
KULAIJAYA - Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan BR1M4.0 kepada kumpulan sasar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi meneruskan dasar itu, rakyat harus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Kalau mahukan transformasi dilaksanakan dengan sempurna, ia juga bergantung kepada mandat politik daripada rakyat. Jika rakyat berikan (mandat), kita akan dapat sebuah kerajaan yang kuat, negara akan mempunyai masa yang cukup hebat dan cemerlang," ujarnya ketika berucap pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di Pasar Raya Econsave di sini semalam.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Tertutup UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru dekat sini pada sebelah pagi.(kosmo)
No comments:
Post a Comment