Mar 21, 2013

kes khalwat Beego


KUALA LUMPUR – Seorang penolong pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Gombak mendakwa, pelakon dan penyanyi Beego tinggal serumah bersama kakak angkatnya di Kondominium Okleaf Park di Bukit Antarabangsa dua tahun lalu.

Muhamad Luqman Ramli, 33, juga memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam, perkara itu dimaklumkan sendiri artis berkenaan semasa serbuan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman tersebut pada pukul 6.45 pagi, 23 Februari 2011.

Kata saksi itu, Beego, 33, atau nama sebenarnya Md. Aszerul Nizam Abdullah mengaku bahawa dia menyewa rumah itu bersama seorang rakan lelaki manakala kakak angkatnya juga salah seorang penyewa di rumah berkenaan.

Pegawai JAIS tersebut merupakan saksi pertama dalam perbicaraan kes khalwat Beego bersama dua rakannya, Fikry Zainun dan Mohd. Arsli Meor Atan Ahmad. Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama Azlina Yazit dan Hadijah Mohamad Mokhtar, namun kedua-dua wanita itu sebelum ini telah mengaku bersalah dan didenda RM3,000 atau enam bulan penjara. Mereka membayar denda tersebut.(kosmo)

No comments:

Post a Comment