Dec 30, 2012

Pulau Bawean Masih Seperti Dulu

Setelah Berpuluh tahun saya meninggalkaan Bawean apa yang terbayang di dalam hati ialah Bawean sudah maju namun jauh sekali dugaanku setelah aku sampai di Pulau Bawean baru baru ini ternyata Bawean masih tetap seperti dulu, terutama dari segi pembangunannya ya.. masih seperti dulu tidak ada perubahan yang ketara menurut pandangan saya terutama jalan lingkaran Bawean yang berkali kali di perbaiki tetapi pembaikan jalan belum sampai ke kawasan yang di tuju kawasan yang dahulunya di perbaiki ianya sudah rusak kembali ini yang menjadi tanda tanya apakah pembangunan Bawean tidak dikawal dari segi kekuatan meterialnya atau bagaimana saya sendiri kurang faham tentang kontraktor yang menjalankan kerja kerja tersebut.

Bagi saya pemantauan dari pihak berkuasa kemungkinan jarang dilaksanakan atau memilih syaraikat yang kurang bertanggungjawab tentang perjalanannya projek itu, kalau kita lihat dari segi qualitinya amat ketara sepertinya tidak ada jaminan untuk di gunakan sebab sudah berkali kali di perbaiki akhirnya ya begitu begitu juga. saya berharap kepada semua pihak yang berkuasa di Pulau Bawean pantaulah perjalanan pembangunan tersebut agar ianya tidak menimbulkan kerugian kepada negara. LAPTER... indah berita dari nyata.. kenyataannya lapter hanya beritanya saja sedangkan kenyataan yang sebenarnya masih seperti dulu juga masih belum ada jawapan kapan siapnya?

Kenapa perlu membusar meruntuhkan rumah orang kampung sedangkan tanah yang di ambil sudah mencukupi cuma yang merancang tidak mempunyai ilmu yang cukup cubah dahulunya dimasa permulaan projek ini dilaksanakan mengambil syarikat yang pakar dari luar negeri sudah pasti projek ini LAPTER sudah bisa di gunakan saat ini..sudah pasti syarikat luar negeri tidak akan menjalankan kuropsi kerana syarikat mereka sudah tentu mempunyai mudal yang cukup dan mempunyai kakitangan yang berwibawa.

No comments:

Post a Comment