dua pihak jangan (melakukan politik kotor). Jangan ambil peribadi orang,” katanya ketika ditemui selepas berakhir kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, semalam

No comments:

Post a Comment