Jul 3, 2012

Lelaki Muda Bukan Punca Cerai' - Raja Azmi






KUALA LUMPUR - Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman terkilan dengan dakwaan bahawa punca perceraian dengan Jalani Sidek adalah disebabkan kemesraannya dengan seorang lelaki muda.

Dipetik daripada sebuah portal berita, Raja Azmi, 53, menjelaskan tuduhan itu tidak berasas dan bersyukur dengan perceraian itu kerana tidak sanggup terus memalukan nama baik bekas suaminya.

“Dulu, orang kaitkan saya dengan Roslin Hashim, kini timbul pula cerita saya ada anak ikan (lelaki muda) pula. Bila difikirkan, ada baiknya juga bercerai. Saya tidak sanggup lagi dengar orang tuduh Jalani sebagai suami yang dayus,” katanya.

Menjelaskan keintimannya dengan lelaki muda sejak beberapa bulan lalu, Raja Azmi menjelaskan hubungan itu bukanlah atas dasar peribadi tetapi bagi menilai beberapa calon bagi filem terbaru terbitannya yang berjudul 'Anak Ikan'.

No comments:

Post a Comment