Apr 10, 2011

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul












majlis Aqiqah & Cukur Jambul adik Nur Shahirah Batrisyah Binti Aktar Hossain

9 April 2011 majlis dilangsungkan kira-kira jam 7.30malam didahului dengan Solat Magrib berjamaah yang di Imamkan oleh Yang Berbahagia Ust Hj Mohd Rasul. dan dia juga sebagai pak cik kepada Nasira Ibu kepada adik Nur Shahirah Batrisyah. selepas Solat Magrib berjamaah majlis bacaan Albarzanji dan Marhaban dimulai dan setetelah para jamaah berdiri membacakan marhaban, diwaktu itu juga Adik Nur Shahirah Batrisyah di bawa kililing selama tiga kali pusingan dan di mulainya majlis cukur Jambul. cukur jambul ini akan di laksanakan oleh Para Ustaz, orang tua dan orang yang dianggap kuat dalam beribadah.

setelah itu diselingi denagan acara menabur duit siling dan gula-gula sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah. tidak ketinggalan hiburan berupa hadrah atau kompang juga di persembahkan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. demikianlah acara atau tradisi masyarakat Pajinggahan yang mimang tradisi ini diperakui sejak turun temurun dahulu.

No comments:

Post a Comment