May 13, 2012

Perkahwinan sesama ahli keluarga boleh dihukum


SABTU, 12 MEI 2012




KUCHING -  Perkahwinan sesama ahli keluarga di kalangan masyarakat Penan masih berlaku, namun ia hanya kes terpencil dan jarang didengar ketika ini.

Ahli antropologi, Kelvin Egay John berkata, memang kes perkahwinan sesama ahli keluarga pernah dilaporkan di kawasan Tinja, berhampiran Long Baram di Miri, tetapi ia sebenarnya melanggar norma masyarakat itu.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan seumpama itu menjadi isu dan mendapat tentangan ahli keluarga serta kaum masyarakat Penan lain kerana melanggar norma masyarakat dan pohok (adat) mereka.

“Jelas perkahwinan sesama ahli keluarga dilarang, malah perkahwinan sesama saudara turut dilarang dan ia bukan adat masyarakat Penan.

“Masyarakat Penan tidak membenarkan perkahwinan dengan sepupu pertama, kedua dan ketiga, apa lagi sesama adik-beradik, walaupun mereka berasal daripada komuniti kecil. Apa yang berlaku mungkin kes terpencil atau diperbesarkan pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment