May 3, 2012

2 cedera bergaduh luar pejabat PM


KHAMIS, 3 MEI 2012

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong PKR cedera di muka dalam kekecohan itu.




PUTRAJAYA – Kehadiran lebih 200 penyokong MIC dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di luar pekarangan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri semalam, dengan masing-masing mendakwa mahu mempertahankan hak masyarakat India, akhirnya menjadi kecoh.

Akibat pertikaman lidah antara kedua-dua kumpulan, pergaduhan tercetus sehingga mengakibatkan dua cedera dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan. Identiti mereka yang cedera tidak diketahui.

Kumpulan penyokong MIC diketuai Ketua Pergerakan Pemuda MIC kebangsaan T. Mohan dikatakan hadir bagi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas keprihatinan beliau dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat India termasuk sekolah Tamil, kuil, masalah ekonomi dan kewarganegaraan.

PKR pula diketuai Naib Presidennya, N. Surendran dan Ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin dikatakan hadir untuk memohon kad pengenalan biru untuk seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang didakwa gagal mendaftar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolahnya akibat masalah itu.

No comments:

Post a Comment