Jan 23, 2012

Gelombang Dahsyat Di Tambak Nelayan Enggan Melaut

 23 Januari 2012


Gelombang laut kembali tidak bersahabat di perairan Pulau Bawean, kedahsayatannya sangat terasa di wilayah bagian barat, mulai Dekatagung, Dedawang, Gelam sampai Tambak. Tingginya gelombang dilaut menyebabkan banyak nelayan enggan pergi melaut, demi menjaga keselamatannya.

Ali sebagai nelayan asal Tambak dihubungi Media Bawean (minggu, 22/1/2012) mengatakan gelombang laut kembali tidak bersahabat, sehingga banyak nelayan tidak pergi melaut.

"Khawatirnya kondisi gelombang tidak bersahabat berlangsung lama yang berdampak pada mahalnya kebutuhan sehari-hari akibat kelangkaan di pasar,"katanya.

Sementara pelayaran Gresik - Bawean, disebabkan gelombang laut untuk jadwal hari senin (23/1/2012) tidak diberangkatkan.

Reven sebagai Kepala Cabang PT. SIM dihubungi Media Bawean, membenarkan pelayaran kapal express bahari 1C Gresik - Bawean, hari senin (23/1/2012) tidak berangkat disebabkan hasil prakiraan BMKG mencapai 3 meter.

Jan 20, 2012

Dipenjara: Curi $32 wang masjid untuk membeli makanan ibunya

JUMAAT, 20 JANUARI 2012



SINGAPURA - SEORANG penganggur yang mencuri $32 dari sebuah masjid untuk membeli makanan bagi dirinya dan ibunya telah dipenjara setahun semalam.

Noraizam Abdullah, 40 tahun, mengaku bersalah bulan lalu dan mahkamah ketika itu mengarahkan pihak penjara membuat penilaian sama ada dia sesuai menjalani latihan pemulihan dan tahanan pencegahan.

Pihak pendakwa berkata bahawa Noraizam telah melakukan kesalahan mencuri sejak 1997 dan telah menjalani hukuman penjara sebanyak enam kali termasuk lima tahun latihan pemulihan pada 2002.

Walaupn pihak mahkamah mendapati dia sesuai menjalani latihan pemulihan, Hakim Daerah Siva Shanmugam berkata oleh kerana dia hanya mencuri sejumlah wang yang kecil dan ia digunakan untuk membeli makanan, mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara biasa.

Dokumen mahkamah menunjukkan Noraizam telah ke Masjid Darussalam di Commonwealth Avenue West pada 11 Disember lalu.

Kotak derma di depan pintu masjid diletak di atas meja kecil dan dikunci dengan rantai besi.

Pada sekitar 11 pagi, Noraizam dilihat membawa kotak derma dan meja itu ke arah tangga masjid.

Apabila ditanya kakitangan masjid, Noraizam memberitahu bahawa dia telah diarahkan oleh pengurus masjid mengalihkan kotak derma itu ke kawasan lain.

Dia kemudian membawa kotak derma itu ke tingkat dua dan membuka kotak itu secara paksa.

Noraizam mengambil kesemua wang tersebut.

Mahkamah diberitahu bahawa dia kemudian meletakkan semula kotak derma itu di tempat asal dan pulang ke rumah.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut merakam perbuatannya itu.

Polis memberkas Noraizam dan dia didakwa pada 15 Disember lalu.

Dia memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia membelanjakan hampir kesemua duit tersebut untuk membeli makanan bagi dirinya dan ibunya.

Ibunya berkerusi roda kerana kakinya telah dipotong.

Noraizam turut mengaku kepada ibunya dia telah mencuri wang itu dari masjid kerana rasa bersalah.

Renang: 20 peserta beragama Islam disingkir

KHAMIS, 19 JANUARI 2012



SHAH ALAM - Seorang ayah kecewa apabila hasrat dua anaknya menyertai pertandingan renang dianjurkan Persatuan Renang Amatur Selangor di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13, di sini, terbantut semata-mata pakaian renang berlandaskan syariat Islam.

Muhammad Abdullah, 36, berkata, kekecewaannya turut dikongsi ibu bapa 20 peserta lain berumur antara 8 dan 12 tahun itu yang didakwa penganjur melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina).

Menurutnya, ketika pertandingan renang Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) berlangsung dari 13 hingga 15 Januari lalu, dia bersama isteri, Anis Harnisah Haron, 33, berada di China atas urusan perniagaan.

“Pada hari ketiga pertandingan itu, isteri yang menghubungi anak perempuan Anis Zakiah yang berusia 9 tahun terkejut mendengar tangisan sebelum dimaklumkan bahawa dia dan abangnya Abdullah Fateh berusia 12 tahun tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

“Anis dan Fateh sudah menghabiskan banyak masa untuk memberi saingan dalam pertandingan itu, tetapi mereka sangat kecewa apabila tak dibenarkan bertanding hanya atas sebab pakaian renang,” katanya.

Beliau lebih terkenal dengan gelaran Ustaz Amin serta Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah berkata, dia menghubungi jurulatih renang anaknya, Mohd Bukhari Ibrahim, 34, yang kemudian memaklumkan 20 peserta beragama Islam turut mengalami nasib sama.

Ustaz Amin yang kesal dengan perkara itu berkata, dia memang menggalakkan sukan renang kepada 80 anak yatim di bawah jagaan Yayasan Al-Ijabah.

“Mereka selama ini sudah diajar supaya berpakaian mengikut syariat Islam walau di mana pun berada, takkanlah tiba-tiba nak suruh buka aurat pula,” katanya.

Ustaz Amin berkata, beliau sudah mengajukan isu terbabit kepada Pengerusi Majlid Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan pihak Mais berjanji menyelesaikannya.

“Saya juga akan bertemu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid untuk berbincang mengenai perkara ini. Mungkin juga saya akan bawa isu ini untuk perhatian menteri belia (Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek),” katanya.

Zulaikha Gadis Hidap HIV Dilamar


KHAMIS, 19 JANUARI 2012

KUALA LUMPUR - Selepas disahkan positif dijangkiti virus maut HIV pada 2004, doktor menjangka dia hanya boleh hidup selama empat tahun, namun selepas tempoh itu berlalu, dia bukan saja masih mampu bernafas, malah mendapat kehidupan baru apabila ada lelaki berhati murni memperisterikannya.

Itu bukti kekuasaan Allah atas kesabaran serta kegigihan seorang penghidap virus HIV yang hanya mahu dikenali sebagai Zulaikha dan kini kehidupannya tambah bermakna apabila dikurniakan cahaya mata lelaki berusia setahun dua bulan yang disahkan bebas HIV.

“Hati siapa yang tidak remuk apabila doktor memberitahu saya hanya boleh hidup empat tahun iaitu sehingga 2008. Ketika itu saya percaya kata-katanya dan menganggap kehidupan ketika itu sudah tidak bermakna,” katanya.

Zulaikha, 33, berkata dalam tempoh tiga tahun, dia kerap berkurung dalam bilik sehingga tidak makan, minum dan mandi sehingga jatuh sakit.

“Mujur keluarga menerima dan menyokong saya. Mereka yang memujuk saya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar serta jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

“Dengan kuasa Allah, tanpa diduga pada 2008 iaitu tahun saya diramalkan meninggal dunia, saya mendapat hidup baru apabila bertemu jodoh, malah kini dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Jan 18, 2012

Penyanyi rock Awie kena santau

RABU, 18 JANUARI 2012

Penyanyi rock Awie kena santau




IPOH - Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.

Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.

“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

10 TKI yang Kabur dari Malaysia Langsung Dipulangkan

RABU, 18 JANUARI 2012

10 TKI yang Kabur dari Malaysia Langsung Dipulangkan




PONTIANAK — Dinas Sosial Kalimantan Barat langsung memulangkan 10 tenaga kerja Indonesia yang kabur dari tempat mereka bekerja di Sibu, Negara Bagian Sarawak, Malaysia, setelah tiba di Pontianak, Selasa (17/1/2012) malam.

Mereka kabur karena gaji yang dibayarkan hanya setengahnya. Kepala Bidang Pengembalian dan Pemulangan Tenaga Kerja Dinas Sosial Provinsi Kalimantan Barat Agustini, Rabu (18/1/2012), mengatakan, kebetulan pada Selasa malam ada kapal yang berlabuh di Pontianak sehingga langsung dikirim ke Jawa.

"Kebetulan ada kapal Mabuhai ke Jakarta tadi malam jadi langsung kami pulangkan. Kami mengurus administrasi mereka sebentar dan langsung kami antar ke pelabuhan. Dari Jakarta mereka akan menggunakan bus ke Jawa Timur," kata Agustini.

Kesepuluh TKI itu berasal di Situbondo dan Probolinggo, Jawa Timur. Mereka kabur dari Sibu pada Sabtu lalu dan akhirnya sampai di Kantor Sosial Kabupaten Sanggau pada Senin siang.

Pada Selasa siang, kesepuluh TKI yang bekerja di pabrik plywood itu berangkat menggunakan bus umum dari Sanggau ke Dinas Sosial Kalimantan Barat dan baru sampai sekitar pukul 21.30.

Lagi kecuaian hospital: Paha Kiri Bayi Patah

RABU, 18 JANUARI 2012

Lagi kecuaian hospital: Paha Kiri Bayi Patah

Bapa mangsa.





BAGAN SERAI – Kesal dengan kecuaian dilakukan seorang pegawai perubatan, seorang bapa di sini mahu pegawai yang melakukan pembedahan terhadap isterinya ketika melahirkan anak bertanggungjawab ke atas kecederaan pada paha kiri bayinya.

Bapa, Mohd Baki Hasan, 37, berkata, pegawai berkenaan sudah membuat pengakuan mengenai kecuaiannya iaitu menarik keluar bayi berkenaan sehingga mengakibatkan paha kiri anaknya patah.

Menurutnya, anaknya memerlukan tempoh lebih kurang tiga bulan untuk sembuh dan bayi itu mungkin mengalami kecacatan seumur hidup.

“Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu 13 Januari 2012 apabila isteri saya dikatakan mengandungkan anak dalam keadaan songsang dan perlu dibedah sekitar jam 10.55 pagi di salah sebuah pusat perubatan, di sini.

“Isteri saya berkata, sewaktu pembedahan dijalankan bayi saya didapati mengeluarkan kaki terlebih dan mendakwa pegawai berkenaan bertindak menarik keluar anak saya dengan agak kasar,” katanya yang membuat lapo­­ran polis semalam di Ibu Pejabat Polis Bagan Serai untuk siasatan lanjut.

Mohd Baki berkata, dia mendapati paha kiri anaknya patah selepas ujian x-ray dilakukan ke atas bayi itu.

Jelasnya, walaupun pihak berkenaan sudah memohon maaf namun, dia tidak sanggup melihat penderitaan bayinya dan mahu mereka me­nguruskan anaknya sehingga sembuh sepenuhnya.

“Saya berharap pegawai berkenaan bertanggungjawab di atas perbuatannya itu dengan menanggung semua kos pembedahan termasuk kos perjalanan saya untuk berulang-alik ke pusat perubatan berkenaan.

Jan 3, 2012

Asyik Tonton Video Seks, Sepasang Suami Isteri Terbunuh

Asyik Tonton Video Seks, Sepasang Suami Isteri Terbunuh

JOHOR BAHRU - Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.


Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.


Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).


“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.


Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Sep 22, 2011

SURAT LAMPIRAN DERMA MADRASAH DINIYAH ULA PAJINGGAHAN

IKATAN SETIA WARGA PAJINGGAHAN MALAYSIA

Kuala Lumpur : 01 September 2011

Perkara : Ubahsuai Madrasah Diniyah Ula Pajinggahan

Kepada : Yth Tuan Puan,

Warga Pajinggahan Yang Dihormati Sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala Puji Bagi Allah Swt Tuhan Semesta Alam,
Serta Selawat Dan Salam Keatas Junjungan
Mulia Nabi Muhammad Saw.

Dengan Izin Allah Kami Masih Diberi Kesempatan Untuk Menyampaikan Amanah Dan
Pesanan Dari Pihak Pengurusan MADRASAH DINIYAH ULA PAJINGGAHAN Untuk
Diberitahukan Kepada Semua Masyarakat Pajinggahan Di Malaysia Yang Telah Menyumbang
Wang Ringgait Untuk Pengubahsuaian (Renovation) Ruang Kelas Bangunan Tersebut, Agar
Supaya Anak-anak Murid Dapat Belajar Dengan Lebih Selesa Dan Penuh Perhatian

Untuk Itu Kami Memohon Dengan Penuh Pengharapan Kepada Semua Simpatisan Khususnya
Masyarakat Pajinggahan Untuk Menyumbang Sekali Lagi Bagi Menyelesaikan Ruang Kelas
Yang Belum Selesai Kerana Masih Membutuhkan Pembiayaan, Akhirnya Kami Berdoa Semuga
Segala Daya Usaha Serta Sumbangan Tuan Puan Diterima Allah Swt. Kerana Ikut Serta Kearah
Pengubahsuaian Tempat Pembelajaran Anak Murid MADRASAH DINIYAH ULA
PAJINGGAHAN Yang Sangat Berjasa Kepada Kita Semua.


Sekian Terima Kasih.

Yang Benar

B/P Masyarakat

................................
En. Syamsuddin Bin Hj Mohd Rasul


Bendahari

................................
En. Hafid Bin Sam'un


Wakil MDU Malaysia

...............................
En. Mursidi Bin Raip


Sekretaris

...............................
En. Saini Bin Sairi

Sep 18, 2011

Majlis Mesyuarat Agung Warga Pajinggahan


Sebahagian Warga Pajinggahan Yang Ikut Serta Dalam Program Kemasyarakatan..

Majlis Mesyuarat Agung Yang Julungkali Dilaksanakan Oleh Warga Pajinggahan Kini Semakin Aktif Dengan Kegigihan Warga Itu Sendiri, Walaupun Dalam Perkiraan Jumlah Lebih Kurang 60% Sahaja Yang Aktif Mengikut Program ini. Diharap Warga Pajinggahan Yang Lain Dapat Bersama-sama Menghadirkan Diri Apabila Majlis Mesyuarat Ini Dilaksanakan Dalam Masa-masa Yang Akan Datang.

Warga Pajinggahan Jangan Merasa Ragu-ragu Untuk Menghadirkan Diri Sekaligus Ikut Persatuan Ini, Kerana Persatuan Ini Tidak Ada Gejalah-gejalah Yang Kurang Sihat Atau Menyalahi Hukum Dan Undang-undang Negara. Bahkan Ianya Sangat Baik Bagi Kita Sebagai Warga Perantau Agar Supaya Tali Silaturrahim Kita Tidak Terputus Begitu Sahaja.

Dan Blog Pajinggahan Ini Sengaja Saya Rekabentuk Untuk Kemudahan Warga Pajinggahan Dan Warga-warga Yang Lain Supaya Lebih Senang Untuk Mendapatkan Berita Terkini Dan Semasa Berkaitan Pulau Bawean Dan Dimana Jua Negara Perantauan Warga Pajinggahan,, Justeru Itu Blog Ini Saya Bagi Cogan Kata HIMPAS Yang Bermaksud Himpunan Masyarakat Pajinggahan Serantau.

Semuga Anda Semua Mendapat Kememfaatan Blog Ini
Ayuh'' Jangan Ketinggaalan Kalau Anda Masih Merasa Anak Keturunan Pajinggahan Untuk Sama-sama Melibatkan Diri Dalam Persatuan Ini.

Wassalam
By Zaini Sairi

Jun 27, 2011

Kapal Berlindung Di Labuhan Jadi Perhatian Warga



Pantai Labuhan, desa Tanjungori, kecamatan Tambak, Pulau Bawean, sejak tadi malam (26/6/2011) dipenuhi kapal berlindung sehubungan kondisi cuaca buruk. Ada empat kapal besar, dengan jenis berbeda sedang berlindung.

Menurut Karim (pemilik warung kopi di Pantai Labuhan) mengatakan sejak tadi malam di perairan pantai Labuhan berdatangan kapal besar sedang berlindung, alasannya cuaca buruk dan angin kencang.

Spontanitas warga sekitar berdatangan, untuk melihat jarak dekat dengan kapal-kapal besar. Terlihat padangan mata fokus ke arah kapal berkururan besar di perairan dekat pantai Labuhan. 

Sementara kapal Gresik - Bawean (senin, 27/6/2011) masih tetap beroperasi, yaitu kapal Express Bahari 1C dari Gresik menuju Pulau Bawean, dan kapal Tungkal Samudera dari Pulau Bawean menuju Gresik.

Jun 17, 2011

HIMPUNAN MASYARAKAT PAJINGGAHAN SEMAKIN AKTIV

Pengerusi Masyarakat Pajinggahan En Syamsuddin Bin Ust Hj Mohd Rasul berkata,, Masyarakat Pajinggahan kini semakin jinak untuk menghadirkan diri ke majlis majlis perhimpunan masyarakat, kalau dibandingkan pada mulanya dahulu banyak masyarakat yang tidak mahu untuk menghadirkan diri,, walaupun telah di undang.
namun kini masyarakat semakin memahami keadaan, kerana dengan adanya perkumpulan ini masyarakat mendapat kemudahan dalam membentuk majlis.. yang berat boleh jadi ringan dan yang susah boleh jadi senang ujar beliau ketika ditemui diwaktu pekempulan tersebut.




En. Syamsuddin satu dari kiri, sedang menghadiri majlis pertunangan baru baru ini.

Jun 14, 2011

KEINDAHAN PANTAI PAJINGGAHAN TETAP JADI INGATAN

Keindahan alam semulajadi yang mimang menjadi tumpuan para pengunjung ke pantai Pajinggahan
dengan pasirnya yang putih dan airnya yang jernih kebiruan menambahkan lagi sebagai tarikan kepada setiap penguinjungnya..

Jun 13, 2011

PERBEZAAN ANTARA BAWEAN & MALAYSIA


En. Zaini Sairi mengikuti perhimpunan Mesyuarat PIBG Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar.

MAJLIS ALBARZANJI & MARHABAN

Sebahagian dari gambar aktiviti Warga Pajinggahan sewaktu melaksanakan majlis Marhaban dan Barzanji baru baru ini.


  

  

  

  

  

  

PENYEBRANGAN BAWEAN GRESIK

Penumpang Tak Bisa Booking Tiket Lagi

GRESIK – Penumpang kapal penyeberangan dari Gresik ke Bawean tidak bisa lagi booking atau memesan tiket jauh hari sebelum keberangkatan seperti biasanya. Mulai Minggu (5/6) kemarin Pemkab Gresik mengeluarkan kebijakan, penjualan tiket harus langsung di terminal Pelabuhan Gresik, beberapa jam sebelum keberangkatan. Hal ini bertujuan untuk menghindari praktik percaloan.

Kepala Dinas Perhubungan Achmad Nurudin, ketika dikonfirmasi Senin (6/6) pagi tadi mengatakan, kebijakan ini dikeluarkan menanggapi keluhan masyarakat atas maraknya praktik percaloan. “Mulai kemarin hingga seterusnya, penumpang yang akan berangkat dari Gresik ke Bawean harus beli tiket langsung di terminal dengan menunjukkan kartu identitas,” katanya.

Pelaksanaan program penurunan harga tiket yang digagas Bupati Gresik, tambah Nurudin, ternyata tidak sesuai dengan harapan. “Karena adanya pencaloan, harga tiket tidak semakin murah, tapi malah memberatkan penumpang. Karenanya kami menerapkan kebijakan ini, mudah-mudahan masyarakat dapat merasakan manfaatnya,” ujarnya.

Berdasarkan surat keputusan (SK) Bupati Gresik, harga tiket kapal dari Bawean ke Gresik kelas ekonomi Rp 100.000, eksekutif Rp 115.000, dan VIP Rp 130.000. Namun, dari data yang berhasil dihimpun di lapangan, harga tiket mencapai Rp 200.000 untuk kelas ekonomi, eksekutif Rp 215.000, itupun sulit didapatkan.

Akibat harus membeli di loket, mulai Minggu kemarin hingga hari ini terlihat antrean panjang di loket. Nurudin menilai hal itu sebagai akibat tidak ada kapal beberapa hari sebelumnya, sehingga terjadi penumpukan. “Hari Minggu kemarin memang antre panjang, karena sebelumnya kan tidak ada kapal, jadi terjadi akumulasi jumlah penumpang. Untuk Senin hari ini antreannya tidak sepanjang kemarin,” terangnya.

Reven, Kepala Cabang PT Sakti Inti Makmur (SIM) Gresik, operator kapal penyeberangan Gresik – Bawean, Express Bahari 1C membenarkan sistem penjualan tiket kini terpusat di loket terminal Pelabuhan Gresik. Loket ini dibuka mulai pukul 06.00 di hari keberangkatan.

Lebih lanjut dia menjelaskan, untuk pembelian tiket dari Bawean menuju ke Gresik masih sama seperti sebelumnya, bisa memesan jauh-jauh hari.

Kebijakan yang diambil Pemkab Gresik kali ini menuai pro dan kontra. R. Zakariyah, Ketua Pemuda Bawean Gresik (PBG) saat dikonfirmasi menyambut baik kebijakan ini, dengan harapan praktik pencaloan bisa dihentikan. “Jika tidak ada calo, penumpang mendapatkan tiket murah seperti yang diprogramkan bupati,” terangnya.

Namun dia meminta kepada semua calon penumpang untuk tertib saat antre membeli tiket. “Ini penting agar tidak terjadi keributan,” terangnya.

Terpisah, Ketua DPRD Kabupaten Gresik saat dikonfirmasi wartawan meminta Pemkab Gresik mengevaluasi kebijakan tersebut, karena menurutnya sistem ini tidak profesional dan kembali ke zaman tahun 45-an. “Pemerintah harus mengevaluasi, harus ada jalan keluar lain yang lebih profesional,” tukasnya. sep

Jun 3, 2011

Lapter Bawean Ditarget Selesai 2012










Gresik - Tim Panitia Pengadaan Tanah (P2T) kembali mendapat kendala dalam pembebasan lahan Lapangan Terbang (Lapter) Bawean di Desa Tanjungori Kecamatan Tambak Kabupaten Gresik. Mereka harus meng-update data tanaman yang akan diganti-rugi, karena data yang ada saat ini adalah data lama yang diambil enam tahun lalu. Selain itu, tim dari P2T harus mengukur ulang sebagian lahan karena telah berganti kepemilikan. "Pembebasan lahan belum tuntas, karena saat ini kami tengah memperbaharui data tanaman yang akan mendapatkan ganti rugi. Sebab data yang kami pegang saat ini adalah data lama yang di ambil tahun 2005 lalu," kata Tursilowanto Hariogi, Kepala Bagian (kabag) Administrasi Pemerintahan Pemkab Gresik, saat berada di Bawean, Selasa (17/5). P2T kini diburu waktu, sebab lanjut Tursilowanto, Dinas Perhubungan (Dishub) Provinsi Jawa Timur telah mengirimkan surat pemberitahuan akan segera mengerjakan konstruksi lapter. "Karena itu, pembebasan lahan tahap pertama seluas 3,2 hektare termasuk ganti rugi tanaman harus tuntas 30 Mei ini," tandasnya seraya nengatakan dirinya tidak akan beranjak dari Bawean jika pembebasan ini belum tuntas. Selain itu, Tursilowanto juga mengaku mendapat surat dari Kemas Adil dan Kemas Syamsuddin, penggarap beberapa bidang tanah milik negara yang saat ini terkena rencana pembangunan lapter. Mulai tahun 1933, keluarga Kemas tersebut menanami tanah tersebut tanaman kelapa. "Siapapun yang menanam, akan panen. Ini menyangkut hukum adat. Sesuai surat yang dikirim oleh keluarga Kemas, ada dua permintaan, yaitu ganti rugi tanaman dan kompensasi penggarapan lahan. Surat ini akan kami sampaikan ke Bupati Gresik, karena hal ini tidak masuk dalam anggaran yang di siapkan," ujar Tursilowanto yang juga sekretaris P2T tersebut. Lebih lanjut dijelaskan, pihaknya belum bisa menuntaskan pembebasan lahan karena satu bidang tanah yang luasnya sekitar 2 hektare berubah kepemilikannya. "Tanah ini, tanah warisan. Pada saat pengukuran pada 2005 satu bidang tanah ini masih dimiliki satu orang dan sekarang pemilik atau ahli warisnya jadi dua orang. Kami akan mengukur ulang," jelasnya. Sebelumnya, sisa lahan yang belum di bebaskan sekitar 9,5 hektare (ha) untuk penambahan runway menjadi 1.200 meter. Tahap pertama, pemkab membebaskan lahan seluas 3,2 hektare. Pastinya, terang Tursilowanto, sekitar 27 pemilik lahan yang sudah bertahun-tahun menolak lantaran tidak cocok dengan harga yang ditawarkan sudah menerima uang muka pembayaran. Pemilik lahan sepakat dengan harga Rp 60 ribu per meter persegi. Jadi sekarang tersisa lahan 6,3 ha yang harus di bebaskan oleh Pemkab Gresik, sisa lahan yang belum dibebaskan ini rencananya untuk tambahan runway sepanjang 250 meter. "Insya Allah, tahun 2012 pembebasan lahan akan kami selesaikan dan lapter di Bawean sudah siap pakai diakhir tahun 2012 nanti. Ini bisa terealisasi karena dari pemilik lahan yang terkena rencana pembebasan sudah tidak ada kesulitan lagi," jelasnya. Sekadar informasi, ganti rugi tanaman untuk lahan lapter sempat menjadi perkara hukum dan menjebloskan lima pejabat pemkab ke dalam penjara. Mereka terbukti menggelembungkan anggaran untuk pembebasan lahan. Kasus tersebut ditangani Polres Gresik tahun 2007. Dan saat ini empat terpidana sudah bebas dari tahanan.sep (Surabaya Post)


Gresik - Lapangan terbang (lapter) Bawean di Desa Tanjungori Kecamatan Tambak Kabupaten Gresik diperkirakan sudah siap pakai pada 2012. Saat ini proses yang tersisa adalah pembangunan runway pesawat.

"Pembangunan konstruksi sudah di mulai lagi. Saat ini tinggal merampungkan pembangunan runway atau landasan pesawat saja. Untuk sarana penunjangnya, semua sudah selesai, kemungkinan tahun depan sudah bisa dipakai. Hal ini juga pernah ditegaskan oleh Sekda (Sekretaris Daerah) Kabupaten Gresik beberapa waktu lalu," kata Tugas Husni Syarwanto, Kepala Dinas Pekerjaan Umum (DPU) Kabupaten Gresik, Rabu (9/3).

Pemerintah Kabupaten Gresik , tambah dia, hanya bertanggungjawab untuk pembebasan lahan saja. Sedang semua konstruksinya dikerjakan dengan menggunakan dana APBN dan APBD Provinsi. "Anggaran konstruksinya dialokasikan dari anggaran provinsi dan pusat, tapi mohon maaf saya tidak mengetahui pasti jumlahnya. Kita hanya menfasilitasi untuk pembebasan lahannya saja," ungkap Tugas Husni.

Sebelumnya, sisa lahan yang belum dibebaskan sekitar 9,5 hektare (ha) untuk penambahan runway menjadi 1.200 meter. Dan awal tahun lalu, pemkab berhasil melakukan pembebasan lahan tahap pertama seluas 3,2 ha. Saat ini pemilik lahan yang sudah bertahun-tahun menolak lantaran tidak cocok dengan harga yang ditawarkan sudah menerima uang muka pembayaran. Pemilik lahan menerima harga Rp 60 ribu per meter persegi.

Jadi saat ini tersisa lahan 6,3 ha yang harus dibebaskan oleh Pemkab Gresik. Sisa lahan yang belum dibebaskan ini rencananya untuk tambahan runway sepanjang 250 meter. "Insya Allah, tahun 2012 pembebasan lahan akan kami selesaikan dan lapter di Bawean sudah siap pakai. Ini lantaran pemilik lahan yang terkena rencana pembebasan sudah sepakat," jelas Tugas Husni.

Koordinator Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) Gerbang Bawean, Abdul Basith menilai pembangunan lapter di Bawean sudah sangat dibutuhkan oleh masyarakat setempat. Sebab, hampir setiap bulan penyeberangan laut yang merupakan satu-satunya transportasi menuju Bawean terkendala oleh gelombang tinggi.

Apalagi, lanjut dia, sebagian besar warga Bawean menjadi tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia dan Singapura. "Selama ini mereka jarang pulang karena tidak ada kepastian dari keberangkatan kapal penyeberangan Gresik-Bawean. Mereka takut ketika sampai di Gresik ternyata tidak bisa menyeberang karena cuaca mendadak buruk," tandasnya.

