Jun 5, 2012

Dayang Nurhamizah juara kategori A



 Johan kategori A Dayang Nurhamizah binti Hasan.





TEMBURONG -Dayang Nurhamizah binti Hasan dan Dayang Rusnah Ibrahim masing-masing muncul johan pertandingan menghafaz surah Al-Fatihah dan membaca ayat-ayat lazim bagi kategori A dan B, anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung. Selangan di sini kelmarin.

Manakala Hajah Sani bte Tambah pula muncul johan bagi kategori 50 tahun ke atas. Kategori A adalah bagi peserta berumur 18 hingga 35 tahun dan kategori B adalah bagi mereka yang berumur 35 hingga 40 tahun.

Pertandingan tersebut berlangsung di di Masjid Kg. Selangan, Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah mantan guru ugama, Sekolah Ugama Kampong Selangan Hajah Noriah Bte Bolhassan.

Pertandingan tersebut di hasratkan agar dapat melahirkan muslimah masjid yang mampu membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lazim yang lain dengan baik, selain menjadi pendorong agar para muslimah sentiasa berusaha mendalami ilmu ugama menerusi kelas-kelas muslimah yang di adakan dua kali seminggu di masjid tersebut.

No comments:

Post a Comment