Jun 3, 2012

29 Amah Indonesia pengantaran pertama ke Malaysia





KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama pembantu rumah dari Jawa Timur, Indonesia telah dibawa masuk oleh Persatuan Agensi Pekerja Asing Malaysia (Papa) selepas penghantaran amah dari negara itu ke Malaysia dibekukan dua tahun lepas.

Pembekuan sementara penghantaran amah itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Presiden Papa, Jeffrey Foo berkata, kemasukan kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia yang berjumlah 29 orang itu mengikut memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui kedua-dua negara sebelum ini.

Menurut beliau, MoU berkenaan lebih menjamin kebajikan amah dari negara jiran itu apabila majikan diwajibkan membuka akaun khusus untuk pembantu rumah masing-masing bagi membolehkan gaji bulanan mereka disalur secara terus ke akaun terbabit.

“Akaun tersebut perlu dinamakan di atas nama pekerja dan tarikh serta jumlah kemasukan gaji akan dikawal selia dari semasa ke semasa oleh agensi pekerjaan masing-masing bagi memastikan tidak ada unsur manipulasi.

No comments:

Post a Comment