Berdasarkan data organisasi kerukunan Persatuan Malaysia-Bawean (PM), jumlah warga Bawean yang menjadi TKI di Malaysia sebanyak 127 ribu orang. Karenanya Basith yakin lapter Bawean akan lebih berpotensi dibandingkan lapter di daerah lain di Jawa Timur, seperti Banyuwangi atau Jember. "Lapter Bawean akan menjadi transportasi utama selain transportasi laut. Menuju Bawean itu tidak ada transportasi darat seperti daerah pemilik lapter di Jatim lainnya. Apalagi banyak sekali warganya yang bekerja menjadi TKI, itulah kenapa saya yakin lapter Bawean paling potensial," ujarnya.

Sayangnya, pembangunan sarana moda transportasi ini tidak diiringi dengan pembangunan infrastruktur jalan. Berdasarkan pantauan Surabaya Post, Jalan Lingkar Bawean (JLB) yang merupakan nadi penghubung antar daerah di Bawean, termasuk ke lapter di Desa Tanjungori rusak parah. Untuk menempuh perjalanan 25 kilometer dari Kecamatan Sangkapura ke Kecamatan Tambak atau sebaliknya membutuhkan waktu sekitar 1,5 jam. Belum lagi jika menggunakan kendaraan roda empat, akan lebih lama lagi.

Kerusakan jalan terbesar di wilayah Pemkab Gresik ada di Bawean, tahun ini pemkab hanya menganggarkan Rp 6 miliar untuk perbaikan dan pemeliharaan jalan di Bawean. Berdasarkan data Unit Pelaksana Teknis Dinas (UPTD) Pekerjaan Umum (PU) di Bawean, jalan lingkar Bawean (JLB) ruas Sangkapura hingga Tambak atau lingkar Barat sepanjang 25 kilometer, rusak berat sepanjang 6.610 meter, rusak sedang 11.190 meter, dan yang kondisinya baik hanya sepanjang 7.200 meter.

JLB ruas Tambak -Diponggo sepanjang 8.000 meter, rusak berat 2.000 meter, rusak sedang 1.100 meter, dan kondisi baik 4.900 meter. Ruas jalan Sangkapura hingga Diponggo sepanjang 21.000 meter mengalami rusak berat 4.050 meter, rusak sedang 5.400 meter, dan kondisi baik 11.550 meter. Totalnya, JLB panjangnya 54 kilometer. Rusak berat 12.660 atau 23,4 persen, rusak sedang 17.690 meter atau 32,76 persen, kondisi baik hanya 23.650 meter. sep (SURABAYA POST)



Gresik (beritajatim.com) - Kendati sempat terhenti akibat masalah pembebasan lahan. Pembangunan proyek lapangan terbang (lapter) di Pulau Bawean Gresik, Jawa Timur ditarget selesai pada tahun 2012.

"Bulan ini pembangunan lapter di Pulau Bawean akan segera dimulai lagi dan pada akhir 2012 bakal beroperasi," kata Bupati Gresik, Sambari Halim Radianto, Kamis (02/06/2011).

Sebelumnya, pembangunan lapter di Bawean tepatnya di Desa Tanjung Ori, Kecamatan Tambak sempat terhenti. Bahkan, semua peralatan alat berat mangkrak dan menjadi penghalang akses pintu masuk menuju lapter.

"Terhentinya proyek pembangunan lapter akibat terkendala pembebasan lahan seluas 3,2 hektar untuk landasan pacu," tutur Sambari Halim Radianto.

Ditambahkan Sambari Halim Radianto, saat ini masalah pembebasan lahan sudah selesai karena warga setuju dengan harga per meternya Rp 60 ribu.

"Karena masalah lahan selesai maka pembangunan proyek lapter dimulai lagi termasuk penambahan landasan serta fasilitas pendukung lainnya," tambahnya.

Diakui Sambari Halim Radianto, jika proyek pembangunan lapter Bawean selesai sesuai rencana maka transpotasi yang semula hanya dijangkau dengan kapal motor penumpang (KMP). Maka, warga Bawean bisa memanfaatkan akses keluar dengan moda transportasi udara. [dny/but]


May 26, 2011

Masyarakat Pajinggahan Mengadakan Tahlil Setiap Malam.

Disebabkan Kematian Yang terlalu kerap menimpah Masyarakat Pajinggahan, samaada di Bawean atau di Malaysia mereka yang masih hidup tak putus putus mengadakan majlis tahlil setiap malam, demi menghormati mereka yang telah pulang keRahmatullah.