Feb 15, 2012

MPKB- BRI robohkan ‘port’ memuaskan nafsu seks


RABU, 15 FEBRUARI 2012



KOTA BHARU- Dua bangsal yang dipercayai dijadikan ‘port’ untuk memuaskan nafsu seks dan melepaskan gian dadah golongan gelandangan dan remaja sejak beberapa tahun lalu dirobohkan pihak berkuasa tempatan dalam operasi pagi semalam.

Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB- BRI) bertindak merobohkan dua binaan tersebut yang dibina bersebelahan tanah perkuburan di Jalan Kubur Muda, Kampung Sireh di sini, selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa MPKB-BRI, Ramli Che Hussain, seramai 20 anggota penguat kuasa diketuai oleh Ketua Inspektor MPKB-BRI, Mohamad Ali dan dua anggota polis terlibat dalam operasi berkenaan.

“Kedua-dua bangsal tersebut didirikan di atas tanah rizab Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan tanah milik persendirian secara haram.

“Dua tahun lalu kita pernah bertindak merobohkan bangsal seumpama ini tetapi, mereka ini mendirikan semula tanpa kebenaran dan ia dipercayai menjadi tempat kegiatan jenayah dan maksiat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment