Jan 7, 2013

Kekasih Marsha berasal dari Indonesia?


KUALA LUMPUR - Kehadiran Marsha bersama jejaka kacak pada sesi tayangan Kahwin Lima, akhir tahun lalu, menarik perhatian.

Justeru, timbul pertanyaan, adakah pelantun Tentang Cinta itu sudah menemui pengganti.

"Saya akui berkawan dengannya, tapi hubungan kami tidaklah sampai tahap bercinta. Namanya Guntur Triyoga, dia pelakon dari Indonesia.

"Kebetulan kami berlakon bersama dalam telefilem Antara Bintang, Mimpi dan Cinta arahan Michael Ang dan dia berasa di sini ketika itu, serta mahu mengetahui mengenai industri kita, jadi saya bawa dia ke majlis tayangan filem Kahwin Lima.

"Hubungan kami nampak mesra, mungkin kerana kami bawa watak pasangan bercinta, jadi kerana itu saya rapat dengan dia. Saya harap tiada sesiapa yang salah sangka dengan hubungan kami," ujarnya

No comments:

Post a Comment