May 12, 2012

46,698 pelajar ke IPTA, politeknik


KHAMIS, 10 MEI 2012





PUTRAJAYA - Sebanyak 46,698 pemohon telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program asasi dan diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2012/2013.

Jumlah itu mencatat peningkatan kira-kira 11 peratus berbanding 41,267 permohonan yang berjaya untuk sesi akademik tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Rujhan Mustafa berkata, sejumlah 218,931 permohonan diterima dan selepas ditapis, 189,959 permohonan layak dipertimbangkan.

"Keputusan kemasukan telah pun diumumkan pada 7 Mei lepas dan bagi calon yang telah ditawarkan tempat mereka perlu menyatakan pengesahan penerimaan sebelum 15 Mei ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Rujhan berkata, kepada calon yang gagal, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan di http://upu/mohe.gov.my sebelum 18 Mei depan dan keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun iaitu selepas pendaftaran kemasukan pelajar baharu.

"Hanya seramai 143,261 layak mengemukakan rayuan. Jika tiada sebarang jawapan diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu itu maka rayuan dianggap gagal. Keputusan rayuan adalah muktamad," katanya.

No comments:

Post a Comment