Jul 1, 2012

Remaja bawa teman wanita balik dicekup


Penguat kuasa memeriksa dokumen pengenalan diri pasangan yang dicekup.

AMPANG - Seorang pelajar lelaki memberi alasan demam lalu membawa pulang teman wanitanya ke rumah sewanya di sebuah pangsapuri di sini, ketika ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, awal pagi semalam.

Pasangan yang berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi, ketika sedang berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Lelaki yang berasal dari Kelantan itu mendakwa ibunya datang ke ibu kota untuk berjumpa dengan teman wanitanya yang bekerja sebagai pengurus pelanggan di sebuah syarikat
telekomunikasi.

“Selepas perjumpaan itu, saya tiba-tiba tidak sihat, batuk serta demam. Saya tidak dapat menghantar pulang teman wanita saya ke rumahnya di Damansara,” katanya ketika disoal siasat penguat kuasa.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berpakaian lengkap dalam salah satu bilik di rumah berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment