WARTAWAN SINAR HARIAN 25 Disember 2014
KOTA BHARU - “Tolonglah kami, kami terperangkap dan air semakin tinggi dalam rumah, tiada bantuan dan kami menuju ke bukit berhampiran untuk menyelamatkan diri.”
Itu rayuan seorang mangsa banjir yang menghubungi wartawan Sinar Harian apabila rumah mereka di Manek Urai, Kuala Krai, dilimpahi arus deras banjir.
Wanita yang dikenali sebagai Wan Amina memohon bantuan Sinar Harian untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana keadaan sekitar kampung mereka lumpuh sepenuhnya tanpa mendapat bantuan sebarang pihak.
“Kami sangat takut, anak kecil menangis, ada orang tua yang sakit, tolonglah kami supaya dapat keluar dari sini," katanya sambil menangis teresak-esak.
Keadaan genting itu adalah sebahagian daripada kisah banjir melanda hulu Kelantan, yang dianggap terburuk dalam sejarah negeri ini.
Hujan lebat tanpa henti di kawasan hulu membawa arus deras memasuki beberapa daerah utama di negeri ini, malah kenaikan paras air yang mendadak di beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu bagaikan mengimbau kembali pengalaman bencana alam yang sama pernah berlaku pada 1962.
Walaupun dalam kawalan, pihak berkuasa mengakui beberapa lokasi di daerah ini, mangsa tidak dapat dipindahkan berikutan arus deras yang membahayakan anggota penyelamat.
Malah, beberapa helikopter bantuan makanan tidak dapat mendarat, ekoran cuaca yang tidak mengizinkan dan terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu.
Bandar Kuala Krai juga hampir lumpuh sepenuhnya apabila banjir memenuhi bandar itu termasuk beberapa pejabat kerajaan.
Pintu masuk ke Kelantan juga turut terputus apabila Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, air melimpah di Sungai Durian, sementara Simpang Pulai-Cameron Hinglands ditutup kerana tanah runtuh. Selain itu pintu masuk dari arah utara juga lumpuh berikutan tanah runtuh banjaran
Titiwangsa di laluan lebuh raya Timur-Barat.